Saturday, May 31, 2025

US | Lilo & Stitch (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Versi filem ini macam kurang sikit umph dia.. Masih boleh layanlah.. Mengimbau kenangan betul bila tengok filem ini.. Lebih kurang ja macam versi animasi yang dulu-dulu tu.. 

Alien 626 yang ganas telah dibuang daerah tapi melarikan diri ke bumi dan kemudiannya menyamar jadi anjing untuk menyelamatkan diri dari ditangkap.. 626 kemudiannya dipanggil Stitch.. Bijak dan agak nakal.. Sama ja perangai Stitch dan Lilo ini.. Bebudakkan.. Pencipta Stitch akhirnya ditangkap dan Stitch dibenarkan tinggal di bumi dengan pantauan oleh ejen CIA.. 

Sha tak puas hati sebab dia tak tunjuk babak Stitch tunjukkan wajah sebenar dia dekat Lilo..

A lonely Hawaiian girl befriends a runaway alien, helping to mend her fragmented family.

Filem ini ja, Sha kena bayar penuh sebab dah tak cukup point untuk ditebus.. kikiki..

Happy Potato, AEON Seri Manjung

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali mencuba Happy Potato ini.. Sha beli kombo 4 in 1 dengan harga RM26.50 termasuk tax.. Ada 3 jenis kentang dan 1 menu berasaskan ayam.. Beli pun sebab ada yang kombo dan harga nampak macam okay..

Fries tu memang ada dan kita boleh pilih 2 lagi jenis potongan kentang dan ayam.. Sha pilih kentang yang dipotong dalam bentuk wedges dan waffle.. Waffle tu ja disaluti serbuk pedas, lagi tiga disaluti serbuk cheese.. Menariklah rasa dia sebab guna serbuk..

Gambar nampak besar, bila dapat tak adalah besar mana.. Okaylah untuk dicuba.. Beli lagi munggin lain kali.. kikiki..

Dating di Family Mart Behrang Central, Perak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Malam semalam lepas Isyak, Sha teman encik suami isi minyak dan angin tayar motor putih dia sebelum beliau keluar ride hari ini.. Lepas isi minyak, kami singgah dating di Family Mart yang baru dibuka tak jauh dari rumah Sha.. Lepak minum kopi dan makan Corndog.. kikiki..

Menu pilihan kami Coffee Coconut Frappe, Salmon Fish Tofu, Cheesey Fish Bar, Double Cheese Corn Sausage dan Hanjuku Cheese..

Coffee Coconut Frappe - RM7.12 (Harga asal RM9.50)
Pertama kali cuba kopi campur kelapa dari Family Mart ini.. Menarik dan agak keras rasa kopi dia.. Semalaman Sha dan encik suami tak tidur dibuatnya.. kikiki..

Dua tahun lepas harganya masih okay.. Sekarang dah naik.. Tapi rasa tetap kekal sedap dan berbaloi dibayar.. Ketulan buah beri banyak tau dalam dia.. Memang kesukaan Sha lah.. 

US | Mission: Impossible – The Final Reckoning (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Okaylah.. Cuma tak berapa banyak aksi.. Boleh ja faham walaupun tak tengok filem-filem sebelum ini.. Filem ini pilihan encik suami.. Agak banyak bersembang.. Kali ini Ethan kena mengejar masa untuk menghapuskan AI bernama Entity yang cuba menguasai bumi dan menghancurkan bumi dengan mengawal semua negara yang mempunyai misil.. Pada masa yang sama Ethan kena berlawan dengan Gabriel yang nak mengawal Entity.. 

Nampaklah betapa seksanya Ethan nak melaksanakan tugas dia disebabkan faktor usia dan fizikal yang mula menua.. Tak nampak terlalu tipu dan lebih relaistiklah babak-babak dalam filem ini.. Okaylah untuk layan.. Tak ada adegan terlalu ganas atau cium-cium..

Ethan Hunt and the IMF team race against time to find the Entity, a rogue artificial intelligence that can destroy mankind.

Tebus tiket untuk kanak-kanak pula..

Friday, May 30, 2025

Malaysia | Ejen Ali The Movie 2 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem kali ini masih mengekalkan lawak dan karekter Ali yang agak kebudak-budakkan dalam membuat keputusan.. Sha satu keluarga suka layan animasi Malaysia.. 

Ali kena berlatih bersama sut Stria dan Alicia pula kekal menjalankan misi menggunakan Iris.. Setiap kali Alicia menggunakan Iris, dia macam nampak kejadian masa hadapan.. Kemunculan penjahat baru dari Cero mula menghuru harakan keadaan.. Lawan kali ini bukan calang-calang dan makin melampau sehingga menjadikan tubuh Alicia sebagai tebusan.. Makin rumit dan mendebarkan untuk tahu apa yang akan Cero lakukan lagi untuk menghancurkan Cyberaya..

A secret agent's life changes after being selected to pilot an experimental suit enhanced by artificial intelligence, designed to revolutionize covert operations.

Akhirnya.. Boleh tebus 1 tiket percuma.. Sha guna aplikasi TGV..

Ulang Tahun Perkahwinan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ulang tahun perkahwinan Sha.. Alhamdulillah, bertambah setahun lagi usia perkahwinan kami.. Raikan terus bersama anak-anak.. 

“Ya Allah, berkatilah aku dalam keluargaku dan berkatilah mereka dalam diriku. Berilah aku rezeki dari mereka dan berikanlah mereka rezeki dariku. Ya Allah, kumpulkan kami untuk kebaikan dan pisahkan kami apabila Engkau pisahkan kami untuk kebaikan.” 

”Ya Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan berikanlah kemudahan serta petunjuk kepada kami untuk keselamatan agama kami.”

Aamiin.. Aamiin..

Asalnya Sha tempah kek batik indulgence tapi penjual ada masalah yang tak dapat dielakkan, Sha tukar kepada brownies.. 

Hadiah kami berdua untuk keluarga kami.. kikiki.. Sha kongsi duit dengan encik suami untuk gadget baru rumah kami menggantikan air fryer yang meletup sebelum ini.. Harga asal dia RM419 tapi masa beli semalam ada promosi, dapatlah beli dengan harga RM319 sahaja.. 

Wayang Dari Pagi ke Malam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam memang kami pulun habis tengok wayang.. Bermula dari jam 11.15 pagi sampailah cerita yang akhir jam 10.45 malam.. Bermula dengan Ejen Ali, kemudian Mission Impossible, lepas tu Lilo & Stitch dan berakhir dengan Keluang Man.. Pengalaman baru untuk anak-anak.. Sha dah pernah buat masa zaman bujang dulu.. Tak ada kehidupan dan kawan, bila cuti ja memang layang wayang kalau tak melepak dalam kedai buku..

Awalnya kami tak rancang pun nak tengok wayang sebanyak itu... Sepatutnya bawa Imani untuk buat X-Ray 3D tapi mesin bermasalah.. Petang pun mesin masih tak okay.. Mulanya tunaikan permintaan Imani dan Amani yang nak tengok Ejen Ali.. Bila bincang balik dengan encik suami dia cakap jomlah layan ja wayang hari ini.. Sambil tu sambut sekali ulang tahun anniversary.. Gitu..

Oleh kerana kami masuk AEON Seri Manjung jam 10.45 pagi 29.05.2025 dan keluar dari AEON Seri Manjung jam 1.23 pagi 30.05.2025, bayaran letak kereta jadi -RM1.00..

Ejen Ali dapat 1 tiket free untuk seorang dewasa, lepas tu tambah 2 popcorn dan satu air.. Mission Impossible dapat tiket free untuk kanak-kanak..

Lilo & Stitch tu bayar penuh untuk 3 dewasa dan 1 kanak-kanak.. Keluang Man pula dapat tiket free untuk kanak-kanak..

Thursday, May 29, 2025

Novel | Chef's Cuisine oleh Effalee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kebetulan Amani pinjam buku ini dekat kenalan dia.. Bolehlah Sha tumpang baca.. Lama tak membaca buku fizikal yang sedap macam ini.. Ketebalannya berbaloi..

Walaupun awalnya macam geram ja dengan Dyra dan Zafrael ini.. Iyalah, dah elok-elok kahwin bagai tiba-tiba tak kahwin pula.. Awal-awal tu kita dihidangkan dengan kisah Dyra dan Zafrael yang bermula dengan musuh zaman sekolah, lepas tu dah tak jumpa.. Kemudian terjumpa sebagai bos dan perkerja yang bertukar jadi suami isteri.. Awal-awal ini pun dah ada misteri sikit-sikit yang menyelubungi hidup Zafrael ini tapi macam kabur-kaburlah lagi.. Bila sikit demi sedikit terbongkar, memang separuh tepatlah tekaan Sha.. Cuma tak sangka pula cerita jadi makin kompleks dan terlalu banyak rencah yang tiba-tiba.. Kejutan demi kejutan yang akhirnya berakhir dengan satu kejayaan dan kepuasan menghadapi hidangan yang hampir sempurna.. Berbaloi sangat dibaca..

