Assalamualaikum..
Hye semua..
Bacaan yang ohsem.. Sha suka cara penulis menyampaikan cerita.. Isi dalam novel ini pun sangat positif.. Mengenai hubungan dua beradik kembar yang disalah erti kerana mereka tak pernah memberitahu kepada umum yang mereka sebenarnya kembar.. Bila diumumkan barulah ramai yang tahu.. Perbezaan ketara mereka iala Hana tak pandai dan Risya pandai.. Mereka diletakkan di kelas yang berbeza namun Risya tak pernah putus asa untuk membantu Hana supaya pandai.. Usaha Risya membuahkan hasil bila Risya menemui cara untuk bagi Hana boleh faham pelajaran.. Atas usaha Risya, akhirnya Hana mula menunjukkan kejayaan dan Hana juga tidak lokek untuk berkongsi kejayaan beliau dengan rakan-rakannya..
Kadang bukan mereka tak nak belajar namun mereka tak diberikan peluang malah diabaikan hanya kerana kenakalan mereka..
Sha baca dan selesai pada 24.08.2021..
Bacaan melalui Google Books..
Published June 2021 by Open Bridge Publications Sdn. Bhd.
nasib baik raisya tak putus asa membantu dan hana berusaha untuk berubah
ReplyDeleteMujur bukan jenis kembar yang saling cemburu akan kelebihan yang ada. Baguslah Risya nak bantu Hana belajar dan pandai macam dia jugak.
ReplyDelete