Monday, October 15, 2018

Persiapan Sekolah Amani & Imani 2019 #1

Assalamualaikum..
Hye semua..


Sebelum ini Sha ada kongsikan mengenai pembelian tudung sekolah untuk Amani dan Imani kan.. Boleh Baca di SINI.. Kali ini Sha kongsikan keperluan sekolah lain yang Sha dah beli.. Sebelum beli, kami survey dulu di kedai/pasaraya mana yang ada jual dan harganya.. Mula itu Sha nak tempah je sebab nak kan kain sekolah Amani & Imani menggunakan getah sahaja.. Tak mahu ada zip dan cangkuk.. Sekali bila kira kosnya sangat mahal.. Melebihi budget.. Sha pun tanyalah kawan pejabat, kot mereka tahu kedai/pasaraya yang ada jual kain jenis getah sahaja.. Alhamdulillah berjaya jumpa.. Harganya pun berbaloi..

Sabtu (13.10.2018) Sha dan suami liangkan masa sekejap untuk pergi beli.. Alhamdulillah berjaya dapatkan hampir kesemua yang diperlukan.. Berikut ialah apa yang berjaya Sha beli berserta harganya..

6 pasang stokin Amani
3 helai singlet Amani
2 anak tudung Amani
5 helai singlet Imani
4 anak tudung Imani

2 pasang baju sekolah agama untuk Amani dan 3 pasang baju sekolah agama untuk Imani..
Ini semua Sha dekat Pasaraya Hari Hari, dan jumlah yang Sha bayar ialah RM238.50..

Kain sekolah biru 2 helai RM33.80.. Untuk sekolab pagi memang Sha beli kain je sebab baju nya ada lebih yang tahun lepas punya, ada 2 helai tak guna lagi..

Perkakasan yang masih belum selesai lagi ialah kasut sekolah Amani & Imani, Stoking Imani, Peralatan tulis, Beg sekolah agama Imani dan Yuran Sekolah Amani dan Imani..

19 comments:

  1. Bagus nya sha siapkan awal persiapan anak2. Tak lah kelam kabut dan berebut dengan org nanti kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu ana.. Sha tak berapa gemar bersesak sesak membeli..

      Delete
  2. bagus persediaan awal ni..:)

    ReplyDelete
  3. Ika takdak anak lagi. Tapi kalau ada anak, mungkin ika akan mcm kak sha jugak. buat preparation awai sikit. pasai tak suka sesak. pening hehe

    ReplyDelete
  4. alahai teringt kenangan beli brg sekolah...menggamit memori betul..hehe

    ReplyDelete
  5. Dah sedia awal2..mmg terbaik

    ReplyDelete
  6. anak saya pun sekolah tahun depan, tak start lagi beli. Nak kena beli jugak ni skit2

    ReplyDelete
  7. aura persekolahan 2019 da tiba dah ni hu hu hu hu...
    best plak bila baca entri sha ni. aida suka bab preparation gini tau.
    seronok. aida pun bakal prepare semua ni nanti, akhir bulan.

    ReplyDelete
  8. Bagus sediakan awal-awal macam ni. Biasa parents akan cari baju sekolah hujung tahun, masa tu tak usah cakapla punya sesak. Nanti kinah pun nak prepare awal jugak la

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »