Monday, December 31, 2012

Hari Terakhir 2012

Assalamualaikum.. Selamat pagi...

Hari ini merupakan hari terakhir dalam tahun 2012.. Macam-macam perkara yang telah berlaku... Macam-macam peristiwa yang telah menjadi kenangan.. Ada yang manis.. Ada yang pahit... Ada yang masam dan ada juga yang scary... Tinggal brape jam saja lagi kita akan melangkah ke 1 Januari 2013...

Debaran penantian kian memuncak.. Semoga semuanya berjalan lancar...

Kepada yang telah tertunai azamnya, kasih ucapkan tahniah.. Kepada yang masih belum teruskan usaha anda..

2013 akan memberi pengajaran dan pengalaman baru buat kita semua.. Hargailah masa yang ada kerana kita sendiri tidak tahu bila kita akan berhenti bernafas..

Makan-makan : California Steak House & Steambot

Sabtu - 29.12.2012
Minggu nie pengasuh anakku Amani bercuti so aku import adikku untuk jaga anakku.. Semalam dia last.. so malamnya aku bawak dia gi makan Western sebagai upah tambahan.. hehehe.. Kebetulan pula memang dah lama teringin nak gi kedai makan nie.. Alhamdulillah, rezeki kami kedainya buka.. Dapatlah merasa.. Not bad lah pada aku.. Kedainya terletak betul-betul berdepan dengan Restoran Dusun Bay, Tanjung Malim.. Bersebelahan dengan restoran masakan siam.. Air minum memang out sebab kedai makan siam tu yang buat.. Kalo gi kedai makan nie memang suram cam x cukup lampu.. hehehe.. tapi makanan western dia memang ok lah... Mushroom Cappucino dia aku rasa homemade coz ada cendawan shishaw (nie nama panggilan hubby ku... nama lain ialah cendawan sisir/kulat sisir/cendawan kukur) .. Sedap.. Lain dari yang lain..

Dianya salad sampingan atau coleslaw pun not bad, yg nie seklai ngn chicken chop.. California Steak dia best r sebab sos black paper dia x terlalu pekat ngn raser black paper.. dihidang dgn dua keping daging tanpa tulang, telur mata kerbau (tup ade telur mata kerbau) dan sebatang hotdog... memang best...

Kat bawah nie apa yang kami makan berserta harga..

U.S Fries RM5.00
Mushroom Cappucino RM4.00
California Steak RM13.00
Grill Chicken Chop RM9.00

Layan gambar lak ye... hehehe...

California steak

Grill Chicken Chop (Salad dia sedap..)

Habis sudah..


(10 Januari 2013 dia dah start berniaga kat tempat baru seperti alamat dalam gambar nie...)

Saturday, December 29, 2012

PTPTN owh PTPTN

Aduhai.. penin kepala den melayan masalah PTPTN nie.. Nak bayar habis pun masalah...
Rentetan peristiwa..

* Abis blajar aku start r bayar PTPTN tapi x mengikut amaun yang sepatutnya.. Sudahnya tahun lepas dia anta surat naik Court sebab ada tunggakan bayaran...
* Kemudian aku call bahagian undang-undang PTPTN.. Dia kata aku xyah naik Court diulang TIDAK PERLU NAIK COURT sekiranya aku settlekan tunggakan tersebut.. So dengan bantuan En.Hubby akupun berjayalah menyelesaikan tunggakan.. Pastu owg tu siap pesan suruh bayar ikut amaun yang telah ditetapkan iaitu RM201.07.. Tidak boleh kurang sikit pun dr amaun tu.. so every month aku bayar tanpa miss...
* Dalam bulan April (2012), aku semak baki hutang PTPTN dah tinggal dalam RM5000 lebih so aku call r PTPTN nak wat penyelesaian penuh.. Dia email aku Borang Pengesahan Baki untuk bg tau baki akhir setakat April 2012.. Excited nie.. Tapi bila aku dapat pengesahan baki tetibe jadi RM12 ribu lebih... Pastu bila check penyata pinjaman kat PTPTN nye website ade kos mahkamah lak RM105.49.. Mau x terkejut yg teramat sangat.. Terus r naik angin tahap puting beliung... Akupun call r PTPTN, kemudian dia sambungkan aku dekat seorang Puan nie.. (Sampai arini, Puan nie masih lagi membantu aku untuk menyelesaikan masalah aku ngn PTPTN nie) Dia pun citelah yang aku kena kos guaman sebab aku x gi court.. Diulang TAK PERGI COURT, apa lagi aku pun sound r puan nie.. kesian puan nie xpasal2 kena marah ngn aku.. hehehe.. sorry ye Puan temper naik tahap gaban..
* dari bulan April sampailah akhirnya awal bulan Disember aku terima email dari puan nie mengatakan kos mahkamah tu telah dikurangkan dari 8% kepada 4%.. jadinya dah tinggal dalam 7 ribu lebih.. itupun puan tu kata dia tgh usaha mintak lagi pengurangan dalam 1% tapi aku dah malas nak tunggu so aku tanye dia camne nak settlekan jer 7 ribu lebih tu.. tambahan pulak baru nie PM kita ada umumkan diskaun 20% kalo bayar abis sebelum September 2013 kira ade lah pengurangan lagikan.. Puan nie suh aku isi borang pengesahan baki dan tarikh bila aku nak bayar lumpsum tu.. So skrg nie aku tgh tunggu email dari puan nie.. InsyaAllah kalau xde aral melintang dalam bulan Januari 2013 dapat r settle PTPTN nie...

kalau x settlekan skrg ntah bila r baru dapat abis bayar agaknya..

Thursday, December 27, 2012

Aku dan Novel

Assalamualaikum...

Lama dah jejari nie x menaip di blog.. hari ini aku nak bercerita mengenai hobi membacaku.. Disebabkan aku memang minat sangat2 baca novel dan aku juga suka membeli novel.. Biasanya aku beli novel Melayu sebab novel Melayu xle nak download kat internet.. hehehe.. Kebanyakkan novel melayu yang aku ada aku dah jual balik, sebab En.Hubby kata menyemak jer berkotak-kotak kat dalam stor. hehehe.. so aku jual lah balik.. Sekarang nie ade gak aku beli sekali sekala coz x tahan kan.. Nafsu membaca tuh masih ada.. Yang paling baru aku beli Novel RAM (Ramlee Awang Murshid) tapi secara online coz nak dapatkan naskah yang ada tandatangan dia.. pastu nanti aku jual balik kat adik aku separuh harga.. hahaha.. camtuh la gayanya..

Novel Bahasa Inggeris nie aku download jer kebanyakkannya.. tambah-tambah dah ada android cina lagi r senang.. baca kat Tablet tuh jer.. pueh hati.. boleh bawak banyak sekali.. kalo buku nie jenuh...

Kenapa aku suka baca Novel???
Sebab bila aku baca novel aku dapat hilangkan stress.. Aku suka membaca dari umur aku 14 ke 15 tahun.. semuanya kerana seorang kawan yang sangat baik hati meminjamkan novel Bahasa Inggerisnya padaku... Penulis pertama yang aku suka R.L Stine...
Sampailah sekarang... A.Samad Saidnya buku pun aku baca.. hehehe...

Seronok sebenarnya membaca nie.. Boleh menambah tatabahasa kalo buku tuh menggunakan bahasa melayu dan bahasa inggeris yang betul..

Wednesday, December 12, 2012

Minggu Ke 27

Alhamdulillah...

Anakku semakin membesar didalam perut... Semoga si kecil mak akan semakin besar dan kuat..



Minggu 27

Bayi Anda
Bayi anda kini sudah boleh membuka matanya. Jadi, dia kini boleh melihat cahaya luar menerusi bahagian abdomen anda. Ketika ini juga bayi mula belajar menghisap dan mereka mungkin berupaya menghisap ibu jari atau pun genggaman tangan. Bayi anda kini berukuran 36 sm dengan berat lebih kurang 800 gm.

Tubuh anda
Anda semakin hari semakin besar dan tentunya berat semakin bertambah. Antara bahagian yang paling ketara pertambahan beratnya ialah di sekitar dada terutamanya pada bahagian payu dara. Oleh yang demikian, pemakaian baju dalam yang sesuai sangat penting. Elakkan berbaring secara menelentang kerana cara ini akan membuatkan anda rasa tidak selesa dan dalam masa yang sama salur darah anda akan ditekan oleh rahim anda yang semakin membesar.

Sumber http://www.ciklaili.com/2011/05/perkembangan-bayi-dari-1-hingga-40.html#ixzz2EohGIJau 

Urusan yang Tertangguh

Alhamdulillah... Syukur rasanya, masalah yang sekian lama menghantui semakin hampir pada titik penyelesaian.. Harapannya sebelum anakku yang kedua nie lahir masalah ini akan selesai. Sekurang-kurangya dapatlah aku meringankan beban suamiku... Terima kasih Ya Allah.. Setelah berusaha, mendesak dan mencari alternatif akhirnya aku mendengar khabar gembira.. Walaupun masih lagi dalam jumlah yang besar namun sekurang-kurangnya jumlah yang ini mampu aku lunaskan.. Terima kasih pada yang menolong...

Monday, December 3, 2012

Monday Blues...

hohoho.... Assalamualaikum semua...

Arini mood memang blues habis r.. mata kuyu jer pun... nak bangun dari katil pagi tadi pun cam malas jer... naseb baek lah terkenangkan cuti yg tinggal x seberapa... Maka ku gagahkan lah jugak diri untuk bangun...

Amaniku yg chomey pun mulalah wat perangai... nangis nie kejutkan dia bgn n mandi... "nanak... nanak mandi... nak tido... huhuhu..." sabar jelah hati mendengarkan jawapan dari mulut chomel tu... dukung bawak masuk bilik air... mandikan jugak... Hari ini maknya dah nekad, blues ke x blues mak nak gi keje awal.. hehehe... Semangat la konon... Alhamdulillah, berjaya sampai ofis kul 7.50pg... Awal 10 minit dari selalu...

Tapi tu r, sekarang dah 10.45pg tapi keje baru jer gerak sikit... fikiran melayang... mata semakin kuyu... Ngantoknya... Kalau dapat tilam nie mesti best... hehehe...

Disebabkan tengah monday blues mehla teman layan lagu nie ye...


Lagu nie relax n bakal melelapkan mata anda... hehehe...

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com