Sha baca pada 26.05.2025 dan selesai pada 28.05.2025

Published January 1, 2022 by Manes Wordworks

7E Cafe Grape Swirl

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap ya aiskrim anggur 7E ini.. Selalunya Sha beli hari Isnin ataupun Rabu sebab murah dan sangat berbaloi.. Sha suka beli aiskrim dia sebab besar dan banyak tau.. Isi aiskrim tu memang sampai kat bawah kon.. Kenyang makan aiskrim.. Selalu beli rasa coklat,kali ini ada rasa anggur.. Rasa baru yang sedap.. Memang terasalah anggur dia tu.. Memang puas hatilah makan..

Grape Swirl - RM2.00

India | Arjun Son of Vyjayanthi (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang anak bernama Arjun yang asalnya, baik dan ingin meneruskan legasi mak dan ayah dia tapi tersasar sebab ingin melindungi mak dia.. Ayah dia dibunuh kerana menegakkan kebenaran.. Mak dia pula tak berjaya memenangi kes berkaitan ayah dia.. Orang jahat yang sepatutnya ditangkap terlepas tapi kemudian dibunuh Arjun sebab geram.. Bermula saat itu, Arjun dan mak dia berseteru.. Arjun ini taat sebenarnya dengan mak dia tapi dia geram sebab pihak berkuasa bersubahat dengan penjenayah.. Tu yang dia ambil tidakan sendiri.. Paling tak sangka, kepala besar yang mak dia tangkap tengah cuba nak bunuh mak dia lepas berjaya larikan diri dari penjara.. Polis pangkat besar pun ada yang bersubahat.. Arjunlah hero yang menyelesaikan masalah.. kikikiki..

Arjun Son of Vyjayanthi
2025 ‧ Action/Adventure/Crime ‧ 2h 24m
Arjun, a former IPS aspirant now a benevolent gangster, discovers terrorist Pathaan's vendetta against his mother Vyjayanthi, an honest IPS officer. He vows to protect her.

Wednesday, May 28, 2025

Sampul Exclusive

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana stok sampul duit raya dekat rumah Sha dah tak ada, makanya jomlah kita beli.. Tahun-tahun sebelum ini, ada lah juga dapat dari pasaraya atau kedai bila membeli belah tapi tahun ini memang tak merasa langsung.. Selain itu, Sha selalunya recycle ja sampul yang anak-anak terima.. Bila dah tak ada ini, kenalah beli.. Bila beli bukan pada bulan raya, memang murahlah harganya.. Sha beli dekat shopee ja.. Harganya pada Sha memang berbaloilah.. Biasanya selain sediakan sampul, Sha memang dah siap-siap bubuh duit dalam dia bermula dari sekarang.. Kiranya nanti masa raya, setiap sampul tu dah ada duit.. Jadinya tak payahlah nak beratur ke bank tukar duit..

Sha beli sampul ini masa tawaran penghantaran percuma.. Jadinya dapatlah jimat lagi disitu.. Bayar untuk harga barang sahaja..

Selamat sampai ke tangan pada 22 Mei 2025.. Siap ada kotak untuk setiap set corak tu.. Sha beli 3 set..

Ini dua set pertama.. Setiap set tu ada 50 keping dengan setiap corak 10 keping.. Corak Bunga atas tu RM4.75 dan yang bawah RM3.85

Corak yang ini Sha beli 2 set, jadinya setiap set tu ada 20 keping.. Satu set RM3.85..

Farewell Party Dr. Satnam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam majlis bersara, hari ini majlis perpisahan pula.. huhuhu.. Doktor ini dapat pindah, jadinya beliau buat makan-makan untuk kami.. Bukan kami buat untuk beliau tau.. Baik doktor ini.. Sha tak adalah kenal sangat tapi memang selalu ja berjumpa, berselisih dan bertegur sapa sebab tu Sha cakap beliau baik.. Memang beliau rajin bertegur dengan Sha.. Beliau jemput, kita datanglah kan.. Semoga maju jaya di tempat baru doktor..

Goodbye doktor..

Menu hari ini nasi putih, ayam masak kicap, sayur campur, buah tembikai, piza dan air sirap selasih.. Owh ya selain nasi berlauk tu, ada juga kek, takoyaki, cucur + kuah kacang dan goreng pisang..

Mighty White: Cheesy & Pizza Bun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha pertama kali cuba kedua-dua roti ini walaupun selalu ja nampak dekat rak roti.. Tak berapa yakin nak mencuba.. hahaha.. Sudahnya belilah juga sebab tertanya-tanya..

Mighty White Cheesy Bun (55g) - RM2.20
Mighty White: Pizza Bun (55g) - RM2.20

Cheesy Bun ini sedaplah guys.. Tambah bila makan sambil minum kopi.. Memang ngam teruk..

Pizza bun ini pula, Sha ingatkan pedas.. Pedas pedas manja ja.. Rasalah macam makan piza walaupun bahan piza tu nan hado.. Sesuailah dengan harga dia..

Tuesday, May 27, 2025

Majlis Persaraan Staf HSR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengahari tadi ada jamuan persaraan.. Buatnya depan Perpustakaan.. Haruslah kita sertai.. Bila tengok satu demi satu staf bersara, tak sabar pula rasa nak bersara.. kikiki.. Meriah majlisnya dengan jemputan buka staf sahaja tapi ada ex staf juga yang datang dari jauh lagi.. Lepas ini beliau dah jadi YB (Yang Bersara).. kikiki.. 


Menu pilihan Sha.. Nasi Beriani bersama secoet daging hitam, buah tembikai, papadom dan jeruk timun.. Laksa serta manisan dan kuih muih .

Imani dan Telefon Bimbit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Imani maklumkan kena bawa telefon pintar ke sekolah untuk pertandingan.. Sha mulanya risau juga.. Iya ja anak dara seorang ini.. Pesan macam-macam dengan dia.. Risau telefon hilang.. Alhamdulillah, memang Imani jaga betul telefon tu semalam.. Lega melihat Imani peka dengan tanggungjawab dia terhadap telefon tu.. Merasalah berbalas mesej dengan Imani semalam..

Teruja pula maknya bila Imani update pasal pertandingan..

Tak ada rezeki Imani..

Imani pujuk diri sendiri baru mak pula pujuk.. Alhamdulillah dah semakin matang dan faham ada bertanding ada kalah dan menang..

Terkejut Sha baca bila Imani hantar mesej ini.. Memang lambatlah semalam dia sampai rumah transit.. Mama Ani dia pun risau tengok dia tak sampai-sampai.. Sha pula jadi orang tengah antara Imani, encik suami dan Mama Ani dia.. Kalau tak kerana bawa telefon tu, mau gelabah Sha kalau rumah transit telefon cakap Imani tak sampai-sampai sebab pemandu van tak ada update apa-apa pasal kemalangan tu..

Karangan pendek Imani untuk pertandingan..

Ini depan klinik.. Imani dalam van menunggu pemandu van hantar budak yang cedera tu..

Kemalangan tu jadi bila, van belum lagi berhenti tapi budak-budak dah berlari pergi ke van.. Tak pasal-pasal dah jadi kemalangan.. Sha risau bila jadi kes-kes macam ini nanti van dah tak boleh beroperasi.. Mak Ayah pula lepas tangan macam tu ja.. Sha memang selalu pesan dengan Imani, tunggu sampai van berhenti baru pergi dekat van.. Bahaya..

Novel | Skizo oleh Ahmad Akmal Azman

Assalamualaikum..
Hye semua..

Skizo bukan bacaan yang mudah.. Sha sendiri mengambil masa untuk menghadam isi ceritanya.. Dari awal pembacaan, Sha tahu ini bukan kisah biasa.. Buku ini membawa Sha menyelami fikiran seorang lelaki yang terperangkap, bukan di tempat asing tetapi dalam dirinya sendiri.. Penceritaannya mendalam, kabur antara nyata dan tidak, buat Sha tertanya-tanya apa sebenarnya yang berlaku.. Ada masanya Sha rasa macam terputus nafas, sama seperti yang dirasai watak utama..

Walaupun adakalanya Sha rasa keliru, namun Sha tetap teruskan pembacaa.. Alang-alang dah separuh, haruslah kita habiskan walaupun pening.. Penulis mahu kita faham apa itu kekacauan dalam diam.. Buku ini bukan untuk semua orang, tapi bagi yang sanggup masuk ke ruang fikiran yang gelap dan penuh teka-teki, buku ini mampu memberikan sebuah pengalaman yang berbaloi..

Oleh kerana buku ini agak kompleks, lamalah sikit masa yang Sha perlukan..

Sha baca pada 23.05.2025 dan selesai pada 26.05.2025..

Published January 1, 2014 by Lejen Press

Monday, May 26, 2025

Lee Chocolate Flavoured Cream Biscuits

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut ini memang pure coklat.. Rasa coklat dia mewah betul.. Puas hatilah kalau peminat coklat.. Satu lagi biskut dia jenis keras, tak rapuh.. Bila patahkan tu dia tak berserdak sangat.. Biskut coklat dengan krim coklat di bahagian tengah.. Makan ini kena minum kopi o atau teh o, baru sedap..

Lee Chocolate Flavoured Cream Biscuits (40g)

Ada 4 set dalam 1 pek..

India | Vash (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Versi yang ini lebih ganas okay berbanding versi Shaitaan (2024).. Debaran dia lebih dasyat untuk versi yang ini.. Lebih kejam dan mengerikan.. Nekad seorang bapa dalam menyelamatkan anak beliau hingga sanggup melakukan apa sahaja.. Kesudahan cerita ini agak menyedihkan berbanding versi yang satu lagi..

Semuanya berpunca dari keadaan yang tak dijangka.. Kebaikan seorang lelaki asing akhirnya memporak perandakan sebuah keluarga bahagia.. Kesannya memang agak meruntun hati.. Mangsanya bukanlah setakat seorang budak perempuan sebaliknya ramai lagi.. Kalau tengok penamat dia macam akan ada sambungan tapi tak pastilah.. Owh ya.. Filem ini tunjukkan bagaimana pukauan dilakukan.. Memang tak jangkalah bila kena tu.. Walau apa pun keadaannya memang kena selalu hati-hati..

Vash
2023 ‧ Supernatural/Horror/Thriller/Mystery ‧ 1h 57m
Atharva, a family man, takes his family for a vacation and unfortunately gets trapped in black magic by a stranger named Pratap.

Aik Cheong Caffe Latte French Adora

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jenama Aik Cheong ini datang dengan pelbagai variasi kopi.. Ini salah satunya.. Caffe Latte.. Sha beli yang di ECO sahaja, buat rasa-rasa.. Jarang dah minum yang segera macam ini, teringin nak rasa baru beli pek comel macam ini di ECO.. Boleh tahan rasa dia.. Pekat memikat rasa kopinya.. Sha suka sebab tak manis.. Pembungkusan dia pun sempoi..

Aik Cheong Caffe Latte French Adora (3 X 25g) - RM2.50

Suka betul bila bancuh kopi ada buih kat bahagian atas tu..

Sunday, May 25, 2025

India | Hunt (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya Dr. Keerthy ini macam tak percaya dengan dunia paranormal atau roh ini.. Kemudian semuanya berubah bila beliau terlibat dengan siasatan rangka mayat perempuan yang dijumpai di simen dalam tong.. Mayat itu akhirnya berjaya dibuktikan sebagai Sara, seorang doktor yang hilang tanpa khabar.. Bermulalah episod paranormal Dr. Keerthy.. Beliau melihat secara langsung bagaimana pembunuh Sara dihukum oleh Sara.. Rupanya bukan Sara sahaja mangsa mereka tetapi adik Dr. Keerthy juga.. Semuanya kerana politik.. Memang gilalah..

Hunt
2024 ‧ Supernatural/Crime/Investigation/Horror/Suspense/Thriller ‧ 1h 56m
Follows Dr. Keerthy as she receives a case at a medical college that unfolds something that she was not expecting.

Munchy's TopMix

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sukanya Sha pek campur-campur macam ini.. Semua yang ada dalam ini kegemaran Sha dan anak-anak.. kikiki.. Memang berbaloi sangat bila di beli sebab beraneka.. Ada 16 pek individu dengan 8 jenis biskut.. Amani cukup suka kalau Sha beli pek Munch's TopMix ini sebab ada biskut kesukaan dia.. Kadang-kadang isi dia tak sama tau setiap pek.. Ikut rezekilah.. Sha berani cakap sebab Sha dah 3,4 kali jugalah beli.. Memang kadang tak sama isi dia..

