Showing posts with label Lifestyle. Show all posts
Showing posts with label Lifestyle. Show all posts

Tuesday, June 27, 2017

Pasar Pagi Behrang Stesen

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berkongsi info dengan semua..
Pasar Pagi Behrang Stesen selalunya ada pada setiap hari Jumaat.
Bermula seawal jam 7 pagi.
Setiap Selasa Pagi..
Pelbagai jenis jualan yang ada.
Dari barang basah, pakaian, sayur-sayuran sehinggalah ke makanan dan barang keperluan dapur.

 

 

 

Sunday, May 15, 2016

Terima Kasih Nur Amani

Assalamualaikum..
Memang terkejut sangat bila Amani buatkan frame untuk Sha..
Sempena Hari Ibu katanya..

Sabtu 07 Mei 2016
Detik bersejarah Amani dan Sha..
Terima kasih Nur Amani..


 Frame yang Amani buat..

 
Ada kata-kata juga di bahagian belakang...

Terima kasih Nur Amani...
Cahaya kesejahteraan Mak dan Ayah..

Sunday, May 1, 2016

WOOP - Pure Beauty

Assalamualaikum...
Hai kawan-kawan semua..
Jom Sha share dengan semua aktiviti yang menarik dari WOOP.
WOOP dengan kerjasama Watsons telah melancarkan WOOP Pure Beauty.
Dekat sini dia tawarkan produk Pure Beauty, syarat yang paling penting..
Kena ada Kad Ahli Watsons.

http://purebeauty.woop.my/?friend=1019  

Konsep dia sama je macam WOOP cuma produk dia dari Watsons.
Produk kecantikan..
Ada Big Mission yang bagi point banyak..
Ada Daily Mission, yang ini kena rajin jenguk untuk jawab..
Tidak semestinya hari-hari tapi sesekali jenguklah..
Walaupun point dari Daily Mission nie sikit tapi sikit-sikit, lama-lama jadi banyak..
Daily Mission nie lagi senang.

Kalau Big Mission cam susah sikit..
Contoh macam dekat bawah ini.
 
Tengok point yang dia bagi tu.. 600 beb..

 
Tapi susah sikitlah..
kena print voucher dulu..
Lepas itu, pergi Watsons bila produk Pure Beauty guna voucher itu.
Kemudian ambil gambar resit pembelian dan upload.
Lepas dia sahkan baru dia bagi 600 point tu.

 
Ini antara daily mission yang kena jawab.
Masa jawab daily mission ini dia akan suruh kita pilih trial kit produk Pure Beauty.
Dapat barang free lagi.. Ohsem kan? 
Jawab soalan-soalan ini je, Sha dah dapat kumpul 500 point.
Mudahkan..

 
Ini rewards yang Pure Beauty tawarkan.
Watsons point.

 So.. Tunggu apa lagi..
Jom joint..

Tuesday, March 29, 2016

Menambah Usaha Demi Kesihatan

Assalamualaikum..
Sebelum nie Sha ada cerita mengenai usaha Sha dalam menurunkan berat badan kan..
Boleh baca entry Sha Bila Ais Ku Tinggalkan (Kepada yang nak tahu detail, boleh pm tepi)
Alhamdulillah.. Semakin banyak perubahan..

So untuk terus membantu Sha kekalkan momentum kesihatan,
Encik Suami telah membelikan Sha alat senaman seperti gambar dibawah..
Harga bagi keduanya ialah RM610..
Murah, ringan dan mudah dipasang..

Encik Suami pasang sendiri jer..
Satu basikal dan satu stepper..

Sambil-sambil layan hindustan kita mengayuh..
Sambil tengok konsert kita main stapper..

 Fitness Exercise Bike Bicycle

 Cardio Twister & Stepper Fitness Machine Gym

Beli pada 22.03.2016
Suami pasang pada 23.03.2016
Start guna  24.03.2016

Saturday, March 12, 2016

Bila Ais Ku Tinggalkan

Assalamualaikum...
Hye semua..
Tajuk gempak kan..
Hehehe..

Sebenarnya sejak 03.03.2016 yang lalu, Sha dah x minum minuman berais..
Kenapa?? Tambah-tambah musim panas sekarang nie kan..
Mesti pelik kan kenapa Sha x lagi minum minuman berais..
Well.. Demi kesihatan yang semakin serius tidak berapa bagus..

Sebenarnya semakin lama semakin bertambah berat badan Sha nie..
Risau pula rasa hati sebab semakin cepat penat..
Semakin malas dan semakin lemau..
Bajupun banyak yang dah semakin mengecil.. hehehe..
Kebetulan aritu ada check gula dalam darah, pergh!! seram owh..
Serius menakutkan.. so kena mula amalkan pemakanan sihat..
Tapi tulah, disiplin kurang.. Makanya terpaksalah gunakan bantuan ubat..

Demi mendapatkan stamina balik, maka Sha mencuba sejenis produk nie..
Produk nie katanya untuk meningkatkan metabolisma..
So, demi membakar lemak-lemak yang semakin terkumpul Sha pun cuba..
Pantang untuk ubat ini hanyalah ais.. Dan kena banyak minum air masak..
Tu je.. Kira oklah kan..

Alhamdulillah, ubat nie serasi dengan Sha.. Hari pertama Sha makan dah terasa..
Badan berpeluh-peluh dan dahaga jer.. Makan pun x banyak dah..
Pergh memang rasa macam dalam sauna.. Ohsem tu..
Ais memang x usik la.. Alhamdulillah masih lagi bertahan sehingga sekarang..
Yang paling ketara ialah bila adik Sha tegur hari ini (11.03.2016)
"Eh.. perut ko dah x buncitlah kak.. X macam sebelum nie.. Macam org pregnant"
Pergh!! Masa nie rasa cam nak lompat bintang jer..
Seronok ya amat.. Alhamdulillah..
Sehingga 09.03.2016 Sha telah berjaya buang 2.5kg...
Semoga terus maintain dalam usaha mengurangkan lemak dan berat di badan ini...

Chayoookk!!! Chayooookk!! U can do it..

Seriously.. meninggalkan minuman berais adalah cabaran terbesar buat Sha..
Sebab dah menjadi kebiasaan kan.. pantang pun x rasa macam nie..
Semoga terus bersemangat..

Thursday, January 21, 2016

Pesanan Untuk Ibu Bapa

Assalamualaikum...
Perkongsian bersama..
Semoga kita sama-sama bertolak ansur dan memahami..

Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)
Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)
Pesanan untuk ibu bapa (dan diri sendiri)

Terima kasih cikgu!!

Tanamkan dalam hati bahawa;

1. Anak kita bukan baik sangat.
Walau kat rumah dia taat, dia mungkin nakal dibelakang kita. Jadi dia mungkin lawan cakap cikgu, pukul kawan dia, dan buat pelbagai perkara yang kita tak jangka.

2. Bukan anak kita sorang aje kat dalam kelas tu.
Kita kat rumah paling banyak anak 6 atau 7 orang. Itu pun kita tak mampu nak beri perhatian pada semua. Anak cakap banyak sikit kita dah suruh diam. Just imagine kita ada anak kembar seramai 40 orang. Macam tu lah apa yang cikgu alami sewaktu mengajar anak-anak kita.

3. Anak kita juga pandai menipu.
Jangan percaya sangat dengan cerita-cerita anak kita. Dia mungkin menipu. Tak kiralah seyakin mana kita dengan kesolehan dia, dia mungkin menipu. Siasat dan jangan cepat melatah. Nanti kita yang malu. Tidak ada salahnya meletakkan sedikit keraguan pada anak kita.

4. Anak kita layak dimarah.
Anak kita bukan malaikat. Dia tidak sempurna. Dia pasti melakukan banyak silap. Dia perlu dididik. Character dia di rumah dan di sekolah tak sama. Dia mungkin sangat annoying waktu di dalam kelas dan kita takkan tahu itu. Jika dia dimarah, itu tandanya gurunya sedang mendidiknya.

5. Ingat semula kenapa kita hantar dia kesekolah.
Untuk dia jadi diva kah? Sampai tak boleh diusik.
Untuk dia jadi samseng? Sampai tak boleh dijentik.
Untuk dia jadi biadap? Sampai tak boleh dididik.

6. Dia sedang dididik. Dengan cara yang kita suka, mahupun tidak suka.
Jika tak boleh terima orang lain didik dia dengan cara yang tak sama dengan didikan kita, jangan hantar dia ke sekolah. Kita tak boleh harapkan orang ikut cara kita. Cara kita tak semestinya betul.

7. Kita tak mampu berikan semua ilmu yang diperlukannya.
Kita perlukan guru2. Kita mungkin pakar kimia, tapi kita tak tahu matematik, geography, biology dan sebagainya. Kita mengharapkan guru2 itu mencurahkan ilmu kepada anak kita. Hormati mereka.

8. Duit bukan segalanya.
Kita mungkin kaya. Tapi duit tak mampu jadikan anak kita sempurna. Duit tak boleh membentuk akhlaknya. Dia perlu didik, diajar, dibentuk. Baru dia mampu menjadi manusia.

9. Kita tak mampu membentuknya seorang diri.
Anak kita perlu dilatih hidup dengan masyarakat. Dia perlu diajar bagaimana menghadapi dunia yang ganas di luar sana. Dia perlukan sekolah sebagai langkah pertama untuk memahamkan dia bagaimana untuk survive di dunia ini. Guru2 itulah yang akan membantu kita membuatnya melihat dunia. Beri guru2 itu ruang untuk membantu kita.

10. Kita bukanlah orang yang paling betul dalam dunia.
Cara guru dan kita mungkin berbeza. Tapi pengalaman mereka mendidik memang kita tak mampu menandinginya. Paling hebat kita didik 6 7 orang anak kita sendiri. Mereka dah didik 6 7 orang anak sendiri dan beratus malahan beribu anak-anak orang lain yang mereka didik seperti anak-anak mereka sendiri.

11. Jangan sombong dengan guru-guru. Allah sebut darjat mereka tinggi di dalam Al Quran.
Mereka bukan sahaja bekerja kerana gaji, tapi mereka melakukan amal jariah dengan memberi ilmu yang bermanfaat kepada ribuan manusia, dan amal ini allah kira sahamnya walaupun setelah mereka meninggal dunia.
Amal kita?

12. Ilmu anak kita takkan berkat tanpa redha gurunya.
Tanamkan itu dalam peribadi anak-anak kita. Yang 11A tapi jika biadap dengan guru belum tentu berkat ilmunya, belum pasti tenang hidupnya. A kurang tak apa. Asalkan tak kurang adabnya. Biar berkat ilmunya. Kejayaan akan datang dalam pelbagai cara.

13. Guru2 sentiasa mengingatkan anak kita agar hormat ibu bapanya.
Ibu bapa sentiasa menjadi sentimen utama yang digunakan oleh guru2 untuk menasihati anak-anak kita. Mengapa kita tak boleh buat perkara yang sama? Satu sahaja, kerana kita rasa kita lebih bagus dari segenap segi daripada guru2 anak-anak kita.

Berlapang dadalah.
Ilmu itu bukan bilangan A.
Tapi apa yang anak kita dapat untuk dia jadikan panduan bagi menjalani kehidupan di dunia dan juga diakhirat.

Tepuk dada, tanya hati.

sharing is caring


Pesanan ini Sha perolehi dari Facebook Zuera Burn.

Saturday, December 5, 2015

Majlis Anugerah Amani 5 Tahun

Assalamualaikum..
Alhamdulillah.. Sabtu (21.11.2015) telah berlangsung Majlis Anugerah untuk Nur Amani.
Amani buat persembahan bersama rakan-rakan seusianya..
Seronok dan bergembira mereka..
Maka, tamatlah sudah sesi persekolahan..
Terima kasih pada semua Ustazah, Cikgu dan Teacher yang telah mencurahkan ilmu buat Nur Amani. Jumpa lagi tahun 2016.

Wednesday, December 2, 2015

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul

Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... 
Ramai yang Selalu Tersilap!

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox
anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.


Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.

JANGAN TUKAR GEAR "P" DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila
berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse
akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah
hijau lama & kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak
dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau
cepat rosak.

Kaedah yang betul semasa berhenti di traffic light:
1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:
1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P > R ,
R > P
R > N
N > R
D > L/D2
L/D2 > D

2. jangan sesekali tekan antara
N > D
D > N
D > D3
D3 > D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear.
Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak
tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat
di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear
terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke
gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear,
kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum
berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran
mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan
tombol gear.

p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang
kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang 
lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat

Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking
Digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda.
gear akan disekat.jadi kereta anda takkan bergerak walaupun
handbrake tak ditarik.

R - reverse
Untuk mengundur kereta anda

N - neutral
Jika dalam posisi menunggu traffic light atau traffic
jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, 
gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive
Penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya
butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. 
gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi
mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak
akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear
gear pertama

Semoga Bermanfaat untuk Semua.
Info diperolehi di SINI

Tuesday, December 1, 2015

Penyakit Batu Karang

Penyakit Batu Karang

Air kencing kita mengandungi garam galian yang telah hancur. Jika garam ini terlalu pekat, garam berlebihan bertukar menjadi keras dan dinamakan 'batu'. Batu karang yang besar boleh menyekat pengaliran air kencing dan menyebabkan jangkitan dan adakalanya dinamakan renal colic - sakit teruk di sekeliling buah pinggang hingga ke bahagian kelengkang. Sesetengah orang yang mengalami batu karang tidak merasakan apa-apa tanda, ada pula terlalu sakit dan keradangan. Ubat melegakan sakit atau pembedahan diperlukan untuk membantu pesakit. Batu ini juga dipecahkan dengan rawatan ultrasound tanpa memerlukan pembedahan.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:
  • Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

  • Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

  • Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

  • Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

  • Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang).

  • Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang.

  • Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

  • Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

  • Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

  • Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air.

Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Boleh baca dengan lebih detail di SINI.

Monday, November 30, 2015

27 November

Assalamualaikum..
Bertambah lagi usiaku..
Alhamdulillah masih lagi sihat dan ceria bersama keluarga tersayang..
Sempena my bufday..

Bufday Card yang pertama diterima pada 16.11.2015

Hadiah bufday

Yang nie je x dapat tebus..
Kekangan masa dan tiada citer menarik..
huhuhu...


Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang mengirimkan ucapan sama ada di Blog, FB, Insta mahupun WhatsApp...
Sesungguhnya ingatan kalian amat saya hargai..
semoga kalian sentiasa berada dalam rahmat Allah..

Masalah kencing Kotor

Assalamualaikum..
Mesti ramai yang pernah menghadapi masalah kencing kotor ini kan..
Meh sha share sikit pasal masalah ini..

Kencing Kotor
Saluran kencing merupakan sistem penapisan badan kita untuk membuang segala sisa cecair. Air kencing bergerak dari buah pinggang melalui tiub kecil yang dikenali sebagai ureter ke pundi kencing, di mana air kencing itu disimpan. Air kencing akan keluar dari badan kita melalui saluran uretra.

Jangkitan saluran kencing (UTI) merupakan keradangan saluran kencing. 80% daripada kes-kes ini adalah disebabkan oleh kuman bakteria Escherichia coli (E.Coli)

Bakteria ini boleh menyebabkan:
Jangkitan bahagian bawah saluran kencing atau jangkitan pada pundi kencing yang dikenali sebagai sistitis.

Jangkitan yang lebih serius ialah di bahagian atas saluran air kencing atau jangkitan pada buah pinggang yang dipanggil pielonefritis. Keradangan uretra atau uretritis.

Kaum wanita adalah lebih mudah mendapat UTI kerana saluran uretra mereka lebih pendek dari lelaki, menjadikan bakteria lebih mudah merebak naik ke sistem saluran kencing. UTI jarang berlaku di kalangan kaum lelaki.

Tanda dan Gejala
  • Kerap terasa hendak membuang air kecil tetapi gagal untuk mengeluarkan air kencing yang banyak.
  • Terasa sakit dan pedih ketika membuang air kecil. 
  • Air kencing mengandungi darah, berkabut atau berbau busuk. 
  • Terasa tidak selesa di bahagian bawah abdomen. 
  • Terasa sakit ketika melakukan hubungan seks. 
  • Demam dan seram sejuk.

Komplikasi

Jika jangkitan ini tidak dirawat di peringkat awalnya, ia boleh membawa kepada penyakit pielonefritis, apabila bakteria merebak naik ke buah pinggang.

Jadi pastikan minum banyak air masak dan jangan tahan kencing ye. Sekiranya rakan-rakan mempunyai gejala-gejala seperti di atas silalah dapatkan nasihat dan rawatan dari doktor.

Saturday, November 21, 2015

Skipping dan Kesihatan

Assalamualaikum..
Senaman tu penting sebenarnya dalam kehidupan kita..
Namun kemalasan dan sikap suka bertangguh selalu menjadi penghalang..
Cewah.. cewah.. macam pakar motivasi la pula..
Mulai hari ini (14.11.2015) Sha kena bina semangat balik untuk bersenam..
Badan dah makin malas dan berat.
En. Suami kata senang penyakit datang bertandang..
Tali skipping ini belinya dah lama, hari ini baru nak berskipping..
Skill dah hilang.. huhuhu.. sedihnya..

Dulu sha lah juara skipping siap boleh skipping ke belakang..
Kena dapatkan balij momentum.. kena bagi badan rungan semula..
Yakin boleh.. 

Nasihat sha pada kengkawan.. Walaupun 5 minit sehari, kita kena bersenam.. tak kisah lah apa pun.. Even menari poco-poco pun boleh.. Janji kita mahu bersenam.. Keluarkan peluh-peluh bagi badan rasa sihat..

Jom Bersenam..
Harapnya janganlah hangat-hangat tahi ayam je..
Kebaikan skipping..

 
Murah je.. x sampai 10 ringgit.. 

Bila Imani Menonton Filem Hindustan

Assalamualaikum..

Imani..
My second daughter.
Banyak akal dan kerenah ini..
Kalau menangis memang dasyat..
Tapi bila dengar je lagu hindustan mesti senyap..
Suka tengok filem hindustan sama nie..
hehehe..
Masa mengandungkan Imani, saya memang gemar dengar lagu hindustan..
X sangka pula Imani pun minat Hindustan..
tengoklah aksi dalam gambar di bawah..

 
Menonton Kuch Kuch Hota Hai 

Sunday, October 25, 2015

Nasi Saye

Assalamualaikum..
Mohle kita food hunting.. Cari makanan lain, junpa makanan lain.. Yang penting rasa dia terangkat..

Nama je dah unik.. Nasi Saye.. Kata abang yang jual nie, asalnya dari Nasi Wok @ Nasi Umi.. Dia dah ubahsuai tu yang jadi Nasi Saye..

Rasanya memang Aweaome.. Mungkin sebab gabungan dua jenis gulai tuh kot. Tapi memang bestlah.. Puas hati makannya. Sekarang nie ada promosi RM3 sebungkus, sehingga 30 Oktober 2015. So, apa tunggu lagi, gilah cuba..

Lokasinya berhadapan dengan BHL Computer, Taman U di Tanjung Malim.


Dua jenis gulai yang digabungkan.

Inilah dia rupanya.
Nasi + gulai + ayam berempah + sambal cili + timun = Nasi Saye

Thursday, October 22, 2015

Review - Homemade Soap oleh Kathy's Homemade Soap

Assalamualaikum..
Homemade Soap..
Wangi.. Best di pakai..
Tapi bukan sha yang pakai..
Belikan sabun nie untuk En. Suami..
Tapi seriously bau dia memang awesome..

Testimoni dari pemakai iaitu En. Suami.
"Best pakai sabun nie, sebab lepas bilas dengan air masih rasa kelembapan di kulit tak macam pakai sabun biasa. Kelembapan dia lagi best dari sabun cecair yang memang ada pelembap. Bau dia wangi dan menyegarkan."

Sha beli sabun jer.. Lemon Grass
Gambar ehsan dari Cik Alia..
Biasalah bila dah excited sangat nak bagi kat En. Suami, lupa nak snap gambar.

Bukan hanya untuk dipakai sendiri..
Kalau nak buat doorgift pun boleh..
Cantik-cantik tau design dan warna dia..

Kalau nak cuba bolehlah hubungi Cik Alia kita 
di IG : @kathyshomemadesoap
call Alia di 0133363775

Wednesday, October 21, 2015

5 Ciri-Ciri Ini Membuktikan Anda Ibu Yang Paling Cool & Trendy Di Dunia!

Assalamualaikum..
Sahabat-sahabat semua..

Apakah dia?
Salah satunya ialah Senaman Zumba Bersama..
Memang selalu kami lakukan bersama..
Gunakan muzik yang mampu menarik minat mereka..
pasti mereka akan seronok berzumba bersama kita..
Memang awesome.. Sambil berseronok bersama anak, dapat juga mengeluarkan peluh kita..
Apa lagi ye??

Jom kita tengok..





Jadi tunggu apa lagi jom berseronok bersama anak-anak

Tuesday, October 13, 2015

Wall’s Magnum White Almond

Assalamualaikum..
Akhirnya.. Berjaya gak beli White Almond nie..
Dah lama mengidam tau..
Rasanya okay okay sahaja..
Pendapat peribadi sha White Almond nie x sesedap yang coklat..
Namun begitu tetap sedap dimakan..
Rasanya yang mewah dan almond yang banyak..
Memang marvelous..
Sekali lagi Rewards for myself...
Magnum : White Almond

Magnum : White Almond

Saturday, October 10, 2015

Jom Makan Roti

Assalamualaikum..
Kita sembang pasal roti..
Saya memang penggemar roti coklat jenama Gardenia. Biasanya kalau beli memang xkan beli perisa lain.
Tapi baru-baru ni terpengaruh dengan En. Suami yang begitu asyik makan roti blueberry, maka saya pun cuba. Pergh!! Best rupanya.

Makan cenggitu je. Sedap.
Makan roti blueberry bersama Neslo pun best dan layan..
Saya suka roti blueberry keluaran Masimo dan juga Mighty White.
Rotinya lembut dan gebu.. Krimnya x terlalu manis dan mewah rasa blueberrynya.



Rasa Blueberry yang mewah dalam roti ini membuatkan ianya sedap dimakan.
Masimo menggunakan jem blueberry dan krim secara berasingan dan menghasilkan rasa yang sangat mengancam.
Manakala Mighty White pula mencampurkan krim dan bueberry pada adunan yang sekata dan mampu memikat selera anda.


Selain blueberry, saya dah mula mencuba roti dengan filling yang berbeza.. Antara yang mendapat perhatian saya ialah 100% Whole Wheat Strawberry (Masimo).  Yang ini agak mengenyangkan kerana menggunakan roti whole wheat.

Selain yang diatas, roti dengan filling kopi juga mula menarik minat saya. Rasa kopi yang mewah dan harum membuatkan jiwa bergetaran. Cewah!! Kemain lagi ye.

Friday, October 9, 2015

Ayam Pedas Kimchi

Assalamualaikum..
Hari tu sha ada share pasal Kimchi yang sha belikan.
Jadinya hari ini sha nak share resepi menggunakan Kimchi.
Resepi ini simple dan ringkas.

Ayam Pedas Kimchi
Bahan-bahan

1. Ayam potong kecil dan gaulkan bersama kunyit dan garam.
2. Bawang Besar separuh dihiris nipis.
3. Cili merah sebatang dihiris
4. 1 sudu besar cili giling
5. 1 sudu kecil gula
6. 2 sudu besar kimchi
7. Minyak untuk menumis dan sedikit air.

Cara Memasak
1. Panaskan kuali dan masukkan minyak. Setelah minyak panas, tumiskan bawang dan cilimerah. Setelah naik bau @ bawang kekuningan, masukkan cili giling. Tumis sehingga naik bau, masukkan gula dan air.
2. Kemudian masukkan ayam, biarkan sehingga ayam agak masak. Masukkan kimchi. Kacau dan biarkan sebati. Siap.
Bolehlah dimakan bersama nasi atau begitu saja.


Resepi asal pakai cili padi ye, tapi sebab sha punya cili padi pedas sangat sha ganti dengan cili merah. Siapa yang minat pedas boleh je guna cili padi. Resepi ini boleh diolah mengikut selera masing-masing. Kalau xnak bubuh kimchi pun boleh, just perah jus limau sikit.

Monday, October 5, 2015

Pokok Kacang Hijau

Assalamualaikum..
Pernah makan bubur kacang hijau?
Nak lagi sedap, bubuh durian..
Pernah tengok pokok dia?
X pernah.. Meh nak share dengan pembaca semua rupa Pokok Kacang Hijau. Cara nanamnya pun mudah je.
Ada tanahkan.. Beli kacang hijau, pastu tabur je atas tanah. Siram dan bajakan. Maka tumbuhlah ia. Mahal owh skrg kacang hijau. Sekilo RM8.00.

Pokok Kacang Hijau

1. Yang hijau tu muda lagi.
2. Yang coklat tu dah boleh kutip. Nak mudah dapatkan kacangnya kena jemur bagi kering. Pastu ramas.
3. Tula kacang hijaunya.
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com