Showing posts with label Review Filem. Show all posts
Showing posts with label Review Filem. Show all posts

Saturday, June 13, 2026

US | Mortal Kombat II (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertarungan Mortal Kombat kembali lagi.. Kali ini melibatkan Outworld dan Earthrealm.. Pasukan Outworld terdiri dari Sindel, Shao Kahn, Kitana, Jade dan Kung Lao.. Kitana ini perisik untuk Raiden sebab dia tak suka kan Shao Kahn.. Manakala pasukan Earthrealm pula terdiri dari Johnny Cage, Sonya, Liu Kang, Jax Briggs dan Cole Young.. Johnny tak nak sertai sebab dia tak ada kuasa ke apa.. Cuma ada bakat lakonan dan boleh berlawan ja tapi tertarik masuk juga untuk berlawan dan kalah.. 

Bila diorang tahu yang diorang tak boleh nak kalahkan Shao Kahn, diorang kena cari jalan lain lah.. Mujurlah ada Kano yang dah sedia korup dan tak nak duduk dekat Outworld.. Kanolah tolong diorang untuk kalahkan Shao Kahn dengan bagi tahu pasal Bi-Han yang pegang amulet dan berada di  Netherrealm..

Menariklah filem ini sebab babak berlawan, lepas tu ada super power pula.. Setiap kali watak-wataknya bertembung di medan pertarungan, adrenalin Sha turut bertarung bersama.. Mata melekat pada skrin, jantung berdegup mengikut rentak tumbukan dan tendangan yang tidak pernah memberi ruang untuk rasa bosan..

Mortal Kombat II
2026 ‧ Action/Adventure/Fantasy/Sci-Fi ‧ 1h 56m
Johnny Cage joins other fighters in the ultimate, no-holds-barred battle to defeat the dark rule of Shao Kahn, a powerful tyrant who threatens the very existence of the Earthrealm and its defenders.

Indonesia | Sebelum Dijemput Nenek (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya bermula dengan agak seramlah juga.. Bila Hestu mula kena kacau dengan hantu nenek dia.. Tapikan, makin lama makin kelakar.. Hahaha.. Tambah bila Hestu dan Akbar buat upacara kononnya nak minta nenek mereka jangan mengganggu mereka.. Sebaliknya pula yang berlaku.. Bukannya nenek dia menghilang, malah bertambah pula hantu dekat kampung diorang.. Bertambah huru hara jadinya.. Hahaha.. Walhal nenek tu datang ada tujuan lain.. Halah.. Sabar je lah..

Before Granny Gets Us
Original title: Sebelum Dijemput Nenek
2026  Comedy/Horror  1h 43m
Hestu and Akbar suddenly changed after their grandmother passed away. Instead of finding peace, they were often visited by their grandmother's spirit with mysterious messages, including requests to be accompanied to the afterlife.

Tuesday, June 9, 2026

Malaysia | Mikael: Pemburu Dua Alam (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoilah.. Watak Winston inikan.. Mantaplah filem ini.. Gabungan pelakon pun memang tak dijangka namun nampaklah serasi.. Sha suka.. Harapnya adalah lagi genre macam ini.. 

Filem ini menggabungkan aksi, seram dan komedi dalam satu dunia yang penuh mitologi serta makhluk ghaib.. Watak Mikael yang dibawakan oleh Datuk Remy Ishak memberi aura pemburu yang karismatik walaupun sedikit berusia tapi masih gagah.. Manakala jalan ceritanya mengingatkan Sha kepada filem pemburu makhluk ghaib ala Barat tetapi dengan identiti Nusantara yang tersendiri.. Ada beberapa bahagian yang terasa macam keterlaluan dan berlebih-lebihan, namun secara keseluruhanya filem ini menghiburkan dan menawarkan sesuatu yang berbeza daripada kebiasaan filem tempatan..

Mikael: Pemburu Dua Alam
2026 ‧ Action/Comedy/Fantasy/Horror/Thriller  2h
Dibintangi: Datuk Remy Ishak, Norreen Iman, Fabian Loo, Alicia Amin, Ahirine Ahirudin, Megat Sharizal, Anas Ridzuan, Amir Nafis, Bront Palarae
Seorang pegawai polis elit yang juga seorang pemburu jin, menghadapi ancaman makhluk dari alam ghaib semasa menyiasat siri pembunuhan ngeri yang membawa kepada pertempuran epik menentang Raja Jin demi keseimbangan antara dua dunia.

Monday, June 8, 2026

Indonesia | Gundik (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah pernah tengok sikit filem ini tapi lepas tu stop sekejap.. Ini baru nak sambung balik.. Kisah 4 orang lelaki yang cuba merompak sebuah rumah kepunyaan Nyai.. Kononnya sebab rumah tu banyak harta.. Malangnya mereka tersalah masuk rumah.. Nyai tu bukanlah sebarangan orang.. Rumah tu bukan rumah biasa sebaliknya rumah puaka yang tak akan melepaskan mereka.. Walaupun filem ini filem seram tapi saat-saat tak dijangka muncul elemen komedi.. Tak tahulah nak rasa seram ke kelakar.. huhuhu.. Lepas tu penamat dia memang di luar jangkaan.. Betul-betul tak disangka..

Gundik
Also known as: The Concubine
2025 ‧ Horror/Action/Crime/Thriller ‧ 1h 52m
It revolves around a robbery plan carried out by four thieves. The four men have a plan to rob the house of a mistress of a state official, known as Gundik.

Friday, June 5, 2026

Indonesia | Agak Laen: Menyala Pantiku! (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini bukanlah sambungan kepada filem Agak Laen (2024).. Kali ini mereka berempat terpaksa menyamar di sebuah rumah jagaan orang tua untuk mencari seorang pembunuh.. Ini ja kesempatan yang ada, kalau gagal juga mereka akan dibuang kerja sebagao polis.. Jadinya Boris dan Oki terpaksa menyamar menjadi pasangan tua yang kehilangan tempat tinggal manakala Jegel dan Bene menyamar menjadi pekerja.. Memang kelakarlah cara penyamaran dan penyiasatan diorang ini.. Sampailah akhirnya diorang jumpa juga pembunuh yang sebenar.. Tapi tu lah, diorang tetap kena buang kerja dan pembunuh tu pula meninggal.. huhuhu..

Kelakarlah cerita dia.. Bolehlah layan santai-santai..

Agak Laen: Menyala Pantiku!
2025 ‧ Comedy/Crime/Mystery ‧ 1h 59m
After repeatedly failing to carry out their missions, Detectives Bene, Boris, Jegel, and Oki are given one last chance: to go undercover and infiltrate a nursing home, to search for the fugitive in the murder case of the mayor's child.

Malaysia | Pemuja (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak sengaja tertengok filem ini.. Macam dah lama pula tak tengok Qi Razali ni berlakon.. Awal-awal tu Sha ingatkan Qi tu jahat.. Rupanya ada kisah lain yang tersembunyi berkaitan dengan Qistina.. Babak Qistina dengan anak dia tu memang dah boleh agak dah yang anak dia tu dah tak ada dan Qistina tu sebenarnya tertekan.. Cuma bahagian Qi je lah, Sha tersalah sangka.. Orang jahatnya memang gila.. Okaylah cerita dia..

Pemuja
Also known as:Blood Devotion
2026 Horror  1h 32m
Pelakon: Qi Razali, Yasmin Hani, Maria Farida, Namron, Hilal Azman, Nafiz Anuar, Rhea Ervina
Married couple Qistina and Aqil lead seemingly successful lives Qistina is a renowned children's book author, while Aqil is an entrepreneur striving to build his startup. However, financial struggles and a tragic family incident leave them with no choice but to move into Qistina's late father's ancestral home in the village, along with their daughter, Laila.

Sunday, May 24, 2026

US | The Punisher: One Last Kill (2026)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Aksi dia masih brutal seperti yang kita harapkan daripada The Punisher.. Setiap tumbukan terasa berat.. Setiap tembakan terasa marah.. Walaupun ada beberapa CGI moment yang nampak macam sedikit janggal tapi keseluruhan vibe dia tetap gelap dan menyakitkan dengan cara yang Sha suka..

