Sunday, March 27, 2016

Sumpahan Ling Chi oleh Salleh Kausari

Assalamualaikum...
Makin kemaruk Sha dengan novel-novel Seram dan Thriller nie...
Baru-baru nie, ada yang belanja Sha novel..
Maka Sha memilih untuk membeli Sumpahan Ling Chi karya Encik Salleh Kausari..

Kenapa Sha pilih novel nie???
Sebabkan ulasan pembaca yang bergentayangan di FB Sha..
Meronta-ronta hati nak membaca juga..
Bila di offer, lajulah tangan mengambil novel ini...

Sebelum Sha baca novel Sumpahan Ling Chi nie, Sha google dulu mengenai hukuman Ling Chi nie.. Nak amik mood ngn feel.. Supaya pembacaan dan imaginasi Sha selari...
Teruk betul penangan dia..


Ini ulasan Sha setelah membaca Novel Sumpahan Ling Chi ini..
Sha sangat suka gambaran yang diberikan semasa aksi melapah..
Terasa-rasa seperti sedang melakukan dan diperlakukan sebegitu..
Memang ngeri dan sadis namun itu tidak mampu menghentikan pembacaan Sha..
Itu belum lagi sambil membaca sambil terbau-bau hanyirnya darah..
Bayangan dalam terowong tu.. Pergh!! Menusuk sukma..
Perasaan teruja dan penuh persoalan membuatkan mata terus menatap bait demi bait perkataan..
Muka surat demi muka surat diselak.. Walau malam makin larut, pembacaan tetap diteruskan..
kekejaman yang dipaparkan diselitkan dengan perasaan kasih sayang..
Kehilangan.. Kesedihan.. Kecelaruan.. Marah..
Memang beremosi bila membaca novel ini..
Macam roller coaster... Sekejap rasa teruja.. sekejap lagi rasa takut...
Kemudian perasaan ingin tahu... Bila perasaan ngeri tu hadir, mata masih terus membaca...
Dia macam terpaku tanpa dapat dialihkan..

Owh.. Bayangan karipap dengan inti daging manusia memang membuatkan tekak kembang..
Nampak gayanya xboleh lagi nak tengok karipap nie..
Asal nampak karipap jer teringat... Pergh!! Memang penangan betul..

Yang paling dasyat bila baca Novel Sumpahan Ling Chi nie ialah air mata tetiba keluar lepas ending tiba.. Pengorbanan demi menyelamatkan manusia lain.. Perasaan yang sangat ohsem giler..

Semoga Encik Salleh Kausari akan terus menghasilkan karya yang ohsem dan best..
Owh ya.. Ulasan diatas adalah pandangan peribadi Sha..
Kalau x suka or x sama maaflah ye..
Citarasa manusia tu berbeza-beza.. Sila jangan kecam dan marah Sha..
Kepada yang suka novel seram, bolehlah cuba Sumpahan Ling Chi nie..


8 comments:

  1. Novel ni antara yg terbaik.. sangat suka baca SLC by SK ni.My fav novel.

    ReplyDelete
  2. macam best je novel ni...
    kena g cari ni...

    ReplyDelete
  3. kalau ekin sanggup tak baca dah hahhahha

    ReplyDelete
  4. best juga baca novel thriller macam nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously best.. sha skrg memang layan novel-novel camnie..

      Delete

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com