Monday, January 31, 2022

Berakhirlah Tugas di PSAS

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini hari terakhir bertugas di sini.. Bermula 16 April 2008 Sha melaporkan diri disini sebagai Pembantu Perpustakaan.. Penempatan pertama dan kini 31 Januari 2022, berakhirlah sudah perkhidmatan Sha disini.. Melepaskan semua yang ada dan melangkah menuju ke permulaan baru.. Semoga yang baik-baik sahaja...




Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jomlah sertai Giveaway yang ohsem ini.. Klik je Giveaway Awal Tahun 2022 Mamapipie..

Sha suka semua perkongsian Mamapipie mengenai tempat peranginana.. Membantu Sha untuk membuat pilihan kemana nak pergi.. Memang best baca.. Tapi entry bertajuk Apakah Hukum Bagi Waris Untuk Mengerjakan Badal Haji Bagi Ibu Bapa Yang Telah Meninggal Dunia? ini sangat bermakna buat Sha yang dah kehilangan ayah tercinta.. TQ mamapipie..

Tarikh GA dari 26 Jan - 20 Feb 2022

Thursday, January 27, 2022

Catatan Perpindahan Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah 4 bulan menunggu maklum balas permohonan pertukaran suka sama suka, akhirnya penghujung bulan Januari 2022 dapat juga.. Lapor diri pada Februari 2022.. Tahun 2022 di tempat baru.. Alhamdulillah.. Bermulalah cabaran baru dan pengalaman baru.. Perkongsian ini untuk kenangan dan juga berkongsi pengalaman.. Sekiranya ada pertanyaan boleh je nyatakan di ruang komen..

Catatan perjalanan perpindahan tempat kerja Sha bermula 17 Januari 2022 dan lapor diri pada 3 Februari 2022 di Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya dan Jabatan Kesihatan Negeri, Ipoh sebelum di tempatkan di Perpustakaan Hospital Slim River.. Sha tak buat permohonan tangguh sebab dah dapat surat tukarnya awal 2 minggu.. Jadinya Sha terus selesaikan semua kerja tertangguh dan sediakan Dokumen Nota Serah Tugas dan myPortfolio untuk pengganti Sha..

Masa tengah tunggu nak ambil anak, dapat whatsapp dari Pembantu Pustakawan yang akan bertukar suka sama suka dengan Sha.. Terus Sha periksa email rasmi dan gmail namun hampa.. Tak ada dapat makluman pun.. Rupanya PNM salah taip email Sha, mujur dia ada cc dekat bos..

Bos majukan email dan attachment pemakluman pertukaran dalam group whatsapp.. Rasa macam nak melompat dalam kereta masa dapat ini.. Hahaha.. Lama tau Sha tunggu surat ini.. Dari bulan Oktober 2021 dan akhirnya Januari 2022 sampai juga suratnya.. 

Masuk kerja hari Rabu tu terus kemas, asing dan buang dokumen yang tak perlu dekat meja.. Bersedia untuk meninggalkan.. Mujurlah terus kemas meja.. Mana yang tak perlu dibuang dan mana yang hak sendiri dibawa balik.. Siapa sangka minggu tu je Sha sempat buat apa yang patut.. Mujurlah memang pulun habis dari Rabu sampai Jumaat tu kemas meja buang mana yang tak perlu.. Sambil-sambil siapkan kerja untuk Program bersama Pelajar Praktikal..

Namun siapalah kita yang merancang sedangkan Allah itu sebaik-baik perancang.. Tanpa Sha minta, Isnin (24.01.2022) Sha terpaksa duduk diam-diam dirumah sebab positif Covid19 satu keluarga.. Pengalaman yang sangat berharga..

Mujurlah hanya tinggal nak kemas kini dokumen serah tugas dan myPortfolio je, buat dirumah jelah.. Sha kuarantin dari 24.01.2022 sampai 02.02.2022.. 10 hari menetap diam-diam dirumah dengan memantau kesihatan diri dan keluarga.. Alhamdulillah hari Sha kena melapor diri, kami sekeluarga kembali sihat..

Pengalaman melapor diri juga merupakan kenangan yang tak mungkin Sha lupakan.. Sha berpindah bukan sahaja tempat kerja tapi juga kementerian.. Posting pertama Sha terus lapor diri di Politeknik tanpa perlu ke Perpustakaan Negara Malaysia ataupun Jabatan Pengajian Politeknik.. Posting kedua ini Sha perlu melapor diri terlebih dahulu di Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Putrajaya.. Arahan melapor diri ini jelas dinyatakan di dalam surat.. Sampai di KKM Putrajaya, Sha dimaklumkan untuk terus ke JKN Ipoh selepas diberikan surat.. Maka bergegaslah Sha ke Ipoh.. Arahan ini perlu dipatuhi ya.. Oleh kerana hari Sha lapor diri tu minggu tahun baru Cina, makanya jalan agak sesak.. Maka Sha sampai di Ipoh pun jam dah 2.30 petang.. Lapor diri, isi borang dan tunggu surat untuk lapor diri ke penempatan iaitu Hospital Slim River.. Dapat surat jam dan 3.30 petang, conformlah tak kan sempat sampai ke HSR, makanya Sha pun telefon HSR maklumkan keadaan Sha dan minta pelepasan untuk melapor diri pada keesokkan harinya.. Alhamdulillah, urusan Sha dipermudahkan.. Seperti jangkaan Sha, Sha sampai ke rumah Jam 8 malam.. Memang pejabat HSR dah tutuplahkan.. 

Alhamdulillah.. Semalam Sha berjaya lapor diri di penempatan kerja Sha iaitu Hospital Slim River sebagai Pembantu Pustakawan.. Yeah!! Selamat terima Nota Serah Tugas dari PP yang akan ke tempat Sha.. Siap joint meeting dan sesi perkenalan dengan team Perkhidmatan.. Hehehe..

Sempat ke pejabat lama untuk buat serahan kunci pejabat dan kutip barang yang masih bersisa di pejabat.. Hehehe.. Penuhlah sekotak.. Alhamdulillah, settle dah.. Selamat tinggal kenangan.. Gagah melangkah ke permulaan baru..

Wednesday, January 26, 2022

Novel | Susuk Setan oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semuanya bermula kerana pengkhianatan.. Orang yang dianggap ahli keluarga rupanya dalang kepada semua yang berlaku pada diri Husna.. Husna akhirnya berpaling meminta pertolongan pada yang tak sepatutnya.. Semuanya kerana ingin membalas dendam atas pengkhiantan yang diterima.. Namun tanpa Husna sedari Ibu Dewi punya niat yang lebih jahat dari membantu.. Ibu dewi turut menyimpan dendam atas pengkhianatan yang dilakukan pada dirinya.. Cerita yang sedih dan seram.. Bila sampai ke pembongkaran semua cerita, tanpa disedari Husna rupanya punya musuh dalam selimut yang sangat dekat dengan dirinya.. Musuh yang dengkikan kehidupan Husna.. Manusia dan dengki memang susah nak dipisahkan bila tak nak bersyukur..

Sha baca dan selesai pada 25.01.2022..

Koleksi peribadi Sha..
Published March 2020 by Kaki Novel

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, January 25, 2022

Day 2 | Positif Covid-19

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar berkongsi pengalaman.. hari kedua kuarantin.. Malam tadi memang berjaga je sebab panas badan Imani turun naik.. Bagi makan ubat, mandikan dia lepastu buh air asam jawa.. Kejap kurang panas, kemudian panas balik.. Dalam pukul 11 lebih Sha dan encik suami keluar petik daun bunga raya putih.. Waktu ini je tak ada orang.. hehehe.. Dalam gelap memetik daun.. Kemudian ramas-ramas bubuh dalam air.. Buat basahkan kepala dan badan Imani.. Surut sikit panas dia.. Pukul 2 lebih Sha dah tertidur.. Encik suami terus berjaga memantau Imani dan Amani.. Amani pun dah mula nak demam.. Kejap-kejap Sha terjaga pegang badan Imani nak tengok panas ke tak.. Tapi yang berjaga sepanjang malam sampai ke pagi memang encik suami lah.. Alhamdulillah subuh tu bila Sha bangun badan Amani dan Imani dah kurang panasnya..

Masa panas dia naik tu, Imani sampai meracau lah.. Tu yang jaga dia.. Risau jadi perkara lain..

Ini waktu petang.. Lepas mandikan dia..

Pagi ini masih tidur lagi..

Bekalan tambahan untuk kami.. Oren, air badak, cengkih, barli dan asam jawa.. Adik en.suami tolong belikan dan hantar depan pintu.. Cuba saja mana yang boleh.. Mujurlah bekalan air zamzam masih ada dalam simpanan..

Massimo Roti Krim Lemon Krunch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa roti ini masa isi minyak.. Menarik.. hehehe.. Belilah satu sebab nak rasa kan.. Okaylah.. Tak adalah keterlaluan rasa cream lemon dia.. Bila gigit, terasa ketulan gula dalam cream lemon tu.. Okaylah untuk yang biasa makan biskut dengan cream lemon.. Seakan akan rasa dia..

RM1

Monday, January 24, 2022

JJM Bloglist Year 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint bloglist ohsem.. Klik je JJM Bloglist Year 2022.. Syaratnya mudah je guys..


Bloglist kalian akan ada di dalam list sampai Jun 2022

Novel | Putera Serigala Dah Datang (Magic Bean Cotton Candy #18) oleh Ng Hwei Wan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah yang comel mengenai putera serigala dan Cik Ahli Sihir.. Isabelle tak sedar yang dia ada kuasa ahli sihir dan mampu menghasilkan penyembuhan.. Tanpa sengaja Isabelle terkunci kuasa putera serigala yang diselamatkannya.. Kerana putera serigala tu jugalah Isabelle jadi takut dengan anjing.. Hinggalah satu hari bila putera serigala muncul semula didepan Isabelle untuk memulihkan kuasanya.. Adakah kuasa sahaja yang pulih atau cinta juga akan bersemi.. Memang comel je novel ini.. hehehe..

Sha baca pada 23/01/2022 dan selesai pada 24.01.2022..

Sha baca koleksi peribadi Sha..
Published April 2021 by Kadokawa Gempak Starz

Positif Covid-19

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekadar berkongsi pengalaman.. Buat pengetahuan semua, Sha dah complete booster vaksin untuk Covid-19.. 

Pagi ini anak dara Sha Imani demam, dia kejut Sha pukul 5 pagi cakap badan dia panas.. Sha buat test covid guna air liur dan dia positif.. Sha buat juga sebab dia tidur sebelah Sha kan.. Sha pun positif tapi Sha tak demam.. Kemudian buat pula dekat kakak Amani dan en.suami.. Pun positif juga.. En. Suami batuk-batuk.. Amani tak bergejala..

Call bilik gerakan, dia suruh quarantin kat rumah.. Maka seminggulah kami kena self quarantin.. Dapat kat mana pun tak tahulah.. Ujian buat kami sekeluarga.. Doakan kami ye..



Filem US | Zombies 2 (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan dari filem Zombies (2018).. Kalau dalam filem pertama berkisarkan tentang zombie dan manusia, untuk filem kedua ini muncul pula watak serigala jadiaan yang mencari moonstone.. Dalam masa yang sama Zed bertanding sebagai president demi untuk diterima masyarakat.. Namun kehadiran serigala jadian membuka mata Zed untuk menerima keadaan diri dia yang sebenar.. Tapi ending dia muncul pula satu sinaran dari langit.. Kalau tak silap, tahun ini akan keluar filem yang ketiga.. Tak sabar.. Tak sabar.. Hehehe.. 

Sya layan filem ini dengan anak-anak.. Syok tengok filem ini sebab ada lagu..

Z-O-M-B-I-E-S 2
2020 ‧ Musical/Comedy ‧ 1h 24m
Addison notices that zombie students are always treated badly by her human friends. She is determined to bring equal opportunities for the undead and eliminate differences in the community.

Sunday, January 23, 2022

Novel | Bila Lampu Padam oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya juga Sha temui buku ini.. Lama dah mencari.. Sha suka baca karya penulis ini.. Pasti akan ada sesuatu yang menarik dalam setiap cerita yang disampaikan..

Kali ini beliau menyampaikan 3 cerita dalam sebuah buku.. Ketiga-tiganya memberikan rasa seram yang berbeza.. Rumah Tumpangan membawa cerita seorang penulis skrip yang mencari cerita dan akhirnya mati dalam keadaan pelik.. Kisah kedua pula bertajuk Kahwin, diman seorang lelaki yang terdesak telah melakukan sesuatu yang menyalahi agama, berjanji dengan yang tak sepatutnya dan akhirnya mati.. Kisah ketiga pula bertajuk Teman.. Kisah akhir ini memaparkan bagaimana nafsu seorang lelaki akhirnya menyebabkan kematian yang sangat tragis.. Pada Sha kisah ketiga ini kalau dipanjangkan pasti akan lebih menarik sebab misteri yang mengujakan.. hehehe..

Sha baca pada 22.01.2022 dan selesai pada 23.01.2022..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2008 by Buku Prima

Telefilem Melayu | Zombie Jarum Vaksin (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama vaksin lagi.. Walaupun tak minat Farid kamil tapi cerita pasal vaksin ini, menarik je.. Hahaha.. Tambah bila paparkan cerita macam ini.. Farid yang terlalu takutkan vaksin sampai mimpi benda bukan-bukan.. Tunang si Farid ini pula benganglah disebabkan Farid tak nak vaksin, perkahwinan mereka terpaksa ditangguhkan.. Macam-macam yang Nisa dan kawan Farid ini buat demi menyedarkan Farid tentang pentingnya vaksin.. Adalah part yang berjaya buat Sha gelak dan ada yang tak berapa menjadi..

Zombie Jarum Vaksin
Waktu Siaran: Sabtu, 11 Disember 2021, 9:00 malam  
Rangkaian: Astro Citra 108
Penulis Skrip: Siti Aisyah
Pengarah: Eoon Shuhaini
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Farid Kamil, Jue Aziz, Mustaqim Bahadon, Arie Zaharie, Mak Wan Latah, Kamsani Ismail, Syazwani Bakri, Kamsiah Ali

Sinopsis Zombie Jarum Vaksin
Nisa dan Farid merupakan pasangan tunang dan bercadang untuk melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. Mereka mempunyai satu masalah di mana Farid takut untuk menerima vaksin. Hal ini turut membebankan Nisa kerana keluarga Nisa tidak bagi mereka berkahwin selagi farid belum divaksin. Nisa bengang dan pergaduhan berlaku. Nisa tetap berkeras mahu tahu apakah punca Farid tidak mahu divaksin.

Komik | Siri Kompilasi Ana Muslim: Pija Nak Jadi Superstar oleh Panel Penulis Ana Muslim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan santai di hari Sabtu.. Komik kanak-kanak dari Ana Muslkm ini menghimpunkan 6 cerita.. Antaranya:-
1. Pija Nak Jadi Superstar
2. Puisi Untuk Umi
3. Maafkan Saya Please...
4. Maliq Samseng Sekolah
5. Lukisan Lisa Untuk Ibu
6. Piala

Kesemua cerita ini menyampaikan teladan yang baik buat pembaca.. Kisah anak-anak yang pelbagai latar dan memberikan sesuatu buat pembaca.. Jangan menghukum sebelum menyiasat, memaafkan untuk memelihara persahabatan, menjadi anak yang baik dan mendengar kata.. Memang sesuai dibaca semua peringkat umur..

Sha baca dan selesai pada 22.01.2022..

Koleksi buku anak Sha ini.. Mak tumpang baca.. hehehe..
Published April 1st 2018 by Ana Muslim

Saturday, January 22, 2022

Telefilem Melayu | Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Telefilem yang sangat menarik.. Kisah Tok Adi yang difitnah merogol Khatijah.. Walhal kalau ditengok pada imbas semula, Khatijah yang tergila-gilakan Tok Adi.. Namun bila To Adi ditangkap atas fitnah merogol, Tok Adi terima dengan baik.. Beliau ikutkan je pertuduhan tersebut.. Dalam masa yang sama beliau berdoa supaya allah tunjukkan kebenaran.. Rasa bersalah akhirnya membuatkan Khatijah meluahkan kebenaran.. Ada yang dengki dan berdendam dengan Tok Adi rupanya..

Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman
Waktu Siaran: Sabtu, 1 Januari 2021, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Citra 108
Pengarah: Rashid Sibir
Produksi: Opera Klasik Sdn Bhd
Pelakon: Nasir Bilal Khan, Azri Iskandar, Mona Allen, Jalaludin Hassan, Wan Maimunah

Sinopsis Tanah Kubur Fitnah Akhir Zaman
Khatijah janda yang mengandung telah menuduh Tok Adi merogolnya. Tok Adi telah ditangkap penduduk kampung namun dia menafikan semua tuduhan dan berdoa supaya Allah tunjukkan kebenarannya.

Golden Egg Crunch Combo

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha mencuba kombo golden egg crunch ini.. Alhamdulillah, sedap dan kena di tekak Sha.. Hehehe.. Terasa taburan rempahnya hingga ke ayam.. Suka betul rasa dia.. Mewah dengan rasa herba, serbuk telur masin dan sedikit rasa pedas dari cili.. Bila kunyah tu memang bestlah, dengan rangupnya.. Tapi ikut tempat juga kot.. 

2-pc Golden Egg Crunch - RM15.99

Dua ketul ayam yang sungguh menggoda

Sembang Santai di KFC

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam tengahari kami keluar makan-makan.. Nak celebrate goodbye katanya.. hehehe.. Okay je.. Ini Jumaat terakhir bersama salah seorang dari mereka ni.. Jumaat depan dah tak jumpa dah sebab beliau ada program luar.. Adik-adik praktikal pun dah nak habis praktikalnya.. Makan-makanlah dulu sebelum berpisah.. 


Friday, January 21, 2022

Carian Bloglist Secret Whisper 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Carian Bloglist Secret Whisper 2022 ini.. Mana tahu tersenarai.. Bukannya susah..


Syarat-syaratnya seperti dibawah:-
1. Tinggalkan ‘Nama blog‘ dan ‘Link blog‘ anda di ruangan komen.
2. Jangan lupa beritahu saya dimana anda link kan blog saya ya.
3. Buat post bertajuk ‘Carian Bloglist Secret Whisper 2022‘ dengan banner di atas, dan link kan ke entry ni (optional)

ebook | Kumpulan Cerpen : Pelangi Yang Tidak Tergapai oleh Naurah Hazwany

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ebook ini menghimpunkan 4 cerpen pendek.. Walaupun pendek, kesemua cerpen berjaya disampaikan dengan baik dan menarik.. Cerpen dengan pelbagai genre ini memang seronok dibaca, kerana memberikan pelbagai impak pada Sha.. Antara yang menarik ialah Descendant of Fancy.. Kisah yang disampaikan merupakan genre fantasi.. Kalau dipanjangkan pasti akan lebih mengujakan.. Pendek namun padat.. Boleh dikatakan setiap cerpen tu ada impaknya..

Tajuk yang ada dalam ebook ini ialah Amarga, Kacip Pinang, Descendant of Fancy dan Rakus.. 

Sha baca dan selesai pada 21.01.2021..

Sha baca menggunakan aplikasi Google Play Books..
Published January 11th 2021

Wall's Yogurt Smoothie Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Sedap.. Memang berbaloilah beli.. Rasa buah strawberry dia memang best.. Rasa yogurt dan strawberry tu ngam dan tak masam melampau.. Sedang elok je.. Seriouslly tak masam.. Memang Sha akan beli lagi lepas ini.. Cuma tu lah, beli dekat kedai runcit kawasan felda jadinya Sha tak pasti harganya berapa.. Sebab beli barang lain juga..

Cantik pembungkusan dia..

Cantikkan.. Menggoda tak?? Hahaha.. 

Novel | Kematian Bernyawa oleh Jeehan

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Buku ini hadiah dari seorang penulis buat Sha.. Memang meremanglah bila tengok cover dia.. hahaha.. Sha tak sangka juga Fajar Pakeer berjaya menerbitkan novel seram dan thriller yang menarik macam ini..

Cerita bermula dengan masa kini dan kemudiannya ada imbas semula yang disampaikan secara bergilir-gilir dengan sangat lancar.. Vina, Nol dan Kat merupakan tiga sahabat yang terpaksa melalui gangguan demi mencari jawapan.. Semuanya berlaku sejak lama dahulu.. Syaitan itu sentiasa cuba menyesatkan.. Dari Malaysia hingga ke Indonesia, pencarian mereka menemukan mereja dengan lebih banyak misteri.. Tapi.. Tu lah cerita ini tergantung.. Harap penulis cepatlah keluarkan sambungan dia.. Nak tahu apa lagi yang terpaksa dilalui Vina, Nol dan Kat demi sebuah jawapan..

Sha baca pada 18.01.2022 dan selesai pada 20.01.2022..

Koleksi peribadi Sha..
Published September 2021 by Fajar Pakeer

Thursday, January 20, 2022

Telefilem Melayu | Angan-Angan Mat Jiman (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adoilah.. Kelakar sangat dramanya.. Baik punya perli.. Realiti kan.. Jiman ini kuat berangan lepas tu baran pula tu.. Apa je yang cuba dia niagakan pasti tak berjaya.. Semuanya disebabkan sikap panas baran dan tak pandai nak bermanis mulut dengan pelanggan.. Kemudiannya jiman cuba mencipta penawar untuk mencegah penyakit Covid-19.. Tanpa kepakaran, Jiman memandai-mandai.. Kemudiannya belum siap lagi hasil, dah berangan yang bukan-bukan.. mujurlah tak mati orang yang minum ubat herba si Jiman tu..

Angan-Angan Mat Jiman
Waktu Siaran: Sabtu, 25 Disember 2021, 9:00 malam
Rangkaian: Astro Citra
Penulis Skrip: Siti Aishah
Pengarah: Izuan Mokhtar
Produksi: Arie Zaharie Production
Pelakon: Amerul Affendi, Fadhli Masoot, Chubb-E, Harris Annuar, Aleza Shadan, Arie Zaharie, Muzayyin, Bohari Ibrahim

Sinopsis Angan-Angan Mat Jiman
Jiman ialah seorang pemuda kampung yang telah banyak kali gagal dalam perniagaan mendapat idea untuk melakukan bisnes untuk mencegah Covid-19. Pelbagai eksperimen dilakukan oleh jiman dan kawan kawannya terhadap binatang dan tumbuhan dan akhirnya memakan diri sendiri apabila dia keracunan.

Terbaru dari Blogger Syazni Rahim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makin aktif blogger yang sorang ini menulis buku.. Kali ini tajuk bukunya agak comel iaitu Aku, Kamu dan Kelab Ulat Buku.. Bacaan yang bukan sahaja sesuai untuk orang dewasa tapi kanak-kanak juga.. memang cadangannya nak diberikan pada Amani untuk bacaan beliau.. Sekarang ini buku-buku Sha pun dia dah mula membaca tapi dengan kawalan lah.. Berminat?? Klik saja di SINI..

Inilah bukunya..

Siap dapat planner dan buku nota comel..

F&N Seasons: Apple Pomegranate Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ni menyinggah kedai ECO, beli barang untuk program di pejabat.. Masa jalan-jalan cuci mata tu, ternampaklah air F&N ini.. Disebabkan menarik, Sha pun belilah.. Not badlah rasa dia.. Tak pelik untuk lidah dan tekak Sha.. Rasa yang unik tapi menarik.. Sha minum sejuk sejuk, memang melegakan..

Dua tin RM2.20 (ECO Shop)

Wednesday, January 19, 2022

ebook | Gerak Tualang: Kes Bilik Yang Beku oleh Ahmad Rusydi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kehilangan Amelya di dalam bilik yang berkunci memang menjadi misteri hinggakan pegawai dari pasukan Gerakan Tualang turun menyiasat.. Misteri terungkai bila muncul dua orang Thanabalan.. Rupanya semua yang berlaku angkara Mungkasi Wektu dan juga orang yang dekat dengan Amelya.. Tak mudah tapi tak mustahil.. 

Sha baca dan selesai pada 19.01.2021..

Sha baca secara atas talian di Facebook Penulis..
Published July 2021 by Ahmad Rusydi bin A Rahim

Mesra Icy Himalaya Salt Series: Lemon, Plum & Timun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini satu lagi siri gula-gula dari Kedai Mesra Petronas iaitu Icy Himalaya Salt.. Jangan makan banyak sangat sebab gula-gula ini boleh buat anda rasa dahaga.. Harga dia RM1 je sepeket.. 

Ada tiga rasa iaitu lemon, plum dan timun.. Masa Sha beli ini, Sha fikir gula-gula timun mesti akan rasa pelik.. Tapikan rasa dia sedap.. Tak pelik pun.. Rasa timun, garam dan sedikit berangin.. Seriuslly sedap.. Plum pula tak berangin sangat, lebih kuat rasa plum dia aje.. Tak rasa pelik walaupun bergaram.. Lemon pun sedap.. Ada rasa garam dan sedikit berangin yang bergabung dengan rasa lemon yang padu.. Best..

Lemon - 6pcs
Plum - 6pcs
Timun - 7pcs

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, January 18, 2022

Hijrah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya semalam Sha dapat berita yang agak mengejutkanlah juga.. Paling mengejutkan bila berita tu dapat dari orang lain.. Semuanya sebab alamat emel salah.. Entahlah.. Kesilapan yang tak sepatutnya.. Tapi okaylah bila masih terima berita.. Bermacam-macam rasa di hati.. Teruja, berdebar, sedih dan gembira.. Penantian dari Oktober 2021 akhirnya berakhir juga.. Februari 2022 akan bermula langkah yang baru.. InsyaAllah.. Nanti Sha cerita dengan lebih terperinci ye..


Novel | Kokang oleh Zaifuzaman Ahmad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca novel thriller dari Buku Prima ini.. Masih menyengat.. Paling menarik dah tentulah cover dia.. Boleh tahu kalau cover putih macam ini, pasti buku thriller..

Kokang tu rupanya gigitan dalam dialek Pahang.. Kerana gigitan virus tu mula menyebar.. Penulis bercerita dengan dua latar yang berbeza.. Satu di sebuah pusat penyelidikan dimana virus itu dirawat dan diuji.. Disini lah Doktor Ridzuan berkerja dan menyiasat.. 
Latar kedua disebuah pulau dkmana sepasukan askar dihantar untuk menyiasat mengenai kewujudan pengganas.. Namun tanpa mereka sedari, mereka telah ditipu.. Nyawa mereka dijadikan bahan eksperimen bila seorang demi seorang diserang dengan ganas.. Bukan pengganas yang mereka temui sebaliknya bahan eksperimen yang gila.. 

Cuma satu jelah yang kurang menarik bila asal virus tak diceritakan.. Jalan cerita semua memang mendebarkan..

Sha baca paada 16.01.2022 dan selesai pada 18.01.2022..

Sha baca dari koleksi peribadi Sha..
Published 2019 by Buku Prima

Maggi Perisa Udang Pedas Utara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa maggi perisa baru ini dekat 99 Speedmart.. Belilah sebungkus sebab sellaunya kalau perisa udang ini mesti sedap.. Walaupun dia bubuh situ pedas, pada Sha tak adalah pedas melampau.. Yang pasti bau udang dia memang padu dan pekat.. hehehe..

Beli kat 99 Speedmart harganya RM6.75.. Kalau dekat tempat lain RM7 lebih.. Ada 5 pek dalam ni..

Sebungkus maggi ini ada mee, pes dan bawang goreng..

Disebabkan Sha tak makan bawang goreng dan sayur pun dah habis maka kita bubuh udang je.. hehehe.. Rasa macam kosong je maggi tanpa sayur sawi..

Monday, January 17, 2022

Pembelian Impulsif

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tak sepatutnya Sha beli buku buat masa ini sebab buku dekat rak TBR masih banyak belum berbaca.. Tapi tu lah, masa Sha buat pembelian ini Sha dalam keadaan tak stabil.. Jadinya terbelilah 2 buah buku ini di Shopee.. Mujurlah dapat claim free shipping, dikaun voucher dari kedai dan juga boleh tebus coins..

Angkara Siapa oleh Khairul Ahmad
Hirari Di Dalam Kotak Perak oleh Hannah Serres

Sunday, January 16, 2022

Fresa Fresher Sparkling: Epal & Nanas

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini antara flavor air Fresa Fresher ini.. Nanas dan Epal ini agak kurenglah untuk Sha.. Sedap je.. Tapi Sha tak akan minum tanpa ais.. Dua rasa ini memang Sha tak berapa minat tapi masih boleh minum kalau campur dengan ais.. Tak boleh minum terus camtu je.. Rasa dia agak kuat untuk Sha yang tak berapa minat.. hehehe..

Epal - RM1

Nanas - RM1

Fresa Fresher Sparkling: Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha suka gila rasa strawberi ini sedap.. Minuman ini bergas jadi jangan goncang sebelum buka.. Sedap je minum terus dari botol ataupun bubuh ais.. Ikut selera andalah.. Rasa buah dia agak kuat jugalah pada Sha..

RM1 (masa beli ini tengah promosi)
Harga sebenar dia antara RM2.50 ke RM3.60 macam tu.. Bergantung pada pasaraya dan kedai yang jual..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com