Showing posts with label Makanan. Show all posts
Showing posts with label Makanan. Show all posts

Monday, August 3, 2026

7-Eleven Baked Corn: Original Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Keropok jagung perisa asli.. MSedap sebab rangup.. Memang layanlah mengunyah.. Cumanya dia ada rasa yang bila makan terlalu banyak rasa muak.. Macam mana ek nak terangkan.. Sha suka ja tapi tak boleh nak sekali hadap.. Rasa asli dia tu buat kita cepat muak.. 

7-Eleven Baked Corn: Original Flavour (50g) - RM

Separuh ja penuhnya.. huhuhu..

Tuesday, July 28, 2026

Delicies European Egg Tart Cookies: Chocolate Filling with Almond

Assalamualaikum..
Hye semua..

Tart versi biskut jenama Delicies ini memang menarik sebab serba coklat dengan tambahan ketulan kacang badam dibahagian atasnya.. Biskut kan, keraslah sikit bila gigit tu.. Coklat dia pun agak keras juga tapi tak adalah sampai tak boleh nak kunyah.. Masih okaylah lagi untuk snek waktu santai.. Sha beli dekat kedai ECO..

Delicies European Egg Tart Cookies: Chocolate Filling with Almond (50g) - RM2.60

Ada 4 ketul dalam dia..

Memang meriahlah coklat dia..

Saturday, July 18, 2026

Gardenia Squiggles: Matcha Midori

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti baru dari Gardenia guys.. Tapikan susah betul nak jumpa.. Jenuh Sha mencarinya.. Ini pun memang kebetulan ja masa masuk 7E Cafe dekat Behrang Resident.. Itupun tersorok disebalik timbunan roti coklat.. Mujurlah mata Sha cekap.. kikiki

Roti ini menggabungkan krim matcha yang berkrim dengan krim coklat yang lazat di dalam roti yang lembut.. Setiap gigitan menawarkan keseimbangan sempurna antara rasa matcha dan coklat yang berkrim.. Memang ngam untuk mereka yang sukakan matcha.. 

Tapi bukan untuk Sha.. kikiki.. Cukuplah sekali ja Sha beli untuk rasa.. Rasa krim matcha tu tak kena betul dengan lidah dan tekak Sha.. Rasa dia okay-okay ja..

Gardenia Squiggles: Matcha Midori (55g) -RM1.90

Mujurlah ada coklat dekat bahagian atas tu.. Kalau tak lagilah Sha tak boleh nak makan..

Tengah tu ada krim matcha..

Tuesday, July 14, 2026

Mister Potato Balls Creamy Carbonara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mister Potato keluarkan snek bentuk bulat-bulat pula.. Sajalah Sha beli untuk dicuba.. Bila dah rasa, dengan yakinnya Sha tak berkenan.. Terlalu masin.. kikiki.. Rasa dan bau carbonara tu ada tapi masin dia sangatlah menganggu.. Kalau makan sikit ja, okay lagilah.. Tapi nak habiskan sebungkus ini memang tak lah.. 

Mister Potato Balls Creamy Carbonara (80g) - RM3.80

Kemain kuning warna dia dan isinya tak sampai separuh pek tu pun..

Sunday, July 5, 2026

Dolphin Konjac Jelly: Caramel, Peach, Mango, Calamansi, Cola & Grape Flavor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alang-alang Sha ke ECO, teruslah Sha beli semua rasa yang ada untuk konjac jeli ini.. Kebetulan ada promosi beli 5 percuma 1 dan rasa tu pun memang ada 6 termasuk Calamansi yang Sha pernah beli sebelum ini.. Tambahan pula ada muka Erra Fazira yang cantik dekat pek tu, lagilah teruja nak beli.. kikiki..

Pada Sha rasa buatan tu memang ketaralah bila kita makan konjac jeli ini kecuali untuk perisa mangga dan anggur.. Lepas tu bila makan yang rasa caramel tu dia ada rasa kopi juga dekat hujung-hujung tu.. Cola tu pula tak ketara sangat rasa dia masa mula-mula masuk mulut.. Bila kunyah baru keluar rasa cola tu.. Peach tu okay ja.. 

Dolphin Konjac Jelly: Caramel, Peach, Mango, Calamansi, Cola & Grape Flavor (120g) - RM2.40 each

Setiap rasa tu ada 6 pek comel.. 

Thursday, July 2, 2026

Farm Fresh | The Butter Salted

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli mentega jenama Farm Fresh ini dekat FamilyMart.. Kebetulan ada promosi tu yang beli.. Harga asal dia RM8.90, Sha bayar RM7.90.. Okaylah kan.. Murah seringgit.. Sedaplah mentega dia.. Tak payah tambah garam.. Bila sapu dekat roti dan bakar memang wangi dan menyelerakan.. Sapu mentega dan tabur sedikit gula pun sedap juga tau.. Mentega dia cepat lembut jadinya mudahlah nak sapu pada roti walaupun disimpan didalam peti ais..

Farm Fresh | The Butter Salted (12X9g) - RM7.90

Ada 12 ketul dalam dia dan setiap ketul tu 9g..

Wednesday, July 1, 2026

Tong Garden Mala Peanut Mixed Broad Bean

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Menusuk okay bau mala dia tu.. Boleh nampaklah kepingan cili, biji cili, szechuan pepper tu lepas tuan isi dalam botol.. Seram betul bila tengok warna dan banyaknya rempah ratus untuk mala tu.. Bila makan tu memang terasalah pedas mala tu.. Pedas yang tak sama macam pedas kita.. Pedas dia tu terasa berempah.. Setakat makan sikit-sikit tu okay ja.. Kalau sekali hadap memang berpinarlah kepala Sha.. Sha ini bukannya makan pedas pun.. Beli sebab nak mencuba.. Seminggu lebih baru habis sebalang ini.. kikiki..

Tong Garden Mala Peanut Mixed Broad Bean (140g) Spicy

Dapatlah sebekas comel ini..

Boleh nampak isi dia ada kacang tanah, kacang parang dan rempah ratus mala.. huhuhu..

Friday, June 5, 2026

Toasty Honey Mustard Flavoured Croutons

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha dah kongsikan perisa mentega bawang putih dan marjerin gula.. Kali ini Sha kongsikan yang rasa biji sawi madu pula.. Rangup dan rasa dia tak pelik.. Adalah rasa manis tapi manja-manja ja.. Memang sedaplah makan macam tu ja.. Boleh beli dekat kedai ECO.. Berbaloilah dengan harga dia.. Memang layan makan crouton ini..

Toasty Honey Mustard Flavoured Croutons (100g) - RM2.60

Isinya ada separuh beg tu.. Boleh seal balik lepas buka.. 

Thursday, June 4, 2026

Zus: Kinda Adult Meal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak beli Zus.. Pagi tadi sajalah tengok apps Zus.. Eh!! Ada promosi baru.. Makanya jomlah kita beli untuk diri sendiri.. Kinda Adult Meal ini dia bagi 7 pilihan makanan termasuk 3 makanan baru.. Air pula ada 10 pilihan.. Lepas tu satu mainan.. Harga dia RM34.90 dan tak dapat cup count.. Dapat point ja.. Nasiblah Sha dah tak obses nak kumpul cup count tu.. Beli pun suka-suka ja sekarang ini..

Dapat paperbag Zus yang cantik.. Dapat juga straw dan cup sleeve..

Dalam box tu ada makanan dan mainan..
Sha beli Cheesy Sausage Roll.. Sedaplah.. Lupa pula nak ambil gambarnya.. kikiki..

Air nya Sha pilih Buttercreme Latte.. Ini ja pilihan air yang kena dengan Sha.. Sha guna tumbler sendiri..

Kalau dapat yang secret tu, memang cunlah tapi kebarangkalian tu agak mustahil..

Isi dalam kotak tu.. Sha dapat Choco Chipster.. Mainan tu kita kena cantum-cantumkan dia.. Tengok kad tu, dah boleh tahu kita dapat apa.. Tak payah susah-susah nak buka bungkusan tu.. kikiki..

Setelah dipasang.. Comelkan.. Cumanya mainan tu dia terpisah dari meja tu.. Kalau bercantum, Sha rasa lagi cun..

IKO Chocolate Hazelnut Cream Sandwich

Assalamualaikum..
Hye semua..

Biskut baru dari ECO.. Sha beli sebab ada perkataan coklat dan kacang hazel.. Dua ini kalau gabung, InsyaAllah sedap.. Memang tepat pilihan Sha.. Rasa dia kena dengan lidah dan tekak Sha.. Sedap, takl manis sangat.. Inti tu seimbang dengan biskut yang plain..

IKO Chocolate Hazelnut Cream Sandwich (108g) - RM2.60

Ada 6 pek comel dan bungkusan besar tu.. Dibungkus berasingan..

Inilah isi dalam dia.. Inti coklat tu penuh di bahagian tengah.. Setiap pek comel ada 2 biskut..

Tuesday, June 2, 2026

PRAN Oh Cake Banana Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila masuk ja ECO Shop mesti cari makanan baru yang tak pernah cuba.. Kali ini Sha jumpa kek comel macam kek Apollo tapi jenama PRAN.. Kek pisang dengan pembungkusan yang sangat menyerlah, jadinya kita ambillah sebungkus.. Buat rasa-rasa.. Okaylah kek dia.. Bau dan rasa pisang tu ada tapi lebih ke arah perasa tiruan.. Tapi okay ja bukannya nak makan selalu atau hari-hari.. Sedikit manislah untuk lidah Sha..

PRAN Oh Cake Banana Flavour - RM2.60

8 pek comel dalam dia..

Kemain menyerlah warna kuning kek tu.. 1 pek ini 16g ja..

Monday, June 1, 2026

CP Beef Burger with BBQ Sauce

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha cuba burger daging fengan sos BBQ ini.. Sedap juga.. Walaupun saiz dia taklah seperti yang dipamerkan pada bungkusan tapi masih okaylah pada Sha.. Ngam ja makan bila nak cepat.. Koyak ja sikit bucu plastik, masukkan dalam microwave lebih kurang 30 ke 40 saat, dah boleh makan..

CP Beef Burger with BBQ Sauce (115g)

Okaylah saiz daging dia.. Sos bbq tu pun ngam ja dia bubuh dekat ke dua-dua bahagian.. Daging dia lembut ja.. Senang nak kunyah.. Okaylah..

Sunday, May 31, 2026

Timo Gummy Multivitamin & Minerals Strawberry Flavour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli gummy ini dekat Segi Fresh.. Sementara menunggu giliran untuk membayar, sempatlah mata Sha meninjau rak berdekatan kaunter bayaran tu.. Nampak macam menarik ja gummy ini, Sha belilah satu.. Rasa strawberi dia memang padulah.. Cumanya gummy dia bukan jenis yang lembut tu tau.. Ini gummy yang kenyal, bila kunyah tu dia sedikit liat.. Tapi sedap ja.. Sebungkus ini memang tahan seminggulah dalam beg tangan Sha.. Bila mulut rasa pahit bolehlah kunyah ataupun bila mengantuk.. kikiki..

Timo Gummy Multivitamin & Minerals Strawberry Flavour (30g)

Bentuk gummy tu.. Kenyal dan ada serbuk gula dekat bahagian luar gummy tu..

Monday, May 25, 2026

Nestlé Koko Krunch Strawberry

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jumpa juga Koko Krunch Strawberry ini.. Buka ja bungkusan tu semerbak bau strawberry.. Memang bukan rasa tiruanlah.. Warna merah jambu dia cantik betul.. Ini kalau makan dengan susu strawberry memang ngamlah.. kikiki..

Nestlé Koko Krunch Strawberry (285g) - RM11.60

Comel ja kan warna merah jambu tu..

Tuesday, May 19, 2026

MLF The Only Peanut: Five-Spice Flavoured Roasted Peanuts

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini satu lagi kacang panggang berperisa.. Sesuai dengan bungkusan dia yang warna merah, kacangnya disaluti dengan lima rempah yang padu dari segi bau dan rasa.. Memang bila buka bungkusan tu semerbak bau rempah tu menyengat deria rasa dan bau.. Bila makan memang terasalah rempah dia pada lidah.. Tapi tak lah tak sedap cuma kurang kena dengan Sha ja.. Kira yang ini akan datang memang Sha tak belilah.. Cukuplah beli yang ini buat rasa-rasa.. kikiki..

Kalau korang suka yang berempah, bolehlah cuba yang ini.. Tapi kena cari dekat NSK lah..

MLF The Only Peanut: Five-Spice Flavoured Roasted Peanuts (300g) - RM7.50

Penuh sebekas.. Boleh ja biar dalam plastik dia tu sebab bahagian atas plastik tu ada zipper.. Kacang tak lemau pun.. Cumanya Sha lebih suka bubuh dalam bekas..

Sunday, May 17, 2026

Sinar Kek Mentega

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa dekat Kedai Mesra Petronas.. Jadilah buat kudap-kudap dekat pejabat sambil minum kopi.. Gitu.. Keknya wangi.. Lepas tu kek dia jenis yang padat tapi lembut ja bila kita gigit.. Memang mewahlah rasa mentega dia tu walaupun harganya murah.. Masih lagi sedap di tekak dan lidah Sha.. Bolehlah jadikan snek bila jalan jauh..

Kek Mentega (28g) - RM1
Kek Mentega Pandan (28g) - RM1

Comel ja saiz dia.. satu biasa satu lagi pandan..

Wednesday, May 13, 2026

Coretan 13 Mei 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini nak pergi kerja, encik suami bagi tahu jiran meninggal.. Staf politeknik, Sha pun kenal.. Abang tu tengah cuti sementara nak tunggu pencen bulan 9.. Isterinya bagi tahu meninggal masa tidur.. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.. Aamiin.. Aamiin..

Hari ini pun anak-anak ada prasukan dan kawad kaki.. Oleh kerana hari ini Sha pergi kerja sendiri, Sha suruh anak-anak tunggu ja dekat sekolah, kononnya Sha ambil teruslah nanti.. Sekali encik suami kata dia dah ada dekat Politeknik.. Nanti dia ambil anak.. Sha pun terus balik rumahlah kononnya nak briskwalk.. Tak dapatlah pula hujan turun.. Kita briskwalk atas katil ja lah.. kikiki..

Pagi tadi Sha sarapan nasi lemak kosong dengan nescafe panas dekat kafe hospital, sajalah nak mencuba sebab tergoda tengok kacang dan ikan bilis goreng dia.. Sambal dia ja tak cukup masak memang terasalah pedas dia tu..

Alhamdulillah, pagi ini ada bos belanja cekodok pisang.. Sha makan dalam jam 11.30 pagi..

Nombor plat Sha tanggal.. Nak balik kerja ada staf bagi tahu.. Sha memang tak perasanlah sebab datang dari belakang terus masuk kereta.. Balik bagi tahu encik suami dia skrukan balik.. Lepas tu mencarilah pelekat dua muka..

Ikan bilis, sotong kering, serbuk ikan bilis dan serbuk cendawan Sha dah sampai.. Esok pagi boleh goreng ikan bilis buat bekal..

Tuesday, May 12, 2026

Nestlé Musang King Mini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Aiskrim durian ini datang dengan versi mini lah pula.. Okaylah kuantiti comel, rasa masih sama.. Harga pun, bolehlah.. kikiki.. Pembungkusan ja besar, isi dia comel gila.. Nak tergelak Sha bila buka bungkusan tu.. 

Nestlé Musang King Mini (35ml) - RM3.00

Memang betul comel saiz dia.. kikiki..

Saturday, May 9, 2026

Farm Fresh Yogurt: Original

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja Sha cuba yang biasa ini.. Okaylah tak terlalu pekat macam yang Greeks tu.. Versi biasa ini lebih lembut sikitlah rasa dia, bolehlah makan macam tu ja.. Tak terlalu ganas rasa dia di tekak.. Makan kosong pun okay, tambah granola atau buah-buahan pun okay ja.. Tapi tetap tak menarik untuk Sha.. kikiki.. Sha lagi suka yang ada buat.. Lebih syok nak makan..

Farm Fresh Yogurt: Original (120g) - RM3.20

Nampak ja macam pekat, tapi tak adalah sepekat versi Authentic Greek..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com