Sunday, August 2, 2026

Pengalaman Tersadai di Lebuhraya

Assalamualaikum..
Hye semua..

Elok ja pagi tadi memandu dari Behrang nak ke Negeri Sembilan.. Perjalanan lancar tanpa kesesakkan.. Alih-alih sampai dekat km 281.9, motor keluarkan bunyi pelik.. Bila berhenti untuk tengok, rupanya tayar belakang pecah teruk.. Nak dijadikan cerita berjalanlah kejap Sha sementara encik suami gerak ke kawasan yang redup sikit.. Kelakar pula bila kereta dan motor lalu lalang duk pandang-pandang..

Sha telefon PLUS untuk minta bantuan.. Kena tunggu dalam 30 minit.. Kalau ikutkan PLUS mereka memang tak boleh nak bantu banyak.. Encik suami minta tolong untuk tumpangkan Sha dan escort ke R&R Seremban ja.. Selebihnya encik suami dah uruskan.. Beliau minta tolong rakan yang tinggal berdekatan..

Berhenti selepas dengar bunyi pelik..

Berjalan menuju ke tempat redup sebelum Sha telefon PLUS untuk minta bantuan..

Menunggulah kita sekejap..

Tumpang kereta Peronda PLUS ke R&R Seremban untuk lebih selamat..

Melepaklah sekejap kita di R&R Seremban sementara tunggu towing dan kawan encik suami..

Beli air dari mesin Tao Bin ini.. Air Thai Lime Tea (RM3.60)..

Selamat naik Triton untuk ke Banting.. Nak naik kan motor dan ikat ni pun makan masa lebih kurang 20 minit jugalah.. Bayar RM220 untuk towing.. 

Kita tinggal Belalang Tempur dekat rumah kawan encik suami.. Bawa balik tayar belakang yang pecah ja.. Kawan encik suami bagi pinjam kereta dia untuk kami gunakan.. 

Singgah R&R Sg. Buloh top up Touch n Go dan beli donut untuk anak-anak.. Sempatlah Sha cari roti Sunshine juga..

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum.. Salam ukwah dari saya untuk anda..
Terima kasih sudi singgah blog saya..

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com