Thursday, March 31, 2016

Lengloi Oleh Maria Kajiwa

Assalamualaikum...
Akhirnya berjaya juga memiliki novel Lengloi oleh Maria Kajiwa ini..
Novel yang sangat ohsem..
Membaca Lengloi membuatkan Sha seperti berada di Melaka..
Melaka memang dekat di hati..
Novel ini mengembalikan nostalgia semasa di Melaka..
Emosi yang mampu Sha simpulkan untuk novel ini adalah kesedihan yang melampau.. Sedih yang teramat sangat.. Menyelusuri rasa kehilangan dalam diri Lim dan Aunty May membuatkan perasaan Sha penasaran.. Sha x pernah begitu emosi membaca novel seram tapi Lengloi membuatkan Sha berada dalam emosi yang memberat.. X mampu Sha bayangkan kesakitan yang dilalui Lengloi.. Ngeri.. Ngilu..
Hanya kerana dengki manusia sanggup berubah menjadi kejam seperti raksasa.. Dengki dengan kejayaan manusia lain.. Dengki dengan kemajuan bisnes manusia lain mengundang malapetaka pada yang x bersalah.. Dengki itu juga telah mewujudkan kesedihan yang tidak bertepian..
Ketakutan dalam cerita ini dapat Sha rasai pada mereka yang tidak bersalah.. Seram.. Memang seram tapi perasaan sedih lebih banyak mengganggu berbanding perasaan seram.. Entah kenapa Lengloi terlalu melekat di hati.. 

 
Settle baca pada 25.03.2016

Wednesday, March 30, 2016

Perubahan yang Sangat Ketara

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sebelum nie Sha ada sharekan entry mengenai berat badan Sha..
Boleh baca entry nie : Bila Ais Ku Tinggalkan

Banyak perubahan positif yang Sha dapat..
Perjalanan masih panjang..
Walaupun terpaksa menggunakan bantuan ubat..

Pada 26.03.2016, Sha timbang berat Sha dan alhamdulillah...
Tinggal 70kg..
Itupun Sha stop sekejap pengambilan ubat tu..
Bermula 19.03.2016 - 28.03.2016..
29.03.2016 - Sha start makan balik..
Baju yang sebelum nie xleh pakai, dah boleh pakai semula..
Ohsem rasanya..

Ada 12kg ke 14kg lagi yang perlu Sha kurangkan..
Jauh lagi perjalanan..
Semoga terus kuat untuk menolak ais..

Rentetan peristiwa..
Start makan ubat 03.03.2016
24.02.2016 - 74.5kg
05.03.2016 - 73.1kg
09.03.2016 - 72kg
26.03.2016 - 70kg
Stop makan ubat 19.03.2016 - 28.03.2016
29.03.2016 - 72kg (Naik balik selepas minum ais semula pada 26 - 28.03.2016)

29.03.2016
Sha dapatkan pandangan doktor mengenai ubat yang Sha amik tu..
Kebetulan memang ada appointment tarikh tu..
Doktor suh datang balik untuk buat full check-up..
Sebab dia concern ubat tu ada kesan sampingan dekat badan Sha..
So.. Sha akan buat full check-up..

Nanti Sha share keputusan full Check-up kat sini ye..

Tuesday, March 29, 2016

Menambah Usaha Demi Kesihatan

Assalamualaikum..
Sebelum nie Sha ada cerita mengenai usaha Sha dalam menurunkan berat badan kan..
Boleh baca entry Sha Bila Ais Ku Tinggalkan (Kepada yang nak tahu detail, boleh pm tepi)
Alhamdulillah.. Semakin banyak perubahan..

So untuk terus membantu Sha kekalkan momentum kesihatan,
Encik Suami telah membelikan Sha alat senaman seperti gambar dibawah..
Harga bagi keduanya ialah RM610..
Murah, ringan dan mudah dipasang..

Encik Suami pasang sendiri jer..
Satu basikal dan satu stepper..

Sambil-sambil layan hindustan kita mengayuh..
Sambil tengok konsert kita main stapper..

 Fitness Exercise Bike Bicycle

 Cardio Twister & Stepper Fitness Machine Gym

Beli pada 22.03.2016
Suami pasang pada 23.03.2016
Start guna  24.03.2016

Monday, March 28, 2016

Membeli belah di Pustaka Rakyat, Gombak

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sekadar ingin berkongsi...

Selasa (22.03.2016) Sha jenjalan ke Gombak..
Pergi kedai buku Pustaka Rakyat..
Saja shopping menghabiskan duit..

Keseluruhan perbelanjaan bagi membeli kesemua dibawah ialah RM250.40
Pergh!! Kejap je abis duit..
Itupun rambang mata bila masuk Pustaka Rakyat tu..
Macam-macam ada..
Rasa cam nak borong semua..
hehehe..

Owh ya.. kepada yang nak tukar Voucher Buku, bolehlah gi sini..
Banyak cawangannya..

Warna pensil, Crayon, Pensil, Pembaris, Pengasah pensil, Pen berwarna, Pemadam, File box.

Buku Motivasi
#Sound Direct oleh Ustaz Abdullah Khairi - RM20.00
Maryam Anak Syurga oleh Ruayyah Farhani dan Abdullah Mubarak - RM13.00
Catatan Mat Luthfi - RM25.00
Momen2 Mat Luthfi - RM25.00

Buku kerja untuk Pra-Sekolah

Dua buah novel yang sempat disambar..
Sumpahan Ling Chi oleh Salleh Kausari - RM21.00
Penjara Mati oleh Riduan Judin - RM25.00

Sunday, March 27, 2016

Sumpahan Ling Chi oleh Salleh Kausari

Assalamualaikum...
Makin kemaruk Sha dengan novel-novel Seram dan Thriller nie...
Baru-baru nie, ada yang belanja Sha novel..
Maka Sha memilih untuk membeli Sumpahan Ling Chi karya Encik Salleh Kausari..

Kenapa Sha pilih novel nie???
Sebabkan ulasan pembaca yang bergentayangan di FB Sha..
Meronta-ronta hati nak membaca juga..
Bila di offer, lajulah tangan mengambil novel ini...

Sebelum Sha baca novel Sumpahan Ling Chi nie, Sha google dulu mengenai hukuman Ling Chi nie.. Nak amik mood ngn feel.. Supaya pembacaan dan imaginasi Sha selari...
Teruk betul penangan dia..


Ini ulasan Sha setelah membaca Novel Sumpahan Ling Chi ini..
Sha sangat suka gambaran yang diberikan semasa aksi melapah..
Terasa-rasa seperti sedang melakukan dan diperlakukan sebegitu..
Memang ngeri dan sadis namun itu tidak mampu menghentikan pembacaan Sha..
Itu belum lagi sambil membaca sambil terbau-bau hanyirnya darah..
Bayangan dalam terowong tu.. Pergh!! Menusuk sukma..
Perasaan teruja dan penuh persoalan membuatkan mata terus menatap bait demi bait perkataan..
Muka surat demi muka surat diselak.. Walau malam makin larut, pembacaan tetap diteruskan..
kekejaman yang dipaparkan diselitkan dengan perasaan kasih sayang..
Kehilangan.. Kesedihan.. Kecelaruan.. Marah..
Memang beremosi bila membaca novel ini..
Macam roller coaster... Sekejap rasa teruja.. sekejap lagi rasa takut...
Kemudian perasaan ingin tahu... Bila perasaan ngeri tu hadir, mata masih terus membaca...
Dia macam terpaku tanpa dapat dialihkan..

Owh.. Bayangan karipap dengan inti daging manusia memang membuatkan tekak kembang..
Nampak gayanya xboleh lagi nak tengok karipap nie..
Asal nampak karipap jer teringat... Pergh!! Memang penangan betul..

Yang paling dasyat bila baca Novel Sumpahan Ling Chi nie ialah air mata tetiba keluar lepas ending tiba.. Pengorbanan demi menyelamatkan manusia lain.. Perasaan yang sangat ohsem giler..

Semoga Encik Salleh Kausari akan terus menghasilkan karya yang ohsem dan best..
Owh ya.. Ulasan diatas adalah pandangan peribadi Sha..
Kalau x suka or x sama maaflah ye..
Citarasa manusia tu berbeza-beza.. Sila jangan kecam dan marah Sha..
Kepada yang suka novel seram, bolehlah cuba Sumpahan Ling Chi nie..


Saturday, March 26, 2016

Bila Cuaca Terlalu Berbahang

Assalamualaikum..
Semenjak dua menjak nie, cuaca kan makin panas..
Selalu kat tempat Sha nie xdelah terasa sangat kepanasannya..
Tapi sekarang, malam pun hangat..

Sampai terpaksa buka tingkap bilik bagi udara luar masuk..
Sangat-sangat berbahang..
Mungkin dah makin banyak pembangunan kot..

Yelah dah 8 tahun kan kat sini..
Memula datang dulu memang sejuk..
Pagi jer berkabus..
Macam duk kat Cameron Highland..
Sekarang dah susah nak nampak suasana cenggitu..

Sebelah kanan kawasan Sha nie dah kena tarah..
Tengah bina perumahan Cluster...
Depan kawasan Sha nie pun dah kena tarah..
Nak naik perumahan juga..

tu belum lagi jalan nak ke Tanjung Malim dan Slim River..
Kehijauan dah makin pupus..
Maka semakin panaslah cuaca...

 
  
Terpaksa buat macam dalam gambar untuk bagi bilik tu sejuk sikit..

Friday, March 25, 2016

Bila My Gegurl Bermake-up

Assalamualaikum..
Hye guys..
Korang yang ada anak pompuan melalui tak apa yang Sha lalui nie?

Anak-anak dara nie dah mula tertarik dengan alat-alat solek..
Kalau gi Watson or Guardian, memang x gerak r dari rak jualan alat-alat solek..
Jenuh pujuk suh balik..
Aduhai... Anak dara dah makin besar..

Nie aktiviti bila weekand..
Kebetulan adik Sha memang stay umah sha skrg nie..
Dialah yang rajin melayan..
Sha mane ada dah make up2 nie..
Lip balm pun xde.. kikikiki..

Thursday, March 24, 2016

Aktiviti Cuti Sekolah di Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye kengkawan..
Baru-baru nie kan cuti sekolah 12-20.03.2016..

Sha terlibat dengan aktiviti untuk pelajar sekolah di tempat kerja Sha..
Kem Cerdik Minda..
Kami buat untuk anak staf yang berusia dari 7 - 13 tahun..
Kem ini dijalankan selama tiga hari di Perpustakaan..
Bermula dari jam 8pg sehingga 4.30petang..
Bayaran dikenakan untuk makan dan hadiah pelajar..
Peruntukkan kewangan dah xdekan.. So terpaksalah kenakan yuran..

Antara aktiviti yang dijalankan ialah Motivasi (yang nie kami buat dengan Motivator luar) Berzumba, Melukis, Mewarna, Klinik Matematik, Klinik Bahasa Inggeris, Pengenalan Kepada Komputer dan akhir sekali Game Kahoot! (Yang nie Sha ada share dalam entry-entry sebelum nie.. Boleh Klik SINI, SINI, SINI dan SINI.)
Riuh rendahlah Perpustakaan dengan anak-anak ini..
Bebudak kan.. Kejap je senyapnye.. Pastu aktif balik.

Untuk aktiviti Motivasi kami memanggil Encik Hamirudin Hamidi (Motivator/Penulis buku Motivasi).. Sha sertakan no contact beliau disini 0129314272/0192833673. Email : hamirudin@gmail.com dan website : www.motivasicemerlang.com

Manakala untuk aktiviti yang selebihnya kami menggunakan Pensyarah dan juga staf dalaman..
Jimat duit belanja.. Hehehe...

Jom layan gambar-gambar pula..
 Rangkuman gambar sepanjang aktiviti..

 Aktiviti wajib lepas abis aktiviti..

 AJK yang bertanggungjawab untuk program Kem Cerdik Minda..

Wednesday, March 23, 2016

Kahoot! - Make Learning Awesome - Part 4

Assalamualaikum..
Hye semua... Jom sambung pasal Kahoot!..
Ini adalah entry terakhir Sha mengenai Kahoot!..
Cara-cara untuk kita main Kahoot! nie..

Memula login dulu ke akaun Kahoot! kita ye..

 Klik dekat My Kahoot!..
Nanti akan keluar paparan mengenai game/kuiz yang kita dah buat..
So bolehlah klik dekat Play..

 Paparan yang akan keluar lepas kita klik Play..
So bolehlah klik Launch ye

 Paparan yang seterusnya..

Bila keluar paparan ini, bolehlah suruh pemain masukkan Game pin yang telah tertera..

 Pemain mesti bersedia dengan paparan diatas nie..
Link dia lain ye dari link yang kita guna untuk buat soalan..
Masukkan game pin tadi..

https://kahoot.it/#/
 Sekarang masukkan nick name pula..

 
 Nanti akan keluar paparan ini..

 Dekat pengendali pula akan terpapar nama-nama pemain..
Sekiranya semua peserta dah login, maka bolehlah mula bermain..
Klik Start..

 Paparan mengenai nama Kuiz dan berapa soalan akan keluar..

 Soalan pertama yang keluar.. Ini paparan dekat pengendali..

 Paparan Pemain pula akan keluar begini semasa soalan keluar dekat paparan pengendali..

 Paparan seterusnya, Pemain perlu memilih jawapan yang betul..

Sekiranya salah paparan ini akan keluar di screen pemain..

Kalau betul pula akan keluar begini..

 Setelah pemain selesai menjawab, paparan ini akan keluar di screen pengendali..
Jumlah pemain yang menjawab dengan betul dan juga yang jawab salah..

 Bila tekan next akan keluar carta 5 yang paling cepat dan jumlah markah mereka..
Begitulah seterusnya sehingga kuiz habis..
Pemenang ditentukan berdasakan kepantasan menjawab..

 Paparan akhir sekali pada pengendali ialah juara..
dekat paparan ini akan ditunjukkan jumlah markah, dan jumlah soalan yang berjaya dijawab dengan betul dan yang salah..

 Paparan akhir dekat pemain pula ialah kedudukan pemain dalam carta..

Yeah!! Habis dah pasal Kahoot!..
Semoga pembaca enjoy..
Selamat berKahoot! ye kengkawan..

Wordless Wednesday #43

Assalamualaikum..
Saja nak share, buat mengukir senyuman di pagi hari..


Bawah nie tajuk dari Sha dan Family...
a) Diriku Sotong Arrogant
b) Kekasihku Setan Jadi-jadian
c) Kekasihku Gangster Celup
d) Suamiku Ustaz Cia Cia Cia 

SELAMAT BERGELAK KETAWA

Tuesday, March 22, 2016

Pengalaman Membeli Preloved Novel

Assalamualaikum..
Hye kengkawan..
Sekadar ingin berkongsi luahan hati..

Baru-baru nie, Sha ada survey-survey Preloved Novel di Mudah.my
Sajalah kan.. Manalah tau kot-kot terjumpa deal yang ohsem..

Sha terjumpalah satu gambar yang menarik perhatian Sha..
Dekat caption tu tulis cengginie
"condition 7/10 or 9/10 . . Harga dalam RM 15-23 . . Msih boleh diprtmbngkan dengan setiap novel. . Free postage . . Jika ingin di pos . . "
Kalau dekat paparan harga pula tulis RM20 dan maklumat seller..
So Sha pun WhatsApp lah seller tu..
Tanya mengenai dua novel.. Ada lagi x dan berape harga..

Seller tu cakap novel ada lagi..
Harga RM15 dan RM25..
Postage lain..

Sha pun tanyalah boleh nego lagi ke atau harga tu tetap..
Dia jawab Buku elok lagi dan bagi harga asal novel iaitu RM19.90 dan RM27.00..
So Sha jawablah x jadi sebab mahal sangat..
Then dia kata camnielah dia bagi dua-dua buku tu RM35.00 + postage..

Sha memang dah x berminat dah sebab x sama macam caption dia dekat Mudah.my
Saje lah letak harga akhir.. Manalah tau kot-kot dia setuju..
Sha cakaplah kalau RM40.00 untuk dua buku sekali postage, boleh x..
Terus dia jawab "xpalah sis.. saya nak makan.."
Pergh!! Gitu je..
Sabar jellah..

Nasib baiklah Sha x sound dia.. Mood tengah ok kan..
Kalau ikut hati memang nak sound cakap lain kali jangan letak caption
"condition 7/10 or 9/10 . . Harga dalam RM 15-23 . . Msih boleh diprtmbngkan dengan setiap novel. . Free postage . . Jika ingin di pos . . " tapi letak je terus dekat situ tiada tawar menawar, postage tanggung sendiri dan harga adalah tetap. Senang.. Ini x.. Caption lain, bila WhatsApp jadi lain pula.. Apalah.. X baik menipu tau..

Geram je rasa hati.. Novel preloved kot..
Kalau nak letak harga gitu, baik Sha beli novel baru..
Lainlah kalau novel tu cetakan terhad dan dah x keluar lagi..
Tapi yellah dia penjual.. suka dialah nak letak harga berape pun ye x..
Dan Sha sebagai pembeli berhak untuk mengatakan xnak..
Apa pun jadikan iktibar..

Ada yang punya pengalaman seperti Sha??
Jom share dekat Komen..

Owh ya.. Walaupun x berjaya berurus niaga dengan dia tapi Sha berjaya juga dapatkan novel preloved.. Sha jumpa seller nie dekat Facebook.. Memang mudah sangat-sangat..
Harga pun murah dan berpatutan untuk novel preloved.. RM28 + RM5 (postage) = RM33 je..
Novel apa?? Nantilah Sha update ye.. 
Manusia nie macam-macam ragamnya..
Sabar dengan x sabar je..
Pengalaman hidup.. 

Monday, March 21, 2016

Kahoot! - Make Learning Awesome - Part 3

Assalamualaikum..
Hye semua..
Ok seterusnya mengenai Kahoot! dari Sha..
Jom kita buat kuiz..
dekat sini Sha tunjukkan apa yang Sha tahu..

Kengkawan boleh explore sendiri juga ye..
X semestinya follow step Sha nie je..

 Selepas kita login akaun Kahoot kita, pilih New K!
Kemudian masukkan Tajuk untuk Kuiz kita.

 Bolehlah mula mencipta soalan.
Nak masukkan gambar pun boleh..
Akhir sekali bubuh bahagian jawapan.

 Bolehlah klik dekat bahagian Jawapan tu.
Jawapan yang betul akan bertukar warna hijau.

 Kalau pilihan jawapan betul atau salah, akan jadi macam kat atas nie.
Yang lagi dua petak tu biarkan kosong.

 Kalau nak tambah lagi soalan just klik add question.
Kalau dah settle buat soalan boleh klik Save and continue.

 Nanti dia akan paparkan soalan-soalan yang kita dah buat.
Kalau rasa x puas hati boleh klik edit question untuk betulkan atau tambah.
Kalau dah ok klik Save and continue..

 Kat sini bolehlah masukkan gambar.
Kalau x nak just proceed dengan klik done.

 Ok, kat bahagian nie bolehlah tentukan tahap kesusahan soalan yang kita dah buat..
Pastu terangkan sikit pasal Quiz kita nie..
Then klik done.

 Paparan yang akan keluar..
Nak play terus boleh klik play..
Kalau klik preview, dia kua gambar macam kat bawah nie..


Ok.. Dah siap..
Nanti Sha tunjukkan Cara untuk bermain Kahoot nie dalam entry yang seterusnya ye..
Syok kalau main nie dalam makmal komputer..
Memang best..

Sunday, March 20, 2016

Tebus Point WOOP #10

Assalamualaikum...
Pergh!! Dah 10 kali dah Sha tebus point WOOP..
Ohsem beb..
Saat-saat gawat camnie, memang perlu sesangat..
Kebetulan Sha dan husband memang guna Deadorant Rexona,
So tebuslah.. Buat stock..
Jimat duit..

 Sukses..

 Sha redeem yang ini pada 23.02.2016

Barang sampai pada 15.03.2016


Jom Reramai joint WOOP
Mudah dan pantas.. cuma perlu jawab soalan mudah je..
Dapat point, tebuslah barang..
Kebanyakan barang yang ditawarkan memang kita gunakan..
 

Saturday, March 19, 2016

Kung Fu Panda 3 (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..
Jom layan Kung Fu Panda 3 bersama anak-anak..
Animasi yang ohsem dan best..

Kali ini menceritakan bagaimana Po bertemu semula dengan ayahnya dan juga keluarga Panda..
Perjalanan yang bermula disebabkan Kai (pengumpul chi)..
Po dengan bantuan ayah2nya dan juga kaum keluarga panda telah berlatih dalam usaha menentang Kai yang jahat..
Yup.. Family stick together no matter what happen..
Dan ikatan itulah yang menguatkan semangat Po..

Berjayakah Po mengalahkan Kai??
Agak-agak??

Best menonton animasi nie bersama anak-anak..
Riadah hujung minggu..


Friday, March 18, 2016

Kahoot! - Make Learning Awesome - Part 2

Assalamualaikum..
Jumpa lagi dalam entry seterusnya mengenai Kahoot!
Sebelum nie Sha dah ceritakan macam mana nak sign up kan..

Jom Sha cerita lagi mengenai Kahoot!

Cara mudah nak menggunakan Kahoot!!
Create - Bolehlah pilih nak buat soalan ke? Nak discus or nak buat survey..
Play - Dah siap, bolehlah main.. seeloknya ada internet dan pemainnya ramai..
Share - Bolehlah share dengan kengkawan.. Macam yang Sha buat nie.. Sha share sebab dah pernah main.. Nanti Sha share pula camne nak create soalan atau kuiz ye..






Dekat bahagian nie ada diterangkan macam mana nak main..
So bolehlah explore ye kengkawan..
ohsem tau..



Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com