Friday, February 2, 2024

Beryl's Camior Paraline & Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha memnag selalu beli coklat Beryl's ini dekat 7E sebab harga dia RM1, dan  coklat dia memang sedap.. Tapi bila 7E naikkan harga jadi RM1.20, Sha dah tak beli.. Lama dah Sha tak beli.. Baru-baru ini je Sha beli balik sebab 7E buat promosi RM1.. Bila turun harga ini memang Sha belilah.. Tambahan pula coklat Beryl's jenis yang ini hanya ada jual di 7E sahaja.. Sha tak jumpa lagi dekat pasaraya lain.. Kalau kawan-kawan tau dekat mana lagi ada jual, boleh maklumkan dekat komen ya.. 

Bila murah ini, faham-faham je lah.. Selalunya tarikh luput dia dah tak lama.. Coklat yang Sha beli ini tarikh luput dia ada yang jatuh pada 14/06, 06/10, 27/10 dan selebihnya pada 19/11 tahun 2024.. Masih okaylah pada Sha sebabnya bukannya Sha nak simpan lama pun.. Sehari makan satu, lama-lama habislah..

Warna kuning tu Camior Paraline dan yang merah tu Camior Almond..
Walaupun Paraline tapi dalam dia masih ada ketulan kecil badam.. Jadinya memang layan jugalah..

4 comments:

  1. Camior almond tu sedap , tapi tak semua pasaraya ada jual beryls camior almond ni

    ReplyDelete
  2. Rajin Sha cari coklat Di 7E. Saya macam tidak nampak pula. Hehe. Macam menarik pula tapi nanti lupa cari

    ReplyDelete
  3. Eh camior ini tapi ada yg size agak besar kan? Saya selalunya beli yg besar, isi ada 3 dalam 1 box. Tapi yg kecil2 begini tak pernah lihat malah di supermarket. Tertarik nak rasa yg praline 🤤

    ReplyDelete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com