Monday, October 29, 2018

Episod Cinta Luka oleh Fateen Najwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini Sha terima dari kak Suria Amanda.. Boleh tengok entry mengenai buku ini di SINI..
Konflik percintaan dan juga hubungan keluarga antara mak dan anak..

Konflik yang dilalui oleh Zuraidah bermula dari rumah lagi.. Dirinya tak dipeduli mak dan ayah.. Apa sahaja yang dibuat oleh Zuraidah dibenci dan dihina.. Kemuncaknya bila Zuraidah diminta untuk mengorbankan kekasihnya supaya berkahwin dengan adiknya demi menutup malu.. Zuraidah dihalau dari rumah oleh maknya dengan cara halus.. Merempat hingga ke KL.. Mujurlah bertemu dengan kawan yang mahu menolong dirinya.. Zuraidah bangkit membina hidup namun datang pula dugaan yang membuatkan Zuraidah lari ke Johor.. Kisah hidup Zuraidah berubah menjadi liar.. Zuraidah hilang dalam derita dan dugaan yang dilaluinya.. Mujur masih ada yang sudi membantu.. Walaupun musibah datang melanda keluarga kandung Zuraidah, namun mak Zuraidah masih tetap meletakkan semua malang itu dibahu Zuraidah.. 

Kisah yang disampaikan penulis memang menarik.. Realiti masyarakat yang berlaku.. Kehidupan bebas tak terkawal.. Menyayangi anak hingga kesalahan yang dibuat tetap dibela.. Memilih kasih antara anak hingga menyebabkan anak terpingir.. Hilang arah bila terlalu tertekan tanpa bantuan.. Semuanya digarap dengan baik.. Penulis menceritakan kehidupan Zuraidah dalam 3 bahagian.. Semoga pembaca mengambil iktibar dari apa yang penulis sampaikan..

Sha baca dan selesai pada 28.10.2018..

Sambil baca novel kita makan coklat.. Barulah layan..
Koleksi Sha

Diterbitkan oleh Fajar Pakeer

8 comments:

  1. Akak suka baca cerita banyak konflik begini :)

    ReplyDelete
  2. hai kak. best juga layan sambil dapat mkn coklat tu hehe

    ReplyDelete
  3. realitinya mmg ada kehidupan mcm zuraidah lalui cuma org sekeliling x tahu / x amik tahu

    ReplyDelete
  4. Banyk konflik menjadikan cerita Tu best utk terus membaca ..Kan? Heee

    ReplyDelete
  5. realiti ramai yg macam tu...anak yg buat salah tetap dibela...jalan cerita yang bagus oleh penulis...

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »