Friday, March 8, 2019

Dirgahayu - Novel Terbaru Helmi Effendy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Disebabkan bulan ini mood membaca tak berapa nak cantik, maka entry Sha banyaklah lompongnya.. Kikiki.. Selalu kongsikan review buku yang dah dibacakan.. Macam inilah jadinya bila mood membaca terbang entah kemana.. Yang peliknya, mood membeli buku jadi membuak-buak pula.. sampai beli dalam mimpilah.. hahaha... Dasyat tak.. Jauh dah menyimpang ini.. Jom balik pada tajuk entry ini.. Kat bawah ini Sha nak kongsikan sedikit sedutan dari novel terbaru oleh penulis bernama Helmi Effendy yang bertajuk Dirgahayu.. Ini antara penulis yang Sha suka hasil tulisannya.. sama ada seram ataupun thriller.. Boleh tengok senarai novel beliau di SINI.. Boleh dikatakan hampir semua buku beliau Sha dah baca.. Entry ini tanda sokongan buat beliau dari Sha..


DIRGAHAYU - NOVEL TERBARU HELMI EFFENDY

Sinopsis Dirgahayu
Surat berantai yang disebarkan melalui whatsapp itu kalau disebarkan kepada 77 orang dalam masa sehari, maka kisah-kisah dongeng, fantasi, dan berhantu itu akan menjadi realiti. Dalang disebalik permainan tersebut hanya menggelar dirinya sebagai Si Luncai. Setiap waktu, ada sahaja benda yang tidak wujud yang disebarkannya, yang kemudian tersebar ke orang lain menjadi realiti.

Tiada siapa yang tahu identiti sebenar Si Luncai, tidak juga yang tahu apa motif dan bagaimana dia melakukannya. Mayat yang sudah mati bangkit dari kubur, hantu laut yang mampu menunaikan permintaan apa sahaja, kem perang menakutkan sehinggalah ke muzium kapal perang terbesar di dunia yang memakan nyawa. Semuanya angkara Si Luncai.

Salah seorang mangsa ialah Safwan dan sahabat-sahabatnya secara tidak sengaja terheret dalam permainan Si Luncai. Situasi memaksa mereka mencari Si Luncai, menghentikan segala tindak-tanduknya atau nanti Dirgahayu yang benar-benar terkesan dengan permainan surat rantai Si Luncai itu hancur!
---
Nak baca DIRGAHAYU? Jom klik pautan di bawah:

Klik je pautan diatas tu untuk baca.. Banyak juga yang dah dibubuh penulis di Wattpad tu..

8 comments:

  1. Samalah. Saya pun asyik beli buku tapi tak baca lagi. Tunggu cuti sem baru baca😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Yang penting dah ada dalam koleksi kan Jannah..

      Delete
  2. Dirgahayu.. Teringat pulak lagu Dato Siti dengan Faizal Tahir kalau tak silap. .Cinta Dirgahayu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah kita PC.. mula-mula baca tajuk dia memang teringat lagu Siti..

      Delete
  3. Ayo. HE ada cerita baru ke hehe. Tak terkejar rasanya kak sha oi haha. Pokai pokai kalau keluar bukunya hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha.. Samalah kita Ika.. Tapi kalau ter miss rasa cam rugi pula.. hahaha..

      Delete
  4. tengok betul2 gambar tu ehhh tak jejak bumi rupanya kaki dia seksi tapi seram juga tu tengok lama2

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »