Monday, September 12, 2022

Pokok Bunga Mahkota Duri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka gila dengan pokok ini sebab senang jaga.. Masa mula-mula beli dulu warna merah  dengan kuning je.. Lepastu pengasuh anak Sha ada bagi beberapa jenis lain.. Semalam masa bawa encik suami pergi rumah pengasuh anak Sha tu, dia bagi sepokok lagi.. Jenis lain.. Pergh!! Daun dia je dah cantik.. 

Kalau google nama dia Pokok Bunga Mahkota Berduri (Euphorbia Milli).. Sha memang suka sebab dia berduri dan berbunga.. Mudah pula nak jaga..

Ini baru dapat semalam.. Tengok daun dia pun dah memikat.. Nanti nak pindahkan ke pasu besar sikit..

Ini pun dari pengasuh anak Sha juga.. Warna kuning cair dengan sedikit pink dan jalur hijau pada bunganya.. Ini bunga dan daun jenis besar..

Ini pun dari pengasuh anak Sha.. Putih dengan tompok pink..

Ini pokok Sha beli di Cameron Highlands.. Banyak dah Sha bubuh dalam pasu lain.. Tak susah jaganya sebab jenis kaktus.. Bunga dia tu ada yang dah terkacuk dengan bunga kuning sebab tanam sebelah sebelah..

Ini warna kuning.. Ada dua rumpun je.. Hehehe.. Sebab selebihnya dah terkacuk dengan warna pink.. kikiki..

6 comments:

  1. Cantik.
    Pemurah pengasuh Puan Sha bagi percuma bunga.

    ReplyDelete
  2. Cantik . Pokok nj memang semang hidup .sekali berbunga sejambak haa.. Tapi duri duri pokok tu kena hati hati

    ReplyDelete
  3. Alaaaa...apesal cantik sanagt nih.....

    ReplyDelete
  4. First time tgk bunga ni... Bentuk bunga dia mcm bulat2 ke?

    ReplyDelete
  5. Baru tahu nama dia mahkota duri. Dulu suka petik bunga dia sebab kelopak dia mcm keras2 sikit kan

    ReplyDelete
  6. semoga membesar dengan sihat dan cantik. eh macam orang pulak

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »