Monday, October 22, 2018

Fana oleh Fitri Hussin

Assalamualaikum..
Hye semua..


Fana ini walaupun thriller tapi sangat teliti isinya disampaikan penulis.. Siapa kata yang novel itu melalaikan dan membuat pembacanya berangan-angan? Fana berjaya menepis dengan jayanya.. Fana ada isi yang mampu buat pembaca berfikir.. Bukan cerita biasa tapi luar biasa.. Setiap patah perkataannya mempunyai isi.. Menyampaikan perkara baik melalui penceritaan..

Terasa rasa sedihnya hati saat seorang ibu syahid dalam usaha menyelamatkan anaknya.. Sampai muka surat 90 & 91, bergetar hati dan bergenang mata membaca perinician penulis mengenai Surah Al-Fatihah.. Memang mengagumkan.. Muka surat 113 hingga 117 pula menceritakan debat diantara Roshil dan Muhaimin mengenai Islam dan agama lain.. Muka surat 182 hingga 189 memang meninggalkan impak pada Sha.. Sangat istimewa..

Memang sesuatu yang berlainan bila baca Fana.. Penulis berjaya memberikan thriller yang mendebarkan dan dalam masa yang sama berjaya mengadunkan unsur Islamik dalam Fana.. Sangat membanggakan bila membaca kehebatan Tanah Melayu dan mereka yang memegang Islam..
Mesej yang disampaikan memang padu.. Bila hati dikaburi perasaan tamak, musuh di depan mata pun tak nampak..

Sha baca dan selesai pada 20.10.2018..

13 comments:

  1. kak sha pasni list sekali eh mana nak beli hehehehehe lepas baca novel yang menang dari kak sha haritu terus minat nak baca novel

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeah!!! Seronok dengar, sha minat nak baca.. Nanti awal bulan 11 Kak Sha listkan buku-buku yang Kak Sha dah baca sepanjang Oktober tau..

      Delete
  2. Replies
    1. Yang ini Sha kurang pasti.. Cuma novel ini memang ada unsur Islam yang kuat selain menyampaikan semangat Melayu..

      Delete
  3. menarik nih...banyak ilmu boleh ditimba dari sebuah novel..

    ReplyDelete
  4. Best baca2 buku mcm nih..Ada value. Tngok post sha, keinginan nak mmbaca balik membuak-buak hehe

    ReplyDelete
  5. buku2 mcm ni yg selalu best baca, bnyk beri pengajaran n tgglkan impak kpd para pembaca

    ReplyDelete
  6. Melalui penulisan pun kita bleh didik orang. Betul x kak sha? ;)

    ReplyDelete
  7. wahhhhh bagusnya jalan cerita dia, nak try cari lah nanti!

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »