Wednesday, September 7, 2022

ebook | Azazil oleh Eqbal Mohaydeen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebuah novel yang seram dan juga mendebarkan.. Penyiasatan mengenai pelakunya dan ancaman yang terpaksa dilalui oleh watak-watak penting dalam ini begitu real dan berjaya meninbulkan perasaan ingin tahu..

Sha meneka beberapa orang yang nampak sangsi dan berkemungkinan sebagai Azazil serta manusia penyembah syaitan dan ada yang betul, ada yang sipi sipi mengena.. Penyampaiaan penulis berjaya mengelirukan dalam menentukan siapa penjahat sebenar..

Kisah bermula dengan penculikan Furqan iaitu anak kepada Firman dan Izara yang juga bersambung terus dari novel Nyawa.. Kemudiannya beberapa perempuan mengandung meninggal dan anak mereka hilang dalam keadaan yang mengerikan.. Perempuan yang mengandung tanpa melakukan persetubuhan dan bila mengandung sering diganggu makhluk jahat dan bayangan manusia berjubah hitam.. Bila mereka mati, mereka mati dalam keadaan yang sangat mengerikan dan ada simbol pelik disamping mayat mereka.. Sesiapa sahaja yang menyiasat kes tersebut dan cuba membantu Firman serta Izara pasti akan dibunuh dalam keadaan mengerikan.. Bencana alam yang tiba-tiba berlaku juga menggemparkan dunia..

Penulis menyampaikan cerita dengan cara berselang seli.. Masa kini, kemudiannya kepada masa permulaan Azazil dicipta hinggalah kepada kemuncak cerita yang bertemu dan memberitahu siapa sebenarnya Azazil dikalangan mereka.. Memang mengejutkan..

Sha baca pada 04.09.2022 dan selesai pada 06.09.2022..

Published March 2019 by Buku Prima
Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »