Sunday, May 31, 2020

Day 74 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Apa khabar hari ini??  Macam mana Syawal kawan-kawan.. Okay ke? Hari ini last Sha berpuasa dan berbuka bersama MIL.. Alhandulillah.. MIL dah selesai puasa enam.. Sha baru dapat 2 hari.. Lega dapat teman MIL berpuasa dan berbuka.. Esok MIL dah raya.. MIL mula awal dari Sha.. Seronok dapat teman MIL.. Lepas berbuka baru Sha gerak balik kuaters.. Sampai rumah dalam pukul 10 lebih.. Terus kemas barang dan tidur.. Esok nak bangun sahur..

Menu sahur nasi goreng udang bersama sambal telur.. Kuning warnanya.. hehehe..

Menu berbuka hari ini.. keropok udang, rendang kerang+kacang panjang, ayam goreng dan kuih muih..

Air neslo ais sebagai pemanis mulut.. hehehe..

Novel Online | Novelet Puteri Bunian Bulan: Elfa oleh Aliff Mustafa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha baca novelet ini secara online di Facebook Mahakarya.. Puteri Bunian Bulan: Elfa ini merupakan siri mini daripada spin-off Puteri Bunian Bulan.. Siri mini ini akan bercerita tentang asal-usul Elfa serta menceritakan satu insiden paling teruk yang pernah melanda Kerajaan Purnama Sari sebelum kisah di dalam novel bermula.. Semuanya bermula dari dengki dan dendam.. Menjadikan makhluk tak bersalah sebagai mangsa.. Yang mengambil kesempatan di atas malapetaka ialah musuh yang sangat bahaya.. Kisah Elfa yang sangat meruntun hati..

Sha baca dan selesai pada 30.05.2020..

Disiarkan di Facebook Mahakarya..

Wall’s Magnum Cherry Blossoms

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah nampak iklan aiskrim ini dari Puasa aritu lagi.. Malangnya hanya iklan.. Aiskrim tak muncul-muncul.. Pastu kelmarin (27.05.2020) Blogger Anies ada tag Sha dekat IG pasal aiskrim ini.. Terus teruja nak cuba..

Dapat tag Anies pagi..

Kul 11 lebih dah jumpa aiskrimnya.. Packaging dia cantik sangat.. Pink dengan bunga-bungaan.. Harga RM4.50 satu..

Inilah rupa aiskrimnya.. Coklat susu yang diadun dengan kepingan bunga cherry.. Rasa dia sedap tau.. Untuk coklat tulah..

Dalamnya pula aiskrim perisa sakura dengan sos cherry.. Ada masam-masam sikit.. Sedap bila dimakan bersama kerana rasanya unik..

Novel | Dirgahayu oleh Helmi Effendy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah ini pernah dikongsikan di Facebook Mahakarya.. Tapi Sha baca separuh jalan je bila tahu yang buku ini akan diterbitkan.. Memang tunggu untuk baca versi penuh.. Walaupun mereka keluarkan dalam bentuk ebook, Sha tak ada masalah sebab sekarang pilihan bahan bacaan bukan sahaja bentuk fizikal..

Pembacaan Sha memang lancar lah sebab tak sabar nak tahu apa sebenarnya yang terjadi pada mereka berlapan.. Kisah yang bermula dengan penyelamatan dan berakhir dengan pembunuhan.. Kemudian mayat yang dibunuh hidup semula dan mengejar mereka.. Dalangnya adalah si Luncai yang menyebarkan surat berantai.. Bukan sebarangan surat berantai, sebaliknya apa yang dinyatakan didalam surat berantai itu menjadi kenyataan bila dipercayai dan disebarkan sebanyak 77 kali.. Memang tak mudah untuk mereka menyiasat namun bila ianya membuahkan hasil, ianya sangat mengejutkan mereka.. Ada yang bersembunyi diantara mereka.. Siapa sebenarnya si Luncai?? Tragedia apakah yang mewujudkan Si Luncai??

Sha baca dan selesai pada 29.05.2020

Koleksi peribadi Sha.. ebook ini dibeli melalui laman sesawang Patriots.. Boleh beli di SINI..
Published 2020 by Patriots Publishing Sdn Bhd

Saturday, May 30, 2020

Day 73 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai hari pertama untuk puasa enam.. Beza betul perasaan antara puasa ganti dengan puasa enam.. Lega bila dah selesai mengganti.. Tinggal puasa sunat je.. Kena rajin-rajinkan diri ini.. Hari ini tak membaca pun.. Duk layan filem dengan anak-anak je.. hehehe.. Anak dara kecik tu sebok nak menengok Cinderella.. Layankan aja.. 

Ini menu berbuka.. Nasi dengan lauk sambal telur dan pucukbpaku tumis..

Ternampak air ini semalam.. Sedap.. Boleh beli lagi.. hehehe..

Novel | Terperangkap di Anteseden oleh Iqbal Rafiuddin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang ohsem dan deabakk!! Buku ini ada misteri, penyiasatan dan time travel.. Wataknya adalah Jalilah yang kembali ke masa lalu demi membongkar kejahatan manusia yang kononnya teraniaya dan dengki melihat kebahagiaan manusia lain.. Jalilah kemlaangan dan kembali ke masa lalu serta terperangkap dalam badan Kamil.. Jalilah cuba mengubah hidup Kamil supaya lebih baik dan semasa disini ada rakan sekelas yang hilang namun tak ada siapa pun yang mengenali rakan mereka yang hilang itu.. Misteri mula mendatangi Jalilah dan udaha membongkar apa yang berlaku bukanlah mudah hingga hampir meragut nyawa Jalilah..

Ohsem sangat baca novel ini.. Memang berbaloi dijadikan koleksi.. Tahniah buat penulis..

Sha baca dan selesai pada 29.05.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Published February 2019 by Kadokawa Gempak Starz

Filem Tamil | Forensic (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila ada yang kongsi dan review filem ini di FB, buat tertarik nak tengok.. Kisah penyiasatan kes pembunuhan budak-budak.. Memang tahu dah pembunuhnya siapa cuma nak teka lepas dia dewasa tu yang confuse.. Hahaha.. Alasan membunuh tu memang tak boleh brainlah.. Kejam atas sebab yang tak boleh diterima.. Lepas tu menggunakan budak-budak sebagai decoy untuk mengelakkan diri dari disyaki.. Cuma ending dia memang mengejutkan..

Filem ini buat kita rasa nak jaga dan perhatikan anak dengan lebih ketat.. Bukannya sambil lewa sehinggah musibah menimpa.. Bila-bila masa je kita leka, kemalangan dan kehilangan boleh terjadi.. Pemangsa di mana mana..

F O R E N S I C  (2020) Malayalam
Sinopsis : Dr. Samuel John Kattookkaran (Tovino Thomas) adalah penasihat undang-undang perubatan yang bekerja di makmal sains forensik di Kerala. Dia ditugaskan untuk membantu ketua pegawai penyiasat Rithika Xavier IPS (Mamta Mohandas) dalam siasatan pembunuhan bersiri gadis-gadis muda di bandar. Walaupun tidak selesa bekerjasama, Samuel dan Rithika berusaha sebaik mungkin untuk mengesan pembunuhnya. Berjayakah mereka merungkai misteri ini?

Novel | Saka Tok Wan oleh Suhailah Selamat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi dengan genre seram.. hehehe.. Kali ini dari penulis yang baru pertama kali Sha baca karyanya.. Jalan cerita yang menarik mengenai saka yang diwarisi turun temurun dan akan terus diperturunkan.. Walaupun begutu ada juga yang tak bersetuju dan cuba membuangnya.. Kekuatan cerita ini adalah misteri mengenai misteri kehilangan dan kematian dalam keluarga mereka.. Dalang yang tak disangka-sangka.. Semuanya kerana dendam dan harta.. Selain saka tok wan ada satu lagi saka yang diwarisi oleh Aiman..

Penceritaan penulis menarik namun editing buku ini agak sedikit kucar kacir.. Ada watak yang tertukar di beberapa muka surat.. Penggunaan kertas yang berbeza dalam satu buku.. Agak mengganggu pembacaan Sha.. Tapi berjaya Sha habiskan..

Sha baca dan selesai pada 28.05.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Dah dijadikan hadiah untuk aktiviti pertukaran buku..
Published 2018 by KarnaDya Publishing

Friday, May 29, 2020

Day 72 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Selesai mengganti puasa.. Esok baru nak mula puasa enam syawal pula.. Kepada rakan-rakan yang dah mula dan dah separuh melaksanakan puasa enam, tahniah Sha ucapkan.. Semoga selesai dengan cemerlang.. Kepada yang baru nak ganti puasa, jangan mengalah.. Terus kuatkan semangat.. Anda pasti boleh.. Kepada yang baru nak mula puasa enam seperti Sha, jom kita puasa.. Semangat dan teruskan usaha.. Pasti boleh..

Menu berbuka Sha adalah nasi arab.. Menggunakan pes segera seperti yang Sha kongsikan di entry Resepi Nasi Mandy.. Memang Sha dah niat nak masak hari ini.. Selain nak jamu MIL, ianya juga untuk celebrate anniversary Sha.. hehehe.. Makan macam ni pun dah sedap tau.. Seronok tengok MIL makan bertambah.. Puas hati rasanya..

Tak sangka kita dah 11 tahun.. Semoga kita terus bersama sehingga hujung nyawa kita.. Aamiin.. Tetima kasih kerana selalu bersama saya..

Filem Korea | Time To Hunt (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini dari Netflix.. Agak dark dan kedepan masanya.. Pelakonnya ohsem.. Jalan cerita dia suspen dan gelap.. 3 sekawan yang merompak tempat judi dengan banyuan orang dalam.. Mereka diburu sebab ambil hard disk yang mengandungi rahsia kumpulan gengster.. Walaupun pemburu upahan tu dah jumpa apa yang dicari namun mereka tetap diburu.. Maka bermulalah misi memburu dan menyelamatkan diri.. Memang thrill habislah..

Screenwriter & Director: Yoon Sung Hyun
Genres: Suspense, Friendship, Thriller, Crime
Country: South Korea
Type: Movie
Release Date: Apr 23, 2020
Duration: 2 hr. 14 min.
In the near future, a financial crisis hit Korea and slums arise. From those areas, in a hopeless city, Jun Seok, who was released from prison, plans a dangerous operation for a new life with his family-like friends, Jang Ho, Ki Hoon, and Sang Soo. However, the expectations for the future are short-lived, and an unidentified pursuer appears and begins to chase them, seeking their lives. Can your friends who are each other's whole world get away from his hunting? (Source: MyDramaList)

Mini Oreo Mocha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa dan terbeli.. Sebab ada perkataan Mocha tu kan.. Harga pun okay.. RM2 je.. Rasa dia sedap untuk penggemar kopi macam Sha ini.. Tak terlalu kuat atau pahit.. Sedang elok je.. Sedap dimakan sebagai snek sewaktu membaca buku atau menonton filem.. hehehe


Ada dua pek comel dalam kotak ini.. Isinya tak adalah banyak tapi okaylah untuk harga yang dijual..

Thursday, May 28, 2020

Day 71 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha masih bercuti.. Ada kat rumah MIL ini.. Hari ini dapat buat puasa ganti.. Baru lega rasa perut.. hehehe.. Dah berusia nie memang rasa tak boleh nak makan banyak-banyak.. Puasa dekat kampung ini lebih mudah dan menyeronokkan tambah MIL pun puasa sunat.. Seronok dapat berbuka ramai-ramai.. Doakan Sha istiqamah puasa ganti dan terus puasa sunat ye.. 

Menu buka puasa Sha.. Nasi, kerabu timun, ayam goreng dan sambal udang..

Alhamdulillah dapat rezeki durian hari ini..

Filem Tamil | Muni 2: Kanchana (2011)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Layan filem ini sebab komedi seram katanya.. Memang ada babak kelakar yang menarik.. Kisah hero yang penakut tanpa sengaja terbawa balik roh yang berdendam.. Bila kisah sebenar roh diketahui, hero yang penakut dengan sukarela meminjamkan badan untuk roh membalas dendam.. Nice jalan cerita dia.. Watak hantu dia agak selekeh tapi okaylah.. Masih menarik untuk ditonton.. 

Ini siri kedua dari franchise Muni ini.. Walaupun franchise tapi okay je nak tengok yang mana dulu sebab tak saling berkiatan kecuali menggunakan watak hero yang sama..

Kanchana : Muni 2 (2011)
Bahasa: Tamil
Genre: Seram
Pelakon:  Lawrence Raghavendra, Sarath Kumar, Kovai Sarala
Sinopsis
Sewaktu sedang membersihkan kawasan lapang tersebut bersama teman - temannya untuk dijadikan padang kriket baru, tanpa disedari Raghava terbawa tiga makhluk halus ke rumahnya. Tanah yang mereka pijak menyimpan 1001 kisah tentang Kanchana. Namun misterinya, siapa Kanchana?


Resepi Nasi Mandy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haritu Sha ada kongsikan pasal pes nasi mandy nie kan.. Kali ini Sha kongsikan cara membuatnya.. Mudah, cepat dan sedap..

Ini pes yang Sha guna.. Dia datang sekali dengan beras.. Sha cuma sediakan ayam dan bahan untuk sambal je.. Nak mudah memasak boleh tonton video di SINI.. Untuk beras 500gm ini, boleh dimakan oleh 4 ke 5 orang dewasa.. Conform jadilah kalau guna pek ini.. Nak sedap bolehlah buat sup sekali..

Basuh beras dan rendam selama 30 minit..

Sementara tunggu beras tu kita masukkan 700ml air dan beberapa ketul ayam ke dalam periuk bersama rempah yang disediakan dalam pek.. Rebus sehingga mendidih..

Masukkan beras, air rebusan dan ayam kedalam periuk nasi.. Masak..

Lebihan ayam yang direbus tu Sha salutkan dengan perencah perap dan bakar..

Setelah nasi masak, bolehlah letakkan pewarna kuning yang disertakan didalam pek dan tutup semula periuk nasi dan biarkan selama 15 minit..

Ayam yang dah siap dibakar..

Yeah!! Dah siap.. Makan macam ini je pun dah sedap.. 

Sambal tomato je Sha tak buat sebab malas nak keluar pergi beli.. hahaha.. Ada disertakan resepi sambal tomato dekat pek tu.. Senang je nak buatnya.. Nak lagi best buat sup daging atau sup ayam.. Memang puas lah makan..

Wednesday, May 27, 2020

Day 70 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ada yang dah mula puasa enam ke?? Selamat berpuasa ye.. Sha nak ganti puasa dulu.. Mujur tak banyak.. hehehe.. InsyaAllah tahun ini pun kita cuba buat puasa enam sampai habis.. Semoga dipermudahkan buat Sha dan rakan-rakan yang membaca entry ini.. Aamiin..

Pagi dalam pukul 10, Sha ke rumah adik untuk makan-makan dan bagi anak-anak mandi kolam.. Sha dan adik ipar berkerjasama memasak nasi arab bersama kari dan sup ayam.. Alhamdulillah menjadi walaupun terlembik sedikit nasinya sebab terlebih air.. hehehe.. Tak pakai sukatan kan.. Main agak-agak je airnya.. Lembik pun tetap licin dan sedap.. Kali ini buat sambal tomato dia.. Lagi terangkat rasanya.. Nak balik, adik ipar bungkuskan kari ayam dan sup ayam.. Buat lauk makan malam nie.. Alhamdulillah..

Menu lunch Raya ke 4..

Novel | Pendamping Malam oleh Ida Munira

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk sangat mengujakan namun garapan penulis agak kurang menarik.. Bukan kegemaran sha novel ini.. Okaylah untuk dibaca.. Ini pun jenuh nak habiskan.. Cerita yang dibawakan menarik cuma cara penulis menyampaikan cerita tu tak kena dengan Sha.. Setiap penerimaan bergantung pada pembaca.. Akma yang diuji berterusan dengan gangguan.. Dalam buku ini juga ada dikongsikan supaya kita tak mengalah dengan jin.. Berusaha dan terus berusaha untuk melawan serta meletakkan pergantungan sepenuhnya pada Allah.. Cari punca dan usaha untuk ubati..

Sha baca dan selesai pada 25.05.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Dah dijadikan hadiah untuk aktiviti pertukaran buku..
Published 2019 by KarnaDya Publishing

Wordless Wednesday 2020 PKPB


Tuesday, May 26, 2020

Day 69 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha memulakan aktiviti Brisk Walk yang lama dah tergendala.. Makan tidur, makan tidur je sepanjang PKP/PKPB ini.. Badan pun dah lemau.. Mula tu macam malas je.. Tapi gagahkan juga.. Lepas tu balik rumah untuk masak dan berehat.. Keluar kejap pergi Mr DIY untuk carikan sarung tilam untuk anak-anak.. Disebabkan tak boleh bawa budak-bufak masuk kedai, Sha buat video call je.. Biar mereka pilih design apa yang mereka nak.. Lepas tu singgah rumah sepupu encik suami untuk hantar barang.. 

Sejuk je cuaca pagi ini.. Mendung dan redup.. Lepas habis je Brisk Walk, hujan turun.. Hehehe..

Menu hari ini.. Nasi goreng telur dan daging black paper.. 

Alhamdulillah.. Dapat kuih raya dari jiran sebelah rumah.. Gebu gebas tart dia..

Novel | M.A.Y.A oleh Iman Fadia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kerana dendam yang disimpan akibat perbuatan durjana, manusia sanggup bersekutu dengan syaitan.. Dua kisah tragis yang digarap dengan canyik oleh penulis.. Ada mangsa tak bersalah turut menjadi korban.. Tekaan Sha mengenai siapa yang punya angkara agak tersasar pada awalnya namun makin ke penghujung makjn tersalah siapa pelakunya.. Kesian pada Sya yang tak bersalah.. Pembalasan untuk yang melakukan kejahatan turut dimasukkan penulis.. Kesan dan akibat perbuatan kuta boleh mengundang perkara baik mahupun tak baik kerana dendam sifat yang sangat bahaya.. Memang ohsem karya penulis ini..

Sha baca pada 20.05.2020 dan selesai pada 22.05.2020..

Koleksi peribadi Sha..
Dah dijadikan hadiah untuk aktiviti pertukaran buku..
Published March 2019 by KarnaDya Publishing

Monday, May 25, 2020

Day 68 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini dah 2 Syawal.. Macam mana keadaan rakan-rakan semua?? Okay?? Ziarah raya di dalam daerah je Sha hari ini.. Ke rumah sepupu encik suami.. Itupun sebelah petang..

Pagi-pagi Sha dan encik suami ke asrama pelajar.. Mendobi cadar dan sarung bantal.. Ampaian rumah penuh baju.. Tu yang ke dobi.. Boleh keringkan terus dan lipat.. 2 jam jugalah..

Tengahari masak nasi arab guna Pes Yemeni Mendhi.. Sedap.. Cepat dan mudah.. Nanti Sha buat entry khas untuk nasi ini.. Satu pek ini cukup untuk makan sampai ke malam..

Review Huawei F317 GSM Desktop Telephone

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan mengenai pembelian telefon ini di entry Shopee | Huawei F317 GSM Desktop Telephone (Use Simcard).. Kali ini Sha nak review mengenai kelebihan telefon ini.. Setakat yang Sha dah guna selama penerimaan telefon ini, agak bagus dan senang.. Penggunaannya seakan telefon nokia 3310.. Boleh hantar dan terima mesej juga.. Ada nada dering selain nada dering yang klasik tu..

Untuk penggunaan simcard pula, Sha dah cuba Digi dan Yodoo.. Okay dan tidak bermasalah.. Call in dan call out memang jelas dan terang.. Cuma untuk plan Yodoo tu Sha amik untuk call sahaja jadi untuk mesej boleh terima je tak boleh hantar.. Penggunaan telefon ini bergantung kepada plan simcard anda tau.. Kalau nak call dan sms, kena amiklah plan yang ada kedua tu.. Untuk taip mesej tu memang keypad dia sama je macam 3310..

Charging pula ada dua cara.. Terus kepada elektrik ataupun boleh gunakan bateri.. Bateri dia tahan lama juga bergantung pada penggunaan..

Selain fungsi diatas.. Telefon ini boleh dijadikan radio juga.. hehehe..

Nanti kalau ada lagi fungsi yang Sha jumpa, Sha update sini ye.. Semoga entry ini membantu rakan-rakan.. Sha sertakan sekali link untuk kawan-kawan yang ingin membeli..

https://shopee.com.my/product/3614138/3312038572





Filem United States | Spenser Confidential (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mulanya tengok sebab nampak info filem ini filem aksi komedi.. Memang ada komedi cumanya filem ini lebih pada aksi sedikit ganas dan ada babak 18sx.. Hehehe..

Menarik tengok lakonan Mark Wahlberg walaupun nampak ketuaannya.. hehehe.. Aksi mantap, lawak tanpa try hard.. Part paling best bila hero kena kejar dengan anjing.. Part nie memang buat Sha gelak besar.. serius.. hahaha.. Semangat keadilan si Spenser ini tinggi sebab tu dia tolong isteri anggota polis yang dituduh melakukan pembunuhan walaupun spenser ini bukan polis lagi dah.. Memang best tengok walaupun Spenser ini asyik kena pukul.. hehehe..

Sunday, May 24, 2020

Day 67 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syawal di musim Covid19.. Namun tetap kita meraikan Aidikfutri walau tak semeriah dulu.. Kemeriahan Aidilfitri tu kita yabgvtentukan sebenarnya tak kira dimana dan dengan siapa.. Seawal pagi encik suami menerima jemputan untuk solat raya.. Alhamdulillah setelah lama tak ke masjid bersolat jemaah, akhirnya dapat juga menjejakkan kaki ke rumah Allah kembali.. Memang gembira sungguh encik suami siap sujud syukur.. Alhamdulillah..

Lepas solat sunat Aidilfitri, kami bersarapan dulu di rumah.. Kemudian dalam pukul 11 lebih baru keluar rumah untuk ziarah raya.. Ke rumah adik bongsu Sha dan rumah MIL.. Malam baru gerak balik.. Perjalanan balik tu agak sunyi.. Kedai-kedai semya tutup.. Selisih dengan kereta lain pun sangat jarang-jarang.. Berbeza sungguh Syawal 2020 ini..

Kenangan 1 Syawal kami..

Cousins..

Salam Aidilfitri 2020

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam Aidilfitri buat semua yang mengenali Sha juga kepada pembaca blog ini.. Norma baru Aidilfitri..


Saturday, May 23, 2020

Day 66 | Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berakhirlah sudah Ramadan.. Semoga kita diberikan lagi kesempatan untuk bertemu Ramadan di tahun seterusnya.. Aamiin..

Hati ini sayu je.. Ramadan dan Syawal yang berbeza.. Namun tetap dilalui seperti biasa.. Seawal pagi Sha dah keluar dengan encik suami mencati ayam untuk dibuat rendang.. Bukan Sha masak.. Sha minta mak pengasuh bebudak ini tolong masakkan.. Lemang pula Sha tempah dengan acik cleaner dekat tempat kerja Sha.. Alhamdulillah, cukuplah menu hntuk 1 Syawal.. Kami berempat je pun..

Ini lauk sahur terakhir kami.. Ayam masak merah, asam pedas dan sup ekor..

Ini pula menu berbuka.. Rendang ayam dan lemang..

Ini pula diberikan jiran sebelah.. Alhamdulillah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com