Showing posts with label Review Drama. Show all posts
Showing posts with label Review Drama. Show all posts

Tuesday, June 23, 2026

Malaysia | Griya: Rahsia Seorang Lelaki (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik nak tengok drama ini lepas baca review dari Farhana.. Sebelum tengok drama ini gigih Sha cari maksud Griya tu dan kat bahagian bawah ini Sha kongsikan apa yang Sha jumpa.. 

Bila Sha tengok drama ini Sha macam tak percaya Nazim Othman boleh bawa watak macam ini.. Memang mimik muka dia tu agak menakutkan jugalah.. Betul-betul psiko.. 

Sesekali bila dapat layan drama macam ini memang puas hatilah.. Kisahnya si Razman ini dah hilang 2 isteri dan kedua-duanya masih tak dijumpai.. Masa dia kecil mak dia mati depan mata dia dan kakak dia hilang.. Inspektor Liana ini memang syak Razman yang bunuh tapi tu lah, tak ada bukti.. Sophia pula bila tengok Liana macam susah ja nak jumpa bukti, tawarkan diri untuk dekati Razman.. Maka bermulalah permainan antara Sophia dan Razman.. Tak tahulah siapa yang perangkap siapa.. Setiap episod ada debaran yang tersendiri.. Memang menariklah.. 

Sha rasa, ada scene yang tak perlu pun sebenarnya.. Tapi ini pandangan Sha je lah..

Griya
Episod: 10
Tarikh Tayangan: 9 Mei 2026
Waktu Siaran: Sabtu & Ahad, 9:00 malam
Platform Penstriman: iQIYI
Pengarah: Faisal Ishak
Produksi: Skop Productions

Pelakon: Nazim Othman,Chacha Maembong, Scha Alyahya, Dynas Mokhtar, Hazama, Nia Atasha, Hanna Aqeela, Marisa Yasmin

Sinopsis: Mengisahkan Sophia, seorang peguam berganding bahu bersama Detektif Liana untuk menyiasat Razman, seorang duda kaya yang disyaki membunuh dua bekas isterinya. 

Sophia menyelinap masuk ke dalam hidup Azman. Percintaan palsu membawa mereka ke perkahwinan, di mana Sophia menyusup ke rumah Razman untuk membongkar segala rahsianya. 

Walau bagaimanapun, kehidupan bersama Razman membuatkan Sophia menjadi keliru. Kesetiaan Sophia kini diuji: patutkah dia menegakkan keadilan, atau melindungi lelaki yang telah mula mencuri hatinya?

Dalam konteks bahasa, griya bermaksud rumah, bangunan tempat tinggal, atau kompleks perumahan. Berikut adalah perincian mengenai asal-usul dan penggunaan perkataan ini:

1. Asal-Usul BahasaSanskrit & Jawa Kuno: Perkataan ini berasal daripada bahasa Sanskrit gṛha yang bermaksud rumah atau tempat kediaman. Ia kemudiannya diserap ke dalam bahasa Jawa Kuno dan bahasa Jawa moden (bahasa halus/krama) dengan maksud yang sama.
2. Kamus Besar Bahasa Indonesia (KBBI): Perkataan griya secara rasmi ditakrifkan sebagai bangunan tempat tinggal atau kawasan permukiman. Ia kerap digunakan dalam nama taman perumahan di Indonesia (contohnya: Griya Asri, Griya Utama).

Sunday, June 7, 2026

Jepun | Tenkosei Nano (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Adaptasi dari drama Girl from Nowhere (2028).. Tapi drama ini agak pelik.. Masanya pendek dan jalan cerita dia walaupun terus dari drama Thailand tu, dia macam ada yang kurang.. Bolehlah nak layan suka-suka.. Drama dia tak sedasyat versi asal ya.. Tak keterlaluan sangat.. Adalah sikit babak yang kurang sopan, selebihnya normal ja.. Tak ada yang wow pun kecuali pelakon yang bawa watak Nanno tu.. Tu ja yang okay.. 

Title: Tenkosei Nano
Also Known As: Tenkousei Nanno
Genres: Mystery, Horror, Psychological, Supernatural
Type: Drama
Format: Web Series
Country: Japan
Episodes: 6
Cast: Nakajima Arisa, Yagami Ren, Naka Bambi, Momose Takumi, Asahina Mao, Adachi Yumi

Something's off about this transfer student...
A school mystery thriller where the closed-off daily life begins to unravel.
One day, a mysterious transfer student named Nano suddenly appears in the class. Her presence shakes up the closed-off daily routines of this school mystery thriller. Intelligent, beautiful, and gentle to everyone, Nano seems perfect at first glance. Her arrival evokes feelings of envy, jealousy, anxiety, and suspicion, exposing the desires that teachers and students have kept hidden deep within their hearts.

Why did Nano come to this school? And are her actions good or evil?

Saturday, June 6, 2026

Thailand | Girl from Nowhere the Reset (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi dengan tema buli dan pembalasan yang ganas.. Kalau tak suka tengok drama yang ganas dan pelik-pelik, sila skip ya.. Kali ini agak kurang menarik untuk Sha sebab watak Nanno tu dibawa pelakon lain.. huhuhu.. Tu belum lagi dengan jalan cerita dia yang agak lari dan mengelirukan dari drama sebelum ini.. Walaupun Sha faham ja apa yang cuba disampaikan tapi entahlah.. Kali ini macam kurang kick.. Lepas tu watak Sky tu, diorang matikan macam tu ja dalam episod akhir.. huhuhuhu.. Hampeh betul..

E1 ∙ Sky - Episod pertama ini tentang pelajar bernama Sky yang dibuli oleh Jom.. Jom ini mangsa penderaan bapa dia jadi dia cari orang lain untuk lepaskan marah dia pula.. Sky tahu pasal Nanno jadi dia cuba menta tolong Nanno.. Nanno memang datang dan bagi pembalasan pada Jom namun pengakhiran Jom dengan Sky bukanlah seperti yang disangka Nanno..

E2 ∙ Panty - Kisah 3 orang pelajar lelaki yang mengambil gambar seluar dalam pelajar perempuan dan menjualnya.. Bila pelajar perempuan ini buat aduan dekat pengetua, diorang pula yang kena marah.. Memang gilalah.. Sudahnya Nanno datang mengenakan 3 pelajar lelaki tu.. Memang ganslah..

E3 ∙ Hater - Kali ini kisah antara pempengaruh popular dan pembenci beliau.. Siapa yang akan menang dalam perang ini..

E4 ∙ OnlyNanno - Ini pula kisah manusia yang cuba bawa pergerakan baru kononnya badan kita hak kita.. Jadi nak buat apa pun suka hatilah.. Walhal tindakan tu adalah salah..

E5 ∙ Corrupt Lies - Ini pula tentang bangunan yang ingin digunakan tapi dibina menggunakan material yang tak sepatutnya.. Perjuangan mendedahkan penyelewengan.. Mujurlah pada akhirnya, yang berjuang berjaya menyelamatkan nyawa mereka yang tak bersalah sebab tak tersalah pilih..

E6 ∙ Election - Ini pula tentang pemilihan presiden sekolah.. Nanno datang membuat kacau dengan harapan, orang yang bertanding tidak tersalah membuat pilihan.. Namun tak semua manusia akan memeluk cahaya.. Ada ja yang membiarkan diri di telan kegelapan..

TV Series: Girl from Nowhere: The Reset [2026]
Also Known As: Dek Mai the Reset, New Kid the Reset
Genre: Drama, Mystery, Thriller
Country of Origin: Thailand
Stars: Becky Armstrong, Jane Methika Jiranorraphat, Alex Alexander Buckland, Offroad Kantapon Jindataweephol, Veerinsara Tangkitsuvanich, Saharat Thiempan, Jump Pisitpon Ekpongpisit
Story Line: "If everything stayed the same, it wouldn't be called karma, right?" When the world as it is still seems to need Nanno to shake things up.

Wednesday, May 6, 2026

China | Wrong Marriage, Happy Event (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha layan drama ini dekat youtube.. Sha review sebab jalan cerita dia sangat menarik dan tak ada babak buli keterlaluan.. Memang sweet gilalah.. Xiaoying ini dah dewasa tapi minda dia tersekat pada usia 7 tahun sebab minum racun untuk selamatkan Feimo.. Feimo janji akan kahwin dengan Xiaoying tapi bila makin dewasa Feimo mula menyampah dan rimas dengan Xiaoying.. Feimo abaikan dan tinggalkan Xiaoying sendirian.. Masa cari Feimo, Xiaoying tersalah faham dan jadi pengantin kepada Fengqing.. Fengqing layan Xiaoying ini baik sangat siap carikan doktor untuk pulihkan Xiaoying.. Sabar ja dia layan dan terangkan perkara yang sepatutnya dekat Xiaoying.. Sudahnya diorang jatuh cinta.. Memang syoklah layan.. Tak ada lah stress menonton.. Babak-babak heroin kena buli atau dera pun tak ada.. 

Kalau korang nak tengok, klik ja gambar bawah ini atau tajuk tu..

Cast: Cai Xin Yang, Zhi Chun He

At the age of seven, Zhu Xiaoying (Zhi Chunhe) drank poison for Xu Feimo, leaving her mentally impaired. Years later, to keep her arranged marriage, she mistakenly boarded the bridal sedan chair of Governor Xu Fengqing (Cai Xinyang). This groom, a victim of a misunderstanding, would fly kites for her, build swings for her, seek medical help, and patiently teach her to write her name. For the first time, she realized that she could be treated with tenderness. When the truth was revealed, her childhood sweetheart came running. The mistaken marriage pushed her to a crossroads, and she finally chose the one who taught her to love herself. Like a firefly pulled from the mud, she eventually grew into moonlight illuminating each other in the eyes of someone who understood her.

US/Australia | Stranger Things: Tales from '85 (TV Series 2026)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Terjumpa sebenarnya animasi ini.. Disebabkan ceritanya 10 episod dan setiap episod tak sampai 30 minit pun, makanya jomlah kita layan.. Animasi ini dibuat di antara musim kedua dan musim ketiga Stranger Things versi manusia.. Sha tengok yang musim 1 ja, musim yang lepas-lepas tu belum berkesempatan lagi nak tengok.. kikiki.. Animasi ini kira macam spin-offs lah..

Menarik jugalah drama animasi ini.. Semuanya bermula bila serpihan dari makhluk dunia lain dijadikan bahan ujikaji dan terlepas ke dunia manusia.. El dan kawan-kawan dia mula menyiasat dan menghapuskan makhluk tersebut yang berevolusi dengan pantas.. Pada masa yang sama mereka mendapat kawan baru yang begitu bersemangat membantu mereka.. 

Stranger Things: Tales from '85
2026 ‧ Animation/Adventure/Drama/Fantasy/Horror/Mystery/Sci-Fi/Thriller ‧ 1 season ‧ TV Series ‧  27–32 minutes ‧ No. of episodes:10
In this new story set in the world of 'Stranger Things,' the original characters encounter fresh mysteries - and a dark series of strange new threats. Set in Hawkins, Indiana, in the winter of 1985, Eleven and her friends unravel a paranormal mystery terrorizing their town.

Tuesday, April 21, 2026

Malaysia | Misi Solat 5 Waktu (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kalau sebelum ini kita baca versi buku, kali ini kita layan versi drama pula.. Tambahan pula pelakonnya pula ada Azhan Rani dan Elly Mazlein.. Memang lagi syoklah layan.. Macam baca buku tapi versi real.. kikiki.. Sebab drama ini dihiasi sticker kartun yang comel-comel sepanjang episod tu.. Lepas tu pelakon-pelakon dia pun comel ja.. Memang kelakar dan sesuai sangatlah dengan jalan cerita dia.. Terutama sekali yang bawa watak Imran dan kawan-kawan dia tu.. 

Misi Solat 5 Waktu
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 20 Februari 2026
Waktu Siaran: Jumaat, 2:00 petang
Saluran: Astro Ceria (611)
Platform Penstriman: Astro GO / Sooka
Penulis Skrip: Nazry Salam
Pengarah: Faliq Sharif
Produksi: Cinemalaya Studios Sdn Bhd
Pelakon: Mikael Noah, Azhan Rani, Elly Mazlein, Datuk Razak Ahmad, Ryan Rifqi, Anugerah Anas, Laura Olivia, Merah Muhaimin, Natasha Nazira, Adam Lee, Sweet Qismina
Sinopsis: Kisah Imran yang baru solat 3 kali seumur hidup dalam misi kelam-kabutnya untuk lulus ujian amali solat dalam seminggu.

Saturday, March 28, 2026

US | Grotesquerie (TV Series 2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini sesuai sangat dengan tajuk dia iaitu Grotesquerie ialah keadaan di mana sesuatu itu terlalu pelik, terlampau berubah dari bentuk asal, atau bercampur unsur yang tak kena tempat, sampai nampak janggal, mengganggu, atau tak masuk akal.. Kalau tak suka drama yang gore, baik jangan tengoklah.. Memang boleh buat muntah hijau dan tak lalu makan lepas tengok drama ini.. Serius..

Semuanya bermula dengan penemuan mayat yang berada dalam keadaan tak masuk akal.. Mula-mula sebuah keluarga dibunuh dengan kejam, lepas tu tiga orang lelaki yang tak cukup sifat.. Kemudian polis rasa macam dah jumpa pelaku, malangnya polis jumpa mayat orang yang disyaki.. Baru nak bertenang polis dihidangkan dengan mayat yang lebih dasyat, iaitu sekumpulan gelandangan yang dipersembahkan dengan cara yang tak masuk akal..  Lepastu pekerja seks yang pelbagai dipotong dan dicantum-cantum.. Penyiasatan Lois ditemani oleh seorang rahib..

Namun masuk ja episod 7, rasa macam huru hara pula ceritanya.. 

Grotesquerie
2024 ‧ Crime/Drama/Horror/Thriller ‧ 1 season ‧ 50m ‧ 10 Episodes
Detective Lois Tryon feels a series of heinous crimes in her small community are eerily personal, as if someone or something is taunting her. At home, Lois grapples with a strained relationship with her daughter, a husband in long-term hospital care and her own inner demons. With no leads and unsure where to turn, she accepts the help of Sister Megan, a nun and journalist with the Catholic Guardian. As Lois and Sister Megan string together clues, they find themselves ensnared in a sinister web that only seems to raise more questions than answers.

10 Episodes
S1.E1 ∙ Pilot - A gruesome crime rattles a small-town community.
S1.E2 ∙ True Crime Catholics - Lois accepts the help of a nun to investigate the recent crimes.
S1.E3 ∙ The Bender - Lois finds comfort in an unexpected person.
S1.E4 ∙ Coordinates - A strange clue sends Lois to a remote location.
S1.E5 ∙ Red Haze - Lois finds herself one step closer to the killer.
S1.E6 ∙ Good Caesarean Work - A heinous new discovery leads Lois to someone from her past.
S1.E7 ∙ Unplugged - Lois is forced to make a difficult decision.
S1.E8 ∙ In Dreams - Lois accepts the help of a specialist.
S1.E9 ∙ The Stinging Aroma of Sulfur - Lois contemplates a new future.
S1.E10 ∙ I Think I'm Dead - Lois questions everything she thought she knew.

Wednesday, February 25, 2026

Variety Korea | Muscle Farmers (TV Series 2025–2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal-awal tu kalau tak tengok pun takpa sampai minit ke 18:41 sebab yang awal tu banyak pertunjukkan otot dan angkat berat ja.. Lepas tu baru diorang bergerak membantu petani.. Rancangan ini menarik sebab mereka diberikan makanan hasil dari kerja keras mereka.. Tapi yang paling dasyat ialah setiap orang yang gagal akan diberikan kutleri yang berat.. Makan pun nak kena bersenam.. Cam hampeh.. kikiki.. Lepas tu pantang ada peluang, mereka akn bersenam.. Letih Sha tengok.. 

Episod 1 diorang kena tuai kubis napa.. Bukan sikit-sikit tau.. Diorang kena berkerja di tanah yang seluas 2000 pyeong (ini adalah unit ukuran tradisional Korea yang digunakan untuk mengukur luas tanah atau lantai bangunan), berat kubis 15 tan dan semua kubis tu perlu dihantar menjelang 11 pagi.. Kalau tak tepat masa diorang akan didenda.. Masa episod 1 ini memang adalah babak kelakar macam kena marah dengan petani sebenar sebab salah potong dan lain-lain.. kikiki.. Makanan mereka yang pertama ialah bibimbap yang menggunakan sayur-sayuran disitu.. Elok pula lepas makan diorang bantai tidur atas tanah ja.. Kemudian kena sambung balik kerja.. Malamnya mereka dihidangkan menu baeksuk ayam.. 

Episod 2 pula mereka menuai herba deodeok.. Mereka perlu menuai herba deodeok sebanyak 80kg setiap seorang.. Meraka mulakan kerja dengan memesin pokok bahagian atas terlebih dahulu, sebab bahagian yang nak dituai berada didalam tanah iaitu akarnya.. Kudapan mereka adalah teok yang diperbuat dari daun surichwi dengan inti kacang merah dan makan tengahari mereka selepas berkerja keras ialah bibimguksu deodeok dan naengguksu..

Episod 3 mereka ada tetamu iaitu pelakon Park Hae-Jin.. Episod ini mereka kena bantu bersihkan tempat penanaman cendawan shiitake.. Mereka kena buang kayu-kayu balak lama, mencakar tanah dan membersihkan kawasan.. Kemudian mereka perlu mengangkat kayu balak baru dan menyusun supaya cendawan shiitake boleh tumbuh semula.. Mereka perlu pindahkan 1000 batang kayu balak yang mana setiap satunya seberat 50kg ke atas.. Kemudian mereka berehat untuk makan tengahari iaitu nasi bersama dengan Jigae labu dan 9 jenis hidangan sampingan termasuklah cendawan shiitake jangheung.. Sung-hoon dan Hae-jin kemudiannya pergi memetik buah che manakala yang lain menyambung kerja-kerja menyusun balak.. Selepas selesai memetik buah che, mereka kembali 
membantu menyusun balak..
Episod 4 mereka bermula dengan santai dimana mereka melakukan senaman ringan dan kemudiannya bersarapan.. Selepas itu mereka kembali menyambung kerja menyusun kayu balak yang masih berbaki 300 batang.. Episod 4 ini juga mereka didatangi tetamu kedua iaitu Si-yoon.. Kerja yang akan mereka buat ialah memancing jaring pegun.. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu menarik keluar ikan bilis Goseong, menghantar ikan bilis dan mengukus ikan bilis.. Selepas sarapan pagi, mereka keluar semula untuk memungut kekapis mapel sebanyak 1 tan pula.. Menu makan tengahari diorang lepas berkerja ialah jumeokbap yang dibuat dari ikan bilis segar dan ramyeon dengan kekapis..

Episod 5 bermula dengan tenang.. Sempatlah mereka beriadah dan berehat dengan lama.. Paginya Si-yoon masakkan sarapan untuk mereka sebelum mereka mula berkerja.. Matlamat mereka ialah tebang 1000 batang buluh.. Mereka perlu menggergaji, membuang ranting kecil dan menyusun.. Tujuan kerja mereka ini ialah meningkatkan pertumbuhan rebung.. Selepas makan tengahari, Sung-hoon dan Amotti berkerja di kebun cili manakala yang lain meneruskan kerja menebang buluh.. Sung-hoon dan Amotti perlu membersihkan kayu pancang di kebun cili seluas 25 pyeong.. 

Episod 6 mereka terima Park Joon-hyung sebagai tetamu dan melakukan kerja menuai jicama (sengkuang) sebanyak 4 tan.. Mereka dibahagikan kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan mengikut umur mereka.. Makan mereka hari tu ialah daging tartar mulhoe.. Selepas makan mereka perlu menyambung semula kerja menuai.. Malam tu lepas makan malam, Joon-hyung melarikan diri semasa mereka mandi di sauna.. Penghujung episod 6, Kim Jae-jung pula muncul..

Episod 7 bermula dengan sarapan pagi yang disediakan Jae-jung dan kemudiannya mereka menyambung kerja dalam episod 6 iaitu memetik jicama (sengkuang).. Malamnya mereka buat parti makan dengan membelanjakan duit Sung-hoon.. kikiki..

Episod 8 yang juga episod akhir ini mereka kena tuai lobak putih sebanyak 14 tan.. Makanan mereka semasa rehat semuanya berasaskan lobak putih.. Memang sedaplah selepas penat berkerja.. Lepas tu sambung balik buat kerja dan bersenam.. Malamnya mereka dihidangkan dengan sajian yang menyelerakan..

Muscle Farmers
Taglines: Farming
TV Series  Reality-TV  2025–2026 ‧ 8 Episodes
Cast: Choo Sung-hoon (Sexyama), Amotti (Kim Jae-hong), Jeong Tae-se, Heo Kyung-hwan, and Baekho.
Guest: Park Hae-Jin (Ep03), Yoon Si-yoon(Ep04-05), Park Joon-hyung (Ep06), Kim Jae-jung (Ep06,07) & Lee John (Ep08)
Five 'muscle farmers' land a helping hand to rural areas that face a labor shortage crisis. Join them in Korea's first agricultural-physical project as they enter the world of farming.

Thursday, February 5, 2026

Malaysia | Susuk Rupawan (2026)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lepas tengok Santau Perempuan Terlarang, rasa macam menarik pula untuk tengok Susuk Rupawan ini.. Kali ini pelakon dia okaylah.. Jalan cerita pun boleh tahan.. Awal-awal tu macam banyak misteri.. Kisah rumah sewa yang misteri.. Gangguan demi gangguan yang dilalui oleh Dewi, Fadil dan juga Zakri.. Pada masa yang sama mak dan atuk si Zakri ini macam mengamal sesuatu tapi Zakri tak suka..

Zakri ini bagusnya walaupun kurang beragama namun punya kawan yang baik iaitu Fadil.. Zakri berjaya buang pendamping yang dimiliki keluarga dia namun tanpa disedari ada yang nak membalas dendam pada atuk Zakri.. Sedikit demi sedikit cerita silam mula terbongkar.. Masuk episod 6 kita akan mula tahu siapa sebenarnya Dewi dan apa kaitan Dewi dan Fadil..

Susuk Rupawan
Episod: 8
Tarikh Tayangan: 7 Januari 2026
Waktu Siaran: Isnin - Khamis, 10:00 malam
Rangkaian: Samarinda TV3 / Tonton
Penulis Skrip: Liza Nur
Pengarah: Amor Rizan
Produksi: Global Station Sdn Bhd
Pelakon: Cahaya Nilam, Adam Lee, Darien Aeldra, Shah Rezza, Watie Sadali, Jasmin Hamid

Sinopsis: Mengisahkan Dewi (Cahaya Nilam), seorang penari tradisional berusia 20-an dari Johor yang berpindah ke Kuala Lumpur dengan satu tujuan tersembunyi yakni membalas dendam. Dewi menyewa di rumah milik arwah Adli dan mendekati anaknya Fadil (Darien Aeldra), yang kemudiannya dijadikan alat untuk merapati Zakri (Adam Lee), cucu kepada Tan Sri Halim (Shah Rezza), seorang tokoh korporat berpengaruh yang pernah merogolnya suatu ketika dahulu. Di sebalik kelembutan dan kecantikan Dewi, tersembunyi niat yang penuh perhitungan.

Ketegangan memuncak ketika Dewi mula berpindah tinggal bersama Fadil, Tan Sri Halim dan Mala (Watie Sadali) hingga pelbagai perkara mistik berlaku di rumah tersebut. Kehadirannya mula mencetuskan retak berlanjutan dalam keluarga kaya tersebut, sehingga rahsia silam akhirnya terbongkar bahawa Dewi sebenarnya ialah Nazimah, mangsa rogol Tan Sri Halim kini kembali dengan wajah muda hasil amalan ilmu hitam serta pemakaian susuk.

Apabila Fadil berdepan kebenaran pahit yang membongkar sisi gelap Dewi, dia cuba menyelamatkan keluarga itu daripada terus terjerumus. Namun segalanya sudah terlambat, satu demi satu tragedi berlaku. Mampukah dosa silam dipadam atau dendam akan terus hidup walau jasad sudah tiada?

Thursday, January 29, 2026

Malaysia | Hilang Kasyorga (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula dengan skandal seks, penemuan mayat budak yang dibunuh dan kehilangan Kasyorga.. Rodi ini berkawan baik dengan Kasyorga dan memang berusaha sehabis baik cuba mencari Kasyorga.. Semasa mencari Kasyorga, Rodi berjaya membantu pihak berkuasa menangkap penjahat bagi kes pemerdagangan manusia.. Lain yang Rodi cari lain pula yang dijumpai.. Rodi ini pun bukanlah baik sangat tapi masih ada sekelumit perikemanusiaanlah.. 

Awal tu kan, Sha memang ingat kisah kehilangan budak dan mayat budak yang dijumpai tu kisah yang sama.. Rupanya dua kes yang berbeza.. Satu kes pemerdagangan manusia dan satu lagi kes pedofilia..

Hilang Kasyorga
Episod: 6
Tarikh Tayangan: 23 Jun 2025
Waktu Siaran: Isnin, 11:00 malam
Rangkaian: DEGUP (Unifi TV Originals)
Penulis Skrip: Puovin & Tommy Loh​
Pengarah: Feroz Kader
Produksi: Country & Universal Sdn Bhd

Pelakon: Kamal Adli, Wan Adra Mikayla, Nabila Huda, Luqman Hafidz, Abdul Khaliq, Azhar Sulaiman, Arfie Shah, Hariz Hamdan, Hafidzuddin, Fadilah Mansor, Ellie Suriaty, Kodi Rasheed, Dina Allysha, Zalfa Zin, Izuan Razali, Ahmad Izzulfaiq

Sinopsis: Mengisahkan seorang kanak-kanak jalanan bernama Kasyorga (Adra Mikayla) yang tiba-tiba hilang tanpa jejak ketika sedang bermain bersama rakan-rakannya.

Kehilangannya mencetuskan panik dalam kalangan komuniti setempat, terutamanya bapa angkatnya, Pak Bakar (Azhar Sulaiman), yang kemudian meminta bantuan jirannya, Rodi (Kamal Adli) iaitu seorang bekas pembunuh upahan untuk mencari anak tersebut.

Dalam masa yang sama, Rodi turut menerima arahan untuk membunuh seorang ahli perniagaan wanita ternama, Datuk Zaza (Nabila Huda), yang terpalit dengan skandal seks bersama pemandu dan pembantu peribadinya, Reza (Luqman Hafiz).

Siasatan membawa Rodi menyelami dunia gelap skandal, sindiket pemerdagangan manusia, dan penjenayah kejam yang berselindung di sebalik wajah penyayang. Dalam usahanya mencari Kasyorga, Rodi terpaksa berdepan dengan masa silamnya dan membuat pilihan sukar yang bakal menentukan hidup mati seorang kanak-kanak.

Saturday, January 24, 2026

Malaysia | Santau Perempuan Terlarang (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha layan cerita ini sebab kisah mistik.. Pelakon dia okaylah.. Lepas itu episod dia pendek ja.. Kisah Sapora yang berdendam. endam yang disimpan terlalu lama kerana hatinya hancur.. Iqbal ini pula artis yang baru nak naik, tapi tak pernah berpeluang.. Sampailah Iqbal berjumpa dengan Sapora dan kehidupannya mula berubah.. Malangnya Iqbal tak sedar yang dirinya terperangkap dalam satu perjanjian yang tak dijangka.. Pada masa yang sama seorang lelaki misteri sentiasa cuba menghalang Sapora dari mengganggu Iqbal.. 

Semua yang cuba memberikan masalah pada Iqbal pasti akan menemui kemalangan yang tak dijangka.. Siapa sebenarnya Sapora dan apa kaitan sebenarnya natara Sapora dan Iqbal.. Berjayakah Iqbal kembali ke jalan yang benar atau Iqbal akan terus hanyut..

Cerita dia dah menarik cuma masa Sapora lawan dengan Pendeta ja, kelakar sikit.. kikiki.. 

Santau Perempuan Terlarang

Episod: 10
Tarikh Tayangan: 18 Disember 2025
Waktu Siaran: Isnin - Khamis
Platform Penstriman: Tonton
Cerita Asal: Hj Zeel
Penulis Skrip: Lee Chonz
Pengarah: Faizal Nadxaman
Produksi: Zeel Production Sdn Bhd
Pelakon: Emma Maembong, Nabil Aqil, Fadlan Hazim, Farid Kamil, Hanna Aqeela, Azri Iskandar, Marc Sadique, Amin Iman

Sinopsis: Diinspirasikan dari sebuah kisah benar. Kisah seorang perempuan yang mengabdikan diri kepada iblis dan seorang artis yang hauskan populariti.

Iqbal (Nabil Aqil), seorang pelakon yang sudah lama bertarung nasib dalam industri seni namun terus dipinggirkan. Walaupun menghadiri uji bakat tanpa henti, namanya sering tenggelam apabila watak utama yang diimpikan berulang kali menjadi milik Ako Danial (Fadlan Hazim), pelakon sensasi yang sentiasa menjadi rebutan penerbit.

Tekanan demi tekanan akhirnya memberi kesan kepada kehidupan peribadi Iqbal apabila hubungan dengan tunangnya, Maria (Hanna Aqeela), mula retak akibat masa depan yang kabur dan kerjaya yang tidak menentu.

Ketika hidupnya berada di titik terendah, Iqbal diperkenalkan oleh rakannya, Maman (Amin Iman), kepada seorang wanita misteri bernama Sapora (Emma Maembong), yang dikatakan mampu membantu melalui rawatan tradisional bagi ‘membersihkan aura’ dan membuka jalan rezeki.

Pertemuan dengan Sapora menjadi titik perubahan besar apabila kehidupan Iqbal berubah secara drastik dan impian yang selama ini sukar digapai seolah-olah terbentang di hadapan mata. Namun, kejayaan itu hadir bersama persoalan yang menghantui apakah sebenarnya harga yang perlu dibayar dan adakah Iqbal sedar dirinya sedang terperangkap dalam satu perjanjian yang tidak disedarinya?

Saturday, December 27, 2025

Jepun | Human Specimens (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Argh!! Hampeh betul.. Drama ini bermula dengan penemuan manusia yang dibunuh dan dijadikan karya seni.. Lepas tu seorang profesor bernama Shiro mengaku sebagai pembunuh.. Pengakuan dia sangat-sangat menyakinkan.. Tapi bila dia dah dijatuhkan hukuman, drama mula menunjukkan Itaru sebagai pembunuh.. Hujung episod 4, eh.. Orang lain pula yang bunuh.. Wargh!! Sabar jelah.. huhuhu.. 

Tapi pelakunya memang tak disangkalah.. Idea untuk buat spesimen tu datang dari orang lain.. Pelaksananya pula dua orang.. Penerima hukuman turut bersalah namun terseksa sebab melakukan sesuatu dengan alasan ingin melindungi.. Walhal orang yang terlibat secara tak langsung mati tanpa dihukum dan seorang lagi terlepas begitu sahaja.. Cuma spesimen akhir tu lah agak sedih kejadiannya.. 

Title: Human Specimens
Also Known As: Ningen Hyouhon, Ningen Hyohon
Director: Hiroki Ryuichi
Genres: Thriller, Mystery, Psychological, Drama
Type: Drama
Format: Web Series
Country: Japan
Episodes: 5
Aired: Dec 19, 2025
Aired On: Friday
Original Network: Amazon Prime
Duration: 55 min.
A butterfly researcher confesses to turning six young boys, including his own son, into “human specimens.” Through multiple perspectives, the truth behind Professor Sakaki’s disturbing actions unfolds while examining complex father-son dynamics and humanity’s obsession with preserving beauty.

~~ Adapted from the novel "Ningen Hyohon" (人間標本) by Minato Kanae (湊かなえ). ~~

Saturday, December 20, 2025

Malaysia | Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Eh!! Geram pula kita dengan si Pekan ini.. Sampai ke besar, perangai pentingkan diri tu tak berubah.. Masa kecik dia makan telur tembakul sampai habis, sedangkan Mak Tanjung dah penat mencari lauk.. Bila dah besar pun tetaplah dengan perangai pentingkan diri.. Mak Tanjung mati ditelan Batu Belah Batu Bertangkup.. Pekan dan Melur mengembara dan sampai ke rumah Nek Yan.. Kemudiannya mereka tinggal bersama Nek Yan.. Perselisihan berlaku bila Raja mencari pahlawan.. Melur dan Pekan saling berbalah dan cuba membuktikan diri.. Tapi akhirnya berjaya juga mereka mengalahkan Batu Belah Bertangkup..

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup
Series | 6 Episodes | 2025
Pelakon : Fimie Don, Arabella Ellen, Niezam Zaidi, Ezzanie Jasny, Bell Ngasri, Elly Mazlein, Mikael Noah, Qisya Hairulzain, Diana Danielle, Alif Satar
Episod 1 - Ibu Kempunan
Episod 2 - Bertemu Nek Yan
Episod 3 - Mencari Pahlawan
Episod 4 - Merawat Raja
Episod 5 - Beradik Berantakan
Episod 6 - Pertembungan Terakhir
Sinopsis : Selepas kehilangan ibu akibat Batu Belah Batu Bertangkup, dua beradik Melur dan Pekan mengharungi rintangan dalam pengembaraan mereka berhadapan dengan batu berpuaka.

Monday, December 8, 2025

Malaysia | Blok B2 : Geng Hantu Multi Kaum (Telemovie RTM - 2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Betullah.. Nandhini tu siapa?? Kikiki.. Sha tengok pun sebab ada Mak Kiah Ferry tu.. Wah!! Dah jadi pelakon.. Dasyat..

Ceritanya 4 orang yang tidak saling mengenali, masuk belajar dan terpaksa duduk sebilik.. Berlainan kaum dan agama namun kenaberusaha untuk saling menerima dan hidup sebilik.. Tu belum lagi dengan gangguan mistik.. Memang mencabar betullah kehidupan mereka di asrama tu.. Bila dah lama-lama dan saling menerima mereka akhirnya akrab..

Blok B2 : Geng Hantu Multi Kaum
Waktu Siaran: Rabu, 26 November 2025, 9:00 malam
Rangkaian: TV2 / RTMKlik
Penulis Skrip: Adilla Shauri & Ramlah Rashid
Pengarah: Khairul Anuar Mat Noor
Produksi: AZ Signs Marketing Sdn Bhd
Pelakon: Mak Kiah Ferry Fajar, Serra Kamal, Kashika Selvam, Cora Waybin, Allyna Wong, NS Nishalini, Ash Dee, Glamorique Arshad
Sinopsis: Kisah pengalaman seram empat pelajar asrama daripada latar belakang budaya yang berbeza yang terpaksa mengetepikan perbezaan mereka untuk menghadapi hantu-hantu yang menghantui asrama mereka. Dalam proses itu, mereka menemui kekuatan sebenar dalam persahabatan dan perpaduan.

