Saturday, March 12, 2022

ebook | Projek Seram: Bas oleh Affieyza Isahak, Fitri Hussin, Helmi Effendy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Batu 20 - Afieyza Isahak
“Hadirku pabila diseru.”
Cerita yang pertama ini memang buat Sha geram sebab tak sangka, pelaku yang sebenar dia.. Sha ni beriyalah ingat Pian tu jahat walaupun tahu Pian tu sebenarnya dah mati.. Cuma Sidek je macam orang hilang ingatan, menganggap yang Pian tu masih ada.. Kerana mulut yang celupar dan manusia yang bergantung pada syaitan, malapetaka pun menimpa..

Hajat - Fitri Hussin
"Silap niat di hati, sesat destinasi"
Bila hajat yang diminta ialah mati, memang mengundang petakalah jawabnya.. Bukan mudah u ruk Fadlan mencari adiknya yang hilang tiba-tiba.. Perasaan bersalah yang ditanggung membuatkan Fadlan berusaha keras hingga terjumpa beberapa lagi kes hilang.. Rupanya Fadlan berdepan dengan jin yang menculik mereka yang punya keinginan membunuh diri.. Fadlan memaksa dirinya untuk membunuh diri demi masuk ke dalam alam jin tersebut.. 

Kebulur - Helmi Effendy
"Bila mereka lapar, dunia akan tunggang terbalik"
Penulis sentiasa memberikan kelainan dalam penyampaian beliau.. Kali ini penulis membawakan kisah bagaimana manusia boleh berubah mengikut emosi yang dirasa.. Ada yang lemah kerana emosi dan ada yang terus kuat kerana emosi.. Mereka terperangkap dalam perjalanan pulang ke kampung.. Mengikut kata Aqram, kalau mereka berjaya bertahan sehingga Subuh, mereka akan selamat.. Bukan mudah untuk bertahan bila mereka diganggu hantu galah, langsuir, lipas pemakan daging dan akhirnya perlu berlumba menuju ke terowong.. Paling tak disangka, ada yang bukan manusia diantara mereka..

Sha baca pada 10.03.2022 dan selesai pada 12.03.2022

Sha beli dan baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published June 2021 by Buku Prima

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com