Thursday, February 24, 2022

Random Photo #3 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah layan entry bergambar yang meriah dengan gambar makanan ini.. Nak buat entry satu-satu macam tak berapa rajin, jadinya kita himpunkan je dalam entry ini.. hehehe..

Cendol kacang merah.. Puas hati.. Lemak dan meriah dengan kacang merah..

Ais kepal milo yang ohsem..

Ini sumbangan pihak sekolah pada pelajar yang positif Covid19.. Sangat-sangat berterima kasih sebab ada ubat-ubatan sekali selain makanan.. Memang lengkaplah.. Memang kenalah untuk budak-budak.. 

Beli Oxymeter ini di Shopee je.. Lepas dapat terus test, okay berfungsi dengan baik.. Persediaan sebab alat ini sangat penting semasa disahkan positif covid19..

Rezeki encik suami bawa balik.. Ada orang bagi katanya.. Sama juga dengan coklat dibawah ini.. Isteri dan anak-anak tumpang makan je.. hehehe...

Roti inti kacang merah dan ada sedikit gula di bahagian atasnya.. Roti ini pengasuh anak Sha buat dan Amani bantu menggentel intinya jadi terujalah sikit bebudak ini bawa balik roti ini.. Memang gembiran sangat dia bercerita mengenai bantuannya dalam membuat roti ini.. Mak je tak pandai buat roti, kalau tak memang syoklah dia membantu..
Sabun buatan tangan oleh rakan sekerja Sha.. Beliau buat sabun ini dari minyak masak terpakai.. Dia buat jual sabun ini tapi yang ini dia bagi je dekat Sha..

Dapat sayur kucai dari rakan sekerja, terus encik suami buat masak kicap campur taugeh dan tahu..

Kopi Viral Perlis dah ada Mocha latte.. Sedap wei.. RM5 je sebungkus.. Ada juga rasa yang lain tapi kita cuba satu-satu ye tak..

Cop jawatan.. Warna biru tu baru je buat sebenarnya untuk tempat kerja lama.. Baru pakai beberapa kali je dah kena buat yang baru.. Hehehe.. Kali ini kita pilih warna hitam.. Comel je..

4 comments:

  1. ais kepal milo nampak sgt yummy...kopi gantung belum try lg..

    ReplyDelete
  2. Nanpak sedap semua makanan tu terutamanya.

    ReplyDelete
  3. Ais kepal milo emmm sedapnya sha. Comel je rotinya

    ReplyDelete
  4. Cendol tu sedapnya alahaiii...Belum pernah cuba lagi kopi bungkus ikat tepi. Murah jugak tu RM5.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com