Sunday, July 31, 2016

Ayam Golek Ulu Slim di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Suka amkan ayam..
Meh cuba ayam golek yang ohsem ini..
Bergolek-golek ayam ini tau..

Sha perasan ayam golek ini masa Ramadhan aritu..
Berjaya beli sekali je..
Hari lain pergi asyik habis jer..

Mujur 2 minggu lepas raya, pi usha-usha..
Yeah!! Dia dah start jual balik..
Beli ayam ini memang kena sabar..
Ada rezeki, adalah..
Sebab laku keras..

Walaupun bukan bulan Ramadhan..
Memang tengok rezeki..

Dekat dengan taman Wangsa Jaya, Tanjung Malim..
Kalau dari arah Pekan Tanjung Malim, sebelah kiri, sebelum Pasaraya Hari Hari..
Kalau dari Behrang, sebelah kanan..

 

 

Imani dan Grill

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aktiviti Imani bila dirumah..
Bukan kata kat rumah..
Bila pergi rumah orang pun dia memanjat juga..

Lasak sungguh anak dara Sha yang sorang nie..
Sekarang ini kalau senyap je, memang kena menjenguk..
Tahu-tahu je dia dah dekat grill atas..
Elok je dia bergayut kat situ..

Kita yang nengok yang seriau..

 

 
Tahu pula dia emak tengah ambil gambar dia..

Saturday, July 30, 2016

Durian

Assalamualaikum..
Hye semua..
Susah nak makan durian sekarang ini..

Umah family Sha dah tak ada kebun buah..
Umah family encik suami, pokok-pokoknya dah rosak..
Sedih tau..

Sekarang nak makan kena beli..
Mujurlah hari Ahad (24.07.2016) ada orang sedekah durian..
Dapatlah dua biji besar-besar..
Memang sedap dan mengancam..

Alhamdulillah.. Murah rezeki pemberi durian..
 
 

Amani Dan Qalam Jamaie #2

Assalamualaikum..
Hye semua..
Hari ini (25.07.2016) Amani bawa balik seragam Qalam Jamaie dia..

Siap pesan dengan mak
"Cikgu kata rendam je.. Tak boleh masuk mesin basuh.. Nanti batu-batu dia cabut."
Alahai Amani.. Nampak keterujaannya disitu..
Katanya nanti kena pakai tudung putih dengan sarung tangan.. 
Tudung dengan sarung tangan cikgu pegang..
Excited dia..

Tapi, lawa juga bajunya..
Warna hitam..
Hitam itu menawan..

Esoknya Sha tanya cikgu berapa harga baju tu..
Cikgu kata kena bayar separuh.. Nanti cikgu bagi surat..
Oklah kan.. bayar separuh je..
Semoga memang ye Amani..

 
Baju untuk Qalam Jamaie..
Pertandingannya hari Ahad 31.07.2016

Friday, July 29, 2016

Tropicana Frutz Sparkling

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom segarkan diri dengan Tropicana Frutz Sparkling..
Memang membuat diri teruja dengan buble-buble yang mengejutkan
bersama rasa buah yang sangat lazat..

First time jumpa di Stesen Minyak Shell..
Kedai lain Sha tak jumpa lagi..
Even Pasaraya TF pun tak ada jual..

Sha suka rasa keduanya.. Epal dan Oren..
Flavour buah dan juga bubble tu gabungan yang berjaya..
Cubalah.. mana tau kena dengan tekak anda..
Lain tekak lain citarasanya.. ye dak..

 

 
Rasa oren yang mengancam ditambah sparkle-sparkle yang menyegarkan..

 
 First time Sha cuba dan Sha menyukai rasa epal yang kebaboom bersama partikle sparkle yang menwan..

 
Beli dua ini di Stesen Minyak Shell dengan harga RM4.00
dan boleh beli Susu Goodday (dibawah) dengan harga RM1.25
 
Sedap juga Coklat susu jenama Goodday ini...

Mirror of the Witch (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang sangat menarik..
Episod pertama jer dah mendebarkan..
Mengisahkan tentang anak raja yang dilahirkan melalui ilmu hitam..
Mereka kembar.. Seorang lelaki dan seorang perempuan..
Lahirnya mereka bersama sumpahan..
Oleh kerana, hanya lelaki sahaja pewaris yang dikehendaki,
maka semua sumpahan dipindahkan kepada anak perempuan..

Sepatutnya budak perempuan yang disumpah itu dibunuh,
demi menyelamatkan semua orang namun yang membunuh tidak sampai hati..
Maka hiduplah puteri tersebut berasingan.. Jauh dari manusia..
Muncul seorang hamba lelaki, maka bermulalah tragedi hidup si puteri..

Perjalanan yang sangat berliku demi menghapuskan sumpahan..
Memang ohsem citer ini..
Ada lawak jenaka.. u know when u wacth it..
Ada kesedihan dan perasaan marah serta dendam..

Pengajaran dari cerita ini, manusia sanggup buat apa sahaja demi dendam..
Manusia juga sangat pentingkan diri.. mengorbankan orang lain demi kepentingan diri..
Cinta memang perlukan pengorbanan.. Kasih sayang bukan semestinya menyakiti..

Citer nie pada zaman dahulu so busana yang digunakan sangat cantik..
Pelakonnya ok dan best..
Drama nie 20 episod ye..



 
Pelakon-pelakon utama..
Lee Sung-jae, Yum Jung-ah, Yoon Shi-yoon, Kim Sae-ron dan Kwak Si-yang

 
Permaisuri yang menyebabkan anaknya disumpah..
Kerana terlalu nak kan anak sanggup membuat perjanjian dengan bomoh yang kejam dan membunuh perempuan yang tidak bersalah..

Boleh menonton online di link dibawah..
Drama Fire
Drama 4 U
Yo Drama
Good Drama

Thursday, July 28, 2016

Variety Show - Daddy and I (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom layan rancangan baru dekat tvN..
Daddy and I or My Father and I..

Menariknya rancangan ini ialah mengenai hubungan anak dan ayah..
Mereka bercuti bersama..
Antara aktor yang terpilih ialah
Nam Hee-Seok, Choo Sung-hoon, Kim Jeong-hoon, Yoon Park, Eric Nam, Roy Kim dan BOBBY..

Seronok gak tengok kelainan pada rancangan nie..
Rancangan ini memaparkan anak dan ayah yang pergi bercuti..
Perasaan diantara mereka..
Ada yang mesra macam kawan..
Ada yang nampak janggal antara satu sama lain..
Rupa-rupanya tidak ada lagi anak lelaki dan bapa yang pergi bercuti bersama..
Ini adalah hasil soal selidik penerbit rancangan ini.
Baru episod 6 dekat tvN.. So bolehlah catch up..
Cumanya, susah sikit nak cari kat online.. Mungkin sebab rancangan baru..

Selamat menonton..



Boleh tengok online di

Minuman Nescafe 3in1

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha memang suka minum Nescafe 3in1..
Sejak-sejak pandai minum Nescafe, Coffee memang Sha beli yang 3in1 je..
Selalu minum Nescafe Original (yang kaler merah)..
Lepastu minum yang Nescafe Brown  & Creamy.. 
Kejap je yang ini.. Sebab lepas tu tak ada jumpa lagi dah.. Merata Sha cari..
Kemudian Sha minum Nescafe Latte Caramel.. Sebab rasa dia yang lembut..
Tapi tak berbaloi.. Ada 20 stick je.. So Sha beli Nescafe Original balik.. 
Nak kelainan, Sha tambah milo sesudu kecik.. Jadilah Neslo.. 
Sesekali baru Sha beli Nescafe Caramel Latte..

Lepas tu keluar pula Nescafe Latte Mocha dan Nescafe Latte Coconut.. 
Sha try beli yang Mocha.. Sedap.. Yang Coconut belum cuba lagi..

Kemudian adik Sha bagi try Old Town White Coffee Hazelnut 3in1.. Sedap.. 
Rasa kopi dan hazelnut dia sekata dan kena dengan selera Sha.. 
Sha cuba pula Old Town White Coffee Mocha.. 
Tak kena selera Sha.. Rasa coklat dia pekat sangat..

Nescafe Original 3in1
Dulu, kini dan selamanya..

Nescafe Brown & Creamy (with brown sugar)
Tinggal kenangan.. Ini yang paling Sha suka.. Tak manis.. Kopi dan gula perang tu memang ngamlah..

Nescafe Latte Caramel
Memang tak pahit.. Sedap..
Lembut je rasa dia..

Nescafe Latte Mocha
Sedap.. Rasa nescafe dan coklat tu sekata..

Terbaru yang menjadi pilihan Sha..
Sedap.. Rasa hazelnut dan nescafe tu memang serasi.. Compliment each other gitu..

Wednesday, July 27, 2016

Maggi Hot Cup Goreng - Perencah Cili Fiesta

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Maggi dah tak keluar maggi goreng..
Stress rasanya..
Sampailah terjumpa Maggi Hot Cup ini..
Memang teruja..
Makan time hujan dan cuaca sejuk..
Memang menyengat..
Ohsem..
Tak banyak dan tak sikit..
Okay.. Okay sahaja..
Buat alas perut..

Sila jangan ikut perangai saya ye..
Sesekali makan takpe..
Jangan ko lantak sepanjang masa..

Pada Sha Maggi Hot Cup ini okay dari segi kuantiti..
Rasa pun okay.. Kena ngan selera Sha yang tak boleh makan pedas..
Sebab dia tak pedas sangat..
Sederhana sahaja..
Mudah nak disediakan..
Semudah ABC..

Beli terus 5 cup buat stock..
Kikikiki..

1 cup - RM1.69
(Pasaraya 99speedmart)
 
Sha suka makan yang ini.. Tapi dah tak ada jual..

 
Yang ini oklah tapi kuantiti dia banyak sangat la pula..

Wordless Wednesday Resepi #9

Assalamualaikum..

Tuesday, July 26, 2016

Nescafe Smoovlatte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minuman kopi bersusu..
Rasa yang mengancam untuk penggemar kopi..
Puas hatilah Sha beli Nescafe Smoovlatte ini..
Memang smooth seperti namanya..
Trylah baru tau.. hehehe.. 

Buat penggemar Kopi bolehlah cuba..
Pasti tidak menghampakan.. Kalau Sha lah..
Tekak hampa, cheq tak tau..

Sebotol Nescafe Smoovlatte bersama sekeping sandwich..
Sarapan pantas ketika memandu..
Mengenyangkan dan menyegarkan..

 
Harga dia murah je kalau beli kat 99Speedmart..
RM2.10

Monday, July 25, 2016

Makanan Ringan Kegemaran Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Macam bebudak lak rasanya..
Ada masa memang Sha suka beli snek..
Tapi tak selalu..
Sesekali.. Buat kunyahan sambil menonton movie..
Paling kerap beli yang dua nielah..
Corntoz Chili Cheez dan Corntoz Cheez Ringz..
Sebab dua-dua snek ini ada cheese..

Tapi baru ini Sha jumpa snek baru..
Ada cheese dan chili.. Memang best..
Twisties Chili Cheese.. Memang ohsem.. Berbaloi beli.. 
Tapi tak jumpa la pulak kat 99speedmart.. 
Aritu beli pun kat Giant lepas ternampak dekat 7Eleven..

Sebungkus RM1.25 (kat 99seepdmart)
Kalau beli dekat kedai 2hinggit Rm2.12 dapat dua bungkus.. 
Jimatkan.. Jadi, silalah berbelanja dengan bijak..

 
Yang ini Sha tak hinggat harganya..
Kalau ada jumpa lagi, Sha update sini ye..
Tapi dekat 7Elevan mahallah.. hehehehe..

Let's Eat Season 2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anda minat dengan makanan??
Suka makan?? Sangat menghargai makanan??
Kalau anda sukakan makanan, silalah tengok drama Let's Eat ini..
Kalau tak suka makan pun, boleh jadi suka..
Bila tengok drama ini anda akan rasa nak makan semua makanan yang dia tunjuk dalam drama nie..
Drama ini fokus dia memang makanan.. Ini season 2..
Season 1 dulu lagi best..
Tapi ada juga cerita lain selain makanan..
Sha tonton pun sebab drama ini share pasal makanan.. Kikikiki..
Nampak tak kenapa berat Sha tak turun dan susah nak turun..


 
Pelakon Utama cerita ini..
Gu Dae-young,  Baek Soo-ji dan Lee Sang-woo

Kalau nak menonton online bolehlah ke laman web dibawah ini..
 

Sunday, July 24, 2016

Jamuan Raya di Sekolah PASTI

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi dalam bulan Syawal..
So cerita pun masih lagi pasal Raya..
Jumaat (15.07.2016) sekolah Amani buat sambutan raya..
Jadi dijemput ibu bapa untuk sama-sama meraikan..

Amani awal-awal dah bagi tahu yang dia nak pakai Jubah dengan shawl yang auntie dia belikan..
Jamuan untuk mereka pelajar-pelajar PASTI sebelah pagi..
Kena bawa extra baju kurung.. Sebab ada jamuan bersama ibu bapa sebelah petangnya..
Bersungguhlah mak menggosokkan jubah dan baju kurung Amani dan Imani..
Imani pun nak bergaya juga..
Hehehe.. Bebudak.. nak sam dan sedondon..

Bergayalah Amani dan Imani di pagi hari..
Seronok dapat menunjukkan jubah dan shawl pada kengkawan..
Bebudak.. sifatnya begitulah.. Bercerita apa yang mereka ada..
Bukan kata Amani dan Imani jer yang berjubah..
Emak pun bergaya sedondon.. Kikikiki..
Emak pun nak melaram sama..

 
Adik pun teruja nak berjubah..
Tapi pengasuhnya cerita, masa nak makan pagi tu dia suh buka..
takut baju ngn tudung kotor..
Alahai Imani.. dah pandai dah sekarang..
 
 
 Sedondon lagi..
inilah baju raya pilihan Imani.. Kakak ikut je..
Dah pandai memilih dah sekarang nie..

 

 
Meriah dengan ibu bapa yang hadir..

Ayam Brand - Tuna Hot Mayonnaise

Assalamualaikum..
Hye semua..

Breakfast apa hari ini??
Tak tau nak breakfast apa..?
Jom breakfast menu simple..
Mudah, cepat dan ringkas..
Sha selalu buat breakfast ini bila encik suami tiada di rumah..
Tak payah masak.. Cepat..
Amik roti.. Sapu tuna.. Dah boleh makan..
Bancuh Nescafe.. Memang perfect..
Kalau nak lagi sedap bubuhlah sayur-sayur sikit.. 
Jangan ikut stail malas Sha.. Kikikiki..

Tuna pedas bermayonnaise..
Ada ketulan cili dan bawang..
 
Bahan asas..
Tuna dan roti..
(Boleh je bubuh salad or timun or tomato.. Ikut selera masing-masing..) 

 
Dah boleh ngap..
Senang dan cepat..

Saturday, July 23, 2016

Duit Raya Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sembang raya lagi..
Hehehe.. Selagi x abis syawal..
Kali ini, sembang pasal duit raya anak-anak..
Tak kisah lah banyak ke sikit ke.. 
Kengkawan buat apa ye dengan duit raya anak-anak??
Soalan sekadar pertanyaan.. Tiada maksud apa-apa ye..
Tidak ada prejudis.. 
Sebab pada saya, setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak-anak..

Duit raya anak-anak, Sha simpan di ASB atas nama mereka..
Sebab ini permintaan suami Sha..
Di Tabung Haji, kami buat potongan gaji untuk akaun atas nama mereka..
Duit simpanan dan tabungan ini adalah untuk kemudahan mereka di masa hadapan..
Kalau sebelum ini, semua duit raya mereka Sha simpan..
Tapi kali ini, Sha ambil sedikit untuk bagi mereka beli sesuatu yang mereka nak.. 
Disebabkan Amani dan Imani, keduanya berhajat sangat nak pakai Wedges maka Sha belikan mereka sepasang Wedges setiap sorang..
Kenangan duit raya mereka..
Bergaya itu penting.. Kikikiki.. Bukannya mahalpun.. RM13 sahaja..
Selebihnya kita simpan..
Menabung sedikit sedikit.. Lama-lama jadi bukit.. Ye dak..

Sampul duit raya tu kengkawan buat apa ye??
Buang or simpan??
Kalau Sha, Sha recycle semula..
So next year dah tak payah nak beli or cari sampul duit raya..
Jimat dan tak membazir..
Ada juga yang Sha biarkan dalam kereta untuk kecemasan..
Kecemasan di sini bila tetiba kena pergi or kena jemput ke kenduri kengkawan.. 
So dah ada standby sampul dalam kereta.. 
Just masukkan duit sahaja.. Praktikal dan jimat..
Zaman sekarang semua mende kena jimat.. 
Bukan kedekut tapi mengelakkan pembaziran.. 
Sampul elok lagi, buat apa buang.. Lainlah kalau dah terkoyak ot renyuk..
Sebab tu Sha ajar anak-anak supaya terus bagi sampul yang mereka terima ke Sha.. 
Satu untuk memastikan sampul dalam keadaan elok.. 
Satu lagi untuk mengelakkan mereka membuka sampul dan mengeluarkan duit di depan pemberi.. Menghormati orang yang memberi..
Ini hanyalah pendapat Sha..

 

 
Gambar ini hanyalah sebahagian koleksi sampul duit raya yang anak-anak Sha dapat untuk tahun ini..
Kita simpan dan recycle untuk tahun hadapan..
Kalau beli mahal wei.. Jadi jangan membazir..
Berjimat selagi boleh..

Sarapan Ringkas Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila Amani dah mula pelbagaikan menu makanan..
Senang Sha nak bagi dia makan..
Kalau dulu roti hanya makan dengan planta xpun peanut butter lady choice..
Sekarang dah boleh tambah satu lagi menu..
Roti dan telur hancur..
Telur tu sha goreng dengan planta..
Nak lagi sedap, buh susu segar sikit..
Rasa dia akan jadi lagi sedap..
Seronok tengok Amani makan..

X payah sapu apa-apa dekat roti..
Amani makan roti hancur dengan roti je..
Dia memang macam tu.. plain je..

 
Roti dua keping..
Telur hancur (Telur sebutir je)
 
 
Inilah marjerin yang menjadi kegemaran kami sekeluarga..
Adele.. Wangi dan sedap..

Friday, July 22, 2016

Granny's Got Talent (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..
Disebabkan Astro Njoi tengah bagi siaran percuma untuk saluran Astro Box Office (130), 
dari 1 Julai 2016 hingga 31 Ogos 2016 dapatlah Sha tonton cerita Korea yang best ini..
Freekan.. Bukan kena bayar..
So layan jellah..

Cerita pasal seorang nenek yang masuk pertandingan makian..
Nenek nie bekas banduan..
Ada masalah kesihatan..
Ada masalah dengan anak-anak dia..
Nenek Neraka ini nama gelaran dia.. 
Nenek nie rupanya baik.. 
Cuma orang salah sangka kat dia..
Ending dia memang menyedihkan..
Kikikiki.. Xla.. Tipu je..
Ending dia best..

Cerita nie banyak pengajaran tau..
Tapi tak sesuai untuk tontonan budak-budak sebab ada maki-maki..
Tontonlah dan amik yang baik-baik sahaja..
Yang tak baik boleh letak tepi..
Pengajaran yang bagus untuk dunia yang memandang status..
Yang selalu menekan mereka yang bergelar bekas banduan dan tak berpelajaran..
Hidup tak lama.. Hargailah apa yang kita ada..

Nak menonton cerita ini??
Boleh klik senarai dibawah..

Amani dan Kalam Jamaie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari Rabu (13.07.2016) Cikgu Amani bagi sha satu surat..
Surat jemputan untuk aktiviti Alam Ria PASTI 2016.
Alhamdulillah, Amani terlibat sebagai peserta Kalam Jamaie..
Patutlah seronok dia bercerita mengenai Kalam Jamaie..
Dapat baju baru.. Setiap hari Khamis mereka akan berlatih..

Aktiviti itu akan diadakan pada 31 Julai 2016..
Tempat belum sure lagi..

 
Surat dari Pihak Sekolah..

Serba sedikit mengenai Kalam Jamaie ini.. Sha dapat info ini dari Wikipedia..
Kalam Jamaie merupakan Choral Speaking tetapi menggunakan bahasa Arab. Kalam Jamaie kini telah diperkenalkan di seluruh negeri di Malaysia dan terdapat pertandingan diperingkat negeri antara sekolah-sekolah di Malaysia. Kini, ia dikendalikan oleh guru-guru J-QAF di sekolah mereka.
Kalam Jamaie masih belum begitu dikenali oleh masyarakat di Malaysia kerana ia baru diperkenalkan dalam sistem pendidikan di Malaysia.


Thursday, July 21, 2016

Korean Variety | 3 Meals A Day: Gochang Village

Assalamualaikum..
Hye semua..
Saja nak share pasal rancangan Korea yang baru ini..
Siapa-siapa yang ada pasang Astro Njoi dekat rumah boleh tonton rancangan ini..

Sekarang Astro Njoi buat promosi dengan memberi Channel Tayangan Hebat (130), Oh!K HD (394) tvN (395) dan A-LIST HD (456) secara percuma..

Tu yang Sha boleh layan rancangan Korea..
Rancangan 3 Meals a Day - Gochang Village ini dekat channel tvN (395)..
Baru episod 1 masa Sha tertengok.. Hari Khamis jam 6petang (ini siaran ulangan ye)..
Rancangan ini best sebab peserta kena masak sendiri breakfast, lunch dan dinner diorang.. Diorang kena gunakan apa sahaja bahan yang sedia ada di sekitar tempat tinggal mereka.. Budget terhad.. Kalau lebih kena denda, kalau kurang pun kena denda..

Rupanya rancangan 3 Meals a Day ini dah main start tahun 2014 lagi..
Rancangan yang sha tengok nie spin-off dari rancangan asal..



Nam Joohyuk ,Cha Seung Won , Son Ho Jun & Yoo Hae Jin

Untuk tontonan online boleh klik link dibawah
Youtube (Ini seasons lama tau..)
Kengsub (Three Meals A Day Fishing Village 2)
KShow

Buat yang ada Astro @ Astro Njoi boleh tengok dekat tvN..
Channel 395.. Episod baru setiap hari Sabtu jam 10.00 malam..
Ulangan pula pada hari Sabtu (12.00tgh dan 7.00malam)
Isnin (4.30 petang) Khamis (8.45pagi dan 6.00petang)
Jumaat (2.30pagi dan 8.30malam)
Nak lebih detail mengenai jadual, boleh tengok sini.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com