Saturday, September 15, 2012

Kekalahan dan Usaha untuk Bangkit Semula

     Pagi ini tetibe jer hati jadi sebak... Bila mengenang masa lalu raser cam nak membesar semula.. nak undo semua yang telah dilakukan.. Namun hidup hanya sekali tiada ulangannya... Kepada yang masih belum mmbesar sedang membesar semoga langkahmu tidak akan tersungkur jauh... Kepada yang telah melalui hidup ini bukan mengikut kehendakmu dan melalui kegagalan, bersabarlah mungkin akan ada sinar dan cahaya untukmu.. Tabahlah.. kerana mereka yang terus bangkit pada setiap kegagalan adalah manusia yang sangat kuat... Jangan cepat menyerah kalah.. Hidup ini masih panjang lagi..

    Sepanjang hidup kita... Sepanajng kita melalui kehidupan ini kita akan sentiasa menempuh cabaran... Ada yang mampu bangkit dan melangkah semula.. Namun ada juga yang tersungkur dan tidak mampu lagi untuk bangkit... Kekuatan kita terletak pada semangat kita... Kenapa harus mengalah sedangkan hidup masih panjang lagi... Allah juga x suka umatnya menglah tanpa berusaha.. Kalau kita perhatikan semua yg kita lakukan perlu ada usaha barulah perkara itu menjadi.. Contohnya kita lapar dan nak makan.. Kalau kita x berusaha untuk mencari makanan, bubuh dalam pinggan, menyuap ke mulut, mengunyah dan menelan adakah kita akan berjaya mengenyangkan perut yang lapar??

   Fikir-fikirkanlah ye kengkawan.. Ini juga peringatan untuk diri sendiri.. Sekarang tengah berusaha melawan perasaan lemah dan tidak bermaya akibat mengandung... Kekuatan dalaman dan sokongan dari yang terdekat amatlah diperlukan... Untuk itu segala ketidakpuashatian, kekurangan emosi telah diluahkan dan diterangkan pada yang sepatutnya supaya sokongan sentiasa berkekalan.. hehehe... Biasalah emosi ibu mengandung sukar nak jangka... tu kita cerita lain ye...

   Bersemangatlah dan berusahalah.. Tempuhilah hidup ini dengan penuh kesabaran dan ketabahan.. berdoa dan berserahlah pada yang Maha Esa untuk semua usaha yang kita lakukan...
  • Sekiranya kita belum mempunyai pasangan... Berusahalah mencari.. sama ada melalui kengkawan, family atau saudara mara...
  • Sekiranya kita belum berkerja... Berusahalah mencari.. kerjalah apa pun yang kita dapat dan kerjalah bersungguh-sungguh kerana kita tidak tahu rezeki kita dimana sebenarnya kecuali Allah...
  •  Sekiranya kita gagal... Bangkitlah dan berjuanglah semula.. jangan cepat menyerah kalah...
  • Sekiranya kita tidak berani mengambil risiko... Cubalah.. sekali-sekala kita perlu mengubah hidup kita... Ambil risiko walaupun kemungkinan nya tidak terjangka...
Hidup ini kalau flat jer pun tidak menarik kengkawan.. perlu ada turun naik.. bengkang bengkok.. warna warni... Laluilah hidup ini dengan penuh kesyukuran dan perkataan Alhamdulillah... InsyaAllah kita pasti akan merasa tenang dan bahagia.. hehehe.. selamat melayan lagu dibawah.. Video on the way...


Give Me Some Sunshine Lyrics

Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do
Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do
Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do
Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….
Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again
Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again
Kandhon ko kitabon
Ke bojh ne jhukaya
Rishvat dena to khud
Papa ne sikhaya
99% marks laaoge to ghadi, varna chhadi
Likh likh kar pada hatheli par
Alpha, beta, gamma ka chaala
Concentrated H2SO4 ne poora
Poora bachpan jalaa daala
Bachpan to gaya
Jawani bhi gayi
Ek pal to ab humein
Jeene do jeene do
Bachpan to gaya
Jawani bhi gayi
Ek pal to ab humein
Jeene do jeene do
Saari umar hum
Mar mar ke jee liye
Ek pal to ab humein jeene do
Jeene do
Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….
Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again
Give me some sunshine
Give me some rain
Give me another chance
I wanna grow up once again
Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….
Na na na….Na na na….Na na na….Na na nana na….

Friday, September 14, 2012

Lagi-lagi novel...

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca lagi.. hehehe... kenapa dan kenapa lah agaknye asyik nak membaca jer.. stress ke??
hohoho... Kena luahkan nie.. kalo x lagi banyak novel menjadi koleksi.. tapi camne nak luahkan.. En. Hubby buzy skrg nie.. hohoho... luahkan.. luahkan... oklah meh nak cite pasal novel terbaru yg kasih baca...




Sinopsis
J-woks merupakan ketua penjenayah yang paling dikehendaki polis. Malangnya, pihak berkuasa masih gagal mengenal pasti wajah sebenar suspek itu. Bahkan konco-konconya sendiri tidak pernah melihat muka ketua mereka. Kejahatan lelaki ini dan kumpulannya memporak-perandakan ibu kota Kuala Lumpur bukan mitos atau dongeng. Malah, kelicikan mereka memboloskan diri telah menjatuhkan maruah polis.

Inspektor Dzul Faqar yang ditugaskan mengetuai pasukan khas khusus untuk menangani kes ini tetap optimis. Namun, penjenayah yang dikejarnya menyimpan dendam. Semangat memburu penjenayah telah membuatkan nyawa keluarga dan wanita yang dicintainya turut terancam.

Lantas, komitmen pada kerjaya sudah mula menjadi konflfl ik peribadi. Dia tahu tiada antara mereka yang akan berpuas hati selagi salah seorangnya tidak menempah maut. Matlamat hidupnya hanya satu, membersihkan dunia ini daripada tangantangan durjana. J-woks mesti ditangkap.

ULASAN SAYA : Novel yang menarik cuma terlalu banyak twist dan agak kucar kacir seket.. Mungkin sebab terlalu banyak yang ingin disampaikan pada satu masa menyebabkan jalan cerita menjadi agak kelam kabut.. namun begitu cerita nya penuh debaran dan aksi.. Bagaimana seorang penjahat yang kononya sangat terror akhirnya tersungkur juga ke tanah... menarik namun masih boleh diperbaiki..


hello mr. perfect!, novel hello mr perfect, waniey zakaria

Sinopsis
Muhammad Arif Fikri dan Ainul Mardhiah saling mencintai dan merancang untuk berkahwin. Namun disebabkan kerana peraturan yang telah ditetapkan oleh keturunan keluarganya yang mementingkan aspek LANGKAH BENDUL walaupun mereka adalah lelaki memaksa Arif mencari jalan penyelesaian. Selagi anak sulung tidak berkahwin, maka dia tak boleh berkahwin. Lebih memberatkan lagi apabila pihak keluarga Ainul hanya memberi masa selama enam bulan untuknya membuat keputusan.

Alongnya, Muhammad Izzul Islam terlampau mengejar kesempurnaan kepada pasangannya. Wajahnya kacak, tinggi dan menjadi tarikan ramai. Namun dia terlampau cerewet dan memerlukan pasangan yang juga sempurna sepertinya. Terlalu ramai gadis yang berdamping dengannya namun tiada seorang pun yang dapat bertahan dengan sikapnya walau sehari dua.

TIADA PILIHAN, Arif cuba mendapatkan calon isteri untuk Izzul. Imbuhan juga diberikan sebanyak RM500,000 sebagai cagaran sekiranya gadis itu berkahwin dengan alongnya. Alya Adriana yang ketika itu terdesak kerana hutang keluarga dengan ALONG memaksa Alya untuk menawarkan diri.

Mampukah Alya memanipulasikan pemikiran Izzul yang terlampau mengejar kesempurnaan itu? Dapatkah dia bertahan dengan sikap Izzul sekiranya dialah calon yang terakhir?



ULASAN SAYA : Cerita die memang sangat menarik.. Kelakar, sedih dan juga geram.. Dalam dunia nie xkan ade yang sempurna.. semua orang ada kekurangan.. sebab tu kita dijadikan berpasangan untuk saling melengkapi kekurangan diantara satu sama lain.. Bayangkan seorang CEO yang handsome, bergaya, pandai, kuat bekerja, mementingkan kesempurnaan tetibe takut pada lipas.. Camne agaknye ye?? hehehe.. selamat membaca..

Thursday, September 13, 2012

Kemusykilan Encik Suami...

     Pagi tadi masa tengah siapkan Amani yang chomey, tetibe En. Suami tanye "Kenapa ek orang xnak mandikan anak sebelum hantar ke nursery atau rumah pengasuh??" Sha cakaplah "Manalah sha tau?.. Nanti sha bubuh dalam blog..kot-kot pembaca blog sha boleh tolong jawabkan" hehehe..

     Rasernye x semua ibubapa yang tidak memandikan anak sebelum hantar ke rumah pengasuh atau pusat jagaan kanak-kanak kan?? SHa dah terbiasa dari Amani baby lagi Sha selalu mandikan dia pagi2.. Kadang2 pukul 6.00pg lagi dah mandi Amani tu.. Tambah2 Amani memang suka air.. Kadang2 jer dia meragam.. Biasanya kalau x cukup tido ha, berangin lah dia.. mandi pun susah.. En. Suami cakap, banyak kelebihannya kalau kita mandikan anak kita sebelum hantar ke Nursery atau Rumah Pengasuh.. Antaranya ialah :
  • Masa kita mandikan tu bolehlah kita belek badan anak kita, manalah tau ada lebam2 ke, luka2 ke..
  • Kalau dari kecik kita biasakan dia mandi pagi nnti kalau dia dah start sekolah xde lah susah nak suh dia bangun pagi...
  • Didikan yang baik haruslah bermula dari kecik.. betul gitu...
  • Bolehlah anak kita bermanja dengan kita di pagi hari.. dah lah 5 hari (45jam) dia dengan pengasuh..
  • Elok untuk kesihatan dia.. biar dia cergas..
Apa-apapun, semua nie terpulang pada mak dan ayah... Betul x??

Saturday, September 8, 2012

Perhimpunan Bulanan Bil 6.2012 & Jamuan Raya PSAS serta Rumah Terbuka MSU 7.9.2012

     Petang lepas Jumaat PSAS wat Perhimpunan Bulanan dan juga Jamuan Raya... Meriah dan berwarna warni.. Masa nie la nak tgk staf lelaki dan perempuan melaram serta bergaya sakan.. Tapi ada jugak yg biase2 jer.. cam xde ape2.. hehehe... Yang bestnya dapat makan lemang buatan tgn staf Unit Pemandu, Stor & Asrama.. hehehe... Bos besar pun puji lemang mereka lembut... sedap2.. hehehe.. makan ala kadar jer coz petang karang lepas kerja nak gi makan lagi.. hehehe... layan gambar..


         Petangnya lepas kerja gi umah terbuka MSU (Management Science University) kat Shah Alam memenuhi undangan seorang sahabat... Mujurlah en.hubby balik awal dari Perlis dan memberi kebenaran untuk berjalan.. hehehe.. Thanks En. Hubby... Seronok sangat tgk kawan tu hepy menerima kedatangan kami.. Dah beberapa kali gak die ajak.. Baru kali nie berkesempatan... Alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah...
    Student yang kitorang bawak pun kemain lagi hepynya... Best bila tgk semua orang gembira.. Layan gambar dibawah...


Thursday, September 6, 2012

Novel Lagi...

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca lagi... melepaskan tekanan.... Entah kenapa kali nie aku layan perasaan geram dengan membeli novel.. 2 topik yang berbeza.. cinta dan juga suspen thriller.. Aku start baca dari 2.9.2012 sampey 5.9.2012.. satu buku sehari.. nie pun ade rase ingin membeli lagi.. hohoho... kali nie buku-bukunya ialah...


Bukan Serapuh Daun Maple
Fatinilam Sari Ahmad
Sinopsis
Tanpa cinta, hanya rasa sayang yang sekelumit itu, dia berpegang pada janji pertunangan dengan Andrian. Lalu Tasneem menerima lagi janji daripada Mak Uda, untuk mencari Andrian di Bridgeport, Connecticut, Amerika Syarikat.

Namun di sini jua, Christian tercari-cari diri sendiri dan penciptanya. Kehadiran Tasneem bagaikan membawa cahaya indah yang dicarinya. Sejenak mereka bahagia, namun dugaan datang menghancurkan segalanya. Tasneem setia menanti walau datang khabar daripada Siti Hajar, Christian pergi tidak akan kembali. Berkali-kali Tasneem mengingatkan dirinya sendiri bahawa cintanya pada Christian bukanlah serapuh daun maple.

Dengan izin TUHAN, mereka pasti bertemu semula di suatu musim panas yang indah. Angan-angankah ini atau bakal menjadi kenyataan?

ULASAN AKU : Cerita ini memang menyayat hati... memula sangat menarik tapi makin dah nak habis makin hanyut perasaan dibuatnya.. Sesungguhnya kita tidak dibenarkan menyintai sesama umat melebihi cinta kita kepada Allah.. Cinta tanpa restu keluarga pasti berdepan dengan halangan yang menyakitkan.. Seorang mulismah yang berpegang pada agama hanyut dalam dunia cinta walaupun tidak melanggar batas tapi seolah-olah lupa pada agama dan keluarga.. Betapa berat dugaan berada di perantauan.. seorang Islam hanyut sehingga menyebabkan dirinya murtad hanya kerana terlalu obses dengan harta duniawi dan juga cinta... Pelik tapi benar...

Saat Mata Berbicara
Dyza Ainun

Sinopsis
Jija, bersuamikan Zharul yang tidak boleh menjadi suami yang sempurna kerana serangan angin ahmar. Namun, Jija rela demi untuk merawat lelaki itu bersama bapanya seorang tukang urut di desanya. Zharul sangat berduka apabila Jija terkorban dalam kebakaran di rumahnya. Kemunculan Qhalisya, seorang gadis tomboy menggetus hati Zharul kerana terlau banyak sikap Qhalisya mengheret ingatan Zharul terhadap arwah Jija. Siapakah Qhalisya sebenarnya?
ULASAN AKU : Aku x suka cerita tergantung... Walaupun aku boleh meneka apa sebenarnya yang terjadi tapi aku kecewa bila ceritanya x habis sedangkan buku nie tebal gile.. tension.. Aku beli novel nie dengan harapan ceritanya menepati kehendak hati aku... Memang sangat2 menepati cuma yang menyakitkan tidak ade kesudahan.. Kesudahan yang tergantung... Cerita seorang gadis yang ditinggalkan tunang hanya kerana dia x cantik dan bergaya... Cerita seorang lelaki yang lumpuh, ditinggalkan tunang dan disahkan mandul... Pengorbanan gadis hodoh untuk lelaki lumpuh.. Cerita yang sangat menarik kalau dibuat drama.. hehehe.. cerita nie memang best.. aku bagi 5 bintang walaupun aku sakit hati sebab xde ending..

Venom Suria
Mazni Aznita
Sinopsis
Suria gadis ceria dan periang, namun miliki sejarah hitam dalam kelahiran. Yang membuatkan dia diburu dan dijejaki untuk meleraikan sebuah kisah sumpahan, lalu mempertemukan dia dengan dua lelaki berbeza sifat. Izwan jenis yang dingin dan panas baran. Cakapnya harus dipatuhi atau dia akan meletup! Nazrul sentiasa cool tapi punya rahsia terpendam yang menyeksa jiwa. Seorang lelaki ditakdirkan menjadi penyelamat. Seorang lagi ditakdirkan membunuhnya. Kedua-duanya muncul tak diundang, tetapi meninggalkan kesan mendalam. Lalu bermulalah permainan cat and mouse antara mereka sehingga game over!
ULASAN AKU : Pergh... mantap r.. xsangka boleh buat aku seram sejuk..Cerita mengenai manusia yang tersesat dan menghambakan diri dengan syaitan serta menyusahkan keturunannya.. Memang best dan suspen.. dienye twist boleh buat aku panik, sedih, suspen dan gumbira.. pergh.. mantap.. semantap karya RAM..

Bicara Sebuah Diari
Zaifuzaman Ahmad
Sinopsis
Noreen, seorang penulis skrip yang secara tidak langsung terlibat di dalam satu kejadian pembunuhan. Semuanya berpunca daripada mimpi-mimpi yang pernah dia alami sebelum ini. Adawiyyah dan Rohayu muncul di dalam mimpinya,meminta dia agar berhati-hati.Adakah bahaya itu realiti?
ULASAN AKU : Geram sangat baca cerita nie.. hehehe.. suspen giler.. Sangat suka.. Disebabkan xle nak tahan perasaan ingin tahu siapa yang jahat aku terus selak halaman belakang.. hahaha.. kantoi.. Tapi aku suka sangat unsur suspennye menikam kalbu.. raser cam nak gile lak.. Memang terbaik r olahan cerita nie..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com