Tuesday, February 15, 2022

Jamuan Pertama di Tempat Baru

Assalamualaikum..
hye semua..

Hari ini Sha joint team khidmat Pengurusan buat jamuan makan untuk CC (Chief Clerk).. Kami ini 14 orang je dan dari Unit-unit kecil yang digabungkan dan menjadi satu team iaitu Khidmat Pengurusan.. Ketua Sha kat sini N29 (Penolong Pegawai Tadbir).. Orangnya sempoi je.. Semalam lagi diorang ini plan nak sambut ulang tahun kelahiran CC, Sha okay je.. Cumanya tak adalah berkumpul.. Majlisnya pun ringkas je.. Baca doa, CC potong kek dan ambil makanan yang dah siap dibungkus.. Makan dekat meja masing-masing.. Sempoi kan.. Zaman-zaman tak boleh nak beramai-ramai ini tetaplah boleh meraikan cuma dengan cara barulah.. Nak dengan tak nak je.. hehehe.. 

Brownies, kek keramel dan buah epal.. Yang tak da dalam gambar mee goreng dan nescafe yang dah siap dipacking..

Beli dekat kedai ECO je cawan kertas siap bertutup.. Senang.. Lepas potong kek, masukkan dalam bekas dan mereka pin kembali ke meja masing-masing..

8 comments:

  1. selamat bertugas di tempat baharu, Sha...

    ReplyDelete
  2. wah rindunya nak buat makan2 kat opis hehehe

    ReplyDelete
  3. Wah, meriah juga makanan yang ada. Memang sekarang ni lebih baik bungkus dan makan di tempat masing-masing kan.

    ReplyDelete
  4. bestnya ada jamuan kat ofis..selamat bertugas

    Jemput join GA Syida https://syeedasaniey.blogspot.com/2022/02/mini-giveaway-ss-2022.html

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah..sma2 kongsi rezeki dengan norma baru

    ReplyDelete
  6. Sop jamuan era covid. Opis kita orang pun dah lama tak buat potluck sejak covid ni sebab tak boleh ramai-ramai makan dan sembang.

    ReplyDelete
  7. ha'ah saya pun beli cawan kertas dekat eco je untuk jamuan kecil macam ni. Jimat sungguh

    ReplyDelete
  8. Tetap meriah jamuannya. Mudah cara macam tu. Ambil makan dan makan kat meja masing masing.

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com