Wednesday, September 14, 2022

Mee Gondrong di Kampung Slim Village, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Ahad baru ini Sha bawa encik suami ke Kg. Ulu Slim.. Sekarang ini Sha kena jadi pemandu peribadi encik suami.. Hehehe.. Encik Suami ajak singgah Pekan Slim Village, dia nak suruh Sha cuba mee Gondrong ini.. Mula tu risau juga sebab tengok mee kuning kan.. Lepas tu dia bubuh sos dengan serbuk cili tu banyak gila.. Seram Sha nak makan.. Risau pedas.. Sekali bila dah gaul, eh tak pedas pun.. Sedap rupanya sebab ada kacang tanah hancur dia bubuh sekali.. Rasa dia uniklah pada Sha.. Cuma menu ini simple je.. Tak ada banyak bahan namun mampu memikat tekak Sha.. Harga pun RM3 je dan kuantiti dia banyak.. Sha bagi separuh dekat encik suami.. Tak habis nak makan.. 

Ow ya.. Kalau ikut kata encik suami, mee tu dia buat sendiri.. Memang nampak lain pun mee dia.. Lebih besar dan kenyal.. Lepas tu tak ada rasa kapur.. Sedap..

MeeGondrong @ Mee Kicap - RM3
Ada mee, serbuk cili, kacang, telur rebus potong, kicap, minyak, sos dan kuah sup sikit..
sebenarnya ada taugeh dan juga daun sup tapi Sha request tak nak sayur.. Kikiki..

Bila dah digaul..

Tukang buatnya muda.. Encik ini dia ambil alih perniagaan ayah dia.. Memang mee ni popular kat sini..

6 comments:

  1. bila dah campur semua jadi sedap ye kak... sos dia tu yang mahal, mee pun buat sendiri unik

    ReplyDelete
  2. Ingatkan rambut jew gondrong, rupanya ada mee gondrong juga ye.

    ReplyDelete
  3. terbayang mee nya gondrong macam rabut sekali eh camtu je. Tapi Ipoh memang femes dengan mee kicap

    ReplyDelete
  4. Hahaha akak pun fikir benda yang sama macam Kak Amie. Ingat rambut je gondrong, mi gondrong pun ada! šŸ¤£

    ReplyDelete
  5. Resepi yang unik. Nak meniaga kena ada kelainan untuk menarik pelanggan

    ReplyDelete
  6. Nampak macam mi bodoh pula. Hehe nasib baik mi buatan sendiri sebab tidak suka sangat mi kuning.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »