Wednesday, August 31, 2016

Pencarian Sekolah Agama Untuk Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sebok buat pencarian Sekolah agama untuk Amani..
Sekolah rendah kebangsaan dah settle..
Sekolah Rendah Agama ini, rupanya ada dua jenis..
Satu Sekolah Agama Rakyat atau ringkasnya SAR..
Satu Lagi Sekolah Rendah Agama Integrasi atau ringkasnya SRAI..
Disebabkan Sha punya tempat tinggal berdekatan dengan Selangor, maka pencarian Sekolah Agama Sha lakukan di Negeri Selangor.. 
Memang berdekatan sangat-sangat.. kikikiki..

Beza dia pada sukatan pembelajaran dan peperiksaan..
  • Sekolah Rendah Agama (SRA) menggunapakai sukatan pelajaran dan kurikulum JAIS sepenuhnya, manakala Kelas Asas Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) menggunapakai kurikulum JAIS dan JAKIM.
  • Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK) adalah peperiksaan yang diselaraskan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi murid tahun lima (5) di Sekolah Agama Rakyat (SAR) dan Kelas Agama dan Fardhu Ain Integrasi (KAFA Integrasi) seluruh Malaysia. (Tidak semua Sekolah Agama Rakyat menawarkan UPKK ini. Hanya di sekolah-sekolah tertentu sahaja.)
  • Untuk UPKK sijilnya dikeluarkan oleh JAKIM (Boleh diguna pakai di Seluruh Malaysia)
  • Manakala bagi peperiksaan di Sekolah Agama Rakyat pada tahun enam sijil dikeluarkan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor. (Boleh digunapakai di Selangor sahaja)
Buat masa ini, ini je perbezaan yang Sha dapat..
Kalau ada yang salah, boleh maklumkan Sha di bahagian komen ye..
Sha pun search dekat Google..

Borangnya pun berbeza..
 
 Ini untuk Sekolah KAFA Integrasi

 
Yang ini pula Sekolah Agama Rakyat.

Wordless Wednesday Pageviews #1


 
Aug 22, 2016 11:00 AM – Aug 29, 2016 10:00 AM

Tuesday, August 30, 2016

Menang GIVEAWAY:PERENCAH IKAN BAKAR BY AZATIESAYANG

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rezeki hari Isnin...
Walaupun lama menunggu keputusan GA ini..
Alhamdulillah berbaloi gitu..
Sha antara yang berjaya mendapat Perencah Ikan Bakar..

Giveaway ini dianjurkan oleh Kak Atie owner Blog Azatiesayang..
Penyertaan Sha boleh Klik SINI.
Senarai peserta boleh tengok SINI.
Pengumuman pemenang boleh klik SINI.

 Sha punya no bertuah : 23

 
Inilah hadiahnya.. Perencah Ikan Bakar..

Buat pengetahuan semua, Kak Atie nie ada jual :
Perencah Ikan Bakar
Ikan Pekasam (Sha dah beli.. Sedap tau..)
dan macam-macam lagi..

Boleh ke
FB : Atie Izatie
Blog : Azatiesayang
 
Yeah!!! Perencah dah sampai..
sampai pada 23.08.2016

 
Cara-cara menggunakan perencah..

 
Ini pula detail untuk PIC..
Kalau nak beli, bolehlah Call Kak Atie di 019-3365633 / 010-4060633
Email di primaayahanda@yahoo.com

Nanti kalau Sha dah guna, Sha share di blog ye..
Buat masa ini belum lagi mencuba..

Monday, August 29, 2016

Keywords Blog Kasihku Amani #3

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah search keywords di Nuffnang..

 Carian minggu lepas..
Banyak yang search lirik Janam Janam (Dilwale)

 Carian minggu ini pula Lagu Janam Janam versi Melayu..

Sample Sabun Efficacious dari Beautyras Natural Herbs.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ada terima sample sabun dari Beautyras Natural Herbs -HQ
Sabun Efficacious yang diperbuat dari Temulawak dan Gamat Emas..

Ramuan herba 100% original tanpa bahan kimia. 
Mujarab dan berkesan. Mesra alam. 
Sesuai untuk semua jenis kulit mahupun bayi. 
Tiada kesan sampingan.
 
Sabun yang sangat wangi bau dia..
Sha dah pakai sabun ini..
Memang best.. Terasa segar je setiap kali lepas mandi..
Disebabkan Sha memang ada gatal-gatal dibadan, bila pakai sabun ini, gatal-gatal tu dah semakin berkurangan.. So memang legalah rasa badan..
Sabun-sabun herba semulajadi ni boleh dipakai di muka dan seluruh badan. 
Kandungan herba tidak akan memberi masalah pada kulit,bahkan merawat kulit secara semulajadi.

 
Sabun yang Sha terima pada 23.08.2016
 
 
Kebaikan Sabun ini ialah:
Menanggalkan daki degil
Memutihkan kulit
Merawat kulit bermasalah
Menyegarkan kulit
Merawat kulit gatal
Memudarkan parut
Menaikkan seri wajah
Anti penuaan
Memudarkan jeragat.

 

 
Inilah rupa sabun tu..
Bila buka je, keluar bau wangi dia..
Semerbak tau.. 

Ada banyak lagi jenis sabun yang dibuat oleh Beautyras Natural Herbs ini..
Sekiranya berminat bolehlah ke FB Beautyras Natural Herbs.

Sunday, August 28, 2016

Ongoing Campaigns From Nuffnang #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah... Untuk Bulan Ogos nie, nampaknya Nuffnang baik hati..
Dapatlah Sha 4 campaigns...

Walaupun Tak banyak sangat..
Tapi adalah juga untuk kawan-kawan tolong klik..

Terima kasih Nuffnang...
Semoga makin banyak Campaigns yang Sha terima...


 
On Going Campaigns for August..
Tq For your click..
Insya Allah i'll Go and click yours..

Imani dan Rambutan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Isnin haritu, mak pengasuh Imani, bagi rambutan..
Bising mulut dia suruh kopekkan rambutan..
Kalau Sha dan encik suami memang macam ini..
Rambutan tu kami siap kopekkan dan buang biji..
Senang Imani dan Amani nak makan..

 
Tengah susun Rambutan..
 
 
Ayahnya tolong kupaskan isi rambutan..
 
 
Ralit tengok ayah buat kerja..

Saturday, August 27, 2016

Kelulusan Penempatan Amani ke Tahun 1 Sesi Persekolahan 2017

Assalamualaikum..
Hye semua..

Isnin (22.08.2016) kami dapat surat mengatakan kelulusan penempatan persekolahan Amani untuk 2017..
Alhamdulillah, lega rasanya..
Tahun depan Amani dah darjah satu..
So hari Selasa kami pergi kesekolah bersama surat dan sijil kelahiran Amani.

Ini tunggu surat taklimat pula..
Katanya bulan disember nanti..
Excited dan risau di dalam hati..
Excited sebab Amani dah darjah satu..
RIsau bila memikirkan macam mana Amani kat sekolah nanti..

So bolehlah standby duit untuk yuran persekolan Amani..
Untuk barang-barang sekolah, baju-baju sekolah..
Nanti tak adalah kelam kabut..

Udang Goreng Simple

Assalamualaikum..
Hye semua..
Lama tak share resepi dengan korang..
Resepi ini mudah dan ringkas..
Udang tu boleh ganti dengan sotong..
Pun sedap juga..
Cuma kalau pakai sotong kena masuk last sekali..
Pastu jangan masak lama sangat..
Nanti dia liat..

Resepi Asal dapat dari Blog Vanilla Freak, boleh klik Sini kalau nak tengok resepi asal.

Udang Goreng Simple versi Sha
Bahan-bahan:
Udang (diperap dengan perencah gorengan)
Bawang merah (hiris nipis)
Bawang putih (hiris)
Cili padi (potong dua)
Carrot (potong ikut suka)
Cara-cara:
1. Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih.
2. Masukkan carrot dan cili padi.
3. Lastly masukkan udang yang dah diperap dengan perencah goreng.
4. Goreng kejap dalam 3minit macam tu. Then dah boleh tutup api.
5. Sedia untuk dihidangkan.

Bila nak cepat, Sha masak cengginie je.. Senang dan ringkas..

 
Ratah cengginie je pun sedap..

Friday, August 26, 2016

Squad 38 (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom nonton drama Korea yang ohsem ini..
Drama ini menceritakan kisah pemungut cukai..

Bagaimana susahnya untuk mendapatkan cukai dari mereka yang kaya..
Akhirnya orang miskin juga yang menderita membayar cukai..
Orang kaya terlepas disebabkan rasuah yang berleluasa..

Disebabkan kesukaran mengutip cukai, maka tertubuhlah Squad 38..
Squad ini terdiri dari mereka yang bijak menipu..
Kelebihan mereka dalam memanipulasi situasi,
membantu pemungut cukai mendapatkan cukai dari mereka yang kaya..

Terdapat kesukaran dan kepayahan dalam melawan mereka yang berkedudukan dan berduit..
Namun pasukan ini tetap gigih berjuang demi membela mereka yang tertindas..

Seronok melihat aksi dan lakonan pelakon dalam cerita ini..
Memang best dan ohsem..



Menang Pertandingan oleh FB Pentas Maya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Rezeki hari Isnin...
Seronok yang teramat sangat..
Sha menang pertandingan Menang Novel & Duit oleh Facebook Pentas Maya..
Seriouslly tak sangka sangat-sangat..
Menang hadiah tempat pertama pula tu..
Yeah!! Boleh beli novel lagi...

Pentas Maya ini diuruskan oleh penulis bernama Resmanshah
Sha mengenai beliau kerana promosi Novel Thrillernye yang bertajuk Karma..
Dari situ Sha mula membaca karya-karya beliau yang lain..
Antara yang sudah Sha baca ialah
Karma
DUO
Lelaki dan Sebilah Pisau (masih tak habis lagi)
Kitab Rogayah Masin

Ada novel-novel beliau yang masih belum Sha baca..
masih berusaha untuk mendapatkannya..
Nanti Sha share dalam entry lain apa naovel yang sha dapat sebagai hadiah..
Dan apa yang Sha buat dengan duit yang Sha menang nie..

 
 Pengumuman pemenang pada 22.08.2016
Seronok rasanya bila nama tersenarai sebagai pemenang..
Boleh beli buku.. Yeah!!

Gambar bawah ini adalah Syarat-syarat pertandingan dan Hadiah yang ditawarkan..
 

 

Ok.. kalau korang berminat nak tahu lebih lagi..
Boleh ke..

Thursday, August 25, 2016

Kombo Novel dan Komik Di Bookcafe

Assalamualaikum..
Buat peminat Novel dan Komik..
Bookcafe menawarkan KOMBO jimat yang sangat ohsem dan menarik..

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337
Selamatkan Dania
Gadis Skuter
Pengemis Sungai Tigris
RM5.00
Trilogi Bisik #1: Bisik
Trilogi Bisik #2: Koyak
Trilogi Bisik #3: M 
RM50.00
https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337
Kombo Bookcafe : Novel Ramlee Awang Murshid (A)
Kombo ini mengandungi Novel:
Tombiruo (Penunggu Rimba)
Aku Bercerita
Rayyan Fantasi
Sunan Nanggaroe Sang Kembara
9 Nyawa
Satu Janji

RM100.00
https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337
Kombo Bookcafe : Novel Ramlee Awang Murshid (B)
Kombo ini mengandungi novel:
Rahsia Perindu
Hatiku di Haruju
Cinta Sang Ratu
Mandatori
Mikhail
Semangat Hutan

RM100.00

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337
Kombo Bookcafe : Set Impiana (4 Buku)
Set kombo ini mengandungi 4 buah buku.
- Impiana Perangkap Pertama
- Impiana Tiada Jalan Keluar
- Impiana Misteri Terbongkar
- Impiana Finale
RM55.00
https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337
Kombo Bookcafe : Komik M Shootz! 1 - 5
Komik yang terkandung dalam pakej ini ialah :
- Komik M Shootz #1
- Komik M Shootz #2
- Komik M Shootz #3
- Komik M Shootz #4
- Komik M Shootz #5 
RM30.00

Membeli Barang Dapur di Pasar Malam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja Sha nak kongsi dengan kawan-kawan..
Sebelum ini, Sha memang jarang memasak hari kerja..
Sha lebih senang membeli lauk siap sahaja dan masak nasi dirumah..
Selalunya Sha akan masak pada hari Sabtu dan Ahad sahaja..
Tapi semenjak kantin tempat kerja Sha dah tak berape best masakannya dan semakin mahal..
Sha mula memasak kembali..
Itupun untuk makan malam sahaja..
Penat memang penat.. 
Balik dari kerja, dah kena bersilat dekat dapur..

So, Sha pun dah mula membeli barang basah semula..
Sha tak beli di Pasar, sebab harga yang mahal..
Lagipun kalau beli ayam, Sha kena beli seekor atau sebelah di pasar..
Sedangkan kami sekeluarga kurang makan bahagian yang berisi seperti dada ayam..
Sha lebih senang membeli di Pasar Malam..
Lebih murah dan banyak pilihan..

Selalunya Sha akan beli sepiring udang, sepiring sotong..
Harga untuk sepiring ini RM5..
Ikan pula, sha tengok keadaan..
Kalau nampak segar dan elok, Sha amik la juga..
Kalau tak Sha beli yang timbang je..
Ayam pula kita boleh pilih bahagian apa yang kita nak..
Selalunya Sha akan beli bahagian peha dan tight sahaja..
Harga lebih kurang RM11 untuk dua pasang peha dan tight.
Cukuplah untuk makan seminggu.

Biasanya Sha akan masak 2 jenis lauk sahaja.. Sayur dan ikan..
Atau sayur dan ayam..
Mujurlah encik suami jenis tak cerewet..

Kalau sayur pula, Sha lebih senang membeli di Pasaray TF @ Speedmart 99.
Dia dah siap packing.. Just amik je nak sayur apa..
Seikat atau sepekat biasanya untuk sekali masak sahaja..
Harga pula antara seringgit lebih ke dua ringgit lebih..

Kalau memasak masa hari yang Sha bekerja, 
Sha akan keluarkan lauk dari peti beku untuk defrost pada waktu rehat tengahari..
Sha juga akan sediakan bahan memasak seperti bawang, sayur dan cili pada waktu ini..
Balik dari opis dah boleh terus memasak..
Sha boleh buat begini sebab Sha duduk quaters staf..
Rehat tengahari memang Sha akan balik rumah..
Keadaan ekonomi sekarang yang agak membebankan memaksa orang yang bergaji sederhana seperti Sha berbelanja dengan berjimat cermat..
Kena sentiasa membandingkan harga dan mencari tempat yang harga barangnya berpatutan..
Kalau tak buat macam ini memang terseksa la jawabnya..

Perkongsian ini hanyalah perkongsian..
Mungkin boleh membantu mungkin juga tidak..
Mungkin rakan-rakan boleh kongsikan juga bagaimana rakan-rakan berbelanja..

A Walk Down Memory Lane #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tengah duduk lepak-lepak dengan anak-anak, tertengok pula memory 6 tahun lepas..
Pada tarikh 21.08.2010, kami buat cukur rambut Amani..
Bulat nya lah Amani masa ini..
Masa ini dia baru 2 bulan lebih..

 

Wednesday, August 24, 2016

Merdeka Sale 2016 di Bookcafe

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom berbelanja di Bookcafe..
Sempena Merdeka, Bookcafe memberi diskaun yang sangat ohsem..
Cuma perlu klik banner di bawah..

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337
Jom rebut peluang dengan Flash Sale = 1 Buku RM1
900 tajuk buku dengan 30% diskaun
700 buku dengan 20% diskaun
Senaskah buku RM2

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337
 Promosi Buku-buku Sejarah dengan 15% diskaun

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=337
Paling istimewa..
Dapatkan penghantaran percuma bila membeli RM50 ke atas pada 26 Ogos 2016 ini

Menghitung Hari #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak lama je lagi..
Lagi dua minggu lebih kurang..
Majlis adik perempuan Sha..
Semakin dekat semakin kami berdebar-debar..
Banyak yang nak kena buat..
Mujurlah adik yang bongsu ada di rumah..
Weekand aritu (20&21.08.2016) dia settlekan kemas bahagian luar rumah..
Alhamdulillah.. Dah bersih dan kemas..

 
 Kawasan laman dah lapang..

 
Bersih dan berseri-seri..

Nasi Lemak RM2 di Felda Sungai Behrang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha nak share pasal Nasi Lemak RM2 dengan pelbagai jenis lauk..
Ada lauk sambal paru, daging, ayam, kerang, telur dan ikan bilis..
Nasinya banyak.. Memang kenyang..
Lauk dia pun banyak gak..
Sha pernah beli Nasi Lemak dengan lauk sambal kerang..
Memang best.. Kerang dia besar-besar..
Nasi Lemak nie dia dah siap packing..
Kita cuma pilih nak lauk apa je..
Harga sama je RM2 sevungkus..
Dekat mana nak beli??
Senang je nak cari gerai yang jual Nasi Lemak ini..
Masuk je Felda Sungai Behrang, gerai Nasi Lemak RM2 ini berdekatan dengan pintu gerbang Felda Sungai Behrang.
Felda Sungai Behrang ini dekat Behrang, Perak.
Cumanya gerai Nasi Lemak ini buka sekitar jam 6.00 petang.
Agak lambat sedikit...
Ada juga menjual berger dan air berkarbonat.
Lauk lain yang boleh dibeli berasingan ialah ayam goreng dan begedil.
 
Inilah gerainya..
Yang berbalut kain biru tu Nasi Lemak..
Dia dah siap Packing..
Mintak je nak sambal apa..
Semuanya RM2 sahaja..
 
 
Nasi Lemak sambal daging..

Wordless Wednesday Special #4

 

Tuesday, August 23, 2016

Menang GA Travelog Faghuzi & Kompilasi Travelog 7 Benua!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Pagi selesa yang menceriakan..
Walaupun sedikit kecewa malam tadi..
Tapi pagi ini dapat berita gembira..
Sha menang buku..
Untuk orang macam Sha, buku tu macam harta yang sangat ohsem..
Bila dapat comment di pagi hari mengatakan saya menang..
Terus rasa bersemangat..
Menang sebuah buku yang bertajuk Buku Kompilasi Travelog 7 Benua.

Alhamdulillah..
Syukur pada Allah..
Sha memang sangat-sangat berterima kasih atas hadiah yang ohsem ini..

Keputusan pemenang, boleh semak di SINI.

 
Makluman mengenai keputusan GA oleh Blogger Julia Tarmidi
Pemilik Blog Aku Seorang Traveler

Nanti Sha share pasal buku Kompilasi Travelog 7 Benua nie pula ye..

Monday, August 22, 2016

Hindustan - Jab Tak Hai Jaan 2012

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sabtu (20.08.2016), Sha baru berpeluang tengok cerita ini..
Ohsem rupanya cerita ini..
Jab Tak Hai Jaan maksudnya Selagi masih hidup..
Kisah Percintaan antara Samar Anand dan Meera..
Menarik gak cerita ini..
Cuma ada beberapa perkara itu kena ambil perhatian kalau tengok bersama anak kecil..
Seksi owh pelakon wanitanya...
Tapi oklah..

Yang paling Sha suka dalam cerita ini pemandangan dia..
Pengarah dia memang pandai shoot..
Seriouslly cantik giler shoot-shoot dia..
Terpukau mata memandang..

Lama owh cerita ini..
5.30 petang baru habis..

 
Lawa poster dia..

Please Prove You're Not A Robot.

Assalamualaikum..
Hye semua...

Kenapalah agaknya tajuk tu yang keluar ye??
Sebenarnya, Sha pun tak pasti..
Adakah masalah ini hanya melanda Sha seorang atau orang lain..

Sekarang ini kalau Sha komen lebih dari dua je, mesti dia keluar..
Tapi bagus juga.. Kenapa Sha cakap bagus..?
Sebab ianya membuatkan Sha jadi lebih sabar dan pengingat..
Kalau dulu, Sha memang akan give up bila mende ini keluar..
Sebab lepas je kita tick, dia akan suruh kita pilih gambar..
Kalau tick je, memang cepatlah..
bila nak kena pilih gambar itu yang sakit hati..
sebab apa? Sebab kadang-kadang kita dah pilih gambar ikut apa yang dia nak..
Tapi dia kata salah.. dia keluarkan gambar lain pula..
Tu yang stress tu..

Tapi sekarang tidak lagi..
Sha amik mende ini sebagai positif..
Nak seribu daya.. Tak nak seribu dalih..
Gigih tak gigihlah.. kikikiki..
Sampai dah boleh teka dia nak suh pilih gambar apa tanpa tengok soalan..
Nampak tak betapa rajinnya Sha mengomen..

So bila keluar je mende ini, Sha terus automatik jadi sabar..
Sabar sangat.. Kikikiki...
Macam mana pula dengan kawan-kawan?
Menghadapi masalah yang sama?
Apakah penyelesaian kawan-kawan?

 
Sila buktikan anda bukan robot..

Sunday, August 21, 2016

Tuan Jutawan & Cik Pembantu oleh Noorfadzillah Omar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tuan Jutawan & Cik Pembantu oleh Noorfadzillah Omar
novel ringan dan santai yang ohsem..

Kisah pembantu hotel bertemu dengan jejaka handsome dan jutawan..
Kemudian ada pula watak-watak sengal yang menyerikan cerita..
Memang relaks dan happy je baca novel ini..
Jom membaca..
 
Baca dan selesai pada 16.08.2016
Published 2013 by PTS

Amani dan Imani Main Robot-robot

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila ayah ada dirumah..
Beginilah jadinya anak-anaknya..
Dibuatkan topeng.. kemudia dipakaikan ke anak..

Sabar jelah menengoknya..
Pastu berposing-posing macam model..
Jenuh sha gelak nengok gelagat dua beradik ini..

Amani dan Imani..
Ada je idea mereka nak bermain..

 
Adik dan kakak..
 
 
Bila adik bergaya dengan topeng yang ayah buat..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com