Semalam Sha menghabiskan masa dengan membaca novel dari penulis bernama Sha Hanim Ramli ini.. Buku ini dah lama berada di tangan Sha.. Bila membaca karya penulis ini Sha suka berada dalam keadaan tenang dan lapang kerana perkongsian beliau selalu memberikan iput yang luar biasa..
Anna Floretta menyampaikan kisah Anna yang gemarkan bunga malah mampu mendengar bisikan bunga.. Anna anak yang lahir dari perkahwinan campur tapi dibesarkan oleh ibunya yang kembali murtad kerana perselisihan dengan ayah Anna.. Anna dilarikan keluar negara dan disembunyikan.. Namun ayah yang tak berputus asa terus mencari dan menyampaikan pesan melalui bunga.. Lahirnnya Anna menyerupai wanita yang pernah terkenal pada satu masa dahulu.. Bisikan wanita itu turut didengari Anna.. Mereka berbicara mengenai Islam dan keindahannya.. Adakah Anna hanya berkhayal atau bisikan itu ada.. Bila Anna mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia mencari ayahnya dan kembali kepada Islam, Anna diserang penyakit yang ada namun tiada.. Merindu emaknya dan tekanan menyebabkan penyakit tu menyerang.. Berjayakah Anna menarik kembali emak kepada Islam..
Sha baca dan selesai pada 29.04.2021..
Buku ini koleksi peribadi Sha.. Hadiah dari penulis..
Buku ini menyampaikan cerita zaman akan datang dimana Malaysia sudah bertambah maju dan penyakit juga makin advanced.. Perubatan merupakan bidang yang sangat gah.. Waktu ini penduduk menghadapi masalah radang matahari yang teruk akibat panas berpanjangan.. Saintis melakukan kajian yang pelbagai bagi mencipta ubat yang dapat merawat penyakit ini hinggakan tanpa sedar telah menganiaya makhluk lain.. Bila berlaku kemalangan yang tidak disengajakan mereka terkurung didalam kawasan dengan pemangsa yang dah berevolusi.. Pemangsa yang ingin mencari mangsa akibat kelaparan yang amat sangat.. Tiada yang terlepas dari pemburuan.. Berjayakah mereka yang terperangkap diselamatkan.. Memang kisha yang mendebarkan buat mereka yang membaca.. Terasa keseramannya apabila manusia pula yang diburu.. hehehe..
Selepas bermalas-malasan di waktu pagi dengan membaca, kami mulakan operasi membersih rumah.. Habis Sha buka cadar tilam, sarung bantal, selimut, sejadah dan sarung kusyen untuk dibawa ke dobi yang baru dibuka tak jauh dari rumah kami.. Sabun yang digunakan wangi ya amat.. Mesinnya pengeringnya pun besar.. Memang puas hati.. hehehe.. Habislah RM30 unyuk mendobi tapi memang puas hatilah.. Wangi dan terus boleh pakai semula.. hehehe..
Mesin untuk basuh ada 14kg dan 28kg..
Yang 34kg tu mesin pengering paling besar pernah Sha jumpa.. Masukkan semua cadar, sarung bantal, sarung kusyen dan selimut dalam tu.. 35 minit bersamaan dengn RM12 untuk semua itu kering sempurna.. Memang balik terus pakai balik.. hehehe..
Pertama sekali... Filem ini panjang gila.. 4 jam kot.. Tapi best sebab lebih detail.. Hehehe.. Filem superherokan.. Apa je yang tak best kalau minat tu semua best.. Kali ini lebih terperinci dan stiap kerekter ada lebih masa di skrin.. Paling seronok tengok dah tentulah watak Barry Allen aka The Flash.. Kemain laju lagi terima tawaran Bruce Wayne aka Batman.. Suka dengar Batman jawab power dia adalah kekayaan bila Flash tanya apa power dia.. Hahaha.. Memang kaya sungguh.. Selamba je dia beli bank sebab nak bagi balik tanah mak Superman.. Hadoilah.. Menariklah filem ini cuma kena tengok sambung-sambung sebab panjang sangat.. hahaha
Zack Snyder's Justice League
2021 ‧ Action/Adventure ‧ 4h 2m
Fueled by his restored faith in humanity and inspired by Superman's selfless act, Bruce Wayne enlists newfound ally Diana Prince to face an even greater threat. Together, Batman and Wonder Woman work quickly to recruit a team to stand against this newly awakened enemy. Despite the formation of an unprecedented league of heroes -- Batman, Wonder Woman, Aquaman, Cyborg and the Flash -- it may be too late to save the planet from an assault of catastrophic proportions.
Adi dijemput untuk menyertai Permainan Penyamar dengan tawaran wang kemenang bernilai 1juta ringgit.. Tanpa berfikir panjang Adi menerimanya.. Selain Adi ada 9 orang lagi pemain.. Mereka perlu mencari penyamar yang bersembunyi diantara mereka untuk memenangi permainan ini.. Mereka dibawa ke tempat yang mereka sendiri tidak tahu dimana tempat itu berada dan diletakkan didalam istana.. Bermulanya permainan, satu demi satu dari mereka mati.. Saling tidak mempercayai hinggalah Adi ternampak sesuatu yang mencurigakan.. Apakah agaknya nasib Adi..
Sebuah novel yang mendebarkan dan penulis berjaya menyampaikan cerita dengan menarik.. Siapa penyamar juga berjaya disembunyikan.. Memang tak dijangkalah penyamar tu..
Sha baca dan selesai pada 27.04.2021..
Sha beli ebook ini dengan penulis dan baca menggunakan google play books..
Saja tengok filem ini walaupun ramai yang kata merepek.. Memang merepek pun.. Hahaha.. Kalau tak suka babak darah-darah, ganas-ganas, jangan lah tengok.. Sebab ganas habis.. hahaha..
Kisahnya bermula bila Hanzo, isteri dan anaknya dibunuh kecuali seorang anak yang berjaya disembunyikan.. Anak tu dibesarkan dan berlegasi.. Kembali ke masa depan, Cole Young seorang peninju diburu oleh Sub-Zero namun berjaya diselamatkan oleh Jax.. Semasa Cole Young bertemu dengan rakan Jax iaitu Sonya Blade mereka diserang rakan Sub-Zero namun selamat.. Rupanya Cole Young merupakan pahlawan bumi yang sepatutnya bertarung di universe tapi cuba dihalang penjahat yang ingin menjajah bumi.. Gitu.. Filem Mortal Kombat ini dibuat berdasarkan game kalau tak silap Sha.. Sha tengok memang suka-suka jelah.. Bolehlah untuk hujung minggu punya cerita tapi tak sesuai untuk tontonan kanak-kanak..
Mortal Kombat
2021 ‧ Action/Fantasy ‧ 1h 50m
Hunted by the fearsome warrior Sub-Zero, MMA fighter Cole Young finds sanctuary at the temple of Lord Raiden. Training with experienced fighters Liu Kang, Kung Lao and the rogue mercenary Kano, Cole prepares to stand with Earth's greatest champions to take on the enemies from Outworld in a high-stakes battle for the universe.
Sha terjumpa aiskrim ini dekat Sakan Kg. Gajah masa cari air batu.. Dengan kerekter kartun yang comel pada pembungkusan tu dan dua rasa dalam satu peket, teruslah Sha beli satu.. Harganya RM1.80.. Sha tak pastilah kat tempat lain ada jual ke tak sebab waktu siang tak ada lah menjenguk peti aiskrim.. Hahaha.. Ini berjalan waktu malam.. Gabungan vanila dan coklat memang powerlah dan kesukaan Sha.. Biskut yang mengapit aiskrim tu tak lembut dan tak keras sangat.. Sedang elok je.. Puas hati.. Kalau jumpa lagi memang beli lagi..
Comelkan..
Aiskrim vanilla dan coklat.. Rasa aiskrim coklat dia sedap lain macam.. Hahaha..
Filem ini pendek je.. Tak sampai 30 minit pun.. Kisah seorang lelaki dari masa depan yang datang bertemu dengan 'maknya' di masa silam.. Hahahaha.. Tapi sebenarnya bukan mak dia pun.. Perempuan tu sebenarnya isteri dia.. Dia nak halang perempuan tu dari berkenalan dengan dia dan berkahwin supaya perempuan tu tak kesedihan.. Sweet dan ringkas je ceritanya.. Perkenalan yang cuba dielakkan tetap berlaku..
Movie: Love Buzz
Also Known As: Leobeubeojeu, Lovebirds
Genres: Romance, Youth, Drama, Sci-Fi, Fantasy
Country: South Korea
Release Date: Apr 27, 2019
Duration: 29 min.
A boy travels back in time to meet his "mom" in order to ensure that she meets his dad and falls in love.
Jom mulakan pagi ini dengan bacaan Asmaul Husna.. Selain Maher Zain ini, ada satu lagi bacaan Asmaul Husna yang Sha suka dengar iaitu dari Hijjaz.. Ada Sha kongsikan videonya dibawah.. Jom sebut bersama.. Kalian suka yang mana satu..
Baru-baru ini Sha beli KFC untuk Amani, ternampak menu baru ini.. Sajalah cuba satu sebab nampak menarik.. Sha ambil saiz besar, boleh kongsi bersama.. Walaupun persembahan dia tak sama macam dalam gambar namun rasa dia memang ohsem.. Seriusly sedap dan best untuk dibeli lagi.. Ini rasa pada tekak Sha tau.. Korang mungkinlah tak suka.. Sha dna keluarga memang suka.. Berbaloilah dibeli.. Kentang goreng banyak, sos keju banyak, serbuk cereal tu pun banyak.. Puas hati..
Sha jumpa filem ini dekat youtube.. Best pula bila tengok permulaannya, terus layan sampai habis.. Filem fantasi yang menarik..
Guan Ning menghabiskan masanya mencari anak yang hilang selama 6 tahun.. Saat berjumpa dengan penculik yang melarikan anaknya, dia tertangkap dan dituduh sebagai penculik.. Tapi diselamatkan oleh Tu Ling yang ingin Guan Ning membunuh seorang novelis iaitu Kong Weng kerana apa yang diceritakan oleh Kong Weng menjadi realiti buat bos Tu Ling..
Filem ini berjalan dengan dua suasana iaitu dunia realiti dan juga dunia penceritaan Kong Weng.. Babak perlawanan dalam dunia fantasi dia memang ohsemlah..
Movie: A Writer's Odyssey
Also Known As: Ci Sha Xiao Shuo Jia , Assassinate the novelist, Assassination of the Novelist, Assassin in Red
Director: Lu Yang
Genres: Action, Suspense, Mystery, Fantasy
Country: China
Release Date: Feb 12, 2021
Duration: 2 hr. 2 min.
Desperate to find his missing daughter, a father agrees to help a mysterious woman assassinate a novelist. At the same time, the young hero in the book’s alternate universe has also put his revenge plan into motion, and his actions begin to affect the real world.
(Source: Cfensi)
Adapted from the short story "Assassination of the Novelist" of the same name in Shuang Xuetao's short story collection "Aviator".
Benci.. Ending tergantung.. Mungkin akan ada Jari:2, siapa tahu.. Hehehe..
Kisah yang agak menarik dimana watak-watak dalam ini mempunyai keboleh yang luar biasa seperti boleh menyerap memori dan memancarkannya di televisyen, Boleh melihat memori hanya dengan menyentuh objek, boleh keluar masuk dalam cermin, boleh melihat kuasa orang lain.. Memang menarik membacanya.. Cuma akan ada bab yang kita rasa perkara yang dilalui tu tak logik.. Membaca buku ini kena teliti sebab ada penceritaan dalam penceritaan.. Boleh lost kalau tak teliti.. Malah penceritaan novel ini bertukar-tukar diantara watak..
Mesyuarat norma baru pagi tadi.. Menggunakan Google Meet dan Youtube sahaja.. Untuk ibu bapa yang ingin mengutarakan pendapat atau soalan diminta masuk di Google Meet, untuk yang hadir sekadar mendengar bolehlah ikut di Youtube.. Bila buat mesyuarat macam ini lebih selesa dan selamat.. Lebih ramai yang boleh sertai sebab boleh guna telefon/laptop/desktop/tab.. Sambil memandu pun boleh dengar apa yang dibincangkan dalam Mesyuarat ini.. Kekurangannya mungkin pada internet yang kurang laju atau tersekat-sekat.. Faham-faham jelah ada sesetengah tempat line internetnya kurang cantik.. hehehe..
Proses pembentangan usul dan pengesahan minit pun berjalan laju je.. hehehe..
Sepagi ini berjalan-jalan di blog kawan-kawan.. Ternampak Giveaway dengan hadiah yang comel ini.. Hadiahnya comel sangat.. hehehe.. Makanya, jomlah kita sertai bersama..
Sayur kesukaan Sha ini.. Pucuk taugeh.. Kelmarin masa sahur buat lauk ini dikawankan pula dengan ikan goreng, pergh!! Memang sedaplah bersahur.. Kali ini Sha masukkan tauhu, sedap je makannya.. Bahannya pun tak banyak dan mudah.. Portion Sha masak ini untuk dua orang makan..
Pucuk Tauge Tumis Udang & Tauhu
Bahan-bahannya:
Segenggam pucuk tauge
1/2 potong tauhu (dipotong kecil)
seulas bawang merah (dihiris)
Seulas bawang putih (dihiris)
Setengah biji cili merah (dihiris)
5 ekor udang sederhana
Minyak untuk menumis dan sedikit air
Cara Memasak:
1. Panaskan kuali dan minyak kemudian tumiskan bawang merah, bawang putih bersama cili merah.
2. Setelah naik bau masukkan udang dan sedikit kiub ikan bilis Knorr/Adabi
3. Setelah udang separuh masak, bolehlah masukkan pucuk taugeh, tauhu dan sedikit air. Biarkan sehingga pucuk taugeh masak, tutup api dan bubuh sedikit garam..
Boleh dihidangkan bersama nasi dan ikan goreng..
p/s: Air tu boleh dimasukkan untuk bagi berkuah, kalau tak nak tak yah bubuh..
Novel yang sangat menarik cuma ada beberapa bahagian penulis tidak jelaskan bagaimana dan macamana.. Namun tidak mencacatkan jalan cerita serta pembacaan Sha cuma kurang umph saja.. hehehe..
Novel ini menarik bila memaparkan dua penjahat dengan keupayaan yang berbeza.. Satu digelar Langsuir.. Melakukan pembunuhan dengan menyiat kulit muka mangsa dan membuangnya ditempat yang mudah dijumpai.. Satu lagi Bayan yang melakukan jenayah dengan cara yang tak tercapai dek akal dan mangsanya adalah penjenayah.. Bila baca cara jenayah dilakukan, terasa ngilunya.. hehehe.. Namun penulis berjaya menyembunyikan identiti Bayan sehingga hampir tamat novel.. Memang tak disangkalah..
Alhamdulillah semalah hadiah menang Giveaway Raya Bersama Shida Radzuan Blog dah selamat Sha terima.. Teruja melihat kotak yang sampai.. Terus buka hadiah di pejabat.. Alhamdulillah.. Terima kasih Shida untuk hadiah yang ohsem ini.. Bukan sahaja hadiah Giveaway, ada juga hadiah sebab jadi Geng Kuat Komen di Blog Shida.. Yeah!!
Kotak yang menggembirakan..
Isi dalamnya masih tersembunyi di sebalik paperbag yang cantik..
Sekeping kad raya dari Shida, Sehelai tudung dan juga keychain untuk Geng Kuat Komen.. Teruja melihat keychain nama sendiri..
Jom layan lagu dari Opick ini.. Hehehe.. Patutnya bubuh hari pertama Ramadan, lupa lah.. Namun masih dalam bulan Ramadan lagikan.. Kira acilah ek.. Ini antara lagu kesukaan Sha pada bulan Ramadan.. Malah liriknya banyak mengingatkan kita untuk berbuat ibadah.. Jom layan.. Semoga Ramadan kali ini akan kita hargai dengan sepenuhnya.. Kalau pandai main gitar, boleh jengah blog Kak Farah di entry Sudah Bersedia? Projek Kad Raya.. Ada Kak Farah kongsikan Kord Gitar dan Lirik Lagu Ramadhan Tiba -
Drama yang sangat intense.. Sha tengok sebab ada Shin Ha Kyun yang bawa watak sebagai Lee Dong Shik, suka tengok dia punya lakonan.. Nampak psiko sangat.. hahaha.. Episod pertama sedikit mengelirukan sebab ada babak imbas semula dan pengenalan watak.. Namun semakin jauh kita mengikuti drama ini, kita akan merasakan bahawa Dong Shik ini macam jahat, macam baik.. Perasaan tu berada di tengah-tengah malah Joo Won (Yeo Jin Goo) yang nampak macam innocent tu pun kejap nampak macam jahat dan psiko.. hahaha..
Gandingan dua pelakon ini memang mantaplah.. Nampak perkembangan hubungan diorang bermula dari episod satu sampailah episod akhir.. Memang gandingan yang luar biasa tambah-tambah bila dah nak habis drama.. Mereka mampu sampaikan emosi tu..
Drama ini bermula dengan kehilangan saudara perempuan Lee Dong Shik dan penemuan mayat perempuan di tengah padang rumput.. Pembunuhan bersiri yang dah berlaku sejak 20 tahun lalu ada bersama mereka dan nampak sangat baik serta lurus.. Sebab tu orang kata jangan menilai pada luaran.. Tiber.. hehehe.. Rupanya kehilangan saudara perempuan Dong Shik tu merupakan satu konspirasi yang melibatkan beberapa perkara lain yang tersembunyi dan penemuan mayat di tempat yang memang tak disangkalah.. Drama ini sangat emosi.. Tambah bila ditunjukkan oleh Shin Ha Kyun sebagai Lee Dong Shik.. Memang ohsem..
Lee Do Hyun as Lee Dong Shik [Young] (Ep. 1-2, 5, 11)
Kejap je munculnya.. Ingatkan dia bawa watak jahat.. hehehe..
Shin Ha Kyun as Lee Dong Shik
Yeo Jin Goo as Han Joo Won
Drama: Beyond Evil
Also Known As: Monster , Freak , Goemul , Gwimul , Gwimool , Goemool
Screenwriter: Kim Soo Jin
Director: Shim Na Yeon
Genres: Thriller, Mystery, Psychological, Drama
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Feb 19, 2021 - Apr 10, 2021
Aired On: Friday, Saturday
Original Network: jTBC
Duration: 1 hr. 10 min.
Meet the two fearless men willing to go to extreme lengths in their pursuit of a serial killer that has shaken up their quiet city:
Lee Dong Sik, a once capable detective, is now demoted to perform menial tasks at the Manyang Police Substation. Just as he is beginning to settle into a peaceful life, his new superior, Detective Han Joo Won, is transferred in. Joo Won is an elite detective whose father is the star candidate for the National Police Agency’s next chief. Despite his admirable qualities and high social standing, Joo Won harbors a long-held secret.
When a string of gruesome killings occurs, a pattern takes shape that is oddly reminiscent of some cold serial-murder cases from 20 years prior. Dong Sik and Joo Won team up, vowing to stop this vicious culprit in his tracks.
As their investigation proceeds, they are forced to look far deeper than what the evidence suggests, questioning the culpability of all those surrounding the case, including their own.
Ini temujanji pertama Sha lepas tukar implant baru.. Sha buat proses Buang dan Pasang Implanon pada Oktober 2020.. Implant pertama Sha pakai pada September 2017.. Boleh baca di entry Implant aka Nexplanon - Pemasangan.. Tempoh pemakaian implant ini adalah 3 tahun.. Ini implant kedua yang Sha pakai.. Alhamdulillah setakat hari ini tak ada apa-apa perubahan atau kesan yang luar biasa.. Cuma lenguh tangan masa lepas tukar implant je.. Sekarang dah okay.. hehehe..
Jumpa doktor, doktor tanya keadaan semasa dan tetapkan temujanji 6 bulan kemudian serta temu janji untuk pemeriksaan keseluruhan.. Yang ini kena buat lepas Ramadan sebab puasanya bermula tengah malam.. Hehehe.. Beginilah rutin untuk pemakai Implant perancang.. semasa temujanji banyaklah soalan yang akan ditanya doktor, perubahan fizikal dan dalaman, kesihatan dan lain-lain.. Bergantung pada doktor yang ditemui..
Darah yang diambil setiap 6 bulan untuk memastikan semua ok..
Biskut yang sedap, mewah dengan rasa cheese.. Tapi maaflah tak ingat berapa harganya.. hehehe.. Sha makan biskut ini sebagai snek lepas solat.. hehehe.. Kawankan pula bersama secawan nescafe panas, pergh!! Memang mantaplah.. hehehe.. Sha beli dekat Pasaraya Sakan Kg. Gajah.. Dekat area rumah Sha ini tak ada pula nampak kedai atau pasaraya jual..
Cantikkan pek dia..
Dalam satu pek besar ini ada 10 pek kecil.. Senang nak bawa ke mana-mana ini..
Buku ini tak ada konflik yang berat.. Lebih pada kisah percintaan zaman remaja yang terlalu mengikut nafsu kemudiannya terputus.. Berpisah dan bertemu semula di alam perkerjaan.. Walaupun Tabrani sudah bertunang namun hatinya masih pada Jasmine.. Pertinangan diputuskan dengan cara baik.. Si tunang tak ada lah buat adegan balas dendam ke apa.. Cuma bertemu empat mata dengan Jasmin dan bersembang.. Memang bacaan yang santai dan rileks.. Penulis berjaya menyampaikan cerita yang menarik..
Berjumpa lagi dalam entry mengenai lagu.. Masih lagi lagu iKON.. Kali ini pun lagu pasal putus cinta cumanya kali ini lebih pada tak sangka pun nak putus tapi putus juga.. Bila dah putus tu baru rasa macam nak menyesal sebab tak menghargai semasa masih bersama.. Ingat senang ke nak lalui kehilangan tu tambah bila rasa ada kekesalan.. tahu salah sendiri tak menghargai tapi bila cinta yang hangat membara dah tinggal abu putih, memang dah tak ada apa yang boleh dikesalkan..
Bila artis berkarya lagu sedih tapi muzik dia agak rancak memang feel jadi lain..
[Romanized:]
Sarameseo sarangeuro
Inyeoneseo yeonineuro
Ibyeol eopsi yeongwonhal jul aranneunde
Sasil ajikdo geojinmal gatjyo
Hwaljjak useumyeo ol geonman gatjyo
Areumdawotdeon moseup geudaero
Ije waseoya huhoeman haeyo
Unneun ge ippeun geudael ulligiman haetjyo
Naega baran geon ige aninde
Gyeolguk i jigyeong i kkoriji naran nom
Jikyeojujido mothaetji neoran kkot
Ppalgake bultaoreudeon uri modeun ge
Hayake jaeman namatjyo
Sarameseo sarangeuro
Inyeoneseo yeonineuro
Areumdaun sarang kkocheul piwonneunde
Kkocheul piwonneunde
Useumeun wae ureumi dwae
Nimeseo nami dwaebeorin geudae
Ibyeol eopsi yeongwonhal jul aranneunde
Urin wae wae wae
Nae kkumsogeseodo meoreojineun neo
Amugeotdo nan hal suga eopjyo
Meomchwoboryeo sorichyeodo
Nuneul tteumyeon sarajijyo
Wae nega isseul ttae jalhaeya haetdeon geol
Geuttae nan mollasseulkka
Wae modeun geotdeureul ilko nan hue
Sojunghameul alge doelkka
Gyeolguk i jigyeong i kkoriji naran nom
Jikyeojujido mothaetji neoran kkot
Ppalgake bultaoreudeon uri modeun ge
Hayake jaeman namatjyo
Sarameseo sarangeuro
Inyeoneseo yeonineuro
Areumdaun sarang kkocheul piwonneunde
Kkocheul piwonneunde
Useumeun wae ureumi dwae
Nimeseo nami dwaebeorin geudae
Ibyeol eopsi yeongwonhal jul aranneunde
Urin wae wae wae
Geuttae majimagin jul aratdamyeon jogeum deo
Ne moseubeul damadwosseul tende
Dan han beondo saranghaji aneun jeok eopjyo
Cheoeumbuteo jigeumkkajido
(English Translation)
From just anybody to my love
From fate to lovers
Thought we’d be together forever without any breakup
In fact it still seems like a lie
Like you’d come back with a great big smile
Beautiful as you were
Only now I feel regret
All I did was to make your beautiful smiling face covered in tears
This isn’t what I wanted
Eventually ending up in this position, coming to this, I’m the one who messed it up
Couldn’t even protect a flower like you
All the flashing sparks in our relationship
Have turned into white ashes
From just anybody to my love
From fate to lovers
Blossomed a beautiful love flower
Blossomed a flower
Why has laughter turned into tears
Once mine now a stranger
Thought we’d be together forever without any breakup
Us why why why
You’re moving far away even in my dreams
I can’t do anything
Shouting out to try and stop you
But you disappear when I open my eyes
I had to treat you well when you were here
Didn’t I know that before
Why is it now that I’ve lost everything
I learn how precious you were
Eventually ending up in this position, coming to this, I’m the one who messed it up
Couldn’t even protect a flower like you
All the flashing sparks in our relationship
Have turned into white ashes
From just anybody to my love
From fate to lovers
Blossomed a beautiful love flower
Blossomed a flower
Why has laughter turned into tears
Once mine now a stranger
Thought we’d be together forever without any breakup
Lawak Kingdom ini ada 8 komik pendek yang bersambung dari buku sebelum ini namun masih okay dibaca tanpa ikut turutan.. Seronok bersantai dengan bacaan ringan sebegini sambil menemani anak-anak membuat kerja sekolah.. Hehehe.. Ringan-ringan dan bergelak ketawa semasa membaca..
Sha baca dan selesai pada 19.04.2021..
Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published January 2015 by Gala Unggul Resources Sdn. Bhd.
Buku ini sha ambil masa sedikit nak baca sebab isi dalamnya ada babak-babak berkaitan politik yang mana agak kurang Sha gemari.. Hehehe.. Tapi okay je nak baca.. Cuma tu lah, ending dia memang buat kita geramlah..
Kisah Badriya dan Manteen yang dibesarkan di rumah anak yatim dan kemudiannya menjadi anggota PASAK.. Latihan yang dilaluinya agak keras namun itu adalah pilihan mereka.. Badriya dan Manteen juga melalui sesi kaunseling yang membantu mereka melupakan peristiwa silam yang menjadi igauan ngeri setiap kali tidur.. Tugas pertama mereka selepas lulus cemerlang adalah melindunggi YB Ahmad Siddiq namun tugasan itu bukan mudah bila YB cuba membongkar projek lama yang terbengkalai.. Nyawa mereka menjadi taruhan pada kumpulan ALGOJO.. Tanpa mereka sedari, mereka sebenarnya sebahagian daripada ALGOJO dan bukan mudah menghapuskan rejim yang telah bertapak selama 70 tahun..
Sha baca pada 18.04.2021 dan selesai pada 20.04.2021..
Filem yang sangat menyedihkan.. Seobok merupakan manusia yang diciptakan untuk formula hidup kekal abadi.. Dilahirkan dari rahim manusia tapi bukan manusia.. Namun manusia dan perasaan tamak sangat bahaya.. Satu pihak inginkan Seobok sebab tak nak mati dan nak berkuasa seperti tuhan menentukan siapa yang hidup siapa yang mati.. Satu pihak lagi nak memusnahkan Seobok demi kelansungan dunia namun menggunakan cara yang salah.. Gi Heon ditugaskan untuk membawa Seobok ke tempat selamat bila salah seorang saintis mati dibunuh.. Namun perjalanan mereka bukanlah mudah.. Sepanjang perjalanan, mereka akhirnya mula memahami antara satu sama lain.. Gi Heon menunaikan permintaan Seobok untuk ke Ulsan dan kemudian kembali smeula ke makmal..
Penamat dia membuatkan kita berfikir.. Semua orang akan mati.. Tak ada yang akan terlepas.. Ketakutan menghadapi mati membuatkan manusia menghargai kehidupan..
Movie: Seobok
Also Known As: Seo Bok
Screenwriter & Director: Lee Yong Joo
Genres: Action, Thriller, Drama, Sci-Fi
Country: South Korea
Release Date: Apr 15, 2021
Duration: 1 hr. 54 min.
Former intelligence agent Ki Heon encounters the first-ever genetically mutated human clone, Seo Bok, who holds the secret to eternal life. For his final mission, Ki Heon is responsible for Seo Bok’s safe journey. They become embroiled in dangerous situations, as several forces desire the clone to suit their own agendas.
(Source: Soompi, AsianWiki)
~ Modern reinterpretation of the story of Xu Fu (pronounced 'Seo Bok' in Korean) from the Qin Dynasty who was twice sent by Qin Shi Huang to find the elixir of life. ~
Bacaan santai yang menarik.. Komik ini lebih panjang dari Lawak Kampus.. Lebih seronok dan menggembirakan untuk dibaca.. Hehehe.. Bolehlah santai-santai sementara menunggu waktu bervuka gitu.. Selalunya Sha akan baca komik lepas baca buku yang berat dan memakan emosi..
Sha baca dan selesai pada 18.04.2021..
Sha baca menggunakan aplikasi PNM e-Reader..
Published July 2014 by Gala Unggul Resources Sdn. Bhd.
Bacaan yang agak serius walaupun tak tebal tapi memerlukan masa untuk dihadam.. Kisah penulis dengan anaj autism beliau.. Perkongsian yang sangat membantu buat mereka yang ada anak kurang upaya.. Penulis berkongsi kepelbagaian OKU dan tanda-tandanya.. Penulis juga berkongsi bagaimana penerimaan pertama beliau terhadap keadaan anaknya.. Penafian dan penerimaan.. Bukan mudah sebenarnya namun menafikan juga tidak membantu.. Sebaiknya jangan dipersoalkan perancangan Allah kerana Allah itu sebaik-baik perancangan.. Selain penulis ada beberapa lagi perkongsian dari mereka yang ada anak OKU dan juga dari OKU sendiri..
Bacaan yang bagus untuk semua..
Sha baca pada 15.04.2021 dan selesai pada 18.04.2021..
Filem yang superb.. Sangat awesome, kelakar namun menginsafkan.. Lakonan Bell Ngasri walaupun kelakar berjaya meninggalkan impak bukan sahaja pada Sha tapi juga anak-anak.. Iye.. Sha menonton filem ini bersama anak-anak.. Mana yang kurang logik Sha dan encik suami terangkan..
Bermula dengan babak Kiambang yang cuba meletakkan hasil jualannya namun ditolak malah diumpat.. Kemudian babak diteruskan dengan perangai Bakoba yang membelanja kawan-kawannya makanan semasa bulan puasa.. Namun disebabkan Bakoba tidak mahu memberikan makanan tersebut pada Yah Kuchai makanya Yah Kuchai telah melaporkan kepada Pak Din, Ustaz Kazim dan yang lain.. Maka mereka pun ditangkap dan didenda.. Namun Bakoba tak serik, sebaliknya terus membeli makanan dan makan didalam kebun.. Masa inilah malang datang menimpa.. Bakoba di timpa durian dan mati.. Berjumpalah Bakoba dengan syaitan.. Semua kejahatan Bakoba tertayang di depan matanya termasuklah sesuatu yang menjadikan Bakoba rasa sangat menyesal.. Apakah agaknya?? Kenalah tengok.. Hehehe..
Pada Sha filem ini memang sangat bagus ditonton sekarang bersama keluarga.. Ada pengajaran dan teguran yang disampaikan.. Menusuk tepat ke hati dan jiwa.. Tapi kalau tengok dengan anak kecik kenalah terangkan ye..
Ayat Bakoba yang ini memang mengimbau drama Kampung Pisang Bersiri-siri.. "Aduh! Mi Kari Kuah Laksa ini".. Hahahah.. Memang mengekek Sha gelek bila dengar Bakoba cakap ayat nie..