Tuesday, May 31, 2016

Sample Anlene Bone Max

Assalamualaikum..
Hye semua..
Sha pun tak tau bila masa Sha request sample nie..

Semalam tetibe dapat bungkusan..
Ingatkan novel, rupanya Sample Anlene Bone Max..
Dalam pek sample ini ada 3 sachet perisa asli..
Sha baru try satu..
Oklah.. Not bad..

Adakah ini peringatan untuk Sha yang semakin berusia?
Kikikiki.. Sedar diri sebenarnya..
Tapi tu lah.. Bila teringat baru minum susu..
Selalunya lupa saja..
Sabar jelah..

 
Bahagian depan
 
 
Bahagian Belakang
 
 
Isi dalam dia..

Hadiah Untuk Pengasuh Imani

Assalamualaikum..
Sebelum ini Sha ada share pasal hadiah sempena hari guru kan..
Boleh baca di SINI.

Kali ini Sha nak share hadiah untuk hari ibu..
bukan untuk Sha tapi....
Dari Sha dan Imani untuk pengasuh Imani..
Sama je.. Cuma kata-katanya sahaja berubah...

Seronok tengok kreativiti kawan Sha nie..
Kalau berminat, bolehlah order..
Macam-macam kraft ada..

Pergi je dekat Facebook dia Rosie Posie.
Kalau nak tengok hasil kerja dia klik SINI, SINI dan SINI.


 
 Tema pinky-gegurl..

 
Yang ini kawan opis Sha tempah..
signage untuk letak dekat pintu..

Monday, May 30, 2016

TGV Movie Club Card

Assalamualaikum..
Hye semua..
Berjaya juga Sha buat card TGV.. Dah lama nak buat.. Asyik bertangguh je..
Namun bila tengok ada card gambar Apocalypse masa nak tengok X-Men, terus Sha buat card tu..
RM30 untuk pendaftaran.. Kemudian Sha dapat dua keping tiket wayang serta popcorn dan air percuma.. Boleh tebus on the spot..
Selain itu, Sha boleh kumpul mata setiap kali Sha beli tiket or anything dekat TGV..
Bila birthday sha boleh tebus dua keping tiket wayang berserta popcorn dan air..
Untuk memperbaharui card pula, bayaran yang dikenakan ialah RM10 dengan dua keping tiket wayang percuma berserta popcorn dan air..
Sha buat card TGV sebab TGV yang paling dekat dan selalu sha pergi..

Inilah kad Sha..
Kalau ada design baru dan kita nak tukar kad, cuma perlu bayar RM5 sahaja.

Cara-cara nak apply..

Free gift..

Macam mana nak guna..

Kelebihan Movie Club

Sambil tu Sha share juga mengenai Family Friendly "Weekend"..
Mungkin satu hari nanti Sha akan bawa Amani dan Imani menonton wayang..

Perjalanan Cuti #5 - Muar, Melaka, Negeri Sembilan

Assalamualaikum..
Jom teruskan catatan akhir perjalanan cuti Sha..
Pagi bangun, encik Suami keluar cari breakfast.. Makan lempeng, pastu kemas barang masuk kereta.. Kemas balik homestay, buang sampah sarap semua..
Tunggu tuan homestay datang untuk amik kunci..
Kemudian kami terus pergi Medan Selera Parit Jawa untuk makan tengahari..
Memang murah, sedap dan puas hati..
Kami makan Ikan Jenahak seekor RM17, Ikan Kembung seekor RM2, telur dadar 2 keping, sayur sepinggan, nasi penuh dua, separuh dua, air Teh O ais,  Teh O ais limau, sirap dan Milo ais.. - Total damage lebih kurang 30 lebih.. Memang puas hati..
Lepas makan kami jenjalan ikut jalan lama tengok kawasan kampung yang penuh dengan pokok mangga, memang geram je nengoknya.. Sebab memang musim mangga kan.. Singgah pekan Merlimau beli kudapan petang sementara nak sampai Negeri Sembilan.. Sha beli chakoi, mee sanggul/mee siput goreng dan goreng pisang.. Kemudian shoot pergi Klebang, beli Coconut Shake famous dan Putu Bambu ohsem.. Kemudian beli buah tangan.. Jumpa pula sambal kicap dalam botol.. Tapau.. Kami keluar dekat tol Alor Gajah, Simpang Ampat.. Singgah sekejap Hentian sebelah Pedas, Linggi.. Suap Amani ngn Imani makan.. Lepas solat, Sha lead untuk Pergi ke Mama Santai Corner di Negeri Sembilan.. Ikut Maps(Google) memang tepat..
Makan asam pedas lagi.. Kali ini Sha makan asam pedas telur mayong dan ikan pari.. Pergh!! Pedas berasap asam pedas Negeri Sembilan.. Lepas makan asam pedas, singgah jap Ice Room beli ice cream peanut... Pergh!! Memang terbaik.. Puas makan..
Puas jalan.. Puas makan sepanjang empat hari ini..
 
 

 

Makan asam pedas Muar sebelum bertolak balik..

Ambil gambar dulu sebelum meninggalkan Johor..

Coconut Shake yang ohsem..

Putu Bambu pandan yang sedap..

Asam Pedas Negeri Sembilan di Mama Santai Corner.. Kak Laila.. Terbaik..

 

Ice cream peanut.. Memang terbaik..

Sunday, May 29, 2016

X-Men Apocalypse (2016)

Assalamualaikum..
Hye.. Sudah menonton X-Men?
Pergh!! Memang ohsem..
Terbaik dari ladang..
Detail dalam setiap watak..
Phoenix yang membara..
First time jumpa watak-watak baru..
Nightcrawler yang biru..
Walaupun hero sebenarnya ialah Phoenix tapi watak lain seimbang sepanjang cerita..
Magneto pun handsome..
Kemunculan my hero Wolverine walaupun sekejap dan tak bersuara tetap mantap dan berada dalam kelas tersendiri..
Keseluruhan cerita memang mantap.. Aksi yang berterusan.. Penuh emosi dan pertarungan..
Bagaimana manusia yang putus asa bangkit dari kekecewaan dan membina semula perhubungan..


Okay.. sekarang nak buat luahan perasaan.. Menyampah betul menonton wayang bila ada manusia yang tak reti nak hormat orang lain.. Bising satu hal, pastu keluar masuk sambil langgar2 kerusi orang lain.. Sudahlah sesuka hati tukar tempat duduk dan ambil tempat orang.. Pergh!! Dia fikir panggung tu dia sorang je yang bayar.. Sengal punya manusia.. Tu belum lagi yang bawa anak yang masih pakai baju sekolah tengok wayang.. Agak2 lah.. Kut iye pun, tukarlah baju anak tu.. Kecik2 dah diajar perkara yang tak betul.. Esok bila budak tu dah besar dan buat perkara yang sama baru nak marah lah apa lah.. Pelik Sha tengok perangai ibu bapa sekarang.. Sekian Luahan Perasaan Sha..

Hati sedikit terubat lepas singgah di Tesco.. Kenapa?? Sebab Sha jumpa Kedai Buku.. Sha juga berjaya beli sebuah novel.. Menambah koleksi yang belum dibaca..

BOOK2U by Karangkraf di Tesco Rawang..

Hasil rembatan..
Novel Lelaki dan Sebilah Risau
oleh Resmanshah/Nur Asilah

Aktiviti santai dan relaks minda..
23.05.2016

Perjalanan Cuti #4 - Melaka & Muar, Johor

Assalamualaikum..
Meneruskan perjalanan hari ketiga..
Mulanya nak keluar awal dari homestay tapi disebabkan kepenatan pukul 10 lebih baru keluar..

Jalan-jalan dekat Kampung Morten dulu.. Tengok rumah-rumah yang cantik2..
Kemudian ke Dataran Pahlawan, kononnya nak cari cenderahati dan buah tangan.. Malangnya jalan sesak.. Tu yang terus ke Muar.. Tak ada lah jauh mana..
Kami terus ke Asam Pedas di Parit Jawa..
Asam Pedas nya memang ohsem..
Harga pun murah.. Memang Terbaik..
Beli bungkus je..
4 bungkus nasi putih, 2 telur dadar dan separuh ikan Siakap Asam Pedas baru RM19.. Memang berbaloi..

Disebabkan check in Homestay jam 4 petang, maka kami jalan-jalan cari kuih.. Jumpa pula gerai kuih dan aneka makanan.. Macam-macam ada.. Dari makanan berat macam Nasi Ambeng, Nasi goreng kampung, mee goreng, manisan seperti sagu berkuah, taufu dah, bubur kacang merah, bubur nasi dan pelbagai jenis kuih muih..

Homestay di Muar ok lah untuk penginapan.. Tapi not recommended.. Tragedi malang apa bila tiada cerek air.. Cerek elektriknya dah berkarat dan tidak boleh digunakan.. Maka Sha masak air guna periuk, lepas tu terlupa.. Berlubang terus periuk tu.. Sadis.. Bilik air pun tak bersih.. Aircond ada tapi sebelah malam baru terasa sejuk, itupun tak ada lah sejuk sangat.. TV ada tapi sangat sedih..Siaran terhad.. Boleh tengok TV3 jer.. Belakang rumah penuh semak samun.. Mujurlah hanya satu malam.. Tapi harga memang tak sepadan.. RM200 terasa sangat rugi.. Memang bukan untuk dicadangkan pada pembaca maka tiada entry mengenai homestay di Muar ini..

Cukuplah sekadar perkongsian mengenai tempat makan sahaja..
Malamnya kami keluar jalan-jalan tengok Bandar Muar.. Kemudian jalan-jalan di Pasaraya Giant cari air mineral dan air manis.. Beli burger dan balik..
Lepas makan malam, kami dah keletihan.. Malangnya tak mampu nak tidur.. Tilam bilik tidur Utama dan Kedua masih belum berbuang plastik dia just cover dengan cadar tilam.. Aircond pun tak berfungsi dekat bilik Utama.. Terpaksa berhimpit dalam bilik ketiga sebab situ je ada aircond.. Tapi memang sangat2 tak selesa..

Pemandangan di Kampung Morten..


 

 

Gerai Asam Pedas di Medan Selera Parit Jawa.. Orang tak pernah putus dan meja sentiasa penuh.. Siap ada yang call untuk tempahan.. 

Gerai menjual aneka kuih muih dan makanan berat.. Macam-macam ada.. Memang ohsem.

 
Pemandangan di Menara Jam, Muar..
Sini jer Sha singgah untuk ambil gambar..

20.05.2016
Jumaat
 
Inilah Cerek air elektrik yang Tidak boleh digunakan
dan periuk yang telah berlubang sha kerjakan..

Saturday, May 28, 2016

Perjalanan Cuti #3.1 - Melaka

Assalamualaikum..
Kenapa entry ini tajuknya 3.1?
Kikikiki.. Sebab ini entry untuk hari yang sama..
Gold Coast Melaka..
Memang best..
Kebetulan pergi waktu tengah promosi dan hari biasa, memang puas mandi..
Orang tak ramai.. Adalah satu dua keluarga je..
Selebihnya, kami je..
Ohsem giler..
Bayaran Masuk Dewasa RM20 dan Kanak-kanak (4 tahun ke atas) RM10 je.. Ini dia tengah buat promosi sebab tu murah.. Kalau tak harganya lebih mahal..

 

 

 

 

 

 

 
Antara Permainan yang ada di water park ini.. Memang best dan puas berendam..

 

 
First time guna dobi untuk basuh dan keringkan baju..
Habis RM14.00

Perjalanan Cuti #3 - Melaka

Assalamualaikum..
Aktiviti pada hari kedua di Melaka dimulakan dengan mencari breakfast di Klebang.. Jauh?? Mana ada.. Demi sambal sotong yang sangat ohsem dan sedap.. Nasi Lemak dia pun banyak..
Makan Pagi RM20.00
Nasi Lemak sambal sotong 3 bungkus
Nasi Lemak biasa 2 bungkus
Begedil ayam 1
Begedil daging 1
Kuih RM2

 

Sambal Sotong yang Marveles

 

 

Lauk makan tengahari selepas penat berendam dan kudapan petang.. Kudapan petang beli kat tepi jalan masuk ke homestay..
Asam pedas dia memang sedap.. Tapi mahal sikit ye.. Makan tengahari RM41.00

Inilah kedai Nasi Lemak sambal sotong..

 

Gerai tepi jalan masuk ke homestay yang kami tinggal.. Macam-macam ada.. Laksa, chakoi, kuih muih, Kopi gemuk dan Putu piring..


Makan malam pula RM29.00 + Penkek 2pcs RM9.40.. Kami makan di area Bustle dekat pesisiran Pantai Klebang.. Tapi Sha tak sempat ambil gambar bas-bas yang dijadikan restoran dan hotel.. Amani dan Imani dah meragam dan buat perangai.. Kepenatan berbanding manda..
 
 
 

Inilah menu makan malam kami..

Khamis
19.05.2016
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com