Sunday, January 31, 2021

Drama Thailand | Social Death Vote (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Satu lagi drama yang Sha tonton melalui Youtube.. Drama pasal perkara viral yang dikongsi, dikomen di media sosial.. Bila manusia lain menjadi penambah rasa kepada perkara yang tersebar hingga menyebabkan berlakunya pembulian siber..

Best berpindah sekolah dan berkenalan dengan Arm.. Best juga berjiran dengan Q.. Satu hari Arm telah merakam aksi mereka bercumbu dan rakaman tu telah tersebar di media sosial hingga menyebabkan Best dihina.. Best yang tak tahan telah menggantung diri.. Q yang melihat mula merasa geram dan membalas dendam pada semua yang meninggalkan komen jahat di video yang tersebar.. Namun apa yang dilakukan Q sebenarnya lebih kurang je dengan apa yang berlaku pada Best.. 

Bukan sepatutnya kita menjadi hakim atau penambah rasa pada apa yang tersebar di media sosial.. Setiap yang berlaku tu pasti akan ada sebab dan akibat.. Tangan tu jangan terlalu cepat meninggalkan komen menghentam atau memburuk kerana tanpa kita sedari komen kita boleh menyebabkan kematian ataupun kemalangan lain..

Social Death Vote (2018)
Director: Champ Weerachit Thongjila
Genres: Thriller, School, Youth
Country: Thailand
Type: Drama
Episodes: 6
Aired: May 19, 2018 - Jun 23, 2018
Aired On: Saturday
Original Network: Channel 3
Duration: 45 min.
A teenager opens a Facebook page named "Sex Vote" to post intimate videos of students filmed illegally, making fans choose through likes and comments who they want to spy from time to time. (Source: Wikipedia)


Peristiwa Berdarah Hari Ini

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini kemalangan lah pula.. hehehe.. Cemerkap sangat Sha ini.. Masa nak potong bawang, terhiris/tertusuk jari sendiri.. Membuak-buak darah keluar.. Menitiklah air mata.. hehehe.. Masa tu jugalah tak jumpa minyak gamat.. Rupanya Imani yang simpan.. Tekap dengan minyak gamat barulah darah berhenti.. Pening sekejap.. Rehat jelah hari ini.. hehehe.. 



Beli ini sebab klasik.. hehehe.. Melegakan tekak.. 

Goodreads | Bacaan Januari 2021

Assalamualaikum..
Hye semua...

Berjaya juga membaca walaupun tak banyak.. Permulaan yang perlahan namun konsisten.. hehehe.. Sambil-sambil tu cuba mengosongkan rak 'To Be Read' Sha.. Makin bertambah bukannya berkurang rak ini.. Selain tu Sha dah makin rajin beli ebook supaya rak buku tak padat.. hehehe.. Bulan ini Sha bermula dengan ebook dan kemudian beralih pada buku fizikal..

Kawan-kawan dah mula membaca??



Saturday, January 30, 2021

Drama Thailand | I'm Tee, Me Too (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Seronok pula layan drama ini dekat Youtube.. hahaha.. Kelakar sangat perangai memasing dalam cerita ini.. Yang penakut melampau, yang fobia dengan perempuan cantik, yang tak boleh dengar bunyi mengunyah, yang tak suka bercampur dengan orang dan nama panggilan mereka yang bermula dengan Tee, memang kelakarlah.. hahaha.. Sha boleh layan sebab dramanya pendek je.. Ada 8 episod dan setiap episod setengah jam je.. Lepas tu pelakonnya handsome.. hahaha.. 

Kisahnya Watee baru kehilangan mak dan mempunyai tunggakan bank yang banyak.. Demi menampung kehidupannya dan membayar duit bank Watee menyewakan bilik dirumahnya namun meletakkan syarat penyewa mesti bernama Tee juga.. Datanglah 5 orang lelaki yang berbeza perangai duduk bersama.. Bukan mudah namun mereka cuba bertolak ansur, saling membantu dan menerima.. Kisah yang kelakar dan dalam masa yang sama membuatkan Sha rindu pada kedua orang tua Sha.. huhuhu..


I'm Tee, Me Too (2020)
Also Known As: I'm Tee Me Too
Director: X Nuttapong Mongkolsawas
Genres: Friendship, Comedy, Youth, Drama, Sitcom
Country: Thailand
Type: Drama
Episodes: 8
Aired: Sep 18, 2020 - Nov 6, 2020
Aired On: Friday
Original Network: GMM 25
Duration: 35 min.
Six guys—each named Tee and each with his own idiosyncrasies—find themselves residing under one roof, every day learning not just about one another, but themselves as well. (Source: Soju on MyDramaList)


Kasut Roda Boleh Laras

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bagi memberikan sedikit kegembiraan buat anak-anak yang tak boleh keluar bermain seperti biasa, makanya encik suami belikan kasut roda buat mereka.. Mulanya belikan untuk kakak dulu dan baru ini belikan untuk si adik.. Boleh pula dia bergaduh nakkan sama warna macam kakak dia.. hehehe.. Hadoilah.. Tapi dah lama okay je dia main.. Sakanlah mereka meluncur didalam rumah.. Mujurlah rumah kerajaan ini sedikit besar dan lapang, Sha pun tak ada bubuh perabot tambahan.. Guna perabot sedia ada je..

Kasut roda Amani ini encik suami beli masa PKP tahun lepas, sekali dengan scooter si adik.. 

Dua minggu lepas encik suami belikan untuk Imani pula.. Tersilap saiz, ukur dah betul.. Rupanya dia bagi ukuran luar bukan dalam kasut.. Jenuh encik suami godek dan ubah suai, akhirnya muat untuk Imani pakai.. Seronoklah mereka berkasut roda dalam rumah.. hehehe..

Bila tengok anak-anak meluncur dalam rumah Sha dan encik suami pun rasa macam nak beli.. hahaha.. Sha pernah mainlah masa bebudak dulu.. Sekarang ini tak surelah boleh balance lagi ke tak.. hahaha.. Angan angan je..

Zine | Anggun Sitara oleh Zarini Mansor

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Zine ini Sha dapat percuma masa beli buku bertajuk Harimau Jadian oleh penulis yang sama.. Sha baca zine ni dulu sebab nipis je.. Hehehe..

Kisah mengenai Anggun yang berdendam dengan penduduk Kampung Naga Merah akibat perbuatan keji dan gila mereka kerana mempercayai cakap seorang pawang.. Kerana marah dan dendam akhirnya Anggun termakan hasutan syaitan.. Kisah ringkas mengenai usaha syaitan menyesatkan manusia..

Sha baca dan selesai pada 27.01.2021

Koleksi peribadi Sha.. Hadiah dari penulis..
Published 2019 by Zarini Mansor

Friday, January 29, 2021

Amani | Pendidikan Seni Visual: Kolaj & Gurisan

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Saja kongsi pasal ini disini.. Buat kenangan Amani bila besar nanti.. Setiap Jumaat, Amani ada subjek Pendidikan Seni Visual.. Minggu lepas dan minggu ini tajuknya saling berkait.. Minggu lepas Amani buat kolaj dengan cara menekan menyapu gam pada permukaan yang nak dibubuh kerta warna kemudian tekan kertas warna menggunakan hujung berus warna.. Disebabkan kertas warna ada hijau maka kita buat buah epal warna hijau.. Kena pandai ubah suai lah ye..

Gambar pertama yang dihantar kepada Cikgu mendapat teguran.. Cikgu suruh tambah warna kuning supaya nampak tone pada buah epal..

Hasil setelah diperbaiki.. Kemudian subjek bersambung ke minggu ini..

Ini ialah hasil kerja Amani untuk tajuk Kolaj dan Gurisan.. Gurisan ini menggunakan caryon dan juga lidi.. Tak sempat nak ambil gambar atau video masa Amani tengah buat ini sebab nak kena pantau adiknya yang juga ada kelas pada waktu yang sama.. huhuhu..

Mister Potato Limited Edition: Spicy Buttermilk Prawn

Assalamualaikum..
Hye semua..

Beli di Petronas dengan harga RM4.10 diskaun sebab beli 2.. hehehe.. Kalau tak harganya RM5 kalau tak silap.. Diskaun 90 sen.. Lepas tu bayar pula menggunakan aplikasi Setel, dapat poit lagi.. Memang bestlah.. Kenalah dengan nama dia Spicy Buttermilk, memang spicy.. Tapi bukan pedas sambal dia lebih pada pedas lada hitam rasanya.. Sebab rasa dia hangat.. Macam mana nak terangkan ye.. Tak pandailah pula.. hahaha.. Tapi sedap.. Tak boleh berhenti mengunyah..

RM4.10

Youtube Channel | Life's Wild Adventures

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha tak pasti kenapa Youtube suggest video dari channel Life's Wild Adventures ini pada Sha.. Buat pengetahuan semua, Sha bukanlah berani sangat dengan ular tapi lepas tengok video pasal Ular Pelangi/Rainbow Snake ini terus tersuka tengok ular.. Cantik gila ular ini.. Rupanya selain ular yang biasa kita tahu macam tedung dan sawa, ada banyak lagi jenis ular dan tak semuanya berbisa.. Memang menarik tau.. Kalau geli, bolehlah skip entry Sha ini.. hehehe..

Melalui channel ini juga Sha tahu pasal ular Hognose yang pandai berpura-pura mati demi menyelamatkan diri dari pemangsa.. Comel gila tengok aksi ular ini.. hahaha.. Ular ini akan berpura-pura mati sebagai satu mekanisma menyelamatkan diri.. Memang comel habislah.. Selain dari ular, ada cerita pasal buaya, cicak tanpa kaki dan juga kura-kura.. Memang channel yang menarik..

Rainbow Snake

Hognose Snake Playing Dead..

Thursday, January 28, 2021

Random Photo #3 2021

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bila BDR dekat rumah ini, jenuh nak bahagi masa antara memasak, memantau anak belajar, menjawab whatsapp dan buat kerja-kerja pejabat.. Letih dia jadi double triple rasanya.. Hahaha.. Tapi lebih dekat dengan anak-anak.. Bangun tidur sampai nak tidur boleh tengok anak-anak.. Penat namun seronok..

Kemain rajin budak ini menyapu.. Tak payah disuruh.. hehehe.. Sesekali bila tengok anak-anak buat kerja rumah, terasa makin berusia umur ini..

Lagi roti baru dari Gardenia.. Kali ini intinya sambal Mackerel.. Rasanya yang ini memang tak pernah ada.. Sebungkus ini ada dua bun dan harganya RM2..

Berger Crispy RM5.. Rasanya mantap dan power, seolah-olah makan berger zinger dari KFC.. Memang berbaloilah dibeli dengan kepingan ayam yang besar, crispy, sayur banyak dan sos melimpah ruah..

Tambah koleksi buku lagi.. hahaha.. Pra tempah pada 08 Jan 2021 dan Isnin 25 Jan 2021 dah dapat bukunya.. Sha beli sebab terpikat dengan tajuknya dan percuma postage.. Bila buka bungkusan dapat zine percuma dari penulis sebagai cenderahati.. Menarik..

Apaknya je yang sabar mengajar si kecik ini.. Emaknya memang dah jadi hijau menengokkan dia.. hahaha.. 

Novel | Dendam oleh Phakinai

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Tajuk dan penceritaan didalamnya memang sangat kena dan berpadanan.. semuanya bermula dari dendam.. Dendam yang memakan hati hingga menyebabkan kematian Cindy.. Cindy pondan cantik yang mati semasa tengah buat persembahan.. Kematian Cindy mengejutkan dan penuh misteri bila berlaku kematian pada mereka yang tidak menyukai Cindy.. Satu persatu mati dalam keadaan yang mengejutkan.. selain kematian, Tang juga sering diganggu hantu Cindy seolah-olah ingin menunjukkan sesuatu mengenai kematian beliau.. Sha yang baca pun tertanya-tanya siapa sebenarnya pembunuh.. Bila sampai ke penghujung cerita memang mengejutkan.. Tak sangka perancangnya orang lain dan ada kisah lain juga yang tersembunyi antara Tang dan Cindy.. Memang ohsem..

Sha baca dan selesai pada 27.01.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2016 by Penerbitan Pelangi

Makanan | Kimchee Timun

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita cuba Kimchee timun pula.. Dah lama mengidam nak makan, akhirnya kakak yang selalu Sha beli kimchi tu buat juga versi timun.. Harganya sedikit mahal sebab kosnya mahal namun pada Sha memang berbaloilah.. Sedap, rangup, masam, masinnya secukup rasa untuk tekak Sha.. Kalau korang berminat nak cuba, boleh jenguk FB Nur Athirah Noel Abdullah ini untuk beli.. Sha memang serasi gilalah dengan kimchi air tangan kakak ini.. Sesuai sangat dengan tekak Sha ini.. Sekarang ini makan nasi putih, telur dadar dengan kimchi je pun dah boleh bertambah.. hahaha.. 

Kimchi Timun.. 600g tapi bila pegang rasanya lebih dari 600g ni.. Memang terbaiklah seller ini..

Makan macam ini pun dah sedap.. Ala-ala orang Korea gitu.. hahaha.. Rangup timunnya wei.. Tak lembik.. Memang sedap..

Ini rupanya saya screenshot dari FB penjual.. Mengancamkan?? Rasanya pun sedap..

Klik https://www.facebook.com/NurAthirahNoel untuk membeli.. Ini bukan review berbayar ye, ini review sebab tekak saya suka.. hahaha..

Wednesday, January 27, 2021

Drama Melayu | Kampong Pisang Bersiri-Siri: Episod 8 (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod 8 membawa cerita bertajuk Hutan dan Penunggunya.. Penduduk kampung pisang masuk hutan nak ke sungai menangkap ikan.. Siap bermalam.. Awal perjalanan dah ditegur supaya jangan diteruskan sebab tempat yang mereka nak pergi tu keras, namun penduduk Kg. Pisang tetap teruskan.. Perginya dengan Pak Idrus tapi malam pertama dah berlaku kemalangan.. Salah seorang dari mereka meninggal, bila yang lain pulang memanggil ornag kampung yang tinggal menjaga mayat diganggu pontianak dan penunggu hutan.. Memang lain macam episod kali ini..

Komik | Amin #1 oleh Muhammad Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Komik ini menceritakan kisah Amin yang bercita-cita menjadi penyelamat.. Kisah yang menarik walaupun Amin mempunyai konflik yang tersendiri namun persahabatan dan didikan dari wak berjaya membentuk Amin memjadi anak yang baik.. Memang sesuai dibaca semua peringkat umur.. Rasanya komik ini akan ada sambungan, tak pastilah dah keluar ke belum.. Cuma gaya penceritaan penulis belum berapa lancar.. Ada beberapa babak yang tiba-tiba.. Masih boleh diperbaiki..

Sha baca dan selesai pada 25.01.2021..

Sha pinjam buku Perpustakaan Negara Malaysia..
Published April 14th 2010 by PTS Media Group Sdn Bhd

Wordless Wednesday 2021

 

Tuesday, January 26, 2021

Filem US | Outside the Wire (2021)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang menarik untuk ditonton kalau anda minat cerita perang-perang.. Kalau tak minat macam Sha, masih boleh layan sebab cerita dia tak adalah berat.. Lebih pada usaha seorang android untuk melancarkan misil sebab ingin menggagalkan program askar super android.. Harp merupakan pemandu drone telah melanggar arahan dan melepaskan misil menyebabkan dua askar terkorban.. Sebagai hukuman, Harp dihantar ke Ukraine dan diletakkan dibawah Kapten Leo.. Namun berkerja dengan android tak semudah yang disangkan bila Leo mula memanipulasi Harp untuk melaksanakan keinginan Leo dalam menghancurkan program askar super android..

Outside the Wire (2021)
Genre: Science Fiction | 1h 55m
In the near future, a drone pilot sent into a war zone finds himself paired up with a top-secret android officer on a mission to stop a nuclear attack.

Makanan | Cornetto: Strawberry Yoghurt

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pembungkusan berwarna pink yang sangat comel dan memikat.. Sesuai sangat diberi pada yang tersayang.. pasti berbunga-bunga hatinya menerima.. hehehe.. Melalut pula.. Harganya RM3 dan rasanya sedap lah juga.. Rasa strawberry yang mengancam.. Bahagian atas tu ada sos strawberry dan ketulan biskut.. Memang syok mengunyah..

RM3

Rasa masam tu dekat sos di bahagian atas tu je..

Monday, January 25, 2021

Novel | Puaka 3 Dimensi oleh Lekir, Mizz Lynz, Ikmal Hadri

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sahaja mencabar diri semalam untuk menyelesaikan pembacaan dua buku ini.. Walaupun kerap melencong dengan menonton klip video di Youtube, akhirnya jam 11 malam berjaya juga habiskan pembacaan.. 

Buku kedua ini bergenre seram.. Namun penyampaiaannya berbeza dengan plot twist yang cantik..

Bisikan Iblis oleh Lekir
Kisah pertama ini mengenai seorang suami bernama Dolah yang kerap sakit kepala dan diganggu lelaki tua bertanduk.. Ketika menepis gangguan itu menyebabkan Dolah kelihatan seperti seorang lelaki yang hilang akal namun beberapa kejadian yang mengganggu anak-anaknya membuktikan yang Iblis itu ada.. Namun kesudahan Dolah menyedihkan..

Jangan Takut oleh Mizz Lynz
Kisah ini paling mengganggu.. Kehidupan 4 gadis mula berubah saat salah seorang dari mereka ingkar dengan arahan tuan rumah.. Kejadian demi kejadian mula menimpa mereka.. Penamat dia mampu buat kau tercengang..

Aku Kembali oleh Ikmal Hadri
Sepasang suami isteri yang menghambakan diri pada syaitan namun dalam masa yang sama berjaya menyelamatkan anak mereka dari terus menjadi pewaris.. Kerana sikap tamak manusia suami isteri ini akhirnya mati dan menghantui rumah pusaka dan kampung tersebut hinggalah pewaris mereka pulang dan membersihkan rumah tersebut..

Sha baca dan selesai pada 24.01.2021..

Hak milik peribadi Sha..
Published July 2019 by Khursani Press


Giveaway Sii Nurul

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint GA ohsem dari Nurul ini..
Hadiah lumayan tau.. Bloglist dan juga wang tunai..

Tamat pada 20 Februari 2021

Pengambilan Buku Teks Darjah 5

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah urusan pengambilan buku Teks amani berjalan lancar.. Memang terbaiklah cara sekolah menguruskan pemberian buku teks ini.. Amani punya buku teks ini dapat lambat sebab silibus baru.. Selain buku teks Amani, Sha dapat sekali buku aktiviti Imani dan baju sukan baru mereka.. Sha memang tabik hormatlah cara sekolah menguruskan pemberian buku-buku ini.. Mereka tanya siap-siap dalam group whatsapp siapa yang ada adik beradik darjah lain untuk pihak sekolah sekalikan pemberian buku.. Tak payah lah mak bapa datang 2,3 kalikan sebab jadual waktu untuk setiap darjah berbeza.. Lepas tu pemberian buku pun secara pandu lalu je.. Cikgu dah siap tunggu dekat hentian bas depan sekolah untuk serahkan buku.. Mak bapa cuma perlu maklumkan anak kelas apa je..

Kita berubah mengikut keadaan dan dalam masa yang sama mak bapa juga perlu berikan kerjasama kepada guru untuk melancarkan apa juga aktiviti.. Bila ada kerjasama dan kesepakatan semua aktiviti akan menjadi lancar.. 

Baju sukan Amani dan Imani, buku teks Amani dan juga buku aktiviti Imani..

Sempat tapau sarapan.. Nasi goreng kampung dan pedal masak kicap bersama air nescafe ais hanya RM4.20 sahaja..

Filem Jepun | The 100th Love With You (2017)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem cinta dan pengembaraan masa, Sha tengok di Youtube.. Memang gandingan yang mampu buat kau menangis.. hehehe.. Kisah Aoi yang berkenalan dengan Riku semasa kecil dan menjadi kawan baik.. Aoi mempunyai perasaan pada Riku namun ditolak dan kemudiannya kemalangan.. Bila tersedar Aoi kembali ke seminggu sebelum kemalangan berlaku dan barulah tersedar yang Riku sebenarnya mencintai Aio dan selalu kembali ke masa lalu emnggunak sekeping rekod.. Banyak perkara yang dilakukan oleh Riku untuk menghalang dari kemlangan yang meragut nyawa Aoi sampailah satu masa bila Aoi menerima takdirnya dengan reda dan mematahkan rekod tu supaya Riku dapat meneruskan kehidupannya untuk diri sendiri.. Sedihlah tapi Riku berjaya melalui perpisahan tu dan meneruskan kehidupannya serta sentiasa mengenang Aoi..

Movie: The 100th Love With You
Also Known As: Kimi to 100 Kaime no Koi
Screenwriter: Oshima Satomi
Director: Tsukikawa Sho
Genres: Music, Romance, Drama, Fantasy, Supernatural
Country: Japan
Release Date: Feb 4, 2017
Duration: 1 hr. 56 min.
Aoi gets in an accident and finds herself one week in the past when she regains consciousness. Her childhood friend Riku says he went back in time to save her. But, Riku's time-traveling involves a big secret. (Source: JFDB)

Anime Jepun | Ninja Collection (2020)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anime yang berdurasi lebih kurang 4 minit lebih sahaja.. Seolah-olah membaca buku cerita yang berbunyi.. hehehe..

Cerita pasal shinobi yang mana kerjanya menghapuskan puaka jahat yang cuba memakan atau merasuk manusia.. Setiap episod dengan puaka yang berbeza.. Sangat ringkas tapi menarik.. Terasa keseramannya..

Ninja Collection (2020)
Supernatural 
13 Episode 
Set in modern-day Tokyo where dreams and desires are afloat, a group of ninjas called "Toukeshuu" is set to stop the spread of "darkness" that prevails in the world using ancient techniques passed down through generations.

Sunday, January 24, 2021

Novel | Lelaki Yang Hidup 21 Hari oleh AJ Abdullah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Membaca buku ini buat Sha berfikir.. Kita membesar melalui apa yang dipertontonkan pada kita sama ada melalui sikap ahli keluarga kita ataupun cerita di televisyen.. Kalau mak ayah membiarkan sahaja maka anak itu akan terus berada dalam dunia yang dilihatnya dari kecil sehingga dewasa.. Seperti mana Amin melihat kakaknya terus solo tanpa pasangan maka Amin merasakan hidupnya hanyalah dirinya.. Kemunculan Ilham mengajar Amin untuk berfikir banyak perkara..

Sha tak tahu sama ada situasi PKP ataupun memang emosi terganggu tapi buku ini berjaya buat Sha menangis.. Ceritanya biasa je tapi ending dia luar biasa.. Cerita yang disampaikan adalah mengenai kehidupan harian.. Manusia yang suka menghukum seolah-olah mereka manusia.. Kisah manusia yang mencari cinta namun ditemukan dengan seorang sahabat yang memberi pelajaran yang luar biasa dalam tempoh 21 hari je.. Bayangkan perkenalan tanpa sengaja namun berjaya memberikan impak dan kesan pada hati.. Hanya kisah harian seorang barista di kedai kopi biasa bersama seorang lelaki yang sangat misteri kemunculan dan kehilangannya..

Sha baca dan selesai pada 24.01.2021..

Buku ini koleksi peribadi Sha..
Published October 2020 by Kadokawa Gempakstarz Sdn. Bhd.

Hujung Minggu PKP 2.0

Assalamualaikum..
Hye semua..

PKP 2.0 kita ini.. Tak tahu nak bebel apa bila tengok kes naik je.. Sehabis baik ramai dari kita yang mematuhi SOP namun ada segelintir yang buat tak endah.. Macam pagi ini, rasa macam nak keluar beli sarapan tapi bila fikir balik masak je apa yang ada dekat rumah dulu.. Rasanya tak salah pun kalau kita keluar dengan syarat patuhlah SOP.. Scan MySejahtera, check suhu, pakai mask dan jaga jarak.. Telefon bimbit masig-masing canggih belaka tapi bila minta scan MySejahtera banyak sangat alasan.. Kadang rasa macam nak katuk je kepala masing-masing.. MySejahtera tu antara aplikasi yang paling mudah dan senang nak guna pada Sha.. Daftar, masukkan butiran diri sendiri dan ahli keluarga je.. Lepastu dah boleh guna.. Bukannya nak kena menaip butiran diri tiap kali nak scan pun.. Scan je.. Tak tahulah nak cakap apa lagi dengan perangai manusia yang tak sedar diri dan sombong ini.. Give up rasanya..

Makan apa tengahari ini?? Sha masak ayam masak hitam.. Kenapa masak hitam bukan masak kicap?? Sebab bahannya melibatkan sos lada hitam, kicap pekat dan kicap manis.. hehehe.. tu je..


Ayam Masak Hitam
Bahan-bahannya
Setengah ekor ayam dipotong kecil dan diperap dengan sos lada hitam
Sebiji bawang merah dihuris
Seulas bawang putih dihiris
Sebiji cili hijau/merah dihiris
Minyak untuk menumis
Kicap pekat
Kicap manis
Lobak merah @ kentang potong ikut suka
Sedikit air

Cara memasak
1. Panaskan kuali dan minyak.. Kemudian tumis bawang merah, bawang putih dan cili hjngga naik bau.
2. Masukkan ayam yang diperap dan biarkan separuh masak sebelum masukkan kicap pekat, kicap manis dan sedikit air.
3. Biarkan mereneh sebelum masukkan kentang @ lobak merah. Tunggu sehingga sayur empuk.. Dah siap..

Resepi ini boleh ubah suai mengikut selera anda.. Tidak ada kewajipan untuk ikut sebiji seperti yang Sha masak.. Terpulang pada selera anda.. Gitu..

Filem China | Soul Hunter (2020)

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Seekor ke seorang alien?? hehehe.. Alien perempuan ini memnag dihantar ke bumi untuk mengumpulkan roh yang berkeliaran di bumi sebagai satu tugasan sebelum dijemput pulang ke planet asalnya.. Namun Lie Xue bukanlah seorang yang cerdas mahupun brutal.. Cara pengumpulan rohnya agak romantis dan baik hati.. Cuba memenuhi setiap keinginan roh yang ingin ditangkap terlebih dahulu sebelum disimpan di dalam botol.. Semasa melakukan tugasan ini Lie Xue terjatuh cinta dengan Jiang Dong.. Rupanya ada cerita lama antara mereka yang berlaku puluhan tahun dahulu..

Okaylah filem dia.. Fantasi dan diadaptasi dari buku kan.. Cuma gandingan hero dan heroin tu macam tak kena.. hahaha.. Heronya tinggi sangat pada Sha.. Heroinnya pula agak slow motion ataupun mungkin watak dia memnag macam tu.. Hehehe.. Tapi heroin dia cantik..

Movie: Soul Hunter
Also Known As: Zhu Nian Shi, Jyu Nim Si
Genres: Romance, Fantasy
Country: China
Release Date: Dec 2, 2020
Duration: 1 hr. 36 min.
As the descendant of Planet Fantasy, Soul Hunter Yang Lie Xue is armed with heavy responsibilities. But her path as a soul hunter was met with numerous obstacles due to her forgetfulness. Han Jiang Dong's appearance had improved Yang Lie Xue's career and love life. At that exact moment, her grandmother tried to stop her personally. As the past gradually reveal themselves, can Yang Lie Xue bring honour to her family and return to her planet in peace? (Source: iQIYI)
'Adapted from the novel "Lian Hun Shi" by Jiu Ke Shu Sheng'

Saturday, January 23, 2021

Novel | Goodbye Sweetheart oleh Ana Zaz

 Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini hanyalah bacaan santai.. Jangan cuba memikirkan ketidaklogikkan bagi novel ini.. Baca dan ambil sahaja mana yang baik.. 

Kisah seorang lelaki yang setia namun terlihat kecurangan bakal tunangnya di depan mata.. Kemudian di pukul dan terdampar koma selama 2 bulan.. Johan yang tersedar di satu tempat lain dengan nama Jack dan berkenalan dengan Lara.. Adakah ini realiti ataupun sekadar mimpi buat Johan yang koma kerana apa sahaja berita mengenai dirinya boleh dibaca melalui Facebook adiknya.. Johan/Jack cuba bersikap positif dan melalui kehidupannya dan semakin rapat dengan Lara.. Perasaan mula berputik namun Lara menghilang dan Jack/Johan dipukul.. Tersedar kembali sebagai Johan.. Tanpa Johan sedari Lara yang dicari memang dikenalinya.. Namun adakah ianya fantasi ataupun realiti.. Novel yang nice..

Sha baca pada 18.01.2021 dan selesai pada 22.01.2021..

Koleksi peribadi Sha..
Published 2017 by Penerbitan Layar Pena

Resepi Nasi Kari Kambing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah beli kari kambing Adabi tu, baru semalam tergerak nak buat.. Banyak juga dapat.. Boleh makan sampai ke malam.. Sedap dan mudah.. Boleh cuba dengan kari daging pula lepas ini..

BAHAN-BAHAN:
2 tin kari kambing adabi
3 1/2 pot cawan sedang beras faiza Moghul
2 biji bawang besar | dihiris
4 sekawan
2 sudu planta + 2sudu minyak masak
1 biji tomato | potong dadu
1 sudu kecil garam
1/2 tin susu cair
Air sebagai tambahan

CARA PENYEDIAAN:
1. Cuci dan rendam beras selama 15 minit.

2. Panas kan marjerin + minyak (tumis dalam kuali asing dulu)
3. Tumis sampai wangi bawang besar, 4 sekawan dan tomato.

4. Masukkan kari kambing gaul sebati
5. Kemudian masukkan susu cair
6. Masukkan sedikit garam.

7. Lepas tu curahkan atas beras dalam periuk nasi elektrik dan masak macam biasa.. Boleh tambah air kalau rasa tak cukup.. 
8. Masa nak kering nanti boleh la jenguk dan gaul-gaul rata.
Siap dan boleh dihidangkan dengan apa-apa lauk yang anda suka.


Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com