Sunday, November 30, 2025

Malaysia | Dr Pontianak 2 (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sambungan dari Dr. Pontianak (2024).. Drama ini kelakarlah juga sebab gandingan Sharifah Sakinah dengan Kimberly Chuah.. 

Kali ini macam okay ja awal-awal cerita tapi nak hujung-hujung episod 1 tu Dr. Vivy tiba-tiba malfunction.. Lepas tu Edna tolong buatkan sunscreen untuk Dr. Vivy, masalahnya belum apa-apa Edna dah berlagak dan tak nak kawan Dr. Vivy dengan Pak Us.. Tapi tu lah, tak ada yang beli pun.. Sudahnya kena minta maaf dengan Dr. Vivy dan Pak Us.. hahaha.. Dr. Ghani pula dipaksa letak jawatan oleh pengarah baru yang ambil alih hospital tempat diorang kerja.. 

Edna pula tiba-tiba bawa hantu dari Thailand untuk Dr. Vivy rawat.. Dari situ bermulalah klinik Ghani & Vivy yang merawat manusia serta hantu.. Mula-mula tu klinik diorang pakai jururawat manusia tapi bila muncul hantu, jururawat tu semua lari.. Mujurlah muncul Rubi Kum Kum yang macam Dr. Vivy separuh manusia separuh hantu untuk jadi jururawat mereka..

Boleh pula lepas tu muncul balik Baby Toyol dan Teruna.. Bila Dr. Vivy asyik mulfunction, diorang tambah seorang lagi doktor iaitu Dr. Azri.. Dr. Azri pun rupanya boleh nampak hantu cumanya dia tak boleh rawat hantu..

Tapikan cerita ini dia macam flop bila muncul watak bernama Kacak.. Jadi mengarut dan tak seronok.. Kalau dia maintain ja dengan watak yang sedia ada tu, pada Sha lagi cun.. Sayanglah.. Sayang sangat.. huhuhu..

Setiap hujung episod ada sedikit info yang diberikan oleh Pak Us..

Dr. Pontianak 2
Episod: 13
Tarikh Tayangan: 26 Ogos 2025
Pelakon: 
Sharifah Sakinah, Kimberly Chuah, Rashidi Ishak, Shania Hendrik, Badron Munirah, Kumika Kufaizul, Nazeri Md Isa, Kim Azzim, Yasmin Hani, Puteri Rafasya
Lagu Tema (OST)
Tajuk: Jari
Penyanyi: Hael Husaini

Sinopsis Dr Pontianak 2
Dr. Vivy, seorang ‘ponti-no-anak’ dengan deria ghaib luar biasa, cuba mengekalkan hidup normal sebagai doktor sambil dibantu Edna si hantu hospital, Pak Us dan Dr. Ghani tetapi rahsianya kian terancam apabila kuasa itu semakin tidak terkawal dan musuh lama mula muncul.

Sunday, November 16, 2025

China | The Dark Side of the Sun (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini ada dalam aplikasi Youtube..

Drama pendek ini mengisahkan tentang hero iaitu Mu Chen yang mengalami masalah mental serius selepas kematian kekasih dia iaitu Chao Xi.. Chao Xi ini mati sebab dirogol dan dibunuh oleh 4 manusia gila.. Mu Chen kemudiannya ditahan di hospital mental.. Oleh kerana ingin membalas dendam, makanya Mu Chen sedaya upaya memastikan dirinya dapat keluar dari hospital mental tu.. Bertemankan Chao Xi yang kini menjadi khayalan Mu Chen, Mu Chen pun melaksanakan pembalasan kepada 4 individu ini tadi.. Memang ngamlah layan.. Sesekali kita layan drama yang bukan reborn ini syok juga..

Title: The Dark Side of the Sun
Also Known As: Tai Yang De Bei Mian, Sometimes, Calm is Deadly, In the Shadow of Light
Director: Zhou Jiu Qin
Genres: Thriller, Crime, Drama
Type: Drama
Format: Vertical Series
Country: China
Episodes: 72
Aired: Oct 11, 2025
Aired On: Saturday
Duration: 2 min.
In a psychiatric hospital overseas in Country M, the most dangerous patient, Xiao Mu Chen, passes his 144th mental evaluation and is finally discharged. But no one knows that his condition has never truly improved-he still sees the phantom of his fiancée, Jin Zhao Xi, whispering in his ear, urging him to take bloody revenge. Four years ago, on the day he had planned to propose, Jin Zhao Xi was brutally murdered. He arrived too late, only to see the four culprits walking away, laughing. Now, at last free, he begins the revenge he has long prepared for...

Wednesday, November 5, 2025

US | The Falcon and the Winter Soldier (2021)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama bersiri ini bersambung terus dari filem Avengers: Endgame.. Sam atau The Falcon serahkan perisai Captain America dekat kerajaan U.S.. Sam tak nak jadi Captain America dia nak kekal sebagai The Falcon.. Pada masa yang sama ada sekumpulan manusia iaitu Flag Smashers yang tidak menyukai kejadian selepas Blip.. Kejadian dimana mereka yang menghilang tiba-tiba muncul balik.. Barnes atau Winter Soldier pula masih berperang dengan keadaan dia semasa dikawal Hydra walaupun dah tak dikawal.. Kerajaan US pula lantik Walker sebagai Captain America yang baru.. Memang rumitlah siri ini.. Tapi syoklah layan.. Syok tengok betapa seksanya Sam dan Barnes nak berkerjasama tapi berjaya jugalah diorang ini berkerjasama.. Sharon Carter pula dah berpaling dari jadi baik sebab tidak diampunkan macam The Falcon dan Winter Soldier..

The Falcon and the Winter Soldier
2021 ‧ Action/Adventure/Drama/Sci-Fi ‧ 1 season ‧ TV Mini Series
Falcon and the Winter Soldier are a mismatched duo who team up for a global adventure that will test their survival skills -- as well as their patience.

Wednesday, October 1, 2025

US/Thailand | Alien: Earth (TV Series 2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini tak adalah minat sangat cerita alien ini.. Sha lebih suka Predator.. Tapi Sha tertarik nak tengok drama bersiri ini sebab ada komunikasi antara alien dan manusia synthetic.. Sha terjumpa sebenarnya klip pendek komunikasi manusia synthetic tu dengan alien.. Tu yang gigih juga tengok drama ini..

Marcy atau kemudiannya dipanggil Wendy merupakan model manusia synthetic.. Kemudiannya syarikat mendapatkan lagi beberapa budak untuk menemani Wendy.. Wendy ini dia masih memilik kesedaran sebagai Marcy dan sentiasa merindui serta memerhati abang dia Joe.. Sampailah satu hari berlaku rempuhan kapal angkasa dan Joe terlibat dalam misi menyelamat.. Masa ini Wendy dan rakan-rakan dia dihantar untuk menyelamatkan Joe dan mengambil semua sample makhluk asing yang ada dalam kapal..

Bila dah berjaya dapatkan sample dan selamatkan Joe, syarikat membawa balik sample tersebut ke pulau untuk dikaji.. Joe tercedera dan paru-paru dia diganti baru.. Paru-paru yang rosak diberi kepada larva yang diambil dari facehugger alien.. Wendy kemudiannya diketahui boleh berkomunikasi dengan alien melalui bunyi.. Jadinya Wendy ini diarahkan untuk berkomunikasi dengan alien yang akhirnya keluar dari larva yang dimasukkan ke dalam paru-paru Joe.. Sudahnya Wendy dan alien tu jadi kawan baik..

Drama ini bukan setakat kisah Wendy ini sahaja tapi adalah watak-watak lain.. Cumanya taklah sepenting Wendy ini sebab dia watak utama kan.. Kalau tengok penamat macam akan ada season 2.. Tapi kalau tak ada pun, okay ja pada Sha..

Alien: Earth
Taglines: 'In 2120, Mother Earth is expecting.'
2025 ‧ Horror/Sci-Fi/Thriller ‧ 1 season
When a mysterious space vessel crash-lands on Earth, Wendy and a ragtag group of tactical soldiers make a fateful discovery that puts them face-to-face with the planet's greatest threat.


S1.E1 ∙ Neverland
S1.E2 ∙ Mr. October
S1.E3 ∙ Metamorphosis
S1.E4 ∙ Observation
S1.E5 ∙ In Space, No One...
S1.E6 ∙ The Fly
S1.E7 ∙ Emergence
S1.E8 ∙ The Real Monsters

Tuesday, September 30, 2025

US | Marvel Zombies (TV Mini Series 2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Animasi ini agak menggugat jantung lah juga sebab hero dah jadi zombie.. huhuhu.. Babak akhir dalam episod 1 memang dasyatlah.. Lama tak tengok Blade berlawan.. Babak akhir episod 1 ini dapat tengok Blade lawan Ava Starr.. Tapi tu lah, kejap ja..

Marvel Zombie ini kira macam sambungan cerita untuk siri What If...? episod 5 yang tunjukkan bagaimana dunia hancur akibat virus zombie yang dibawa oleh Janet van Dyne..

Okaylah siri dia.. Cumanya tu lah, harapan tak jadi apa bila bantuan yang dicari sebenarnya dah ada di luar planet bumi tapi tak nak membantu.. Cuma nak biarkan emuanya musnah di bumi.. Bila superhero yang sepatutnya melindungi dah jadi zombie, memang tak ada apalah yang boleh nak lawan..

Marvel Zombies
Also known as: Marvel Zombilar
2025 ‧ Animation/Action/Adventure/Drama/Fantasy/Horror/Sci-Fi ‧ 1 season
A new generation of Marvel heroes battle against an ever-spreading zombie scourge.

Tuesday, September 9, 2025

Thailand | Enigma Black Stage (2025)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya.. Enigma keluar dengan siri baru.. Cuma tu lah, hero ja masih sama.. Watak heroin tu orang lain.. huhuhuhu.. 

Kali ini Ajin berkerjasama dengan Plengpin untuk mendapatkan gaun Bu-nga Muen Phamorn yang dikatakan disumpah dan berbahaya.. Awal tu kita nampak macam Plengpin ni naif dan keras kepala manakala Ajin pula bersifat terlalu berahsia.. Memang tak nampak sangatlah keserasian mereka dalam berkerjasama.. Tapi masuk ja episod seterusnya kita akan nampak bagaimana mereka berkerjasama dengan baik.. Episod akhir beri satu kejutan yang tak dijangka.. Betul-betul plot twist.. Harapnya akan adalah lagi siri Enigma ini.. Pendek, padat dan melekat jalan cerita dia..

Title: Enigma Black Stage
Also Known As: Enigma 2, The Bloom and a Thousand Bees, Bu-nga Muen Phamorn, Bunga Muen Phamon
Screenwriter & Director: O Patha Thongpan
Director: Nat Thachai Komolphet
Screenwriter: Mook Jarinee Thanomyat
Genres: Mystery, Horror, Drama, Supernatural
Type: Drama
Format: Standard Series
Country: Thailand
Episodes: 5
Aired: Jul 26, 2025 - Aug 23, 2025
Aired On: Saturday
Original Network: One 31
Duration: 42 min.
When the play “The Bloom and a Thousand Bees” is in being remade, it calls for a serious casting for the lead female role. Now, everyone in showbiz scrambles for and it seems they will do whatever it takes. Thus, the watchful eye of a certain group looms over this audition. What no one knows is that there’s a dangerous secret lurking behind the curtain, and whatever black magic is called upon.

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com