Sunday, June 9, 2013

Perniagaan Online

Setelah sekian lama mengidamkan perniagaan sendiri akhirnya hajat saya tercapai.. Walaupun hanyalah secara kecil-kecilan dan part-timed saya rasa sangat seronok impian saya menjadi kenyataan. Jemputlah singgah jamu mata.. Kalau berkenan bolehlah beli. Murah-murah dan cantik-cantik..

Monday, June 3, 2013

Cuti Tanpa Gaji - Menjaga Anak

Alhamdulillah... Syukur kepada Allah kerana mempermudahkan segala perancangan..

a) Cuti Tanpa Gaji telah diluluskan. Bermula 1 Jun 2013 aku akan bercuti sehinggalah 31 Disember 2013..  Lama kan.. Tujuan asal adalah rahsia.. hehehe.. Of kos lah nak jaga anak.. Tetibe nak rasa jadi suri rumah sepenuh masa lak.. Tambah2 bila ada anak kecik nie.. Baby Imani lak nyusu badan jer.. x campur formula.. Memang seronok..

b) Memulakan sesuatu yang dah lama dirancang tapi belum berkesempatan nak dilaksanakan. Kebetulan cuti dah lulus bolehlah nak laksanakan perancangan yang tertangguh...

c) Merehatkan fizikal dan mental dari bebanan kerja.. Merasa sendiri bagaimana menjadi surirumah sepenuh masa. Melalui pengalaman manis melihat anak membesar didepan mata. Melatih Amani untuk tidak menggunakan pampers..

Diskriminasi

Assalamualaikum...

Hari ini nak buat luahan perasaan yang dah lama terpendam..

Memula kita tgk dulu definisi Diskriminasi ini. Diskriminasi merupakan satu amalan yang biasa dijumpai dalam masyarakat dunia. Ia berpuncan daripada kecenderungan manusia untuk membeza-bezakan antara satu sama lain. Diskriminasi boleh berlaku dalam pelbagai konteks antaranya ia boleh dilakukan oleh orang perseorangan, institusi, firma malah oleh kerajaan. Selain daripada itu diskriminasi merupakan layanan tidak adil kepada seseorang atau kelompok berdasarkan prejudis (sangkaan buruk). Melayan orang secara buruk selalunya disebabkan oleh perbezaan antara kelas, bangsa, gender atau kategori lain bukannya berdasarkan siapa individu itu tersebut.

Sekarang berbalik pada peristiwa yang berkaitan, pagi tadi aku pergi ke 2 buah bank.

Bank pertama - Puan boleh buat pinjaman dengan rate faedah rendah untuk tempoh masa pendek. Kalau tempoh masanya panjang faedahnya tinggi. (Ok fine yang ini aku faham. Nak bunga rendah pinjam dalam tempoh yg pendek.).

Bank Kedua - Puan kena gaji RM2500.00 ke atas baru boleh dapat faedah rendah. Kalau gaji bawah RM2500.00 faedah tinggi.. (Yang ini aku x faham. kalau nak faedah rendah gaji ko kena tinggi, kalo gaji ko rendah faedahnya tinggi. Memang sangat2 menjengkelkan. Lepastu boleh pulak dia cakap ini pun kami baru je turunkan faedah dari 4.9% kepada 4.5%. Sepatutnya yang gaji keciklah diberi faedah rendah ini sebaliknya pulak.)

Sudahnya aku pergi balik ke bank yang pertama tadi. Senang pun senang. Cepat, layanan pekerjanya pun tiptop. Berbanding dengan bank yang kedua tu bila dia tahu aku kerja pembantu jer layanan ala2 jer.. Seriously sangat menyakitkan hati.

Peristiwa kedua, pergi beli nasi ayam. Makcik tu boleh pulak ala2 malas nak layan. Kalau boleh nak curah je sos cili, kicap ngn sup kat nasi. Apalah salahnya dia ikat siap2 sos cili, kicap ngn sup tu.. Bila orang order kan dah senang. Sup tumpah sebab x ikat ngn getah.. Aduhai lah makcik, kalau xnak berniaga jgn buka kedai.  Dugaan betul hari ini.

Mana-mana tempat pun ade je berlaku diskriminasi ini. Kalau ko pakai grand2 memang conform lah ko dapat layanan 1st class.. kalau ko pakai cikai2 jgn haraplah...
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com