Dan paling penting… filem ini terasa seperti Frank Castle akhirnya menerima hakikat bahawa dia mungkin tidak akan pernah jadi manusia normal semula.. Ada manusia yang boleh move on daripada trauma.. Ada pula yang menjadi trauma itu sendiri..

The Punisher: One Last Kill
Original title: A Marvel Television Special Presentation: The Punisher: One Last Kill
2026 ‧ Superhero/Action/Adventure/Crime/Drama/Thriller ‧ 51m ‧ TV Special
Frank is haunted by hallucinations of his dead squad mates and family. A vengeful mother seeking revenge against Frank for his killing her husband and sons puts out a bounty on his head that brings dozens of criminals out, all trying to kill Frank.

Saturday, May 23, 2026

Indonesia | Sewu Dino (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana Sha dah layan filem Janur Ireng (2025), jadinya tengok jugalah filem yang ini walaupun macam tengok tak tengok ja.. hahaha.. Tak berani mana pun Sha ni tapi perasaan ingin tahu tu tinggi.. Nak juga tahu apa yang jadi.. Tu yang Sha tengok juga filem ini..

Kisah Sri diterima berkerja dengan keluarga Atmodjo untuk menjaga Della Atmodjo yang dirasuk Sengarturih.. Della ini boleh ditenangkan melalui ritual mandi Basuh Sedo.. Tapi Basuh Sedo tu pun hanyalah perkara sementara.. Kalau nak pulihkan Della ini kena lakukan acara khusus pada hari ke 1000.. Selain Sri, ada Erna dan Dini yang memang dah berkerja dengan keluarga Atmodjo terlebih dahulu.. Macam-macam perkara pelik berlaku pada mereka bertiga bila semakin dekat hari ke 1000 tu.. Paling tak disangka Erna tu lah.. Tapi mujurlah tak jadi apa.. Masa ritual nak dijalankan barulah tahu rupanya Sri tu yang paling penting untuk membantu upacara Della.. 

Filem ini ada dua mid-credits.. Satu dia paparkan tentang kesudahan Sabdo dan satu lagi tentang penolakan Sri pada duit pemberian keluarga Atmodjo.. 

Sewu Dino
Also known as: A Thousand Days
2023 ‧ Horror/Mystery ‧ 2h 1m
Sri is instructed to perform a cleansing ritual for Dela Atmojo, an unconscious girl. However, the terror begins when her friend fails to complete the ritual.

Tuesday, May 19, 2026

Thailand | My Dearest Assassin (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ceritanya pasal seorang budak perempuan bernama Lhan yang memiliki darah paling berharga dan dikehendakki.. Lhan hampri berjaya ditangkap namun diselamatkan oleh Po yang juga bapa kepada Pran.. Rupanya darah Lhan digunakan untuk selamatkan Pran.. Sebab tu Po selamatkan Lhan dari Phruek untuk jadi bank darah Pran.. Semuanya akan baik-baik saja kalau Po terangkan hal yang sebenar tapi bila disembunyikan memang buat Lhan dan Pran memberontaklah.. Ini juga punca mereka diserang Phruek, Pran tercedera dan rahsia sebenar terbongkar.. 

Sha tengok sebab hero dengan dengan second hero dia handsome.. hahaha.. tu ja.. Jalan cerita dia pun okaylah untuk babak bertarung.. Cuma tu lah, patutnya kenalah ajar juga Lhan tu bertarung.. Barulah mantap..

Title: My Dearest Assassin
Also Known As: Lueat Rak Nakkha
Screenwriter: Jeab Wattana Weerayawattana
Director: Kui Taweewat Wantha
Genres: Action, Thriller, Romance, Crime
Type: Movie
Country: Thailand
Release Date: May 7, 2026
Duration: 2 hr. 9 min.
Hunted for her rare blood type, a woman is raised by a family of contract killers but never trained as one herself, until a brutal attack claims the lives of many of her found family. She undergoes intensive trained and vows to fight alongside the assassin she loves to protect their future when an old enemy resurfaces.

Sunday, May 17, 2026

Indonesia | Janur Ireng (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. Sha pun tak tahulah kenapa Sha tengok filem ini.. Mula-mula tu saja ja klik lepas tu gigihlah pula pergi tengok sampai habis.. Tapinya bukanlah tengok terus, jenis tengok lepas tu pause.. Hilang debaran, sambung balik tengok.. Hahaha..

Ini kira macam permulaan kepada cerita tentang Sewu Dino lah.. Sha tak tengok lagi filem Sewu Dino tu.. Sabdo dan adik dia Intan terpaksa duduk dengan pakcik diorang yang tiba-tiba muncul selepas rumah mereka terbakar.. Pakcik dia iaitu Arjo ini sebenarnya ada niat jahat dekat Intan dan Sabdo.. Bukan saja-saja bantu diorang.. Awal tu nampak macam memang baiklah.. Tapi lepas kena buat ritual sembelih kambing hitam, Sabdo mula susah hati.. Pada masa yang sama Karsa cuba ambil kesempatan atas apa yang berlaku pada Sabdo dan Intan.. Malangnya Sabdo tersalah percaya, disangkakan Karsa betul ingin membatu tapi rupanya hanyalah mempergunakan Sabdo..

Hujung cerita ada dipaparkan permulaan cerita kepada Sewu Dino.. Nantilah kita smabung.. Hahaha..

Janur Ireng
Original title: Janur Ireng: Sewu Dino the Prequel
2025 ‧ Horror/Thriller ‧ 1h 34m
Sabdo and Intan lived happily despite their material poverty, but tragedy struck when their parents’ house was completely burned down. In their confusion over where to live, they were approached by Arjo Kuncoro, a man who claimed to be their uncle, a wealthy merchant who had everything. They were taken to the Kuncoro family home, but it turned out that Arjo had a sinister plan to exploit them both.

Saturday, May 16, 2026

US | Send Help (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam cerita ini.. Kisah seorang perempuan bernama Linda yang dibuli di tempat kerja hanya kerana dirinya tak berapa presentable.. Tapi hasil kerja Linda, orang atas guna sesuka hati.. Bila dia pertikaikan, bos dia iaitu Bradley pelawa Linda untuk ikut perjalanan perniagaan.. Tapi malangnya kapal terbang diorang terhempas.. Hanya Linda dan Bradley ja yang terselamat.. Bradley masih lagi dengan perangai suka memerintah dia.. Sudahnya Linda kenakan dia, barulah Bradley mahu mengikut dan merendah diri.. Kalau ikutkan, diorang boleh ja terselamat tapi Linda tak nak.. Memang teruklah Bradley kena dengan Linda.. Tu belum lagi tengok Linda bunuh orang yang cuba selamatkan diorang.. Penamat dia, Linda seorang ja yang terselamat..

Send Help
2026 ‧ Horror/Comedy/Adventure ‧ 1h 53m
Taglines: Meet Linda Liddle... She's from strategy and planning.
A woman and her overbearing boss become stranded on a deserted island after a plane crash. They must overcome past grievances and work together to survive, but ultimately, it's a battle of wills and wits to make it out alive.

US | Ready or Not 2: Here I Come (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem pertama tahun 2019.. Lama betul baru keluar sambungan dia.. Sambungan dia memang mula terus dekat penghujung filem pertama.. Bila Grace keluar dari rumah agam yang terbakar dalam keadaan pakaian yang penuh dengan darah.. Ingatkan dah selesailah, baru nak bertenang dah kena serang pula dekat hospital.. Terpaksalah sarung balik baju pengantin dalam filem pertama tu..

Kali ini Grace kena berkerjasama dengan Faith sebab diorang kena sambung permainan sorok-sorok tu.. Kali ini kena main dengan baki keluarga yang terlibat dengan pemujaan syaitan.. Ada baki 5 keluarga tapi yang satu tu tak menyabar jadinya dah meletup dulu.. Tinggallah 4 lagi.. Sudahnya untuk menyelamatkan Faith, Grace terpaksa bersetuju kahwin dengan Titus dan serahkan High Seat pada keluarga Danforths tapi pada saat-saat akhir dia bunuh ja Titus tu dan campak cincin dalam lubang yang penuh dengan tulang.. Mati semua geng-geng penyembah tu sebab berebutkan cincin.. Selamatlah Grace dan Faith..

Ready or Not 2: Here I Come
2026 ‧ Horror/Comedy/Thriller ‧ 1h 48m
Taglines: Double or nothing.
After surviving an all-out attack from the Le Domas family, Grace discovers she's reached the next level of the nightmarish game, and this time with her estranged sister, Faith, by her side. To survive, Grace must keep Faith alive and claim the High Seat of the Council that controls the world. Four rival families are also hunting her for the throne, and whoever wins will rule it all.

Sunday, April 26, 2026

Indonesia | Pangku (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang perempuan bernama Sartika yang mengandung dan membawa diri.. Bertemu dengan Maya pemilik kedai kopi yang baik.. Maya mengajak Sartika tinggal bersama beliau.. Selepas Sartika melahirkan Bayu, Maya mengajak Sartika berkerja sebagai pelayan.. Awalnya Sartika tak mahu tapi desakan hidup akhirnya menjadikan Sartika sebagai pelayan.. Ingatkan selepas bertemu Hadi, hidup Sartika berubahlah.. Eh.. Lain pula jadinya.. Sudahnya Sartika kembali hidup dengan Maya.. 

On Your Lap
Also known as: Love Unwanted
2025 ‧  ‧ 1h 40m
Sartika, a young pregnant woman. Sartika moved from her hometown in the hope of providing a better future for her child. She met Maya, a coffee shop owner in Pantura. Maya took care of Sartika and helped with her delivery. After Sartika gave birth, Maya persuaded her to work serving coffee while she held her. One day, Sartika met and fell in love with a fish distributor truck driver named Hadi. Amidst the complexities of life and the lack of choices, will Sartika find her happiness?

Sunday, April 19, 2026

Malaysia | 90 Hari Untuk Selamanya (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelakarlah cerita ini.. Ceritanya bermula dengan penceraian antara Rashidah dan Mazlan.. Puncanya pun memang kelakar.. Cuma perlu komunikasi ja.. Mak dengan ayah si Rashidah ini tak setuju sebab baru berangan nak timang cucu.. Sudahnya mak Rashidah ini pun mulalah merancang bagaimana untuk baik kan balik si Rashidah dan Mazlan ini semasa mereka dalam tempoh iddah.. 

Kalau ikutkan masalah yang dihadapi oleh Rashidah dan Mazlan ini memang perkara normal antara suami isteri kira macam proses suai kenallah.. Sama ada mampu bertahan dan bertolak ansur atau akhirnya mengalah dan berpisah.. Usaha mak ayah Rashidah menunjukkan kemesraan yang sepatutnya antara suami isteri kepada anak dan menantu patut dipuji.. Kadang-kadang kita lupa, perkahwinan bukanlah pengakhiran tapi satu permulaan kepada kehidupan berdua.. Tak salah pun saling memanjakan dan bertolak ansur..

90 Hari Untuk Selamanya
Waktu Siaran: Sabtu, 11 April 2026, 9:00 malam
Rangkaian: TV1 / RTMKlik
Pelakon: Kamal Adli, Aprena Manrose, Wan Nor Azlin, Ruzaidi Abd Rahman, Farah Dhiya

Sinopsis: Rashidah dan Mazlan bercerai selepas video perpisahan mereka tular. Ketika pulang ke kampung menjalani tempoh idah, keluarga merancang usaha menyatukan mereka semula hingga akhirnya mereka rujuk kembali.

Saturday, April 18, 2026

Malaysia | Flat Simpang Satu (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk macam biasa ja kan.. Tapi cerita ini bermain dengan perasaan seram dan sedih tau.. Mula tu masa awal-awal tengok ingatkan 3 watak utama iaitu Sari, Samad dan Farok tu manusia yang ditinggalkan masa proses pemindahan dijalankan.. Masa diorang diganggu makhluk hitam itu, kita pun seram juga.. Cumanya masa Sari cuba tengok bayang dia dalam kamera litar tertutup tu, kita dah boleh agak dah yang diorang tu dah tak ada.. 

Flat Simpang Satu (2026)
PELAKON: Aiman Hakim Ridza, Nadiya Nisaa, Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Syafie Naswip, Siti Elizad Sharifuddin, Loganathan, Rahim Jailani, Raja Azrey, Ucup Cecupak, Kilafairy, Zalif Sidek, Mubarak Majid, Amanda Misbun, Shaharuddin Tamby, Amanda Tan, Sayf Mikael Lukman Hakim, Hawra Jamalullai, Qisya Hairulzain, Abdullah Haqq, Abdullah Khaliq, Elly Suhaili, Aqilah Abdul Rahman, Joe Jafni, Adam Darwishah, Rohaiza Hanim, Dewi, Abdul Afiq Khairuddin, Mohd Shazwan Sulaiman

Mengisahkan tiga orang penghuni flat simpang satu yang tidak sedar bahawa mereka sudah pon mati dan mereka juga tidak sedar merekalah yang menghantui flat tersebut.

Wednesday, April 15, 2026

Jepun | Dollhouse (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Lain macam betul filemnya.. Bermula dengan kehilangan Mei dan kemudiannya Yoshie kemurungan.. Kemunculan patung yang hampir menyerupai Mei, berjaya memulihkan Yoshie.. Tapi bila Yoshie mengandung dan melahirkan Mai, patung tadi terabai.. Semuanya mula berubah bila Mai berumur 5 tahun.. Patung tadi mula berubah menjadi seram dan Yoshie mula berhalusinasi.. Suami Yoshie iaitu Tadahiko mulanya macam tak percaya tapi bila mak Tadahiko diserang barulah dia berusah menghapuskan patung tu..

Penamat dia memang korang tak akan jangkalah.. Aduh!! Lain yang patut diorang buat, lain pula yang jadi.. Padah bila tak buat siasatan betul-betul..

Title: Dollhouse
Also Known As: Doll House, Dooruhausu
Screenwriter & Director: Yaguchi Shinobu
Genres: Thriller, Mystery, Horror
Type: Movie
Format: Feature Film
Country: Japan
Release Date: Jun 13, 2025
Duration: 1 hr. 50 min.
Suzuki Yoshie and her husband, Tadahiko, lost their 5-year-old daughter, Mei. Grief-stricken, Yoshie finds a charming doll at an antique market that looks just like Mei and begins to care for it, gradually regaining her strength.

When Yoshie and Tadahiko have a new daughter, Mai, they stop paying attention to the doll. However, as Mai grows to be 5 years old, she begins to play with the doll, and strange events start happening to the family one after another. Yoshie and Tadahiko try to get rid of the doll, but no matter how much they discard it or send it for memorial services, the doll always returns for some mysterious reason.

What secrets are hidden in the doll? And what shocking truth will be uncovered?

Tuesday, April 14, 2026

Indonesia | Timur (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tengok sebab ada Iko.. Lepas tu awal-awal ja dah banyak aksi, memang syoklah layan.. Kisah askar yang terpaksa masuk hutan untuk menyelamatkan sepasukan penyelidik.. Pasukan askar tu antaranya ialah Timur.. Paling terkesan dah tentulah Timur sebab salah seorang penjahat tu adalah kenalan sewaktu kecil beliau.. Antara sahabat dan tanggungjawab, buka pilihan yang mudah.. Tapi hero kan, kenalah menang..

Timur (2025):
Release Date: December 18, 2025 (Indonesia).
Director: Iko Uwais (directorial debut).
Cast: Iko Uwais (Timur), Aufa Assagaf (Apolo), Jimmy Kobogau (Sila), Yasamin Jasem (Adinda).
Genre: Action, Drama, Thriller.
Plot: A high-stakes mission focused on rescuing researchers held in the jungle, highlighting intense combat, jungle terrain, and team leadership.