Munchy's TopMix (500g) - RM8.95

Chocolate Flavoured Cream Sandwich (3 pek)
Lexus Chocolate Cream (2 pek)
Lexus Chocolate Cream (2 pek)
Butter sandwich Cracker (2 pek)
Cream Cracker (2 pek)
Lexus Vanilla Cream (1 pek)
Oat Krunch Dark Chocolate (1 pek)
Muzic Bites Chocolate Cream Wafer (3 pek)

Bila Kesihatan Teruji

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula dari hari Jumaat lagi dah rasa tekak tak okay tapi masa ini masih bertahan lagi.. Minum air suam ja nak legakan tekak.. Mula batuk-batuk sikit.. Malam tu lepas makan, Sha terus makan panadol actifast 2 biji.. Memang terus tidurlah lepas makan ubat.. Tapi pukul 4 pagi Sha terjaga dalam keadaan tekak gatal ya amat dan bahagian kiri kepala sakit betul.. Mujur dekat rumah memang ada BETADINE, Sore Throat Spray ini.. Sha bangun dan tembak ubat ini kat tekak.. Lega sikit.. Pukul 6 lebih tembak lagi.. Boleh pula lepas tu muntah-muntah, memang habis keluar semua air perut ja.. Tak ada apakan dalam perut.. Pedih tekak.. Masa ini memang dah mula sakit kepala yang teruk.. Keseluruhan kepala Sha berdenyut-denyut.. Encik suami pula kena kerja, beliau suruh Sha makan panadol soluble lepas makan dan rehat.. Kita ini mak, memang tak bolehlah nak rehat ja.. Encik suami memang offer nak belikan makanan, Sha yang tak bagi.. Tak suka dia kalut-kalut sebab beliau pun nak kerja..

Gigihlah basuh juga baju anak-anak, masakkan sup dan gorengkan ayam untuk anak makan.. Alhamdulillah Amani dah boleh menolong.. Amanilah yang tolong sidaikan baju dan masak nasi.. Sha memang on off lah buat kerja, rehat sambung buat kerja dan rehat lagi.. Sakit kepala tu sampai ke malam.. Alhamdulillah pagi ini dah tak sakit kepala.. Selsemalah pula.. Emosi memang on off lah.. Nak tidur pun tak berapa lena.. kikiki.. Nak makan panadol lebih-lebih pun risau juga.. Memang makan 4 ke 5 jam sekali itupun selang seli panadol soluble, panadol biasa, panadol soluble pastu panadol biasa..

Encik suami cakap, lama tak sakit tu yang jadi macam ini.. Selalu tu kalau selsema, meleleh ja hingus atau kalau batuk tu memang batuk je lah.. Kali ini pakej demam, sakit tekak, batuk, sakit kepala, sakit-sakit badan (tulang rasa ngilu betul) dan selsema.. huhuhuhu.. Anak-anak pun risau tengok maknya lembik ja.. huhuhu.. Beliau risau juga tu, pagi ini pukul 6 pagi dah kena keluar kerja.. Sha okay ja, bila betul-betul tak larat memang baring jelah.. 

Mujur encik suami memang ada simpan panadol soluble ini..

Saturday, May 24, 2025

Wall's Yakoo Cola

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli aiskrim ini dekat kedai ECO.. 1 set dapat 2 pek aiskrim kiranya kalau kat luar, harga dia 1 RM1.20.. Rasa kola tu ada tapi hujung-hujung ja.. Lepas tu bila habis makan ada rasa pelik tetinggal dekat lidah.. Tak tahulah macam mana nak terangkan.. huhuhu.. Masa Sha beli ini, harga barang kedai ECO masih lagi RM2.40..

Wall's Yakoo Cola

Aiskrim ini jenis boleh kongsi.. Dia bagi dua macam ini..

India | Kingston and The Curse Sea (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau baca sinopsis macam cerita seram.. 

Kisahnya penduduk kampung tak dibenarkan ke laut kononnya kerana sumpahan.. Siapa sahaja yang ke laut akan pulang sebagai mayat.. Tapi satu hari Kingston ke laut juga demi membuktikan tiada sumpahan.. Semasa di laut mereka berdepan dengan tengokrak manusia, hantu perempuan yang dijadikan korban, mayat atuk Kingston yang tiba-tiba muncul atas kapal.. Kingston akhirnya tahu cerita sebenar yang berlaku lama dahulu bukanlah seperti apa yang disebarkan orang kampung.. Memang ada sumpahan namun sumpahan itu akibat terlalu berang diatas kesalahan yang pernah dilakukan moyang Kingston iaitu Salomon.. Tapi bila cerita nak habis, ada satu lagi twist yang dikongsikan.. Memang tak sangkalah..

Kingston
2025  Drama/Horror/Adventure/Fantasy  2h 19m
In 1982, the coastal region of Thoovathor becomes cursed by a mysterious paranormal event; to break the curse, Kingston, a sea smuggler, ventures into the sea's waters.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com