Thursday, September 29, 2022

Coretan 29 September 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hidup ini hanyalah sementara namun bila melihat manusia lain berkata seolah-olah selamanya hidup, rasa seram sangat.. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah.. Bukan sahaja Sha tapi rakan-rakan juga.. Buat dosa memang sedap.. Namun bila balanya datang, tak siapa pun akan membantu.. Allah.. Semoga sentiasa dikuatkan hati untuk berada dijalan yang lurus.. Ujian yang tak disangka namun semuanya terletak pada diri sendiri.. Berubah kearah yang lebih baik atau hanyut ke laut dalam.. Coretan ini sekadar peringatan buat diri sendiri.. Sha bukanlah baik namun sedang mencuba ke arah kebaikan.. Risau sangat kalau terhanyut ke arah yang tak disangka..

Hari ini ada jamuan perpisahan untuk staf MyStep di bahagian ICT.. Adalah makan-makan sikit.. Buat kutipan RM10 dan ada yang bawa makanan tambahan juga.. Sha bayar RM10 je, tak ada lah bawa apa-apa pun.. Kebetulan bulan ini kena hidupkan roadtax kereta kan.. Jadinya sekadar membayar sahajalah..

Triffle.. Menu pertama Sha makan..


Kue tiaw sup kosong je.. Sha bubuh ayam, fish cake dan fish ball je.. Sedikit cili kicap.. taugeh dan yang lain-lain, tak minat.. hehehe..

Ini pula lunch Sha.. Sandwich dan cheese cake.. Tak ada dalam gambar, pau kukus inti kacang merah dan kelapa.. Sedap dan lembut..

3 comments:

  1. Sonok klu bab makan2 kat opis ni hahah... nak2 klu ada potluck, kemain meriah

    ReplyDelete
  2. lama tak bt makan2 di office..

    ReplyDelete
  3. Rasa sedikit setiap makanan tapikan kalau saya makanan yang saya suka dan sedap makan banyak tidak sentuh yang lain. Selalu pencuci mulut macam kurang dipandang tapi lepas itu menyesal sebab tidak rasa.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »