Sunday, June 7, 2026

Jepun | Tenkosei Nano (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adaptasi dari drama Girl from Nowhere (2028).. Tapi drama ini agak pelik.. Masanya pendek dan jalan cerita dia walaupun terus dari drama Thailand tu, dia macam ada yang kurang.. Bolehlah nak layan suka-suka.. Drama dia tak sedasyat versi asal ya.. Tak keterlaluan sangat.. Adalah sikit babak yang kurang sopan, selebihnya normal ja.. Tak ada yang wow pun kecuali pelakon yang bawa watak Nanno tu.. Tu ja yang okay.. 

Title: Tenkosei Nano
Also Known As: Tenkousei Nanno
Genres: Mystery, Horror, Psychological, Supernatural
Type: Drama
Format: Web Series
Country: Japan
Episodes: 6
Cast: Nakajima Arisa, Yagami Ren, Naka Bambi, Momose Takumi, Asahina Mao, Adachi Yumi

Something's off about this transfer student...
A school mystery thriller where the closed-off daily life begins to unravel.
One day, a mysterious transfer student named Nano suddenly appears in the class. Her presence shakes up the closed-off daily routines of this school mystery thriller. Intelligent, beautiful, and gentle to everyone, Nano seems perfect at first glance. Her arrival evokes feelings of envy, jealousy, anxiety, and suspicion, exposing the desires that teachers and students have kept hidden deep within their hearts.

Why did Nano come to this school? And are her actions good or evil?

Saturday, June 6, 2026

First Pride Salted Egg Tempura Chicken Nuggets

Assalamualaikum..
Hye semua..

Agak mahal dan nuget dia tidaklah sepadat nuget Ramly.. Sesekali nak ubah selera, okaylah.. Nuget dia lembut dan isi dia tak padat.. Rasa telur masin tu memang adalah cumanya tak adalah jadi pelik ke apa.. Sedap ja dekat lidah Sha.. Sesekali bolehlah beli sebab mahal dan isinya tak banyak.. Ini pun Sha beli dekat 99 Speedmart.. Saja nak ubah selera..

First Pride Salted Egg Tempura Chicken Nuggets (700g) - RM16.30

Inilah rupa nuget tu..

Thailand | Girl from Nowhere the Reset (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi dengan tema buli dan pembalasan yang ganas.. Kalau tak suka tengok drama yang ganas dan pelik-pelik, sila skip ya.. Kali ini agak kurang menarik untuk Sha sebab watak Nanno tu dibawa pelakon lain.. huhuhu.. Tu belum lagi dengan jalan cerita dia yang agak lari dan mengelirukan dari drama sebelum ini.. Walaupun Sha faham ja apa yang cuba disampaikan tapi entahlah.. Kali ini macam kurang kick.. Lepas tu watak Sky tu, diorang matikan macam tu ja dalam episod akhir.. huhuhuhu.. Hampeh betul..

E1 ∙ Sky - Episod pertama ini tentang pelajar bernama Sky yang dibuli oleh Jom.. Jom ini mangsa penderaan bapa dia jadi dia cari orang lain untuk lepaskan marah dia pula.. Sky tahu pasal Nanno jadi dia cuba menta tolong Nanno.. Nanno memang datang dan bagi pembalasan pada Jom namun pengakhiran Jom dengan Sky bukanlah seperti yang disangka Nanno..

E2 ∙ Panty - Kisah 3 orang pelajar lelaki yang mengambil gambar seluar dalam pelajar perempuan dan menjualnya.. Bila pelajar perempuan ini buat aduan dekat pengetua, diorang pula yang kena marah.. Memang gilalah.. Sudahnya Nanno datang mengenakan 3 pelajar lelaki tu.. Memang ganslah..

E3 ∙ Hater - Kali ini kisah antara pempengaruh popular dan pembenci beliau.. Siapa yang akan menang dalam perang ini..

E4 ∙ OnlyNanno - Ini pula kisah manusia yang cuba bawa pergerakan baru kononnya badan kita hak kita.. Jadi nak buat apa pun suka hatilah.. Walhal tindakan tu adalah salah..

E5 ∙ Corrupt Lies - Ini pula tentang bangunan yang ingin digunakan tapi dibina menggunakan material yang tak sepatutnya.. Perjuangan mendedahkan penyelewengan.. Mujurlah pada akhirnya, yang berjuang berjaya menyelamatkan nyawa mereka yang tak bersalah sebab tak tersalah pilih..

E6 ∙ Election - Ini pula tentang pemilihan presiden sekolah.. Nanno datang membuat kacau dengan harapan, orang yang bertanding tidak tersalah membuat pilihan.. Namun tak semua manusia akan memeluk cahaya.. Ada ja yang membiarkan diri di telan kegelapan..

TV Series: Girl from Nowhere: The Reset [2026]
Also Known As: Dek Mai the Reset, New Kid the Reset
Genre: Drama, Mystery, Thriller
Country of Origin: Thailand
Stars: Becky Armstrong, Jane Methika Jiranorraphat, Alex Alexander Buckland, Offroad Kantapon Jindataweephol, Veerinsara Tangkitsuvanich, Saharat Thiempan, Jump Pisitpon Ekpongpisit
Story Line: "If everything stayed the same, it wouldn't be called karma, right?" When the world as it is still seems to need Nanno to shake things up.

Coretan 06 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi-pagi kita briskwalk demi sihat dan penjelajahan di BookDoc.. kikiki.. Mula tu macam nak batalkan ja sebab langit gelap gila.. Elok pukul 7, cerah dah.. Makanya jomlah teruskan niat.. Tapi macam tak banyak pula langkah pagi ini.. Tak apa.. Kita sambung buat senaman dalam rumah pula.. kikiki.. Jadilah untuk 5000 lebih langkah.. Tu belum campur merayap dekat ECO dan TF lagi.. kikiki..

Langit dah mula cerah.. Cantikkan...

Suka betul pemandangan waktu pagi tiap kali briskwalk..

Ini Sha briskwalk dengan Amani..

Ini Sha buat senaman ringan dekat rumah.. 

Sha selalu ikut video Walk at Home by Leslie Sansone ini ja tiap kali buat senaman di rumah.. Ini salah satu video yang Sha rajin ikut.. Banyak ja dekat youtube tu..

Oldtown White Coffee: Perisa Pandan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah Sha nak beli kopi ini.. Cumanya macam risau ja dengan rasa dia.. kikiki.. Sudahnya beli juga, sebab nak tahu rasanya macam mana.. Okaylah untuk tekak Sha.. Tak adalah wow sangat.. Rasa dan bau pandan tu ada.. Cumanya tidaklah terlalu kuat hingga mengganggu rasa kopi.. Bau dia tidaklah semerbak.. Ada sekadar untuk memberitahu deria bau dan rasa yang pandan tu wujud.. Manja gitu.. 

Kalau inginkan kelainan, bolehlah cuba.. Sekiranya anda sukakan rasa dan bau pandan pun bolehlah cuba.. Sha mungkin akan beli lagi sekiranya Sha bosan dengan kopi kosong.. kikiki..

Oldtown White Coffee: Perisa Pandan (390g) - RM16.95

Secawan kopi pandan di pagi hari..

Friday, June 5, 2026

Indonesia | Agak Laen: Menyala Pantiku! (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini bukanlah sambungan kepada filem Agak Laen (2024).. Kali ini mereka berempat terpaksa menyamar di sebuah rumah jagaan orang tua untuk mencari seorang pembunuh.. Ini ja kesempatan yang ada, kalau gagal juga mereka akan dibuang kerja sebagao polis.. Jadinya Boris dan Oki terpaksa menyamar menjadi pasangan tua yang kehilangan tempat tinggal manakala Jegel dan Bene menyamar menjadi pekerja.. Memang kelakarlah cara penyamaran dan penyiasatan diorang ini.. Sampailah akhirnya diorang jumpa juga pembunuh yang sebenar.. Tapi tu lah, diorang tetap kena buang kerja dan pembunuh tu pula meninggal.. huhuhu..

Kelakarlah cerita dia.. Bolehlah layan santai-santai..

Agak Laen: Menyala Pantiku!
2025 ‧ Comedy/Crime/Mystery ‧ 1h 59m
After repeatedly failing to carry out their missions, Detectives Bene, Boris, Jegel, and Oki are given one last chance: to go undercover and infiltrate a nursing home, to search for the fugitive in the murder case of the mayor's child.

Toasty Honey Mustard Flavoured Croutons

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha dah kongsikan perisa mentega bawang putih dan marjerin gula.. Kali ini Sha kongsikan yang rasa biji sawi madu pula.. Rangup dan rasa dia tak pelik.. Adalah rasa manis tapi manja-manja ja.. Memang sedaplah makan macam tu ja.. Boleh beli dekat kedai ECO.. Berbaloilah dengan harga dia.. Memang layan makan crouton ini..

Toasty Honey Mustard Flavoured Croutons (100g) - RM2.60

Isinya ada separuh beg tu.. Boleh seal balik lepas buka.. 

Malaysia | Pemuja (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak sengaja tertengok filem ini.. Macam dah lama pula tak tengok Qi Razali ni berlakon.. Awal-awal tu Sha ingatkan Qi tu jahat.. Rupanya ada kisah lain yang tersembunyi berkaitan dengan Qistina.. Babak Qistina dengan anak dia tu memang dah boleh agak dah yang anak dia tu dah tak ada dan Qistina tu sebenarnya tertekan.. Cuma bahagian Qi je lah, Sha tersalah sangka.. Orang jahatnya memang gila.. Okaylah cerita dia..

Pemuja
Also known as:Blood Devotion
2026 Horror  1h 32m
Pelakon: Qi Razali, Yasmin Hani, Maria Farida, Namron, Hilal Azman, Nafiz Anuar, Rhea Ervina
Married couple Qistina and Aqil lead seemingly successful lives Qistina is a renowned children's book author, while Aqil is an entrepreneur striving to build his startup. However, financial struggles and a tragic family incident leave them with no choice but to move into Qistina's late father's ancestral home in the village, along with their daughter, Laila.

Thursday, June 4, 2026

Hoja: Snow Senbei Sweet Rice Cracker

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap tau snek dari beras ini.. Ini jenis yang manis tapi tak adalah keterlaluan manis dia.. Bila gigit tu memang rangup macam makan keropok.. Memang ngamlah rasa beras dengan sentuhan manis yang minima.. Bolehlah layan masa boring-boring.. kikiki.. Ralit tau bila makan.. Sha beli dekat Mr. DIY..

Hoja: Snow Senbei Sweet Rice Cracker (89g) - RM3.20

Ada 8 pek comel dalam dia..

Setiap pek comel tu ada 2 keping.. Saiz dia pun agak besar sedikit dari senk beras yang biasa Sha beli..

Zus: Kinda Adult Meal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak beli Zus.. Pagi tadi sajalah tengok apps Zus.. Eh!! Ada promosi baru.. Makanya jomlah kita beli untuk diri sendiri.. Kinda Adult Meal ini dia bagi 7 pilihan makanan termasuk 3 makanan baru.. Air pula ada 10 pilihan.. Lepas tu satu mainan.. Harga dia RM34.90 dan tak dapat cup count.. Dapat point ja.. Nasiblah Sha dah tak obses nak kumpul cup count tu.. Beli pun suka-suka ja sekarang ini..

Dapat paperbag Zus yang cantik.. Dapat juga straw dan cup sleeve..

Dalam box tu ada makanan dan mainan..
Sha beli Cheesy Sausage Roll.. Sedaplah.. Lupa pula nak ambil gambarnya.. kikiki..

Air nya Sha pilih Buttercreme Latte.. Ini ja pilihan air yang kena dengan Sha.. Sha guna tumbler sendiri..

Kalau dapat yang secret tu, memang cunlah tapi kebarangkalian tu agak mustahil..

Isi dalam kotak tu.. Sha dapat Choco Chipster.. Mainan tu kita kena cantum-cantumkan dia.. Tengok kad tu, dah boleh tahu kita dapat apa.. Tak payah susah-susah nak buka bungkusan tu.. kikiki..

Setelah dipasang.. Comelkan.. Cumanya mainan tu dia terpisah dari meja tu.. Kalau bercantum, Sha rasa lagi cun..

IKO Chocolate Hazelnut Cream Sandwich

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut baru dari ECO.. Sha beli sebab ada perkataan coklat dan kacang hazel.. Dua ini kalau gabung, InsyaAllah sedap.. Memang tepat pilihan Sha.. Rasa dia kena dengan lidah dan tekak Sha.. Sedap, takl manis sangat.. Inti tu seimbang dengan biskut yang plain..

IKO Chocolate Hazelnut Cream Sandwich (108g) - RM2.60

Ada 6 pek comel dan bungkusan besar tu.. Dibungkus berasingan..

Inilah isi dalam dia.. Inti coklat tu penuh di bahagian tengah.. Setiap pek comel ada 2 biskut..

Wednesday, June 3, 2026

ebook | Pengantin Merah Jambu oleh Wannie Nordin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang mengharapkan bacaan yang manis dan romantis.. Seromantis tajuk pada kulit ebuku.. Malangnya penulis bagi jantung Sha bergegar dengan teruk.. Nayra yang berbaju pengantin merah jambu ditemui Ardham sewaktu cuba melarikan diri dari dikejar.. Ardham selamatkan Nayra dan bawa balik rumah.. Walaupun Ardham tahu dia bawa balik masalah tapi Ardham biarkan.. Sehinggalah masalah mula muncul dalam bentuk seorang lelaki bernama Rizqan.. Rupanya Nayra bukanlah gadis biasa.. Kisah yang dibawanya cukup untuk meruntun jiwa.. Namun Ardham tak membiarkan Nayra berjuang seorang diri.. Akhirnya Rizqan tewan dengan cara yang paling dia tak sangka..

Sha baca dan selesai pada 03.06.2026..


MekNi Duck Farm: Cooked Salted Eggs

Assalamualaikum..
Hye semua..

Padah bila rajin tengok live shopee sebab nak kumpul coins.. Sha terjumpa telur masin yang dah siap rebus.. Tinggal panaskan dalam air panas ja sebelum makan.. Harga dalam live RM13 ja untuk 10 biji telur masin dan percuma penghantaran, memang Sha belilah.. Lepas tu kalau simpan dalam peti ais boleh tahan sampai 2 bulan, memang cun lah.. Pembungkusan dia pun bagus.. Penjual bubuh dalam sarang telur lepas tu bubuh pula dalam kotak.. Memang selamatlah telur masin Sha..

MekNi Duck Farm: Produk Muslim Cooked Salted Eggs Telur Masin Next Level Ready to Eat (10pcs)  - RM21.50 (Beli live RM13 ja)

Rendam sekejap dalam air panas.. Lepas tu gunting plastik dan belah telur.. Siap untuk dimakan..

Cantik kejadian dia.. Rasa dia pun tak terlalu masin.. Memang sedaplah dekat tekak Sha.. Lepas ini tak payah pening-pening dah.. Nak makan ja, boleh panaskan telur masin ini..

Telur Masin yang cukup matang (14 - 21Hari Peraman)
Ketahanan produk sehingga 2minggu Suhu Bilik dan 1 Bulan dalam peti sejuk (Chiller)

Cara Penggunaan:
1. Kuarkan beberapa biji telur masin dari chiller.
2. Rendam dlm air panas 3-4minit.
3. Koyak plastik vacuum.
4. Potong kepada 2/4 bahagian 
5. Sedia dihidangkan bersama nasi atau bubur.

Cara penyimpanan:
1. Setibanya Telur Masin MekNi Ducks Farm terus simpan dalam chiller. Ketahanan produk rujuk Expired Date pada telur. 
2. Jika simpan pada suhu bilik. Jaminan ketahanan produk adalah 2minggu. Tolak 14 hari dari Expired Date pada telur.

Nazatul Nursing Healthcare

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Baru-baru ini MIL Sha masuk hospital.. Oleh kerana encik suami tak boleh nak jaga MIL dalam wad, encik suami minta carikan caretaker.. Sha jumpalah syarikat ini.. Alhamdulillah dipermudahkan urusan kami.. Encik suami tempah untuk dua hari.. Bermula 7 malam Isnin (31/05/2026) sehinggalah Selasa (02/06/2026).. Alhamdulillah perkhidmatan yang diberikan memang terbaik.. Staf tu ada Diploma in Medical Assistence.. Syarikat bagi siap resume staf dan juga lesen untuk makluman kita.. Kiranya orang yang kita bayar tu memang professional lah.. Bukan biasa-biasa..

Paling bagus urusan dengan doktor pun staf boleh bantu juga.. Memang memudahkan encik suamilah..

Ini bayaran perkhidmatan yang disediakan.. 

Tuesday, June 2, 2026

Maxbar Collection Mini Bar

Assalamualaikum..
Hye semua..

Menariklah bungkusan coklat ini pada Sha.. 1 pek ini ada lebih kurang 18 ketul coklat dengan 4 perisa.. Setiap perisa tu tak sama kuantiti dia.. Paling sedap untuk tekak Sha nougat tu lah.. Karamel dengan kacang tu pun sedap ja.. Kelapa tu pun okay tapi tak berapa kena dekat tekak Sha.. Coklat ini okaylah sebab campur-campur kan.. Lebih pada rasa kenyal-kenyal dekat bahagian tengah dia dengan isi yang berbeza.. Memang syoklah layan sesekali.. Sha beli dekat Mr.DIY..

Maxbar Collection Mini Bar (142g) - RM6.30

Maxbar Nougat - 10 pcs
Caramel - 4 pcs
Coconut - 2 pcs
Peanut - 2 pcs

Coretan 02 Jun 2026

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Sha tetap teruskan misi briskwalk Sha walaupun langit kelihatan gelap.. Mula tu Sha ingat jerebu.. Sekali memang nak hujan.. Pertama kalinya Sha nampak awang gelap bergerak.. Memang mengujakan.. Sempatlah Sha rakam video awan bergerak.. separuh jalan gerimis mula turun, tetaplah Sha dan Amani teruskan perjalanan sampailah hujan mula lebat.. Bertempiaran Sha dan Amani berlari balik.. hahaha.. Pengalaman betul.. 

Langit dah mula gelap..

Sha kongsikan video awan bergerak.. Kalau korang perasanlah.. 

Masa Sha ambil gambar ini, dah mula gerimis..

Jarak pendek dan langkah tak banyak tapi tetap berjaya buat.. Seronok sebenarnya bila keluar waktu pagi.. Tambahan pula masa cuti ini, orang tak ada.. Jalan tenang tanpa kereta dan manusia.. Memang relaks ja rasa..

PRAN Oh Cake Banana Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila masuk ja ECO Shop mesti cari makanan baru yang tak pernah cuba.. Kali ini Sha jumpa kek comel macam kek Apollo tapi jenama PRAN.. Kek pisang dengan pembungkusan yang sangat menyerlah, jadinya kita ambillah sebungkus.. Buat rasa-rasa.. Okaylah kek dia.. Bau dan rasa pisang tu ada tapi lebih ke arah perasa tiruan.. Tapi okay ja bukannya nak makan selalu atau hari-hari.. Sedikit manislah untuk lidah Sha..

PRAN Oh Cake Banana Flavour - RM2.60

8 pek comel dalam dia..

Kemain menyerlah warna kuning kek tu.. 1 pek ini 16g ja..

Monday, June 1, 2026

Coretan 1 Jun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lembik lutut rasanya sebab jalan terlalu banyak semalam.. Tapi tetaplah Sha gagahkan diri berjalan pagi ini.. Cumanya kena tukar route.. Tiba-tiba ada anjing 3 ekor berkejar-kejaran dekat laluan yang selalu Sha dan Amani guna untuk briskwalk.. Seram.. Jadinya kita lalulah route lain demi keselamatan diri..

Tetaplah dapat buat lebih 30 minit.. Jaraknya tak adalah jauh, dalam 3.07km sahaja.. Tapi langkah kakinya dapatlah 4038..

Sejuk hati tengok langit..

Pagi-pagi inilah pemandangan yang Sha suka..

CP Beef Burger with BBQ Sauce

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha cuba burger daging fengan sos BBQ ini.. Sedap juga.. Walaupun saiz dia taklah seperti yang dipamerkan pada bungkusan tapi masih okaylah pada Sha.. Ngam ja makan bila nak cepat.. Koyak ja sikit bucu plastik, masukkan dalam microwave lebih kurang 30 ke 40 saat, dah boleh makan..

CP Beef Burger with BBQ Sauce (115g)

Okaylah saiz daging dia.. Sos bbq tu pun ngam ja dia bubuh dekat ke dua-dua bahagian.. Daging dia lembut ja.. Senang nak kunyah.. Okaylah..

BookDoc Challenges - Munich, Germany

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sertai cabaran dekat BookDoc ini pada 7 Mei 2026.. Gigih jugalah berjalan kaki walaupun tak lah berjaya setiap hari.. Sha usaha juga turun naik tangga dekat hospital tu demi memenuhi langkah dan menjaga kesihatan.. Cabaran ini Sha sertai sebagai pembakar semangat.. Awal-awal tu macam nak mengalah tapi bila berjaya sampai destinasi pertama iaitu Nymphenburg Palace tu, terus rasa semangat nak sampai ke destinasi lainnya..

Walaupun dia bubuh situ Virtual Run tapi Sha buat briskwalk ja.. Kalau lari, tak tahulah ke mana perginya..

Berjaya sampai Nymphenburg Palace pada 13 Mei 2026, 4.33 petang..

Yeah!! Sampai juga ke destinasi kedua iaitu Marienplatz & New Town Hall pada 19 Mei 2026, 9.49 pagi..
Berjaya dapat silver medal pada 22 Mei 2026.. Silver ini untuk yang dah lengkapkan separuh perjalanan.. 


Sha dah sampai Frauenkirche pada 24 Mei 2026, 7.41 pagi..

Berjaya sampai checkpoint yang terakhir iaitu BMW Welt & BMW Museum pada 29.05.2026 dengan 81488 langkah dari 100000 langkah..

Yeah!! Berjaya juga semalam Ahad (31/05/2026) Sha tamatkan 100000 langkah ke Munich!! Walaupun saat-saat akhir namun tetap sukses..

Dapat juga Gold Medal ini.. Buat pertama kalinya.. Makin bersemangat nak sertai cabaran..

Sha tamatkan cabaran Munich ini dengan 103627 langkah..

Hari ini 01 Jun 2026 Sha dah mulakan cabaran baru di BookDoc.. Jom guys..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com