Sunday, September 4, 2022

ebook | ANOMALI oleh Syafiq Aizat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan kepada novel Entiti yang sangat ohsem dan berbaloi dibaca.. Penceritaan yang sangat menarik pada Sha.. Kali ini semua watak berkumpul dalam satu novel.. Ada Dani dan Haziq dari Kampus.. Kemudian watak Kanda, Izwan, Fa'iq dan akhir sekali Iskandar.. Mereka berkerjasama mencari 'Tuhan' yang kononnya menghukum manusia-manusia bersalah.. Iskandar berjaya jumpa 6 manusia yang duduk dalam 1 bangunan dan mempunyai kuasa luar biasa namun tanpa mereka sedari dalang sebenar adalah manusia lain.. Manusia yang dah pun mati tapi kerana kuasa jampi berjaya mengawal manusia lain.. Tindakan Dani berjaya membongkar yang hukuman tersebut hanya boleh dilakukan di sekitar Kuantan sahaja.. Kerjasama yang sangat menarik sebab Dani hanya ada kekayaan manakala yang lain pula ada kuasa sixth sense..

Ada sesuatu yang sangat menyentuh perasaan Sha tapi tak Sha tak pandai nak terangkan dalam ulasan ini.. Apa yang Sha boleh cakap walaupun ada kekurangan namun kita masih boleh ambil penganjaran yang baik dari buku ini.. Watak paling best dah tentulah Iskandar.. Kuasa dia lain dari yang lain.. Walaupun dia hampir hanyut namun sesuatu berlaku dan itu menyedarkan Iskandar dari bongkak..

Quote Best - "Hidup adalah satu nikmat dan memori adalah sesuatu yang sangat bermakna. Sahabat adalah bintang yang kita kumpul ketika belayar di lautan dunia yang gelap, yang menerangi jalan bila kita rasa sunyi. Fikiran manusia adalah tempat yang sangat mengelirukan. Tapi setiap dari kita adalah khalifah di dunia yang akan memakmurkan tempat ini. Semua yang berlaku adalah takdir, ditetapkan oleh Yang Maha Kuasa."

Sha baca dan selesai pada 03.09.2022


Sha baca menggunakan aplikasi Oakbee Buffet..
Published March 29th 2019 by Buku Fixi

1 comment:

  1. cantiknya ayat dia, rasa tak sabar pulak nak baca novel ni. Tapi macam nak kena baca balik je entiti tu sebab dah lupa jalan cerita haha

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »