Tuesday, July 31, 2018

Partners for Justice aka Forensic (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita ini jadi best pada Sha sebab watak polis lelaki yang jambu tu.. Nampak je jambu tapi handal gila bila nak tangkap penjahat.. Tu belum lagi part dia ngorat Stella.. kakakaka.. Sabar jelah..

Drama ini memang best sebab ada aksi penyiasatan.. Konflik perasaan pada watak utama dan juga kerjasama antara pendakwaraya, polis dan juga doktor yang buat autopsi terhadap mayat.. Penyiasatan dan perubatan merupakan dua cabang yang Sha suka dalam drama.. 32 episod tapi setiap episod dalam 28 ke 30 minit je.. Rasa macam panjang tapi sebenarnya pendek je..

To be continue la pula drama ini.. Dekat episod 32 tu dia bubuh "To Be Continue".. Maksudnya akan ada sambunganlah kan.. Harapnya kalau sambung akan kekalkan pelakon dan lebih bestlah..


Partners for Justice aka Forensic (2018) | Genre : Crime, Mystery 
Sinopsis: About a forensic doctor and prosecutor who work together to solve cases.

Isteriku Naik Hantu oleh Syikin Zainal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini cukup rencahnya walaupun bertemakan cinta namun penulis berjaya menyelitkan hubangan kekeluargaan dan konflik sampingan yang mewarnai novel ini..
Kisah Qarina yang mencintai Iqram sepenuh hati sejak zaman sekolah namun dikhianati dengan kawan baik sendiri.. Kecewa hingga menutup pintu hati.. Sehinggalah muncul Fareez yang gila-gila dan suka menyakat.. Tunggang terbalik hidup Qarina dibuatnya.. Beza umur antara Qarina (30 thn) dan Fareez (26 thn), tidak menghalang mereka untuk berkahwin.. Betullah bila cinta tu datang selepas akad dilafazkan, lebih manis dan melekat terus ke hati..
Konflik timbul antara mereka bila Iqram tak boleh terima perkahwinan Qarina dan Nelly yang memerangkap Fareez.. Dengan perangai poyo Fareez yang menyakitkan hati, buat Qarina berjauh hati dan mengambil keputusan yang kononnya membahagiakan semua pihak.. Berjayakah perkahwinan mereka diselamatkan?.. Kenalah baca, ye tak..

Sha baca pada 27.07.2018 dab selesai pada 28.07.2018..

Friday, July 27, 2018

Encik Montel Paling Sweet oleh Aini Effariza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tertarik untuk baca novel ini sebab tajuknya.. Encik Montel Paling Sweet.. Memang pasal Danial yang montel tapi ketika zaman persekolahan dan remaja je.. Kemudiannya Danial yang berkerja dah pun kurus cuma masih mencintai orang yang sama iaitu Kamelia.. Cinta Danial pada Kamelia bukan cinta biasa.. Tapi cinta yang setulus hati sehingga sanggup memberikan separuh hatinya kepada Kamelia yang mengidap penyakit Sirosis.. Berjayakah Danial menggapai impiannya untuk memiliki Kamelia??

Sha baca dan selesai pada 27.07.2018..

Thursday, July 26, 2018

Frankenstein (Edisi Bahasa Melayu) oleh Dali Fazuri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang lebih terasa debarannya dan juga sampai isinya bila membaca dalam Bahasa Melayu sebab Bahasa Melayu itu sendiri dekat dengan kita sebagai Orang Melayu.. Bukanlah nak cakap kalau baca Inggeris tak sampai.. Terpulang pada yang membaca.. Kikiki..

Kisah seorang genius yang cuba menjadi Tuhan dengan menghidupkan makhluk yang dihasilkan daripada cantuman mayat-mayat.. Bayangkan bila Victor tu gali, kumpul dan kerat-kerat mayat tu lepastu cantum-cantumkan.. Masa baca bahagian ini je boleh buat Sha meremang bulu roma tau.. Beza bila baca dalam Bahasa melayu dan Inggeris.. Tragedi bermula apabila makhluk itu mula menuntut kasih sayang penciptanya.. Memang tragedilah..

Sha baca pada 23.07.2018 dan selesai pada 25.07.2018..

(ebook - PNM e-Reader)
Published March 27th 2017 by Penerbit-X (first published 1818)

Proses Membuat Asam Keping

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haritu Sha ada cakap nak sharekan macam mana nak buat asam keping.. Lepastu terlupa la pula nak ambil gambar masa encik suami hiris-hiriskan buah asam gelugur ini.. Mujurlah mak pengasuh yang jaga Imani ada buat semalam.. Sha snaplah gambar.. Ini Sha tunjuk gambarnya dibawah.. Maklumat lain mengenai Buah Asam Gelugur/Asam Keping boleh baca di SINI..

 
Ini buahnya.. Sebelum dipotong, bentuknya begini..

 
Yang ini setelah dihiris, disusun dalam talam untuk dijemur bagi kering.. Biasanya proses ini akan memakan masa 3 sehingga 10 hari.. Bergantung pada ketebalan hirisan buah.. Lagi nipis lagi cepat dia kering..

Yang ini Sha punya.. Dah kering sebab potong nipos-nipis..

Wednesday, July 25, 2018

Hafizul Vs Husna oleh Tan Teck Hwa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Asyik baca novel je.. Kali ini saja je Sha layan komik keluaran Buku Prima.. Komik budak sekolah yang sweet dan menggeletek hati.. Serius teringat zaman persekolahan lah pula bila baca komik ini.. Kikikiki.. sesekali mengenang masa lalu, apa salahnya kan..

Sha baca dan selesai pada 23.07.2018..

Tauhu Begedil & Sandwich Blogger CikZa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Berjaya juga Sha rasa Tauhu Begedil dan Sandwich dari Blogger CikZa ini.. Selalu sangat duk lalu lalang dekat timeline Facebook dan Instagram sampai juling biji mata nengok.. Korang kalau tak caya boleh pergi terjah Blog, Instagram dan Facebook CikZa ini.. Memang boleh meleleh air liur tau tengok CikZa update pasal Tauhu begedil dan Sandwich beliau tu.. Kebetulan semalam Sha ke Perpustakaan Negara untuk pinjaman kelompok, terus set masa dengan CikZa.. Tanya boleh tak delivery ke PNM, bila CikZa bagi tahu boleh dan ada charge delivery.. Teruslah order tauhu dan sandwich.. Ini je masanya nak mencuba.. Lain kali dah tahu, bolehlah beli lagi kalau ke PNM..

Sha beli pek personal.. Ada 6pcs tauhu dan sambal hitam..

Tengok isi tauhu tu.. padat dan meriah.. Kuah kicap tu pula hitam memikat.. Memang kombinasi yang mantap..

Sandwich ayam.. Maaflah isinya dah tunggang terbalik.. kikikiki.. tapi rasa masih lagi terbaik..

Sebekas sambal hitam yang power buat stok.. kikiki.. Standby..

Tuesday, July 24, 2018

Redmi Note 4 Kepada Samsung J6

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry ini bukanlah entry menunjuk-nunjuk ye.. Sekadar berkongsi pengalaman dalam menggunakan telefon pintar.. Sha dah pakai Redmi Note 4 setahun..Sha beli puasa tahun lepas.. Tahun ini tetibe encik suami cakap Samsung ada keluar telefon pintar yang berbaloi nak dibeli.. Selalunya macam tulah.. Encik suami yang akan cadangkan telefon pinta apa yang sesuai untuk Sha pakai.. Kali ini Sha mencari telefon pintar yang boleh guna dua sim card dan juga ada extra slot untuk memory card.. Runsing bila kebanyakkan telefon pintar sekarang ini hybrid (1 slot simcard dan satu slot memory card).. Sha dah tak nak pakai tab Lenovo tu.. Buat berat beg je.. Kikiki.. Leceh kena guna dua telefon..

Bila encik suami layan drama Korea, dia ternampak telefon pintar yang digunakan pelakon-pelakon Korea tu.. Maka bermulalah kajian mengenai telefon pintar Samsung yang digunakan pelakon Korea tu.. Tu yang beliau cadangkan Sha untuk pakai Samsung J6.. Telofon pintar yang boleh guna dua simcard serentak dan ada slot lain untuk memory card.. Harga pun masih dalam budget Sha.. Kurang dari rm700.. Kira berbaloilah nak tukar..

Maka bermulalah misi menukar telefon pintar.. Sha bawa tab Lenovo Phab (2gb rom) untuk ditolak.. Harapnya kedai ambil dalam RM100 paling sikitlah.. Tapi bila tanya, memang tak fikir banyaklah sebab ditawarkan RM200.. Terus tolak dan ambil Samsung J6 complete set dengan memory card dan casing flip.. Redmi Note 4 tu Sha tolak dekat kawan pejabat dengan harga RM250.. Telefon tu masih okay.. Kalau Sha pakai maksimum memang boleh tahan bateri dia sampai 1 hari..

Samsung J6 ini pada Sha sangat berbaloi untuk dibeli.. Menawarkan spesifikasi yang Sha perlukan.. Antaranya kecik dan mudah digenggam.. 3gb Rom/32gb memory, boleh guna dua simcard serentak, ada figerprint scanner, pengecaman muka, warna yang menawan dan harga yang berbaloi.. Sha biasanya akan tengok kelebihan telefon dan harga berbanding jenama..

Sha beli pada 19.07.2018.. Sha cuma keluarkan RM350 sahaja setelah tolak Tab Lenovo (RM200) dan Mi Note 4 (RM250).. Tengoklah berapa lama pula bertahan..

Switch: Change the World (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama yang ohsem.. Walaupun 32 episod tapi setiap episod hanya 30 minit je.. Memang bestlah bila tengok penipu menyamar jadi pendawakraya dan cuba menangkap penjahat.. Bayangkan Pendawakraya bergabung dengan penipu semata-mata ingin menewaskan pejahat yang asalnya seorang polis.. Bukan senang nak tewaskan penjahat namun usaha yang berterusan pasti membuahkan hasil.. Kerjasama dan salin bantu membantu berjaya memberikan mereka kejayaan.. Sebab penjahat bukan sahaja diluar tapi didalam bangunan yang sama dengan mereka pun banyak.. Sha memang suka drama-drama macam ini.. Ada penyiasatan, seni menipu, jahat vs baik dan kerjasama..

 
Switch: Change the World Also Known As: Gongjakwang; King Peacock; Seuwichi: Sesangeul Baggweora | KDrama | Law, Drama | 32 Episodes |
Sinopsis: Scam a thousand dollars, and you are a thief. If the amount becomes a billion, you are a financier. Break a small promise, you become a conman. If you betray the trust of millions of people, you are a politician. If the law cannot punish those who have wronged thousands of lives, what can we do about it? In a society without righteousness, there needs to be a drastic measure taken inorder to catch the bad guys. An eye for an eye, and a conman for a conman. Oh Ha Ra, a young prosecutor, meets a man who looks exactly like her senior prosecutor, Baek Joon Soo. While looking for a double to replace Joon Soo, she meets an unordinary man named Sa Do Chan. Do Chan, a genius conman, puts his skills to use in order to catch the bad guys who know their ways around the law.


Monday, July 23, 2018

Kau Pertama Aku Kedua oleh Fitri Hussin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel yang sangat-sangat menarik.. Mengenai remaja sekolah dan persahabatan.. Kisah lima orang sahabat yang berkawan baik.. Mereka ialah Zamri, Tamrin, Beng, Mat Kartun dan Komeng.. Mereka hanyut dalam menempuh zaman remaja.. Berpeleseran, melakukan aktiviti yang tak bermoral, bergaduh, ponteng sekolah.. Mereka leka dengan keseronokkan sementara, namun begitu kesedaran datang juga.. Bila kebaikan semakin dekat, semakin banyak ujian yang datang mengganggu.. Persahabatan jadi taruhan dan pengajaran datang dalam bentuk yang tak terduga.. Namun mereka gagah melangkah menempuh cabaran.. Semuanya dengan sokongan dan kasih sayang keluarga..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2018.. Buku yang menarik untuk dibaca..

(ebook - PNM e-Reader)

Awek Mata Bundar oleh Abe Krambit

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini adalah pengalaman sebenar penulis.. Semuanya kerana tersalah tegur dan tersalah main mata.. Mohsin diganggu secara teruk dan menyeramkan.. Dimana-mana sahaja, Awek Bermata bundar itu akan memunculkan diri.. Sehinggakan ke tempat kerja, dalam rumah dan dalam kereta.. Bila Mohsin mula membongkar kematian Atikah si Awek Mata Bundar, ada cerita lain turut terbongkar.. Sampaikan nyawa mula menjadi permainan.. Dalam pada merawat diri, Mohsin telah tersalah tempat.. Gangguan berganda datang mengganggu.. Makin teruk Mohsin dibuatnya.. Bila manusia mencari keuntungan, orang lain yang menjadi mangsa..

Sha baca dan selesai pada 22.07.2018 dalam masa 2 jam sahaja..

Sambil membaca sambil makan nasi goreng dan minum teh o (perisa limau & halia).. 

Sunday, July 22, 2018

Imani & Action Song - Pertandingan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi, Sha bawa Imani ke pertandingan Karnival Bijak Pra Sekolah Peringkat Zon 6.. Sampai awal, malangnya pertandingan mula lambat.. Kesian dekat anak-anak terpaksa menunggu dengan lama.. Faham ajalah budak, bila lama menunggu mulalah buat perangai.. 

Imani dan kawan-kawanya dapat hadiah saguhati.. Alhamdulillah.. Walaupun persiapan dibuat dalam masa yang singkat namun kesungguhan cikgu dalam melatih anak-anak ini sangat Sha respect.. Pra Sekolah Imani menyertai kesemua pertandingan yang dianjurkan iaitu Action Song, Perkusi (main alat muzik dengan bahan terbuang), Azan, Hafazan, Nyanyian Solo, Bercerita Bahasa Melayu & Bercerita Bahasa Inggeris.. Memang terbaiklah..

Bila melihat ada juga anak-anak yang datang tanpa ibu bapa, kesianlah juga tapi kadang-kadang kekangan masa dan tuntutan kerja menghalang penglibatan ibu bapa ini.. Apa pun, Sha suka tengok anak-anak ini gembira walaupun dapat hadiah saguhati..

Imani dah di siapkan.. kikiki.. Suka dia..

Tengah menunggu giliran untuk persembahan..

Sementara menanti pengumuman pemenang, kita makan dulu.. Makan sendiri, tak nak disuap..

Yeah!! Terima hadiah.. Tahniah semua..

Sasar oleh Syaihan Syafiq

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Firstly, novel ini tak sesuai untuk bacaan bawah 18 tahun.. Sila pantau anak anda.. Sha baca sebab tertarik dengan gaya penulisan penulis ini.. Ini buku ke 4 tulisan beliau yang Sha baca.. Memang menarik.. Misteri, thriller dan sedikit seram..

Memang tersasar habislah tekaan Sha ketika membaca dan meneka apa sebenarnya yang cuba disampaikan penulis.. Tekaan awal pembacaan, pertengahan dan juga penamatnya.. Penulis menyampaikan isi Sasar dari sudut watak yang bertukar-tukar bagi setiap bab.. Menjadikan buku ini seronok dan begitu mengujakan untuk dibaca.. Cuma ada sesetengah babak agak kurang sesuai dibubuh.. Tak ada pun tak mencacatkan cerita.. Yang pasti berbaloi Sha baca..

Watak aku diawal cerita menyampaikan perasaan takut akibat ternampak sesuatu yang tak sepatutnya dari situ cerita pun bermula.. Dari watak Aku, beralih kepada watak Sha, watak mereka yang dibunuh dan watak yang membunuh.. Semuanya diterangkan dan kenalah pembaca cantumkan untuk mendapatkan jawapan..

Sha mula baca pada 20.07.2018 dan selesai pada 21.07.2018.. Yeah!!

(ebook - PNM e-Reader)

Saturday, July 21, 2018

Koleksi Buku Julai 2018

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang tak pernah lagi terlepas untuk beli buku-buku yang penulis ini terbitkan.. Kali ini buku yang Sha beli adalah koleksi cerpen seram bertajuk Seriau yang mana beliau bertindak sebagai penulis dan juga penyelenggara dan novel yang beliau tolong jualkan bertajuk Awek Bermata Bundar..

Kombo yang ditawarkan memang sangat-sangat berbaloi pada Sha.. Dua buah novel ini Sha beli dengan harga RM58 termasuk postage tau..

Inilah dua buku tu.. Selamat sampai ke tangan Sha pada 20.07.2018..
Seriau tu tebal tau.. Setakat ini memang Sha puas hatilah beli novel beliau.. Berbaloi dengan duit yang Sha keluarkan.. Korang kalau nak beli bolehlah mesej beliau di Facebook Tajul Zulkarnain II..

Thursday, July 19, 2018

Tempoyak Goreng

Assalamualaikum..
Hye semua..

Best betul jalan-jalan dekat blog Kak Farah.. Ada je resepi yang mudah dan senang nak dibuat yang Kak Farah Share.. Kali ini resepi tempoyak goreng.. Bila Sha buat, Sha akan olah ikut kesesuaian Sha.. Bukan apa, selera kita dengan selera orangkan tak sama.. Resepi asal boleh tengok di SINI..

Tempoyak Goreng
Bahan-bahannya:-
Minyak masak secukupnya untuk menggoreng.
 
1 biji bawang merah/besar
2 ulas bawang putih
8 tangkai cili api & 1 tangkai cili merah (boleh guna cili merah/hijau)

 
 Petai yang dah dibuang kulit. Tak nak bubuh pun takpe.. Terpulang anda.. Sha memang suka petai..

 
 Segenggam kecil ikan bilis, digoreng hingga rangup dan diketepikan.

 
 Tempoyak

Cara memasak:-

 
 Cili padi, Cili merah, Bawang merah dan bawang putih ditumbuk.. Nak kisar atau hiris sahaja pun boleh.. Terpulang..

 
 Panaskan minyak. Tumis bawang besar/bawang merah, bawang putih dan cili api yang dah ditumbuk. Boleh masukkan gula dan garam..

 
 Masukkan tempoyak dan kacau-kacau di atas dapur sehingga tempoyak masak dan bertukar warna.

 
 Masukkan petai dan biarkan sekejap..

 
 Akhir sekali masukkan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sekata. Angkat dan hidangkan.

 
 Sambal tempoyak goreng dah siap.. Bolehlah disimpan di dalam peti ais.. Sha buat banyak.. Bila nak makan, cedok dalam bekas lain dan makan dengan nasi..

Imani & Action Songs

Assalamualaikum..
Hye semua..

Imani terlibat dengan pertandingan Action Songs peringkat Sekolah.. Mula tu macam tak percaya je bila cikgu dia cakap, dia yang offer diri.. Bila dah tengok latihannya memang nampaklah dia bersungguh.. Tapi bebudak kan, ada la masanya macam main-main.. Disebabkan pertandingan dah dekat, Isnin dengan Selasa kelmarin Sha kena bawa Imani ke sekolah pukul 6 petang untuk latihan.. Layankan jelah.. Bukan selalu kan.. Tu belum lagi nak mencari Legging dan juga Inner hitam.. Jenuhlah nak pusing Tanjung Malim dan Slim River.. Pertandingannya dah dekat pula itu..

Action Songs ini "Children's Music that Calls for Movement, Participation and Dance"..
 
Berlatih atas pentas sebab hari ini (18.07.2018) nak buat persembahan.. Latihan last sebelum pertandingan..

Wednesday, July 18, 2018

Melayu | Suri Ram (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini bukanlah berani sangat.. Tapi drama ini macam menarik lah pula.. Kisah pasal Suri yang boleh melihat makhluk halus.. Suri ini tak berapa suka bergaul dengan masyarakat namun tak menolak bila diminta membantu orang kampung yang dalam kesusahan.. Suri ini memang nampak misteri je bila tak nak bergaul dengan orang kampung dan suka menyendiri tapi baik hati.. Selalu ditemani Akhbar pemuda bisu.. Setiap episod hanya 25 minit je.. Hantu pun berbeza dalam setiap episod.. Setakat ini baru tengok 7 episod.. Suri masih lagi mencari diri dia..

Drama ini ditayangkan di Astro Prima/Astro Maya HD..

Baca Online di Portal Ilham

Assalamualaikum..
Hye semua..

Baru ini Sha baca novel online Lelaki Langit Bumi dekat Portal Ilham.. Memang best.. Jadinya Sha akan cuba singgah setiap dua atau 3 hari sekali untuk tengok bab baru.. Bila tak ada bab baru, sajalah usha-usha cerpen dan novel lain yang ada dekat Portal Ilham itu..

https://www.portalilham.my/

Antara cerpen/novel yang Sha berjaya baca ialah:-
 Walaupun ada kekurangan, tatabahasa tunggang langgang, namun ceritanya menarik.. Kalau ditulis semula pasti akan jadi lebih baik.. Cuma olahan cerita itu perlu diperincikan..

Pendek, padat dan menyeramkan.. Serius.. Kalau tak caya, gilah baca.. Hohoho..

Seram Bersiri oleh Ruby Annas
5 kisah seram dengan 5 tajuk berbeza.. Menarik dan puas dibaca..

Tuesday, July 17, 2018

Diari Mat Despatch: Naluri Ayah oleh Bahruddin Bekri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Diari yang sempoi dan mengujakan.. Ada 5 siri untuk Diari Mat Despatch ini.. Buku yang Sha baca ini buku kelima.. Pasal naluri seorang ayah.. Ayah kepada Mat Despatch ini.. Memang menarik bila penulis menerangkan sisi seorang ayah yang menyayangi anaknya namun tidak tahu macam mana mahu meluahkan perasaan itu.. Sangat seronok dan bermanfaat..

Kita selalu sangka yang ayah tak sayang kita, tapi sebenarnya mereka tak tahu macam mana nak luahkan perasaan itu.. Itu je..

Sha baca pada 13.07.2018 dan selesai pada 16.07.2018.. Padahal nipis je buku ini.. Tapi banyak gangguan kan tu yang lambat habis.. Gangguan berbentuk makanan.. Hahaha..

(ebook - PNM e-Reader)

Berenang Bersama Sepupu

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila sesekali balik kampung dan berjumpa dengan sepupu, apa lagi jomlah mandi kolam.. Kikiki.. Bebudak mana yang tak suka air kan.. Anak buah Sha yang lelaki tu baru setahun umurnya.. Tengah mbuk berjalan.. Bila dapat main air dengan Amani dan Imani, kena buli dengan Imanilah dia.. kikiki.. Abang sado tapi diam je bila Imani buli dia.. Teruja nak balik rumah atuk sebab ada Sepupu, kolam dan basikal.. Siap tidur dalam kereta sepanjang jalan sebab nak main puas-puas rumah atuk..

Patutnya Sha berbekam.. Tapi sebab sampai dah lewat, tak jadilah.. Lepas berbekam, memang kena rest sekejap.. Badan tu penatkan sebab keluarkan darah.. Lain kalilah baru berbekam..

 
15.07.2018

Monday, July 16, 2018

Buku Nilam Amani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila ada anak sekolah, setiap hari kena ingatkan pasal kerja sekolah.. Tambah kalau hari Jumaat, lagilah sebok.. Mana nak suruh anak basuh kasut sekolah.. Nak pantau buat kerja sekolah lagi.. Amani memang Sha akan suruh basuh kasut sekolah petang Jumaat.. senang kalau hujan pun ada dua hari untuk kasut kering.. Kerja sekolah pun macam tu.. Jumaat malam memang Sha suruh buat bagi siap.. Sebab Sabtu & Ahad kadang nak berjalan, nak tengok kartun.. Senang..

Jumaat (13.07.2018) Sha dah ingatkan Amani suruh siapkan kerja sekolah.. Amani cakap tak ada kerja sekolah.. Cuma nak isikan buku NILAM (Program ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca atau Program NILAM) je.. Kena bubuh 15 buah buku cerita.. Dari hari Jumaat suruh buat sampailah ke hari Ahad, tak siap-siap.. Memang Ahad tu membebel-bebel lah Sha.. Sebab Ahad tu nak balik kampung hantar MIL.. Sambil tolong Amani isi buku NILAM, sambil Sha membebel.. Mak mak kan memang kuat membebel.. Kikiki..

Bila tanya betul-betul, rupanya buku NILAM tu dari awal tahun hari tu dah kena isi, tapi Amani tak beli.. Amani baru je beli hari Jumaat hari tu.. Bayangkan sepatutnya dalam buku NILAM tu dah ada 45 buah buku cerita punya maklumat.. Kena buat dalam masa 2,3 jam.. Memang tak siaplah.. Dapat buat dalam 20 buah je rasanya.. Kat rumah mana ada sangat buku kanak-kanak.. Sha tak beli sangat sebab Amani tak pandai nak jaga lagikan.. Karang kalau isi novel-novel Sha, mau tergamam cikgu nengok buku NILAM Amani.. kikiki..

Amani ini kalau ikutkan memang rajin membaca sebab Sha rajin pinjam buku kanak-kanak dari Perpustakaan tempat kerja Sha.. Cuma dia tak bagi tahu kena isikan dalam buku NILAM je.. Kalau tak memang lebih 45 buah dah..

 

Apakah itu Program NILAM?
‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan penggabungan atau adunan semua aktiviti galakan membaca yang pernah dijalankan di sekolah dengan memberi pengiktirafan yang sesuai. Pelaksanaan program ini meliputi penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun dan markah dikumpulkan secara kumulatif sehinggalah mereka tamat persekolahan.
Program ini ialah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia dengan matlamat untuk membina tabiat membaca di kalangan murid. Bahagian Teknologi Pendidikan ialah urus setia di Kementerian Pelajaran yang ditugaskan untuk menyelaras program ini. Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah dengan rasminya pada 1999, melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Kementerian Pelajaran Malaysia Bil.13/1998: Program Membina Tabiat Membaca bertarikh 22 Mei 1998.
Sumber dari SINI..

Koleksi Pinjaman Buku di PNM e-Reader

Assalamualaikum..
Hye semua..

Agak-agak bosan baca buku fizikal, sha beralih pada PNM e-Reader.. Walaupun kepuasan membaca tu tak maksimum macam pegang sebuah buku, namun Sha tetap membaca.. sekarang ini momentum membaca macam perlahan sangat.. Ini tengah cari momentum balik ini sebenarnya.. Itu yang cuba belek-belek PNM e-Reader.. Kotlah ada novel atau buku yang menarikkan.. Sha pinjam buku-buku dibawah ini..

Ada novel yang dialih bahasa, ada novel sains dan ada novel islamik..
Saya, Sherlock & Lupin (Babak Terakhir Opera) oleh Irene Adler
Diari Mat Despatch: Naluri Ayah oleh Bahruddin Bekri
Frankenstein - Edisi Bahasa Melayu oleh Dali Fazuri
Jihad Mardina oleh Fida Rohani
Opera Angkasa oleh Nazri M. Annuar
SASAR oleh Syaihan Syafiq

Sunday, July 15, 2018

Sambal Tempoyak Udang Petai

Assalamualaikum.. 
Hye semua.. 

Disebabkan semalam Sha dapat tempoyak, petang tu juga Sha gi cari udang dan petai..  Sha pun apa lagi, cubalah buat Sambal Tempoyak Udang Petai.. Alhamdulillah, cubaan pertama menjadi.. Cumanya Sha pakai cili kering kisar, bukan cili padi tumbuk.. Tapi sedap juga.. Kikiki.. Sambil menaip ini pun telan air liur.. Sedap.. Memang sedap.. Kalau tak, tak adalah encik suami puji.. Kikiki.. 

Sambal Tempoyak Udang Petai
Bahan-bahannya:-
1/2kg Udang
4 papan petai (dikopek)
2 sudu besar Tempoyak
Cili kisar (cili kering, bawang merah, bawang putih & halia) 
Serai

Cara Memasak:-
Tumis cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan tempoyak dan biarkan mendidih.. Setelah mendidih, bolehlah masukkan petai, udang dan serai.. Jangan lupa bubuh garam, gula dan sedikit air.. Supaya sambal tak terlalu kering.. Biarkan hingga udang masak.. 

Bahan utama.. Petai, tempoyak & udang.. 

Tumis cili kisar sampai naik bau.. 

Masukkan tempoyak dan biar mendidih.. 

Kemudian masukkan udang dan petai.. Perasakan dengan garam dan gula.. Boleh tambah air sekiranya sambal nampak terlalu kering.. 

Dah siap.. Marvellous.. 

Durian Kampung

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Alhamdulillah.. Memang rezeki Sha dapat pengasuh anak yang baik.. Sha beli durian kampung 10 biji dengan harga RM50.. Pergi ambil dekat kampung pengasuh di Felda Trolak, Perak.. Siap dijamu makan 3 dulang durian.. Puas makan durian.. Dah lama tak merasa makan durian..

Memang betul-betul rezeki.. Bukan saja dapat durian siap dapat buah tangan lagi.. 

10 biji ini RM50
Kalau ikutkan, Sha minta untuk beli 10kg (sekilo RM5) tapi yang ini encik suami bawa, katanya dekat 15kg..

Dapat pula lagi dua biji durian baru luruh dari pokok.. 

4 biji asam gelugur ini diberi sebagai buah tangan.. Inilah yang dihiris nipis-nipis untuk dijadikan asam keping.. Nanti Sha buat, Sha share dalam blog ye.. 

Sebekas tempoyak (bekas taufufah yang standard tu) 

Sebungkus asam keping.. 

Nikmat Allah mana lagi yang nak kau dustakan.. Sha doakan semoga keluarga pengasuh anak Sha ini dimurahkan rezeki dan dikurniakan kesihatan yang baik.. 

Talam pertama yang dihidangkan.. Tak lama lepas tu keluar talam kedua dan ketiga bersama cekodok durian.. Memang puas makanlah sampai nampak durian je lepas tu.. Kikiki.. Kenangan 14 Julai 2018..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com