Monday, April 13, 2026

Malaysia | Banduan (2025)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam syok pula bila tengok pelakon dia Afdlin Shauki.. Macam tak percaya ada watak tu sebab cerita ini memang serius habislah.. Dali ini terperangkap dalam pertarungan antara polis dan penjenayah.. Adalah babak-babak pertarungan yang dasyat dan mendebarkan.. Tengah-tengah serius, boleh pula ada lawak.. Sabar jelah.. Tapi tu lah ada juga babak yang sedih.. huhuhu.. Okaylah filem ini.. Boleh layan.. Menariklah watak Dali tu..

Banduan
2025 ‧ Action/Crime/Thriller ‧ 2h 7m
Pelakon: Aaron Aziz ‧ Rosyam Nor ‧ Afdlin Shauki ‧ Fadhli Masoot ‧ Abi Madyan ‧ Hushairy Hussein ‧ Amir Nafis ‧ Meynillen Thamil Selvan ‧ Sharifah Fathimah Hawra ‧ Zul Ariffin
Dali, an ex-convict longing to meet his daughter for the first time. But when a drug raid shatters his chance at redemption, he is hurled into a deadly night that tests his survival and courage.

Saturday, April 11, 2026

Malaysia | Pendekar Awang dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas tengok Mat Kilau hari tu, rasa macam syok pula nak tengok Pendekar Awang.. Layan dengan Imani ja.. Okaylah syok sebab dari awal memang penuh babak aksi.. Kali ini cerita dari Awang pula.. Bagaimana usaha mereka dalam menghantar Tok Gajah ke Terengganu.. Tak mudah sebab Inggeris sehabis daya cuba menghalang Tok Gajah ke Terengganu.. 

Pendekar Awang dan Tok Gajah: Darah Indera Gajah
Original title: Pendekar Awang: Darah Indera Gajah
2024  ActionAdventureDramaHistoryThriller  1h 58m
Pelakon: Fattah Amin  Nur Fazura  Ali Karimi  Nadhir Nasar  Heliza Helmi  Wan Hanafi Su  Amerul Affendi  Hasnul Rahmat  Amir Ahnaf  Hazwani Helmi  Nam Ron  Tissa Biani  Geoff Andre Feyaerts  Syed Ali Murtadha  Andy Teh  Sathis Varan  Reza Hilman  Wak Di  Azrel Ismail  Mawi  Faizal Tahir  Dian P. Ramlee
Berkisar tentang peristiwa selepas kebangkitan pahlawan Melayu di Kuala Tembeling, Jerantut dan Temerloh Pahang. Apabila British mendapat tahu Tok Gajah mahu ke Terengganu untuk mendapatkan sokongan Sultan dan pahlawan melayu di Terengganu, British mengarahkan Syers menangkap Tok Gajah sebelum terlambat.

Awang terpaksa menyelamatkan Haji Sulong yang telah ditangkap British dan dia juga mesti memastikan Tok Gajah berjaya ke Terengganu dengan selamat. Dalam usaha Awang menyelamat, Awang berdepan pelbagai rintangan dan pertempuran.

Tuesday, April 7, 2026

US | Playdate (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah Brian yang cuba rapat dengan anak tiri dia Lucas.. Masa dekat taman permainan diorang kenal dengan Jeff dan CJ.. Brian ingatkan dia dapat kawan barulah sekali Jeff dan CJ datang dengan masalah sebab CJ rupanya bukan anak Jeff.. Masa menyiasat mengenai siapa CJ, barulah diorang tahu yang CJ ini klon Jeff.. Ketua Jeff ini dulu nak kan askar yang super, tak penat dan tak beremosi.. Jadinya dia ambil dna Jeff dan cipta klon.. Gitulah..

Penamat tu macam bagi bayangan akan ada filem kedua.. Mungkinlah..

Playdate
Taglines: Playtime just got real.
2025 ‧ Action/Comedy ‧ 1h 34m
A chance encounter with a stay-at-home dad lands a man in hot water as they find themselves pursued by a team of ruthless mercenaries.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com