Assalamualaikum..
Hye semua..
Buku yang ke 199 buah Sha baca untuk tahun 2018.. Buku ini kalau ikutkan berada dalam kategori seram.. Namun bila Sha baca, Sha rasa buku ini lebih menjurus kepada thriller.. Buku yang sarat dengan aksi berdarah, potong-potong dan mencantas..
Topeng berdarah ini merupakan kisah seorang budak yang menjadi mangsa akibat perbuatan seorang ibu yang mementingkan diri sendiri.. Watak dalam ini menjadi ganas setelah melihat kecurangan si ibu.. Kemudiannya dirasuk semangat hitam untuk melakukan pembunuhan.. Adegan-adegan semasa watak membunuh memang mampu buat bulu roma merinding.. Penyiasatan yang dilakukan polis turut dibantu seorang lelaki yang mempunyai kuasa melihat fragmen masa hadapan dan masa lalu.. Namun tiba-tiba pembunuh sedar akan kehadiran lelaki itu dan menyatakan bahawa lelaki itulah pembunuh.. Masa ini kan mulalah perasaan Sha berfikir-fikir.. Siapa agaknya pembunuh.. Bila baca sampai ke hujung, tekaan Sha salah rupanya.. Tapi memang menariklah sebab ada penerangan mengenai kuasa jahat yang menakluk si pembunuh tu datangnya dari mana..
Sha baca pada 22.10.2018 dan selesai pada 23.10.2018..
ini tak layak dipanggil ibu!
ReplyDeletechaiyok2 tggl sebuah je lg kan?
Yeah!! TQ Anies..
Deletewah dah cukup 200 buku lah! (tengok kat sidebar) tahniah kak sha hehe
ReplyDeleteTQ Sha
Deletedah nak complete target goal goodread akk yeahhh tahniah kak :)
ReplyDeleteYeah!! TQ Syaza..
DeleteSNA fav author ika. Ika paling suka buku margasatwa 1 & 2. sbb rasa best sgt. buku lain pun best jugak. em tapi ika miss out banyak sgt dh novel SNA. Marina dgn Topeng Berdarah ni.
ReplyDeleteMargasatwa memang best dan terbaik.. Kak Sha pun suka.. :)
Deletekalau seram thriller ni tak takut sangat nak baca tapi curious nak tahu ending dia. Wahhhh kaksha satu lagi nak cecah goal!
ReplyDeleteBetul tu Farhanna.. Memang tertanya-tanya penjahatnya siapa.. kenapa dan mengapa..
DeleteWow..mcm complicated jer novel nih huhu
ReplyDeleteMemang thriller la kalau dah ada adegan potong memotong tu. Bila kuasa hitam menguasai diri habis hilang kewarasan.
ReplyDeletekejam sangat. kalau buat drama mesti best..
ReplyDeleteakk tk join pertandingan novel topeng berdarah ke kt fb penulis? mana thu ada rezeki menang..hehe
ReplyDelete