Assalamualaikum..
Hye semua..
Singgah mencari kopi dan meraikan ulang tahun kelahiran Sha.. Tak ada tujuan sebenarnya.. Lama kami tak bersembang dan saling bercerita disebabkan tanggungjawab encik suami kepada emaknya.. Sha memang tak merancang apa-apa pun hari ini, tak nak encik suami terbeban.. Bila dah encik suami mohon cuti juga hari ini dan mengajak Sha jalan-jalan tanpa tujuan tertentu sambil beliau memandu kereta kami bercerita pelbagai hal, memang Sha suka sangatlah..
Beliau memandu arah ke KL, jadinya Sha pun tengoklah tempat-tempat yang Sha simpan di Google Maps, yang Sha teringin nak pergi.. Ini tempat pertama yang keluar, jadinya ke sinilah kita.. Memang tempat ini best.. Tak sangka disebalik kesibukan Sg. Besi ada cafe kopi yang ohsem macam ini.. Kopinya, makanannya, suasananya dan juga layanannya.. Semuanya kena dengan Sha.. Kalau ada peluang memang Sha akan ke sini lagi..
Seharian yang ringkas namun memberi impaknyang besar untuk emosi Sha..
Hasil bidikan encik suami.. Bukan selalu melayan kerenah isteri..
Spanish Latte - RM12
Honey Lemon Sparkling - RM12
Spanish latte tu, pergh!! Puas hati.. Honey lemon sparkling tu pun best..
Nutella Burnt Cheese Cake - RM14
Brownies dia gebus dan tak manis.. Kekacang dia bubuh atas brownies tu pun mewah.. Burnt cheese cake tu pun sedap.. Paling Sha suka sebab tak manis..
Ini pun sedap.. Sos dia best.. Bebola daging tu lembut, terasa dagingnya..