Saturday, September 30, 2023

Goodreads | September 2023

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan ini Sha membaca dengan laju sebab terjumpa ebuku yang menarik.. Semuanya nipis dan tak memakan masa yang panjang.. Malah jalan cerita pun menarik dan mengujakan.. Bulan ini memang fokus pada ebuku, ada satu sahaja novel fizikal yang Sha baca..







7E Cafe | Red Bean Mooncake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha ini memang peminat kuih bulan.. Bila nampak 7E jual, memang terujala nak beli.. Biasanya kalau inti kacang merah ini jaranglah tak sedap.. 7E punya ini tak terlalu manis, crust diapun tak tebal, pastu ada biji melon juga dekat inti kacang merah tu.. Lembut je kuih bulannya.. Memang layanlah.. Makan pula bersama secawan kopi.. Pergh!!

Red Bean Mooncake - RM8.90

Comelkan.. Corak 7Eleven tu..

Inti kacang merah yang penuh dan tak terlalu manis..

Goodreads | Reading Challenge 2023 Completed

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Cabaran membaca tahun ini selesai lebih awal dari tahun lepas.. Kalau tahun lepas, Oktober baru Sha berjaya selesaikan, tahun ini September dah selesai.. Kalau ikutkan boleh selesai lagi awal tapi biasalah.. Emosi suka ke laut dalam.. Kalau mood membaca datang, memang laju je pergi dia tapi kalau emosi ke laut dalam.. Jenuhlah nak habiskan walau satu buku.. Selalunya kalau emosi tak menentu memang Shatak pandang buku sebab tak ada maknanya.. Tersangkut dekat muka surat 1 je lah tak gerak-gerak.. 

Tahun depan tak tahulah nak bubuh berapa dekat sasaran.. Macam nak kurangkan sasaran.. Nak cuba buat sesuatu yang baru pula.. 


Selesai sudah..

ebook | Momen oleh Qurratul 'Ain

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kumpulan cerpen ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu Gospel dan Momen.. Kedua-duanya dipersembakan dengan menarik namun agak susa sikit untuk Sha fahami.. Namun masih enjoy dibaca.. Layan puisi sesekali mampu buat otak berfikir dengan keras tambahan pula membaca sambil mendengar alunan muzik.. Memang asyik..

Published January 1, 2020 by Kata-Pilar Books

Friday, September 29, 2023

Temujanji Implant

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini, akhirnya berjaya juga Sha dapatkan temujanji untuk Implant setelah hampir setahun lebih tak berjumpa doktor.. Tarikh akhir temujanji Sha pada Oktober 2021.. Kikiki.. Lama betul.. Semuanya sebab PKP dan Covid-19.. Sebelum ini Sha dah cuba dapatkan tarikh untuk jumpa doktor dari klinik desa tapi tak berjaya.. Jadinya Rabu (27.09.2023) lepas, Sha terus telefon Klinik Ibu dan Anak untuk ambil tarikh.. Alhamdulillah dipermudahkan.. Sha risau juga sebab bulan Oktober ini dah patut tukar implant baru.. Biasanya memang kena jumpa doktor dulu sebelum boleh beli implant.. 

Awalnya masa Sha sampai, tak ada doktor pakar..  Nurse suruh ambil darah dan urine dulu untuk hantar ke makmal.. Tapi masa menunggu lepas dapat keputusan makmal tu, tiba-tiba doktor pakarnya sampai.. Nurse suruh tunggu untuk jumpa doktor pakar.. Bila dah jumpa doktor pakar, barulah dapat keputusannya.. Keputusan darah dan urine okay tapi doktor minta untuk datang semula minggu hadapan untuk ambil darah sekali lagi tapi kena puasa dulu.. Kemudian jumpa balik doktor untuk review keputusan darah, buka implant dan pasang implant.. Ini pemasangan akhir Sha untuk implant.. Lepas ini kita akan guna cara lain pula.. huhuhu..

Berat turun 1.2kg.. kikiki.. 

ebook | Godcentric 2: Lari Dari Langit oleh Abeben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku kedua ini meneruskan kisah bagaimana Sky boleh tercampak ke bumi.. Dunia yang kononnya akan elok sekiranya penghuninya tidak beragama, tetap kucar kacir.. Selagi namanya manusia, memang mustahil tak ada perasaan pentingkan diri.. Di bumi, Sky dan Arjuna mula menghadapi tentangan dari Tok Syifak yang tak sukakan sains Sky.. 

Sha baca dan selesai pada 26.09.2023..

Published November 1, 2018 by Buku Puris

Ahmad Tea | Raspberry Indulgence

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memng suka teh hitam dari Ahmad Tea ini.. Tambah yang berperisa.. Selalu memnag Sha beli Ahmad Tea : Fruit Tea Selection je.. Ada 4 perisa tapi tu lah.. Anak-anak tak minum yang Lemon & Lime Twist tu.. Jadinya Sha cuba beli rasa yang lain.. Rasa buah Raspberry dia tak adalah kuat sangat tapi Sha suka.. Raspberry ini ada rasa dan bau macam ubat.. kikiki.. Tapi sedap je bila digabungkan dengan teh hitam tu..

Ahmad Tea: Raspberry Indulgence (20 tea bags) - RM11.00

Selalu bancuh satu jug guna 1 uncang.. Minum panas best, minum sejuk pun best..

Thursday, September 28, 2023

ebook | Godcentric: Utopia Yang Cacat oleh Abeben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku pertama ini membawakan cerita mengenai Arjuna dan Sky yang baru pertama kali bertemu.. Ada imbas semula kejadian bumi yang musnah dan tak boleh diduduki sampai manusia kena duduk dalam bahtera yang belayar di langit.. Mereka yang duduk di dalam bahtera, tidak dibenarkan menganuti sebarang agama demi mengelakkan pergaduhan.. Namun dalam masa yang sama ada juga Arjuna yang berada di bumi dan melalui kehidupan dalam keadaan beragama..

Sha baca dan selesai pada 26.09.2023..

Published October 1, 2018 by Buku Puris

Korea | Beauty Water (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dengan tagline Perfect beauty ... at your cost.. Memang naya.. Seram bila manusia terlalu taksub nak jadi cantik dan sempurna.. Diri merasakan disayangi bila cantik tapi terseksa.. Hanya kerana inginkan cantik Yae-ji sanggup melakukan apa sahaja supaya tidak dipandang hina.. Namun tanpa Yae-ji sedar, bukan hanya dia yang taksub dengan kecantikkan.. Ada yang memburu dirinya untuk dijadikan trofi..

Beauty Water
Original title: Gigigoegoe seonghyeongsu
2020 ‧ Animation/Drama/Horror/Thriller ‧ 1h 25m
Director: Cho Kyung-hun
Writer: Lee Han-bin
Beauty Water, the most terrifying summer horror stories about people who just wanted to be beautiful.

ebook | Squad Relik: Tablet Tamadun Mesopotamia oleh Angel_k20

Assalamualaikum..
Hye semua..

Idea penulis memang menarik.. Tapi tu lah.. Pergerakan dari babak ke babak agak mengelirukan, penulis tidak menceritakan dengan baik hubungkait babak sebelum dengan babak seterusnya.. Tahu tahu je dah kat sini.. Awalnya terpisah, eh tiba-tiba dah jumpa.. Tapi masih seronok dibacalah sebab kisah pengembaraan dari zaman berteknologi ke zaman lampau.. 4 watak utamanya pun sempoi je .

Sha baca dan selesai pada 25.09.2023..

Published July 24, 2022 by Bookiut

Wednesday, September 27, 2023

7E Cafe | Golden Starlight Mooncake

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebenarnya kek bulan ini Sha dah lama nampak.. Cumanya macam nanti-nantilah beli tapi Rabu hari tu 7E buat promosi bayar untuk satu tapi dapat dua.. kikiki.. Jadinya Sha rasa berbaloilah nak beli.. Sha beli yang Golden Starlight Mooncake dulu sebab yang ini yang paling mahal.. Bila dapat duatu, tak adalah ralat sangat.. Alhamdulilla rasa dia, okaylah.. Untuk Sha, memang bestlah sebab rasa dia tu bergabung cantik je dengan telur kuning tu.. Lepas tu tak ada bau hanyir telur.. Biasanya tak ramai yang suka kalau ada telur kuning asin tu, tapi Sha suka..

Golden Starlight Mooncake - RM12.90

Okaylah saiz dia..

Besar kuning telur masin tu..

Iklan dalam apps 7E..

ebook | Eternal After oleh Hiznawa

Assalamualaikum..
Hye semua..

Naaul anak yang tak diingini hanya kerana kekurangannya.. Hidjpnya penuh thriller.. Nayla pula dibenci hanya kerana mengikuti kehendak si adik.. Kedua-duanya hidup dalam kelukaan dan mereka bertemu untuk saling merawat.. Bukan mudah melalui kehidupan dengan kekurangan kasih sayang namun mereka bersama untuk merawat kelukaan.. Sedih dan agak menyentuh ceritanya..

Sha baca dan selesai pada 24.09.2023..

Published February 1, 2022 by Evanotes Publication

Menang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Sha tersenarai sebagai salah seorang pemenang di Keputusan Pemenang Birthday Giveaway FarhanaJafri.com.. Lepas tu Farhana ada tinggalkan komen untuk minta details Sha.. Petang lepas Sha bagi details, Farhana maklumkan ada beli kan sesuatu untuk Sha.. Semalam petang hadiahnya selamat Sha terima.. Cantik gila..

Terima kasih Farhana.. Semoga dimurahkan rezeki dan dipermuda semua urusan Farhana.. Aamiin..

Komen dari Farhana..

Sehelai tudung bawal yang comel dan cantik.. Lembut.. Suka Sha dengan warna dia..

Update: Lama tak pakai tudung bawal.. Yeah!! Skil masih mantap.. kikiki.. Tq Farhana, anak-anak Sha cakap, Sha muda bila pakai tudung ini.. kikiki..

Wordless Wednesday 2023

Tuesday, September 26, 2023

US | Til Death Do Us Part (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Punyalah ganas diorang berlawan dan bergaduh.. Lelaki lawan perempuan kot.. Paling tak menahan bila yang perempuan tu berlawan dengan memakakai baju pengantin.. Gila betul.. Mula tu macam keliru juga kenapa perempuan tu lari dari perkahwinan dia dan pengapit lelaki cari perempuan tu.. Bila tengok perempuan tu membunuh sorang demi sorang baru faham jalan cerita dia..

Til Death Do Us Part
2023 ‧ Action/Comedy/Horror/Thriller1 ‧ h 49m
After running away on her wedding day, a bride must fight for survival against her vengeful fiance and seven deadly groomsmen. In the ultimate showdown, the groomsmen soon discover that she has no intention of going back to the life she left behind.

ebook | Konspirasi Nusantara oleh Syauqie M.K.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Syok betul baca.. Macam tengok filem penyiasatan..

Buku kedua ini membawakan kisah satu kumpulan jenayah terancang yang telah beralih arah dari misi sebenar.. Kumpulan ini telah menjadi tamak dengan hasil yang mereka dapat dan mula melakukan jenayah membunuh.. Safwan tak menyangka langsung yang dia akan terlubat dengan konspirasi jenayah yang menggunakan agama sebagai topeng.. Bila Safwan nyaris terbunuh, dia mula menjauhkan diri dan melakukan pentiasatan sendiri saat surat amaran sampai ke angan dia.. Dalam masa yang sama, Arisya diminta memantau Safwan bagi mendapatkan maklumat mengenai kumpulan tersebut.. Mereka akhirnya berkerjasama membongkar satu konspirasi besar melibatkan banyak negara hanya kerana seorang manusia yang gila..

Sha baca pada 23.09.2023 dan selesai pada 24.09.2023..

Published November 16, 2022 by Mazlan bin Kassim

Korea | Moving (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini kan.. Hero dia seorang pelajar sekolah yang tak adalah handsome atau kurus.. Tapikan kerekter dia tu.. Sweet, comel dan memang boleh buat kita yang tengok ni tersuka.. Walaupun agak berisi tapi Bongseok ini senang terapung bergantung pada emosi dia.. Jadinya mak dia memang pastikan badan dia berisi pada skla berat tertentu.. Setiap hari dia kena bawa beban tambahan supaya kekal berada padatarikan graviti bumi.. 

Drama ini awalnya bercerita mengenai anak-anak yang ada kuasa istimewa.. Pergelutan dalam melalui kehidupan biasa dan juga sikap mak ayah mereka.. Dalam masa yang sama ada juga cerita pasal ejen istimewa yang dah tak lagi bertugas tapi dalam bahaya sebab ada pembunuh upahan yang ditugaskan untuk membunuh mereka.. Sha ingatkan dia keluar semua episod sekaligus tapi rupanya tak.. Episod awal-awal ini banyak sweet-sweet.. 

Masuk episod 10 sampai episod 19, memang makan hati, sakit hati.. Semualah ada.. Peperangan orang dewasa, yang jadi mangsa pelajar.. Memang ganas gilalah bila tengok mereka yang ada kelebihan saling berlawan.. Sesak nafas dibuatnya.. Yang jahatnya, mereka yang mempergunakan manusia-manusia berkobolehan ini..

Drama: Moving
Also Known As: Mubing
Director: Park In Je
Screenwriter: Kang Full
Genres: Action, Thriller, Mystery, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 20
Aired: Aug 9, 2023 - Sep 20, 2023
Aired On: Wednesday
Original Network: Disney+, Hulu
Duration: 60 min.
Kim Bong Seok, Jang Hee Soo and Lee Gang Hoon attend the same high school. They look like ordinary students, but they have special abilities that they inherited from their parents.

Kim Bong Seok has the ability to fly, while Jang Hee Soo has excellent athletic abilities and is able to rapidly recover from injuries, like being shot or stabbed. Lee Gang Hoon has uncanny power and speed.

These three students try to hide their special abilities from other people, while their parents struggle to protect them from being used by other people.

~~ Adapted from the webtoon “Moving” (무빙) by Kang Full (강풀). ~~

Monday, September 25, 2023

ebook | Crystall Realms: The Legendary Princess oleh Elsaleeza

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cerita fantasi yang menarik mengenai dunia kristal.. Walaupun adakekurangan dari segi tatabahasa, namun masih boleh difahami.. Sha juga rasa enjoy baca..

Kisah puteri raja yang terpaksa membesar di dunia manusia demi keselamatan diri mereka namun tanpa mereka kerahui, salah seorang dari puteri tersebut telah diletakkan kuasa jahat.. Walaupun mereka berada didunia manusia namun kejahatan tersebut terus bersama puteri tadi.. Bila mereka kembali semula ke negara mereka, kejahatan datang menuntut.. Bukan mudah untuk mereka melindungi negara bila terpaksa mengorbankan salah seorang dari mereka..

Cerita ini tamat dengan sedih.. huhuhu..

Sha baca dan selesai pada 22.09.2023..


Published January 1, 2021 by ZeeA PRODUCTION

US | Blue Beetle (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hahaha.. ohsem filemnya.. Sempoi gila masa dia bertukar jadi Blue Beetle tu.. Masa mula-mula dia nak bergabung dengan scarab tu, memang kelakar gila.. Bila dah dua kali bertukar baru hero tahu nama scarab tu Khaji-da.. Sempoi je jalan cerita dia, perisai dia pun cantik dan kemas cuma bila sut atau perisai dia hilang, hero tu tak berpakaian.. hahaha.. Lepastu kan masa hero kena tangkap dan kemudiannya berjaya bergabung dengan Khaji, dia kena rebooting dulu baru boleh on perisai.. Memamng kelakar.. Hero diselamatkan oleh Nana dia.. Memang lain macamlah hero kali ini.. Lebih sempoi..

Blue Beetle
2023 ‧ Action/Adventure/Sci-Fi/Thriller ‧ 2h 10m
Jaime Reyes suddenly finds himself in possession of an ancient relic of alien biotechnology called the Scarab. When the Scarab chooses Jaime to be its symbiotic host, he's bestowed with an incredible suit of armor that's capable of extraordinary and unpredictable powers, forever changing his destiny as he becomes the superhero Blue Beetle.

ebook | Sindiket - Sebuah konspirasi oleh Syauqie M.K.

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu penyiasatan yang mendebarkan.. Awal hingga akhir cerita memang Sha syak Riaz sebagai penjenayah.. Tapi ada satu ketika, Sha jadi ragu-ragu namun Sha singkirkan keraguan tu.. Memang tak beralih dah Sha punya tekaan tu.. kikiki.. Tapi tetaplah tersasar.. Memang tak sangkalah dengan penjenayahnya.. Motif dia mudah je, dendam dan benci.. Penindasan yang berterusan menyebabkan penjenayah mengambul keputusan untuk menjadi penghukum.. Hakim dan Arisya tersasar bila emosi mengganggu profesion mereka, mujurlah akhirnya mereka berjaya menangkap penjenayah yang membunuh dan membongkar identiti sebenar penjenayah..

Sha baca dan selesai pada 22.09.2023..

Published November 16, 2022 by Mazlan bin Kassim

Sunday, September 24, 2023

Dutch Lady 0% Fat Yoghurt Drink: Cranberry Blueberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Rasa dia macam ubat sikit.. kikiki.. Tapi okay je.. Imani suka, Sha je lah tak berapa minat.. Masa Sha beli ini, tengah sale.. Murah gila, tu yang beli.. Layankan anak-anak..

Dutch Lady 0% Fat Yoghurt Drink: Cranberry Blueberry (700ml) - RM4.49

ebook | Silat Boy #2: Dua Aliran oleh Ben Wong, Ben

Assalamualaikum..
Hye semua..

Boy yang terjatuh ke dalam gaung rupanya tercampak ke dunia asing dan melihat perlawanan diantara dua pahlawan.. Malah Boy turut diserang makhluk pelik.. Salah satu pahlawan tu telah diserang bisa namun berjaya mengalahkan pahlawan yang jahat.. Pahlawan yang diserang bisa telah menyalurkan tenaga dalamannya kepada Boy.. Boy berjaya pulang ke dunianya bersama seekor mahkluk peluk tapi Boy perlu merahsiakan tentang kebolehannya berlawan.. Komik tamat dengan pertembungan diantara Boy dan seekor cicak besar..

Sha baca dan selesai pada 22.09.2023..

Published May 31, 2019 by Komik-M, PTS Media Group Sdn Bhd

McD | Omelette Wrap with Hash Browns & Chicken Sausage

Assalamualaikum..
Hye semua..

Makanan yang ini Sha rasa lebih sedap dan puas dimakan sebab sosej ayam tu besar tak macam yang sebelum ini.. Cuma tu lah tak ada sayur.. Kalau tambah sayur, rasanya lebih sedap dan puas dimakan kot.. Tapi memang kenyanglah.. Kalau nak beli lagi pun, Sha akan pilih yang ini..

Omelette Wrap with Hash Browns & Chicken Sausage - RM11.60

Sama je macam sebelum ini.. Tak ada sayur.. Isi dia chicken sausage, wrap, hash brown, sos dengan omelette..

Saturday, September 23, 2023

ebook | Magika Puteri Legenda: Dunia Walinong Sari oleh Arif Zulkifli

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awal tu agak perlahan pembacaan sebab font buku ini.. Tapi bila dah mula, rasa seronok tu datang dari isinya.. Tapi bila sampai penamat, rasa hampa.. huhuhu.. Bersambung rupanya buku ini.. Banyak persoalan yang masih belum terjawab.. 

Kisah Aja yang kehilangan ibunya hingga menyebabkan hubungan Aja dan ayahnya jadi tak berapa baik.. Mereka terpaksa kembali ke kampung bila nenek Aja kemalangan dan disini sesuatu yang pelik mula terjadi.. Aja berjumpa dengan seorang perempuan yang mengaku dirinya adik mak Aja.. Nenek dan ayahnya diculik.. Aja mengembara ke dunia lagenda..

Sha baca dan selesai pada 21.09.2023..

Published September 13, 2022 by Bookiut

7E Cafe | Chocolate Soft Serve (Cone)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berbaloilah pada Sha dengan harga dia tu.. Rasa coklat yang mewah.. Lepas tu saiz dia pun memang puas hatilah makan.. Kon dia tu pun sedap tak kosong tu yang best tuh.. Suka Shabila dapat makan aiskrim yang sedap pada harga berbaloi.. Memang boleh belanja anak-anaklah..

Chocolate Soft Serve (Cone) - RM2.90

McCafé | Ice Blended Chocolate Coconut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi minuman dari siri kelapa oleh McD.. Kali ini kelapa campur coklat.. Best sebab rasa dia tak pelik malah sedap.. Lebih ohsem bila ais tu dikisar halus tak seperti Coconut Blended yang Sha beli sebelum ini.. Sedut dengan penuh nikmat gitu.. kikiki..

Ice Blended Chocolate Coconut - RM13.11

ebook | K-Pop Girl: Atiny Yang Tabah oleh Natasha Mazya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aduh!! Meleleh air mata baca cerita ini.. huhuhu.. Kisah bermula dengan Rin yang kemalangan bersama bapanya.. Bapa Rin meninggal dan Rin lumpuh separuh badan.. Adik Rin, Rayyan pula buta dan kini ibu Rin perlu berkerja bagi menampung perbelanjaan mereka.. Sudahlah kurang upaya, Rin ditinggalkan sahabat baiknya dan diperlekehkan semasa ditempat kerja.. Rin mendapat kekuatan dari adiknya Rayyan dan juga kumpulan kegemaran Rin iaitu Ateez.. Hinggalah satu hari bila Rin memuat naik rakaman dia menyanyikan lagu Ateez yang telah diterjemah ke Bahasa Melayu, hidup Rin mula berubah..

Sha baca dan selesai pada 20.09.2023..

Published March 22, 2023 by Bookiut

Friday, September 22, 2023

France | Sentinelle (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua.. 

Filem yang kelakar walaupun sebenarnya serius.. Kisah seorang anggota polis yang tak berapa bijak dan dalam masa yang sama sebok nak jadi penyanyi.. Penyiasatan pun ala kadar je.. Suka buat macam serbatahu tapi tak fokus langsung.. Bayangkan masa dia stake out, orang yang patutnya dia pantau mati kena bunuh dan dia sibuk menyanyi sebab tetiba dapat ilham.. Memang kelakar sangat.. Sudahnya bila staf dia dapat cari orang jahat yang sebenar, dia tak percaya dan pecat staf dia.. Tapi akhirnya kebenaran terbukti depan mata.. Mujur sta dia sempat datang, kalau tak memang mati kataklah..

Sentinelle
2023 ‧ Action/Comedy/Crime ‧ 1h 39m
François Sentinelle has two lives. By day he is the most famous police officer on Reunion Island, known for his harsh methods and flowery shirts, who chases criminals in his 4x4. But the rest of the time, he is also a charismatic singer.

ebook | Spy Hunter oleh Ejart14

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah seorang pejuang muda yang tersepit diantara kebenaran dan kebatilan.. Apa yang harus dilakukan bila dia diarahkan untuk mengintip dan melakukan misi kerosakkan di negara yang ingin ditawan sedangkan negara sendiri sudah cukup kekayaannya.. Demi nafsu, rakyat yang tak bersalah menjadi mangsa.. Bukan mudah menegakkan kebenaran hingga terpaksa menjadi pengkhianat..

Sha baca dan selesai pada 20.09.2023..

Published March 24, 2023 by Bookiut

Malaysia | Telefilem 6 Hari (2020)

Asslamualaikum..
Hye semua..

Filem ini agak menarik pada Sha.. Kisah dua orang manusia yang pernah melakukan kejahatan namun kemudiannya terpisah bila salah seorangnya ditangkap polis.. Suzi yang terlepas akhirnya berkahwin dan meneruskan kehidupan.. Faiza muncul semula selepas 8 tahun di depan mata Suzi.. Dalam tempoh 6 hari mereka bersama, Faizal menegur kekhilafan Suzi dan Suzi juga memperbetulkan Faizal.. Namun antara mereka suda berakhir..

JUDUL : 6 HARI
WAKTU SIARAN : Sabtu, 13 Jun 2020. 9:00 malam
SIARAN TV : Astro Ria & Ria HD / Citra & Citra HD
PENGARAH : Yusry Abdul Halim
Lakonan : Lisa Surihani, Yusry Abdul Halim, Neelofa, Dato Aaron Aziz.
Suzi (Lisa Surihani) adalah isteri ketiga yang bahagia berkahwin dengan seorang ahli perniagaan yang berjaya, Ismal (Aaron Aziz). Suzi tinggal bersendirian di sebuah banglo, kerana suaminya hanya pulang setiap 6 hari untuk menghabiskan masa dengan isteri-isteri yang lain. Semuanya kelihatan normal sehingga suatu hari bekas teman lelaki Suzi, Faizal (Yusry A. Halim) datang mengetuk pintu.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com