Friday, July 31, 2020

Makanan | NutriPlus: Ayam Goreng Bertulang Karaage dengan Sos

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli produk ini sebab terpengaruh dengan Youtuber Syedot.. Hahaha.. Tengok Syedot makan macam best je.. Terus gi cari dan beli.. Puas hatilah.. Memang sedap.. Nak goreng pun senang sebab ayam ini dah masak cuma tepung dia je tak berapa masak.. 

RM13.80 (850g)
Ada lebih kurang 9 ke 10 ketul ayam dengan 4 sachet sos..

Ini rupa ayam sebelum digoreng.. Banyak juga sos tu dalam 1 sachet..

Setelah digoreng.. Serius sedap ayam dia.. Makan macam tu je pun okay, makan dengan sos tu lagi sedap.. Sos dia rasa pedas manis.. Memang ngamlah..

ebook | Anekdot: Kisah Dalam Komuter oleh Aida Anggerik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kisah anekdot yang menarik dari penulis.. Bila menaiki pengangkutan awam, memang macam-macam kisah yang boleh kita kongsikan.. Ada rasa kelakar, sedih, gembira dna juga serma yang berjaya penulis sampaikan dengan bersahaja.. Bila baca anekdot ini terasa rindu nak naik pengangkutan awam.. Antara yang dekat di hati Sha ialah bas dan LRT.. dua nie memang pengangkutan awam yang selalu Sha gunakan masa duduk di Damansara..

Tahniah buat penulis untuk ebook yang comel..

Sha baca dan selesai pada 29.07.2020..

Koleksi peribadi Sha.. Sha beli dengan penulis.. Berminat? Klik SINI..
Published 2020

Salam Aidiladha 2020


Thursday, July 30, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 51

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Hari ini last kerja.. Hehehe.. Esok cuti.. Kesiankan.. Baru nak cuti.. hahaha.. Nak buat macam mana.. Bila tampuk atasan berubah, lainlah cara pengurusannya.. Sunyi dan sayu je.. Radio pun kemain sakan lagi mainkan lagu raya.. Syahdu je duk dalam opis sorang..

Muka mengantuk dan boring.. Hahaha.. Jenuh ngadap buku..

Alhamdulillah.. Buku yang beli dengan blogger Cuya dah sampai.. Buku Pingu Toha tu buku baru tau.. Bertambah lagi buku TBR Sha.. hehehe.. 

Buku | Hanya Senyummu Yang Terlihat oleh Ajeerah Azali, Faiz Qayyuum, Farah Adibah, Siraj Aziz

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkongsian 4 individu mengenai misi kemanusian dan sukarelawan.. Zaman belajar Sha tak pernah la terlibat dengan aktiviti sukarelawan ini.. Zaman kerja pun sama.. Bila baca buku ini membuka minda Sha kehidupan kita di Malaysia ini sebenarnya sangat bertuah dan beruntung.. Rasa syukur sangat.. Banyak yang kita patut syukuri sebenarnya tambah dalam keadaan pendemik sekarang ini..

Buku ini membuka minda Sha untuk terus bersyukur dan menyumbang walaupun sedikit.. Sebab memberi dan berbuat baik itu bukan di saat kita senang sebaliknya bila-bila masa sahaja.. Dalam rezeki kita ada milik orang lain.. Terima kasih untuk penerbit dan penulis yang menjadikan buku ini satu realiti.. Bacalah semoga memberi manfaat pada anda semua juga..

Sha baca pada 28.07.2020 dan selesai pada 29.07.2020..

Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published April 2017 by Iman Publication

Filem Animasi | Justice League: Throne of Atlantis (2015)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kita tukar selera layan animasi pula.. hehehe.. Cerita super hero yang banyak sirinya.. Tak ikut pun boleh je layan.. Macam yang ini, kisah Aquaman dapat takhta.. Memang menarik.. Ada pertolongan dari geng Justice League dan juga versi kartun ini nampak lebih menarik sebab imaginasi tak terbatas gitu.. Lama tak layan cerita super hero ini.. hehehe..

Justice League: Throne of Atlantis
Superhero movie/Animation
1h 12m
Initial release: 2015
Directors: Ethan Spaulding, Jay Oliva
Music composed by: Frederik Wiedman

HelloDoktor | Kotak Disinfeksi Boleh Cegah COVID-19?

Assalamualaikum..
Hye semua..



Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang coronavirus di Malaysia, sila dapatkannya di sini.

Pernahkah anda disambut dengan sebuah kotak disinfeksi atau disinfection box ketika mahu masuk ke sebuah premis perniagaan?

Kotak disinfeksi tersebut memerlukan anda untuk lalu di dalamnya sebelum bertindak menyembur anda dengan cecair nyahkuman.

Kotak tersebut nampak seperti alat yang berteknologi tinggi. Penggunaannya juga adalah untuk cegah penularan COVID-19. Namun, adakah semua dakwaan ini benar?

Jom ikuti artikel kami dengan lebih lanjut untuk mengupas isu penggunaan kotak disinfeksi pada pintu masuk premis perniagaan.

Sebelum teruskan bacaan, mari lihat statistik terbaharu COVID-19 di Malaysia:

Perkembangan Terkini COVID-19
Negara: Malaysia
Statistik Kes

8,800
Disahkan

8,555
Sembuh

121
Kes Kematian
Peta sebaran

Penggunaan kotak disinfeksi (disinfection box) lagi berkesan dari mask & hand sanitizer?


Kotak disinfeksi ini berfungsi dengan cara menyembur cecair nyahkuman ke atas individu yang bergerak melepasi kotak tersebut.

Bayangkan pintu masuk ke dalam sebuah premis cuci kereta. Begitulah lebih kurang bentuk serta cara kotak disinfeksi ini berfungsi.

Ia akan menyembur individu selama sekurang-kurangnya 20 hingga 30 saat dengan cecair disinfeksi untuk pastikan individu tersebut bebas daripada kuman.

Industri yang menjual kotak disinfeksi ini mendakwa produk ini merupakan satu produk mudah alih yang boleh dipasang di mana-mana pintu masuk premis dengan mudah.

Ada juga kotak disinfeksi yang datang dengan bahan nyahkuman sendiri yang turut mendakwa bahan yang mereka guna tidak akan mendatangkan mudarat pada permukaan kulit.

Mereka juga berkata cara semburan ini lebih murah kerana kosnya hanyalah 10 sen sekali semburan.

Walau bagaimanapun, harga kotak tersebut pula boleh mencecah ribuan ringgit. Menurut KKM, kotak disinfeksi tersebut boleh bernilai antara RM1,000 hinggalah RM7,000 sebuah.

Anda mungkin berminat:


Berkesankah guna kotak disinfeksi?

Namun, adakah cara menyembur dengan cecair disinfeksi ini berkesan? KKM telahpun membuat kenyataan akhbar pada 15 April yang lalu berkenaan dengan isu ini.

Menurut KKM, cara nyahkuman sebegini tidak berkesan dan boleh membawa mudarat pada mata dan mulut individu yang melalui kotak tersebut.

WHO juga tidak menggalakkan cara disinfeksi luaran untuk membunuh virus.

Selain itu, jangka masa 20 hingga 30 saat tidak cukup untuk membunuh virus. Proses ini juga tidak efisien untuk melawan COVID-19 kerana ia tidak mampu membunuh virus yang berada dalam badan manusia.

Malahan, virus korona merebak melalui satu individu ke individu yang lain melalui titisan air yang terhasil ketika seseorang itu batuk, bersin ataupun bercakap.



KKM telahpun membuat tinjauan ke atas beberapa jenis model yang digunakan di pintu masuk premis di seluruh Malaysia setelah mendapat laporan daripada orang awam.

Di samping tiada bukti saintifik tentang pengunaan alat ini untuk membanteras penyebaran COVID-19, risiko jangka panjang penggunaan alat ini juga tidak dapat dipastikan.

Oleh itu, alat ini mungkin tidak perlu untuk digunakan pada pintu premis perniagaan. Bukan sahaja ia tidak berkesan, malah harganya juga mahal.
Jangan terpedaya dengan alatan yang nampak canggih

Walaupun kotak disinfeksi ini nampak canggih, pihak KKM tidak menyarankan pengunaannya sebagai langkah untuk mengurangkan jangkitan COVID-19.

Mungkin sebahagian jenama kotak disinfeksi ini menggunakan bahan nyahkuman yang berkesan untuk melawan COVID-19, tapi ada juga jenama yang menggunakan bahan seperti chlorhexidine digluconate, menyebabkan iritasi kepada kulit.


Selain itu, bahan disinfeksi lain yang juga digunakan seperti Ammonium Quartenary compound (QAC), klorin dan komponen yang mengandungi klorin memang terbukti boleh membunuh virus COVID-19.

Tetapi, ia selalunya digunakan di atas permukaan seperti kaca dan besi dan bukannya untuk disembur kepada manusia.

Oleh sebab pakaian manusia dikira sebagai permukaan yang berlubang-lubang dan tidak rata (porous material), CDC mencadangkan untuk membasuh pakaian menggunakan suhu yang paling panas dan kemudian sidai sehingga kering.

Cara ini sudah memadai untuk membunuh virus yang mungkin terlekat pada pakaian. Selain cara ini, cara menyembur cecair disinfeksi sudah pasti tidak akan berkesan.

Alat disinfection box ini sama seperti pemakaian health-tag dan juga mandi herba biji sawi yang kononnya berupaya untuk membasmi virus COVID-19.

Kedua-duanya merupakan amalan yang tidak ada bukti dapat mencegah virus COVID-19.

Cukup sekadar amalkan amalan seperti jaga jarak sosial, kerap basuh tangan dan juga pakai pelitup muka. Kesemua amalan ini terbukti dapat mengelakkan virus COVID-19 daripada merebak.

Oleh itu, sebelum anda mencuba apa-apa alat yang kononnya boleh membunuh virus COVID-19, fikir-fikirlah dulu sebelum mencuba.

Penggunaan kotak disinfeksi bukan sahaja tidak berkesan, malah membazir kerana harganya yang agak mahal di pasaran Malaysia.

Ingat ya, alat yang nampak canggih tidak semestinya benar-benar berfungsi!
Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Wednesday, July 29, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 50

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masih lagi berkerja dengan suasana yang sunyi.. Hehehe.. Makin ramai yang gerak balik kampung?? Masih ada yang berkerja macam Sha? Ke dah cuti.. Sha dengan bos hari ini.. Lama tak pasang radio, hari ini memang buka radio dari mula masuk kerja sampai balik.. hehehe..

Hari ini berlakunya peristiwa sedih.. Hahaha.. Kaca mata encik suami patah bingkainya.. Maka ke kedai lah kita buat yang baru.. Dapat diskaun frontlinear.. Hehehe.. Promosi kedai cermin mata tu.. Lepas tu pemiliknya pun Melayu.. Ini kali kedua kami buat di kedai ini.. Memang puas hatilah layanan dan cermin matanya.. Terbaik..


Rezeki bos belanja hari ini.. Kek coklat yang meletup dan ohsem..

Drama Korea | Soul Plate (2019)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagi drama pendek yang Sha tonton di Youtube.. Kali ini lakonan kumpulan K-Pop Astro.. 6 lelaki kacak bersama seorang perempuan.. Yang bestnya ada makanan.. Geram betul tengok buah anggur dia.. Hijau dan bulat.. Kalau dapat, bestnya.. hehehe

Drama ini mengisahkan 6 orang angel yang didenda turun ke bumi dan merawat roh manusia dengan makanan.. Syok bila ada beberapa makanan yang dikongsikan..

Nak tengok drama dia? Klik link bawah ini..

Perkongsian resepi dari drama ini klik link bawah ini..

Drama: Soul Plate
Also Known As: Soulpeulleiteu, Soul Plate: A special K-Food story written by six angels, Soul Mate
Genres: Food, Fantasy
Country: South Korea
Episodes: 6
Aired: Oct 25, 2019 - Nov 29, 2019
Aired On: Friday
Duration: 15 min.
A drama about ASTRO members -who are angels and descendants of Raphael- running a restaurant. They heal and comfort people visiting their restaurant with soul food. (Source: Kpopmap)

Pelakon pelakonnya..

Aplikasi 7-Eleven

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa sebenarnya pasal aplikasi ini masa duk scroll timeline Facebook.. Cubalah muat turun.. Menarik.. Lagipun tak adalah susah mana.. Paling best bila ada update mengenai promosi terbaru dan juga diskaun menarik di 7Eleven.. Bila sign up kali pertama dapat voucer diskaun RM3.. Best kan..

Lepas muat turun aplikasi, buka dan paparan pertama adalah seperti di atas.. Pilih sign up..

Masukkan email dan no telefon.. lepas tu tekan next..

Bahagian ini, kalau tak masukkan no kad pengenalan pun takpe.. Tapi butiran lain kena isi..

Nanti dia akan hantar no otp dekat telfon yang kita daftarkan..

Lepastu bolehlah set kata kunci..

Ada member benefits dan payment opition di paparan pertama..

Antara yang menarik.. Welcome voucher RM3.. Claim bila dah ada dekat 7Eleven tau..

Wordless Wednesday 2020 PKPP


Tuesday, July 28, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 49

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dah ada yang bercuti ke sempena Aidiladha?? Sha tak boleh cuti sebab bagi laluan pada kawan-kawan yang nak bercuti.. Mereka nak merentas negeri, bagi peluanglah.. Lagipun kampung MIL dalam Perak je.. InsyaAllah boleh balik selalu.. Hari ini dah tinggal berdua je.. Ada 2 rakan dah mula bercuti dan bos pula ada mesyuarat luar kawasan.. Sunyi je rasa pejabat.. hehehe.. Sempatlah menampal tanda arah untuk kemasukan pelajar minggu hadapan.. Minggu depan sibuklah balik perpustakaan, pelajar baru dah mula masuk kampus..

Tengah bersunyi-sunyian tadi ada pensyarah datang minta semak status pelajar yang nak berhenti.. Tak ada masalah kita kasi cop satu.. Lepas tu dapat coklat.. Adoilah.. macam-macam pensyarah ini.. Orang bagi, kita amik jelah.. Rezeki jangan ditolak..

Malamnya sibuk pasangkan tag qr kod untuk kehadiran anak-anak.. Sekarang senang cikgu nak ambil kedatangan.. Scan qr kod je.. 

Sedap tau coklat ini.. Ada rasa masin-masin sikit sebab salted caramelkan.. hehehe.. Macam nak kena cari je.. Special edition ini..

Tag untuk anak-anak pakai ke sekolah..

Hadiah GIVEAWAY! My Life...Alhamdulillah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Hadiah dari blogger Jari Boloq dah selamat Sha terima tengahari tadi.. Berat wei bungkusan Poslaju tu.. Adoi.. Tak sabar rasanya nak tengok.. Tu dia.. Kemain banyak lagi Abam bagi Sha kopi Starbucks tu.. Terima kasih banyak-banyak ye.. Entry kemenangan boleh tengok Menang GIVEAWAY! My Life...Alhamdulillah.. Jangan lupa singgah blog Jari Boloq ye kawan-kawan..

Berat tau paperbag ini..

Tu dia.. Ingatkan 5 je.. Sekali 20 sachet..

Terus bancuh.. Sha suka minum panas-panas walaupun situ tulis iced coffee.. Hahaha.. Sedap wei.. Starbucks kan..

Dessert | Marigold Jeli Buah

Assalamualaikum..
Hye semua...

Mudah betul terpengaruh dengan iklan 7Eleven di Facebook.. Hehehe.. Gigih tu singgah nak cari.. Tapi dapat beli Jeli Buah je.. Puding dah habis.. Yang bestnya Jeli dari Marigold ini bila ada hirisan buah.. Hirisannya besar juga.. Nak lagi sedap, makan lepas sejukkan dalam peti ais.. Pergh!! Sejuk je dia lalu tekak.. Memang best..

Jeli Buah Pic (RM2.50)

Ada 2 hirisan buah Pic dalam ini..

Jeli Buah Nanas Rambutan (RM2.50)

Ada buah rambutan dan nenas dalam dia..


Sebab iklan inilah Sha beli Jeli diatas.. hehehe

Drama China | Detective Chinatown (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kelakar drama ini.. Guna dua bahasa untuk watak saling berkomunikasi.. China dan Thailand.. Saling faham pula tu mereka.. Hahaha..

Agak confusing drama ini.. Ada 12 episod dan 4 episod untuk setiap kes yang disiasat.. Episod 1-4 memaparkan kes pembunuhan diri yang dirancang dengan teliti kerana dengki dan busuk hati.. Manusia bila menyimpan perasaan iri hati memang bahaya..

Kes kedua pula episod 5-8.. Kes kali ini menceritakan kenapa hero bermasalah dengan perempuan.. Hero menceritakan kepada penjenayah yang ditangkap dalam kes 1.. Perempuan yang nampak innocent bukanlah baikpun tapi pandai memanipulasi lelaki disekeliling beliau.. Memang jahat dan sangat terancang..

Kes ketiga ini tak berkaitan pun dengan kes sebelum ini.. Heronya pun orang lain.. Kalau tengok sepintas lalu mesti ingat cerita lain.. Tapi masih lagi menarik sebab penyiasatan mencari pembunuh sebenar melalui game online..

Drama: Detective Chinatown
Also Known As: Tang Ren Jie Tan An
Screenwriter: Chen Si Cheng
Director: Dai Mo
Genres: Action, Suspense, Mystery, Comedy
Country: China
Episodes: 12
Aired: Jan 1, 2020 - Jan 18, 2020
Aired On: Wednesday, Thursday, Friday, Saturday
Original Network: iQiyi
Duration: 42 min.
Strange crimes occur in Thailand as the ranking for the world's best detective sees a shift. New detectives come into the picture to tackle three difficult cases.
Lin Mo is the student of Chinatown's number one detective. Yetian Hao'er is Yetian Hao younger brother. Separate storylines find the two characters caught in the center of mysteries revolving around the victim's widow Ivy and bar singer A Wen. Lin Mo pursues two cases: Four-Faced Buddha and Name of the Rose that not only takes place in Bangkok but also in Kaoshiung.
The third case about the Ghost's Invitation takes the story back to Bangkok and then to Tokyo. The investigator on the job is none other than Yetian Hao'er who teams up with Asia's five-member team that includes Lu Jing Jing and rookie policewoman Sa Sha.
(Source: chinesedrama.info)

pelakon-pelakonnya..

Monday, July 27, 2020

Fasa 6 PKPP | Day 47 & 48

Assalamualaikum..
Hye semua..

semalam sibuk sangat dengan persiapan anak-anak nak ke sekolah sampai lupa nak up entry harian PKPP.. Hehehe.. Biaslah bila anak-anak dah mula ke sekolah.. Ahad akan menjadi hari yang paling sibuk.. Nak gosok baju sekolah mereka, baju kerja Sha.. Nak pastikan buku-buku sekolah mereka berkemas.. Preparation untuk bekal ke sekolah nya.. Tahu-tahu je dah pukul 11 malam.. Kejap sangat masa berlalukan.. Makin lama makin pendek pula rasanya..

Hari ini sibuk dengan angkat barang kat Perpustakaan sampai sakit pinggang.. Tak buat pun tak boleh juga.. Tinggal kami je, kenalah buat juga.. Bilalah nak dapat staf lelaki kat sini.. Hehehe.. Jadinya hari ini makan malam kita beli je lauk.. Nasi je masak kat rumah.. Cepat dan bolehlah Sha rehat lama sikit atas tilam.. Nak regangkan balik pinggang..

Menu sarapan semalam.. Dah lama craving nak makan maggi goreng dengan kimchi.. Ini makanan Sha.. Anak-anak makan nasi dengan sup ayam.. hehehe.. Masak terus lauk untuk lunch.. Senang.. hahaha..

Menu kedua yang teringin sesangat.. Nasi goreng kimchi.. Sedaplah pula.. Kali ini Sha buat, Sha goreng kimchi tu dengan minyak, buh sikit gula, pecahkan telur dan masukkan nasi.. Not bad untuk tekak sendiri.. hehehe.. Kimchi yang Sha kongsikan dekat entry Makanan | Kimchee...

Drama Korea | Rugal (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama owh tertunggak tengok drama ini.. Dari bulan Mac hari tu.. Tertunggak sebab plug sambungan ke tv problem.. Akhirnya weekand hari tu berjaya juga habiskan..

Filem yang menarik mengenai seorang polis yang dituduh membunuh isterinya dan mencederakan matanya dengan sengaja.. Diselamatkan di pasang mata palsu.. Namun semuanya tak semudah yang disangkakan.. Ada dalang yang perlu ditentang dan dilawan.. Polis tu berkerjasama dengan 3 orang lagi rakan dengan bahagian tubuh palsu yang berbeza.. Mereka digelar Rugal..

Drama ini menarik ditonton sebab yang jahat tak selalunya menang.. Ada keseimbangan antara jahat dan baik.. Babak lawan antara penjahat dan hero pun ohsem.. Memamng menarik.. Thrill lah sennag cerita..

Drama: Rugal
Also Known As: Lugal
Directors: Kang Cheol Woo
Screenwriters: Do Hyun
Genres: Action, Thriller, Crime, Drama, Sci-Fi
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Mar 28, 2020 - May 17, 2020
Aired On: Saturday, Sunday
Original Network: OCN, Netflix, Netflix, Netflix, Netflix
Duration: 1 hr. 5 min.
Kang Ki Beom is an elite police officer whose attempt to bring down Argos, a nationwide criminal organization, results in a group of masked assailants from Argos killing his beloved wife and cutting out both of his eyes. Kang wakes up in a hospital only to find himself accused of murdering his family members. The NIS then approaches him with an offer to become a member of Rugal, a special team organized by the NIS. He receives two artificial eyes with Rugal's biotechnology built into them and with them gains unique new abilities with which to take down criminal organizations. Kang Ki Beom and Rugal set out on a mission to wipe out Argos. (Sources: Asianwiki, Soompi) Adapted from the webtoon of the same name.

Pelakon utama

Minuman | Kayaraya Green Tea dan Chocolate Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha cuba air ini.. Kawan pejabat yang jual.. Sebotol ini RM10.. Sha beli dua rasa je.. Air Kayaraya ini ada 4 rasa.. Dua lagi bandung dan teh.. Saja beli, nak cuba dan support bisnes kawan-kawan.. Cumanya tak boleh beli selalulah.. Airnya padu giler..

Pekat memikat.. Tengok warna pun tahu..

Puas minumnya.. Rasa coklat yang pekat dan sepakat bersama kacang hazel memang memuaskan tekak.. Mewah dan bau dia pun sedap..

Teh hijau dia pun sedap.. Ngam-ngam je rasa teh dan susu dia tu.. Bolehlah nak minum sesekali bila teringin air teh hijaukan.. Hehehe..

HelloDoktor | 9 Isu Utama Kesihatan Telinga, Hidung & Tekak (ENT)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Info ini Sha kongsikan buat semua.. Sebab sha sendiri pun selalu tertanya-tanya pasal kesihatan telinga hidung dan tekak kita.. Bila ada info begini sekurang-kurangnya kita tahu.. Jangan lupa rujuk doktor untuk maklumat lebih details ye..



Pernahkah anda terdengar atau terbaca tentang otolaryngology?

Jika ya, itu mungkin menunjukkan kalian adalah salah seorang dari pakar perubatan atau anda mempunyai masalah dengan telinga, hidung atau tekak.

Buat anda yang masih keliru, otolaryngology adalah bidang perubatan berkaitan telinga, hidung dan tekak (ENT) yang dikendalikan oleh otolaryngologist.

Persoalannya, apakah isu utama yang biasa terjadi kepada individu? Jom sama-sama kita ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Apa itu ENT?

Sebelum itu, wajarlah untuk kita berkenalan tentang apa itu ENT terlebih dahulu.

ENT (ear, nose and tongue) adalah bidang perubatan yang mengendalikan sebarang isu kesihatan pada telinga, hidung dan tekak.

Otolaryngologist adalah doktor pakar yang akan menjaga dan merawat setiap penyakit pada bahagian antara bawah otak dan atas paru-paru kecuali mata.

Setiap dari mereka juga akan mempunyai kepakaran khusus dalam bidang masing-masing termasuklah:
Telinga (otology)
Hidung (rhinology)
Tekak (laryngology)
Kepala dan leher/tiroid
Tidur
Pembedahan plastik muka/wajah

Apakah isu utama yang selalu dikendalikan oleh mereka? Teruskan membaca artikel ini!


Isu utama berkaitan kesihatan telinga, hidung & tekak

Bukan 1, 2 atau 3 isu utama yang berkaitan dengan kesihatan ENT, tapi ada 9 malah mungkin lebih lagi!

Berikut merupakan 9 isu utama berkaitan kesihatan telinga, hidung & tekak yang kita semua perlu tahu:

#1. Soket mata

Meskipun pakar telinga, hidung & tekak tidak akan mengendalikan kondisi berkaitan bola mata, kawasan soket mata masih tertakhluk dalam bidang ini.

Buat anda yang belum tahu, soket mata adalah ‘rumah’ kepada bola mata dan segala isu seperti tulang di situ retak atau patah akan dikendalikan mereka.

Jika berlaku sebarang kecederaan atau kerosakan pada bola mata, anda akan dirujuk kepada pakar mata (ophthalmologist).

#2. Trauma muka/wajah

Selain mengendalikan pembedahan plastik pada muka/wajah, segala trauma seperti kecederaan dan kerosakan akan dirujuk kepada pakar ENT.

Ini termasuklah kes trauma yang serius seperti luka besar pada muka/wajah, retak dan patah pada tengkorak, tulang pipi atau tulang rahang.

#3. Kanser pada kepala dan leher

Pakar telinga, hidung & tekak juga bertanggungjawab mengendalikan pesakit kanser khususnya di bahagian bawah otak dan atas paru-paru kecuali mata.

Ini termasuklah melanoma kepala dan leher, kanser mulut, kanser tekak serta kanser sinus.


#4. Gangguan pendengaran

Pakar ENT akan berfokuskan kepada isu gangguan pendengaran yang disebabkan oleh jangkitan, ketumbuhan, kecederaan dan masalah dalam telinga.

Manakala kondisi kesihatan yang lebih berat seperti hilang atau kurang pendengaran dan tinnitus akan dikendalikan oleh pakar pendengaran (audiologist).

#5. Gangguan percakapan

Pakar ENT akan mengendalikan sebarang kes yang berkaitan dengan gangguan percakapan atau lebih tepat lagi gangguan pada kotak suara anda.

Antara masalah yang sering berlaku dan memerlukan perhatian otolaryngologist adalah kanser, nodul, polip atau sista pada kotak suara serta suara serak/garau.

#6. Gangguan tidur

Gangguan tidur juga tertakhluk di bawah kendalian otolaryngologist.

Antara isu yang biasa berlaku kepada kita berkaitan gangguan ini adalah apnea tidur dan insomnia yang disebabkan oleh faktor fizikal dan mental.

Ia bukan isu yang remeh kerana boleh menyebabkan kerosakan atau kegagalan fungsi tubuh badan kita sekiranya tidur tidak cukup kualiti dan kuantiti.

#7. Gangguan leher/tiroid

Kelenjar tiroid berada pada dasar leher anda dan mengeluarkan hormon yang mengawal banyak fungsi tubuh badan termasuklah sistem metabolisma.

Pakar ENT akan bertanggungjawab mengendalikan kes kanser leher, hyperthyroidism (tiroid terlebih aktif) dan hypothyroidism (tiroid terkurang aktif).


#8. Gangguan nasal dan sinus


Buat kebanyakan individu, ia mungkin merupakan masalah normal yang tidak perlu sebarang rawatan dan boleh sembuh dengan sendiri.

Pun begitu, ada juga individu yang akan mengalami kondisi ini lebih teruk sekali gus menyebabkan jangkitan atau gangguan pernafasan.

#9. Kondisi pada trakea dan esofagus

Tekak kita terbahagi kepada 2 saluran iaitu:
Trakea – membawa udara ke paru-paru
Esofagus – membawa makanan & minuman ke perut

Jika terdapat sebarang gangguan pada kedua-dua saluran ini, maka pakar telinga, hidung & tekak akan menjaga dan merawat kondisi anda.

Akhir kata, kita mungkin tidak pernah kenal dengan otolaryngologist atau tahu apa itu ENT.

Pun begitu, ketahuilah bahawa bidang ini sangat penting untuk memastikan kita semua kekal sihat dan kuat secara total.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sunday, July 26, 2020

Filem China | Tears Of No Regret (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem mengenai Sun Wukong.. Sha memang peminat cerita fantasi macam ini.. Ini bukanlah sambungan ke apa tapi cerita sampingan mengenai Sun Wukong setelah berjaya mendapatkan kitab.. Sun Wukong dikuasai wraiths namun bila beliau berjaya mengeluarkan wraiths tu dari badan beliau terpaksa kembali ke 300 tahun dahulu untuk mengenal pasti punca sebenar.. Perjalanan ke masa lampau bukanlah indah sebaliknya mengorbankan nyawa Sun Wukong.. Ceritanya simple dan menarik.. Bolehlah buat isi masa lapang.. hehehe.. Sha jumpa dekat telegram ini..

Movie: Tears Of No Regret
Also Known As: Dou Zhan Sheng Fo
Genres: Adventure, Fantasy
Country: China
Release Date: 2020
Duration: 1 hr. 11 min.
Sun Wukong, who became a fighting and defeating Buddha, was actually bewitched by the wraiths, and Tang Sanzang suffered a disaster! At a critical juncture, Sun Wukong pulled out the source of the spirit of resentment, but found that she was a goddess of heaven and earth who had a fate of three hundred years with her-"Lucky Star"! In order to find out the reason for the "lucky star" blackening and save Tang Sanzang, Sun Wukong embarked on a journey back to the past, but finally shed a tear. Why the tears of the Great Saint flow, and for whom? (Source: iQIYI)

Minuman | HousBoom Guava

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali cuba air Housboom perisa jambu ini.. Sedap.. Tak peliklah untuk tekak Sha.. Sha beli pun atas cadangan adik yang kerja 7Eleven.. hehehe.. Katanya sedap.. Kita pun belilah 1 untuk rasa.. Puaslah melayannya.. hehehe.. Gabungan sparkling dengan jambu tu ohsem.. Meletuplah dalam mulut.. hahaha..

Air ini ada jual dekat 7Eleven dan Petronas.. Cuma perasa ini ada dengan tak ada je.. Ikut nasiblah.. Macam perasa ini, dekat 7Eleven tak ada, dekat Petronas ada..

Sebotol RM3.80

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com