Thursday, November 30, 2017

Tuk! Tuk! Tuk! Housekeeping! oleh Eina Afrina

Assalamualaikum..
Hye semua..
Lama terhenti pembacaan Sha.. Dah nak habis November dah.. Mencuba untuk mengembalikan keinginan membaca.. Makanya Sha baca bacaan santai yang agak komedi dari penulis Eina Afrina.. 

Novel ini mengisahkan seorang perempuan bernama Azwa yang berkenalan dengan Qaliff semasa bercuti.. Kemudian Qaliff hilang begitu sahaja.. Muncul pula seorang lelaki bergelar Tengku yang mirip dengan Qaliff.. Maka bermulalah episod kelakar dan romantis antara si Tengku dan Azwa.. Ending dia memang tak disangka.. Novel yang memberikan realiti bukan fantasi.. 

Novel santai dari Eina ini juga ada menyetuh sedikit mengenai peranan seorang suami.. Bila dah berkahwin dan isteri turut sama berkerja, bantulah isteri melaksanakan kerja-kerja rumah.. Bukannya keluar dan biarkan isteri menguruskan rumah dan anak-anak.. Isteripun penat juga.. Kena saling membantu.. Isteri bukan hamba abdi.. Perkahwinan itu satu perkongsian..

Quote yang mengena..
"Jangan mengharapkan layanan seperti raja jika tidak pernah menganggap isteri itu permaisuri hati."

"Jangan diharap bunga yang disemai akan terus indah jika tidak pernah membajainya. Bila hati seorang wanita itu telah retak, dia mungkin boleh menjadi lebih keras daripada hati seorang lelaki."

Sha mula baca pada 26 November dan habis pada 28.11.2017..

Koleksi Buku November 2017 #1

Assalamualaikum..
Hye semua.

Buku-buku Sha da selamat sampai.. Dua tu memang Sha pre order lama dah.. Yang satu lagi tu baru je beli lepas dapat gaji hari itu.. Memang lama tunggu buku tu terbit.. Sebab penulis pernah berkongsi sedutan-sedutan cerita itu di wall Facebook beliau.. 

 
Buku ini Sha pre order dengan Muhammad Fatrim..
Buku ini terbitan beliau sendiri.. Saiz pocket je..
Senan nak selit dalam handbag.. Ringan dan nipis..
Siap dapat coklat..

Sinopsis Gimbaran - Indah berteman baik dengan Laila sejak kecil tanpa mengetahui asal usul Laila. Namun persahabatan itu bukanlah secara kebetulan. Siapa sebenarnya Laila? Apa yang dimahukannya dari persahabatan mereka?

Sinopsis Pukau - Camelia, seorang pelajar universiti berminat dengan fenomena pukau dan kerana minat dia menyelidik dan cuba menjejaki fenomena mistik tersebut! Tapi ia bukanlah mistik sebarangan! Camelia tak sedar bahaya yang menantinya dihadapan!
 
 
Yang ini Sha beli secara terus dengan penulis.. Dekat Facebook nama beliau Asmah Kasim..

 Sinopsis Cinta Bas Ekspres - “WEH, BERANGAN!” Tepukan sedikit kuat diberikan di bahu Sarrah. Sarrah jeling. “Kau tak ada kerja ke datang tempat aku ni?”
“Kerja sentiasa ada, tapi manusia seperti kita ni perlukan rehat juga. Kena jalan-jalan makan angin.”
“Banyaklah kau jalan-jalan,” ejek Sarrah. Tangan seperti selalu, tangkas melipat pakaian yang dipunggah oleh pelanggan.
“Abang handsome kau tak ada datang ke?”
“Abang handsome mana pulak?” Sarrah berkerut dahi. Otaknya tidak mendaftar mana-mana abang handsome dalam databasenya.
“Alaa... yang datang hujung minggu hari tu, yang suruh kau pilih boxer untuk dia.”
Dengar aje penjelasan Husniah, Sarrah mencemik bibir. Tang mana yang handsomenya? Tang gatal dia nampaklah. Ada ke patut dia kena pilih boxer untuk mamat itu. Fikir balik, berdiri bulu romanya. Ada bayangan nakal melintasi akal fikiran warasnya. “Yang tu otak aku register sebagai mamat
gatal miang. Rosak imaginasi gadis baik macam aku ni,”
rungut Sarrah. Husniah mengekek ketawa. ‘Imaginasi gadis baik konon!’
“Kau terimaginasi apa?” tanya Husniah sambil berbisik. Dia tersengih gatal. Pantas jari Sarrah menyepit lengan gebu Husniah. Dijegilkan matanya.
“Bukan yang macam kau fikirlah. Gila kau! Rosak jiwa suci murni aku ni.”
“Hahaha... Aku tak cakap apa pun. Aku tanya kau aje. Kau bayangkan dia pakai boxer yang kau pilih
ek? Badan berketul-ketul. Ada bulu dada tak?” bisik Husniah.
“Huish...” Muka Sarrah memerah. Hantu betul si Husniah ini. “Badannya mesti tegap dan berketul-ketul, kan? Tapi aku rasa tak adalah macam Zul Ariffin tu. Kurus sikit... macam Jensen Ackles tu. Senyum dia manis. Terjongket bibir ke atas sikit, melting weh!” Sekali lagi lengan gebu Husniah menjadi sasaran Sarrah. Geram!
“Mengarut betul kau ni. Liar betul imaginasi kau!” “Eh, itu kira imaginasi baik apa? Liar macam
ni...” Husniah dekat bibirnya ke telinga Sarrah. “Dia peluk kau dan kiss-kiss. Dah tu kau pun terlemah dalam pelukan dia... Auwww...” Terus terhenti bisikan nakal Husniah. “Gila bisa jari kau. Dapat parut ni, kau kena top up hantaran kahwin aku nanti,” bebel Husniah.

Sinopsis Siti & Polis Comel - Mini novel yang ohsem. Genre rojak. Nak kata seram tak seram tapi Siti boleh nampak hantu. Percintaan suwit muit tak jugak tapi Polis Comel mampu membuatkan sesiapapun jatuh hati. Misteri... ada sikit. Thriller pun ada... sebab tu cerita ni ohsem. (Sangat sesuai buat filem. gerenti pecah panggung 🤣🤣🤣 -status angkat bakul.)
“Siti... Siti Haida...”
Siti dah dapat agak siapakah yang memanggilnya. Dia buat tak tahu. Marah sangat dengan polis comel itu. Pagi tadi punyalah awal dia sampai sebab nak bersarapan bersama. Tapi sampai kafe buka, batang hidung lelaki itu dia tak nampak pun.
Tiba-tiba Siti terasa badannya ditarik kasar. Dia terkejut. Dalam sekelip mata dia sudah berada dalam pelukan Aizat. Jantungnya berdegup laju. Sebuah motosikal melintas dengan lajunya di hadapan mereka. Siti terkaku. Kalau dia tak ditarik Aizat, pasti dia sudah terbaring di tengah jalan.
“Lain kali hati-hati.” Aizat berbisik di telinga Siti.
Siti angkat muka. Matanya tak lepas daripada menatap wajah Aizat. Apa perkataan yang keluar dari mulut Aizat, dia tak dengar. Taufan Katrina campur dengan tsunami membadai hatinya. Aizat pun baru lepas solat agaknya. Muka putih bersih nampak berseri-seri. Alangkah bahagianya hidup kalau dia dapat bersuamikan lelaki begini. Dah tentu dia akan sayang hingga akhir hayatnya.
“Siti Haida!”
Siti tersedar daripada lamunan. Dia menjarakkan badannya daripada Aizat. Bahaya kalau dekat-dekat, nanti hatinya melompat keluar mencari hati polis comel. Dia harus sentiasa beringat, jangan jatuh cinta!

Thor Ragnarok (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik.. Lebih berwarna warni dan menghiburkan.. Thor dan Hulk.. Satu dewa petir, yang satu lagi raksasa hijau.. Pertembungan yang menarik.. Part mereka berkerja sama pun ohsem..
Jalan cerita dia agak simple dan boleh diteka kesudahannya.. Dengan lawak-lawak yang menarik antara mereka, cerita ini jadi tak berapa gelap.. Masih seronok ditonton.. 

Watak Hela tu pun menarik.. Tapi Sha lebih tertarik dengan watak Asgardian Skurge.. Bila dia terpaksa sokong penjahat demi kelansungan hidup.. Walaupun sebenarnya dia tak kejam.. Memang watak yang menarik.. 

Filem ini ada dua ending credit.. Memang kena tunggu sampai habis senarai nama tu baru keluar last ending credit.. Tapi kalau tak tengok pun takpe.. Tak berbaloi tunggu.. Hehehe.. 

 

 

 Karl Urban as Skurge

Wednesday, November 29, 2017

Justice League (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua.

Spoiler alert!!

Yeah!! Dah tengok cerita Justice League.. Pendapat Sha, ceritanya pendek sangat.. Hehehe.. Paling suka bila Superman jeling masa The Flash lari tu.. Yang tu memang ohsem..
Gabungan hero-hero yang agak menarik.. Sebab Batman tak ada kuasa yang dasyat selain bantuan gadjet dan kekayaan beliau.. Tapi dengan bantuan beliau mereka bersatu.. Watak The Flash nampak kebudak-budakkan.. Ending credit dia boleh lumba lari dengan Superman memang kelakar..
Masa Superman hidup balik tu, pada Sha menakutkan.. Yelah.. Dah mati lepas tu hidup balik.. Tak ke seram.. Mujurlah ada senjata rahsia.. Tapi memang rasa macam kuasa Superman lagi dasyat lepas dia hidup balik..

Ending credit untuk filem ini pun ada dua.. Kena tunggu sampai hujung baru keluar pawagam.. Satu masa superman lumba lari dengan The Flash.. Satu lagi Lex Luther lepas penjara.. Jahat sungguh si Lex ini.. Filem yang best.. 

California Steak And Steamboat

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Hari Sabtu tu, saja keluar makan.. Mak gantung kuali.. Hehehe.. Sebelum ini pun Sha pernah share pasal kedai makan ini.. Boleh baca di SINI.. Kali ini memang makan dekat kedai.. Saja nak belanja anak-anak.. Memang menarik juadah yang disediakan.. Ada western dan steamboat.. Air dijual dengan harga paling mahal RM3 untuk jus buah-buahan.. Air seperti milo atau kopi hazelnut hanya RM1.80 sahaja untuk sejuk.. So tak adalah mahal sangat.. Masih affordable.. Kalau datang ke Tanjung Malim jangan lupa singgah ye.. Kedai ini berhampiran kampus lama UPSI.. 

Mushroom Soup RM4
Garlic Bread RM6 (1/2 dozens)
Memang sedap rasa roti dia walaupun makan begitu sahaja.. Mushroom Soup dia pekat dan sangat banyak cendawan.. Gandingan yang mantap..

Spaghetti Carbonara RM10
Lemak, pekat dan tidak muak.. Imani sangat suka makan yang ini.. Hampir habislah dia makan sorang..

Special Grill Chicken Chop RM10
Yang ini pilihan encik suami, walaupun nasi tu nampak macam sikit tapi encik suami kata memang kenyang dan sangat berbaloi.. Yang paling penting rasa dia sama je macam yang amani pilih.. Tak ada perbezaan langsung..

Grilled Chicken Chop RM10
Ini pilihan Amani.. Sha suka coleslaw dia tu sedap.. Habis Amani makan ayam dan kentang tu..

Celebration For Me

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Jarang sebenarnya dapat keluar betul-betul pada tarikh lahir Sha.. Kebetulan tahun ini dapat.. Memang ohsemlah.. Pagi-pagi lagi Sha dah rasa gembira bila berjaya menggembirakan seseorang.. Perasaan yang tak dapat diungkapkan.. Kemudian kami terus gerak ke Aeon Rawang.. Plannya memang nak tengok wayang dua filem, cari kasut dan beli buku.. 

Wayang tu satu Sha tebus birthday treat dari TGV sebab jadi ahli TGV siap dapat set popcorn dengan air.. Satu je Sha kena bayar.. RM22 untuk 2 tiket.. Memang berbaloilah.. Sebelum tengok wayang, kami pergi cari kasut Sha dulu.. Encik Suami nak belanja.. Sha beli Camel Active.. Masuk satu kedai je.. Pilih, cuba dan bayar.. Karang kalau masuk banyak-banyak kedai mulalah tak tahu nak pilih apa..

Lepas tengok Justice League, pergi makan dan solat.. Lepas tu baru sambung wayang kedua..
Habiskan masa berdua sebenarnya lebih menggembirakan berbanding diberi hadiah tapi yang tersayang tiada bersama.. Cara Sha dan suami memang mudah.. Keluar tengok wayang dan makan bersama.. Ini cara kami.. Sebab bila anak dah sekolah, masa untuk berdua sangat terhad.. 

Kasut encik suami belanja.. Alah membeli, menang memakai..

Buku ini sha belanja diri sendiri.. Siap buat kad Popular (3 tahun punya keahlian - Dapat dua keping voucher RM5) Total lost RM105.40 jimat RM22.60.. Untung juga sebab Popular tengah buat salekan.. Diskaun20% untuk sebuah buku dan ada buku tertentu diskaun 25%.. Untung tau.. Voucher tu satu je boleh guna.. Yang satu lagi dalam bulan Disember nanti..  Sha memang budget RM100 je untuk beli novel dan buat kad.. 3 novel seram.. Satu novel remaja dan satu novel komedi.. 

Tuesday, November 28, 2017

Mereka Yang Bertuah!!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tahniah!! Tahniah!! Tahniah!!
Anda adalah yang bertuah...
Maaf ye lambat sikit pengumumannya..
Terima kasih juga pada yang tak menang..
Jom tengok Siapakah yang bertuah tu..

  Komen Kedua.. Amer Ridzuan..

 Komen ketujuh - Mrs Pip

Komen ke Sebelas - SalbiahM

Komen yang paling banyak sehingga 11.59pm -27.11.2017 dari Mama Tisya..

Kepada semua yang bertuah, anda diberi pilihan untuk memilih hadiah, sama ada ingin Top Up RM10, Cash RM10 ataupun sebuah novel.. Novel boleh pilih dibawah.. Siapa cepat dia dapat ye..

 
Pilihan Novel
Sanctuaria oleh Shaz Johar
Bloody Hell: Kompilasi Kisah Seram oleh Sweet Lynn, Jeehan Mehnaz, Zahra Adry, Uu Syaurah
Kasih Bersulam Cinta oleh Rozita Abd. Wahab
Cintamu Nadiku oleh Norzailina Nordin

Update : Sila emailkan pilihan hadiah anda beserta butiran yang diperlukan untuk Sha bagi hadiah tu kepada anda di coklat.funky@gmail.com.. Dengan tajuk email "Bertuahnya saya." terima kasih.. 

RV: Resurrected Victims (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

 Cerita yang agak suspen jugalah.. Bayangkan orang mati hidup balik.. Kononnya nak balas dendam sebab pembunuh tak ditangkap/dihukum dengan setimpal.. 

Seorang pendawakraya yang kematian maknya telah dikejutkan dengan berita yang maknya dah balik ke rumah.. Bila dia sampai rumah, mak dia serang dia.. Dalam penyiasatan dia, ada seorang budak perwmpuan nie selalu muncul.. Siapa sebenarnya budak perempuan itu..? Siapa lagi seorang suspek yang bunuh mak dia.. Kenapa diorang tipu bukti yang ada.. 

Memang menginsafkanlah penamat cerita ini.. Bila peristiwa yang sebenarnya terjadi berpunca daripada pendawakraya tu sendiri.. 

Pembalut Buku & Buku Latihan

Assalamualaikum.. 
Hye semua..


Sha ada belikan buku latihan untuk Amani buat sepanjang cuti sekolah ini.. Bukan apa, sekadar memantapkan skil Amani.. Kebetulan dia duduk rumah pengasuh yang ada anak sekolah.. Sha minta tolong tengokkan Amani buat latihan.. Terutama sekali matematik dan Bahasa Inggeris..
Masa tengah tengok-tengok pembalut buku, Sha ternampak pembalut berwarna hitam dan juga kuning.. Macam menarik je.. Sha try beli yang warna hitam.. Pada Sha harganya agak berbaloi dengan ketebalan yang ditawarkan.. RM3.80 untuk satu gulung.. Kini plastik pembalut buku pun dah berwarna warni..

Sempatlah juga rembat dua buah komik yang dialih bahasa dari Jepun ke Melayu..
Komik seram.. Kikikiki.. 

Setelah buku dibalut menggunakan plastik pembalut berwarna hitam..
Masih lagi okay, nampak gambar dan tulisan cuma tak secerah plastik jernih..

Antara buku-buku latihan yang Sha beli.. Untuk Amani dan Imani.. Pembalut buku je teringat nak beli.. Salotapenya Sha lupa.. Hehehe.. 

Monday, November 27, 2017

The Last Vampire Princess/Guardians of the Night (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang sangat menarik.. Kisah vampire versi Rusia.. Hehehe.. Kali ini vampire mati kena cucuk kayu, cahaya matahari dan bawang putih.. 

Seorang pahlawan nak selamatkan puteri terakhir dari diculik untuk dijadikan korban supaya malam kekal selamanya.. Pengorbanan perlu dilakukan semasa gerhana.. 

Sesekali tengok filem dari negara lain memang menarik.. Cuma sarikata Bahasa Inggeris nya agak kelaut.. Kena pandai agak-agaklah apa yang diorang nak cakap sebenarnya.. 


Russian supernatural action horror film directed by Emilis Velyvis from a screenplay by Oleg Malovichko.
Moscow: Pasha, a young delivery courier, discovers that there are supernatural creatures such as vampires and werewolves living undetected in the metropolis and is recruited by the organisation tasked with keeping these beings under control…

Mula Menyediakan Kelengkapan Sekolah Amani & Imani

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Sha awal-awal lagi dah beli baju sekolah Amani.. Sebab memang encik suami dah sediakan tabungan untuk kelengkapan dan yuran sekolah amani dan juga imani.. Perancangan perbelanjaan ini memang kami sediakan awal-awal supaya tidak terbeban.. Encik suami menabung dari awal.. Kami beli kelengkapan Amani dua minggu sebelum sesi persekolahan berakhir.. Hanya tambah 6 pasang - RM19.80, 2 pasang kasut sekolah jenis sarung (1 - RM9.90 beli dekat Sakan, 1 lagi beli dekat pasaraya BB Kim Wah percuma kapur kasut) Baju Putih beli 4 helai, kain biru 1 helai, singlet dua helai (Sha beli dekat Tesco, murah dan kain pun okay - rm5 lebih je) dan 1 beg sekolah - RM26.90 di Sakan..

Ini perbelanjaan tambahan sebab ada lagi kain dan baju sekolah yang masih elok.. Stoking, kasut sekolah lama memang hancur.. Terus buang je.. Huhuhu.. Beg pula beli baru sebab beg yang beli sebelum ini macam besar sangat pula Sha tengok dia bawa.. Boleh juga baca perkongsian Sha di Entry Sharing is Caring : Keperluan Darjah 1..

Untuk Imani Sha beli selepas proses pendaftaran pra sekolah sebab tak tahu apa yang perlu dibeli.. Bila dah daftar barulah tahu.. Kami cuma perlu beli sendiri Kasut sekolah, stokin dan tudung untuk Imani.. Sha belikan stokin 6 pasang - RM19.80 dan kasut sekolah Sha beli RM9.90 sahaja di Sakan.. Sebab kebanyakkan masa Imani akan berada dalam kelas.. Kemungkinan untuk tahan sampai hujung tahun tinggi..

Ini antara kelengkapan sekolah Sha dah sediakan.. Alat tulis Sha tak beli lagi sebab nak survey dekat Mydin.. Sha ingat nak beli borong, lebih murah dan menjimatkan.. Tambahan pula Amani belum pandai jaga lagi peralatan tulis.. Amani ini murah hati.. Suka bagi kawan-kawan pinjam.. Kalau harga dekat Mydin tak okay baru Sha beli dekat kedai Eco (rm2.12)..

Pekakas Amani.. Tinggal nak beli alat tulis, bayar yuran sekolah agama dan buku-buku sekolah pagi..

Ini Imani punya..

Tips tambahan dari Sha, kena mula menyimpan duit dari awal tahun 2017 untuk membeli barang keperluan yang akan dipakai anak pada tahun 2018.. Barulah tak rasa terbeban dari segi kewangan.. Tambahan kalau anak ramai.. Perbelanjaan memang besar.. Semoga membantu..

Officially 34 Years

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah masih dipanjangkan umur..
Hari ini genap 34 tahun..
Huwaa.. dah tua..

Sempena ulang tahun kelahiran Sha..
Sha tak nak buat Giveaway tapi nak bagi juga korang hadiah..
So Sha akan pilih komen yang kedua, yang ketujuh dan ke sebelas untuk menerima hadiah misteri setiap sorang.. (Macam ramai je yang nak komen.. Hehehe)
Serta seorang pengomen paling banyak sehingga tengah malam ini..
Sha akan pilih pemenangnya pada hari ini jam 11.59 malam..
Jadinya silalah komen..
Mana tahu rezeki korang..
Terima kasih pada semua yang singgah blog Sha ini..
Pada pembaca senyap dan juga yang sering meninggalkan komen..
Tapan kamu semua blog ini sunyi sepi sahaja..

Semoga ukhwah kita berpanjangan..
I tengah dating tau masa ini..
Nanti kita bubuh dalam entry lain..

Sunday, November 26, 2017

Imani Daftar Pra Sekolah

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Hari ini Umani daftar pra sekolah.. 
Di sekolah yang sama dengan Amani.. 
Teruja dia nak bersekolah dengan kakak dia..

Imani disuruh terlibat dengan aktiviti mewarna sementara mak dan ayah dengar taklimat.. Dia boleh bantai menangis.. Mak hati kental.. Buat tak nampak je.. Lama-lama dia berhenti sendiri dan mula menwarna..

Cikgu bagi penerangan mengenai pembelajaran pra sekolah, Pra sekolah je pun tapi dah belajar subjek komunikasi, sains & teknologi, fizikal & estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohaniaan sikap & nilai u tuk menjadi insan seimbang.. Nampak tak betapa berbezanya budak zaman sekarang dengan zaman kita dulu-dulu..Penilain pun ada tau..  Gred diberi berdasarkan tahap penguasaan..  Ada tiga tahap.. Dah tak ada gred A, B, C..

Kemudian ada perlantikan jawatankuasa macam PIBG.. Sha hanya memberi sokongan untuk cadangan ditutup sahaja.. Hehehe.. Selepas selesai taklimat barulah Sha buat pembayaran untuk baju sekolah dan yuran aktiviti.. Semua sekali RM203.00, ini merangkumi 3 pasang baju sekolah RM84 (t-shirt putih berkolar, lengan panjang bertulis nama sekolah ada ada logo sekolah berserta seluar track biru gelap), baju sukan sepasang RM28(warna cikgu yang tentukan), 4 tanda nama RM6 dan yuran aktiviti RM85.. Tiada yuran bulanan.. Alhamdulillah selesai dah untuk Imani.. 

Muka mengantuk.. Campur malas nak layan mak..

Adegan menangis.. Imani memang nangis sungguh-sungguh.. 

Mula mewarna selepas puas menangis.. (Dia tak perasan Sha ambil gambar dia..) 

Yeah!! Dah siap warna.. 

Lukisan yang Imani warnakan.. 

Menang Giveaway Miakassim Dot Com 10 Tahun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam ada pengumuman pemenang oleh Blogger Miakassim..
Sebelum umum pemenang dapat hadiah apa..
Sis Mia umumkan top 7 dulu pada 24.11.2017..
Alhamdulillah.. Sha antara yang tersenarai...
Berdebar-debar scroll entry sis mia nie..
Bila nampak je nama blog Sha rasa macam nak menari hindustan.. Hehehe..

Terima kasih pada Sis Mia sebab pilih blog Sha..
Kepada kawan-kawan yang nak semak, boleh klik SINI..


 Blog Sha antara yang tersenarai di Top 7..
Alhamdulillah.. Rezeki Sha..

Alhamdulillah Sha menang RM50 dari Sis Mia..
Terima kasih Sis Mia..
Semoga makin murah rezeki sis.. Aamiin..

Jom berkenalan dengan Sis Mia..
Klik je gambar dibawah ini.. Jangan lupa follow beliau..

Pasar Buku Shah Alam #1

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Sha tak perasan pula mengenai Pasar Buku Shah Alam ini.. Semalam dah mula.. Masih ada satu hari lagi hari ini.. Sha memang tak berkesempatan nak ke sini.. Sekadar mampu berkongsi sahaja dengan kawan-kawan.. Mana yang ada di kawasan berdekatan bolehlah pergi..

Sabtu & Ahad ini (25-26hb), datanglah ke Pasar Buku Shah Alam di Blackbox @ SACC Mall. Masa dari jam 10pg hingga jam 10mlm..

BUKU SERENDAH RM5 SENASKHAH!!! #pasarbuku #pasarbukushahalam #bookfest #bookfair #books #literature #litfest #poetry #novel #author #writer #malaysia #read #nusantara #sastera #susastera #event #yes #discount


Jemput ke Diskusi Buku "Api dan Cahaya" oleh Fathi Aris Omar. Moderator diskusi : Mohd Rosli Ibrahim. 3 petang. Anjuran Inisiatif Buku Darul Ehsan dengan kerjasama Pasar Buku Shah Alam.

Saturday, November 25, 2017

Friday, November 24, 2017

#negarabukumega

Assalamualaikum..
Hye semua..

Negara Buku Mega
Tarikh: 24-26 November 2017 (60 jam tanpa henti)
Tempat: Kompleks Karangkraf, Shah Alam

#negarabukumega dah start dah..
Pagi tadi tepat jam 9..
Tunggu apa lagi.. Pergilah serang..
Boleh datang bila-bila masa..

30 Penerbit, 1000 Judul, 100 000 Buku untuk Dijual, 60 Jam Tanpa Henti, Semua Buku RM10! Buat julung kalinya Pesta jualan Negara Buku Mega menggabungkan 30 penerbit tempatan.

Ada novel cinta, buku agama, independent, travelog, masakan dan resepi, komik, seram dan buku kanak-kanak.

Antaranya ialah..

 Prolog media

55 judul buku terbitan Dubook Press dan semuanya berharga RM10 senaskhah.

 












Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com