Tuesday, January 28, 2025

Alicafe Tongkat Ali & Ginseng White Coffee Hazelnut

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kopi dia pekat gila, mungki sebab ada tongkat ali tu.. sha mampu minum suku ja.. Hahaha.. Selebihnya memang tak boleh nak telan.. Mujurlah beli dekat Kedai ECO, tak adalah stress nak menghabiskan.. hahaha.. Sudahnya bagi orang lain ja lah.. 

Alicafe Tongkat Ali & Ginseng White Coffee Hazelnut (36gm X 3 Sachets) - RM2.40

Pekat dan wangi dengan bau kacang hazel..

Monday, January 27, 2025

CP Shrimp and Chicken Katsu Burger with Mentaiko Sauce

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sedap wei.. Sha makan ini dulu sebab tarikh luput dia 26/01.. Tak payah bubuh sos cili pun sedap.. Sos mentaiko dia tu ada rasa pedas-pedas sikit.. Memang ngamlah.. Rasa udang dan ayam tu.. Sha panaskan dalam airfryer ja.. Guna suhu paling rendah..

CP Shrimp and Chicken Katsu Burger with Mentaiko Sauce (113g)

Rupa burgernya.. warna oren tu sos mentaiko.. Ini Sha bubuh dalam airfrayer untuk dipanaskan..

Korea | Brave Citizen (2023)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya tak berapa nak tengok sebab berkaitan buli tapi watak utama dan watak penjahat dia mantap.. Jadinya terus jugalah tengok.. Aksi berlawan antara Si Min dan Soo Kang memang padulah.. 

Filem ini tentang seorang cikgu sementara yang menanti untuk jadi cikgu tetap.. Sekolah yang dia mengajar ini ada seorang pembuli yang gila.. Pembuli yang tak peduli apa pun sebab tak ada siapa boleh ambil tindakan dekat dia.. Semua orang lepas pandang dengan harapan bukan mangsa buli dia.. Cikgu ini awalnya nak buat tak tahu ja tapi kerana satu keadaan mula ambil tindakan membalas perbuatan pembuli dengan memakai topeng.. 

Walaupun ini hanyalah dongeng namun tak sepatutnya pembuli dibiarkan bebas dan terus membuli.. Pada masa yang sama tak sepatutnya kekerasan dilawan dengan kekerasan.. Tambahan keadaan dunia sekarang.. 

Movie: Brave Citizen
Also Known As: Yonggamhan Simin
Director: Park Jin Pyo
Genres: Action, Comedy, Drama, Martial Arts
Country: South Korea
Release Date: Oct 25, 2023
Duration: 1 hr. 53 min.
The story of hero So Si Min, who once ruled the nation with her top-tier hapkido skills as a high school athlete. Seven years later, after becoming a part-time teacher, So Si Min finds herself the target of the evil student Han Soo Kang.

~~ Adapted from the webtoon by Kim Jung Hyun. ~~

Buah Tangan Dari Thailand

Assalamualaikum..
Hye semua..

Encik suami ke Thailand lagi.. Patutnya pergi 5 hari 4 malam tapi encik suami balik awal sehari sebab motor beliau meragam.. Bila panas jadi susah nak hidup, tak pastilah kenapa.. Encik suami ke Thailand pada hari bateri kereta Sha kong.. kikiki.. Pergi pagi Rabu sebelum subuh dan sampai rumah balik pada Sabtu malam.. Walaupun beliau masuk Malaysia awal, namun terpaksa menunggang perlahan disebabkan keadaan cuaca yang hujan.. Pada Sha biar lambat asalkan selamat dari laju tetapi berbahaya..

Awal sebelum beliau pergi, memang beliau dah tanya siap nak dia bawa balik apa.. Sha cakap susu ja pun dah okay.. Beli yang saiz kecik perisa tak pernah cuba.. Cukuplah.. Tapi petang hari dia nak balik tu, dia mesej nak buah kundang tak.. Sha cakap okay ja.. Bila dah balik, tak sangka pula dia bawa banyak makanan dan susu.. 

Beliau beli banyak susu Meiji ini.. Kopi 3 botol, Coklat 5 botol, Strawberi 1 dan Vita Milk coklat sebotol..

Susu Meiji perisa Japanese Melon, Pisang, Strawbery dan Zero Latte saiz kecik.. Satu botol ja setiap perisa ini.. Buat rasa-rasa.. Sha memang minta belikan aneka perasa susu Meiji ini yang saiz kecil ja.. 

Beliau beli juga aneka burger dan keropok.. Paling tak sangka sebenarnya bila beliau beli aneka makanan dari jenama CP dan Ezy Taste ini..

Buah kundang ini dia beli sekilo.. Harga 130 bath.. Duit Malaysia dalam RM16 lebih camtu.. Ini pun kawan dia yang tawar menawar.. Harga asal penjual tu letak 200 bath..

Akhir sekali.. Buah tangan dari Penang.. Jeruk Pak Ali.. kikiki.. Jeruk ini dari sebulan lepas sebenarnya cari tapi dekat kawasan kami tinggal ini memang tak ada orang jual.. Alang-alang encik suami lalu Penang, dia singgahlah beli.. Sha suka mangga kuning tu.. Jeruk ini ja yang makan tekak tak gatal..

Sunday, January 26, 2025

India | Bhool Bhulaiyaa 3 (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Si Ruhaan masih lagi menipu dengan mengatakan dia boleh melihat dna berhubung dengan hantu.. Sekali penipuan dia telah direkod dan dia diugut untuk ke sebuah istana lama yang mengurung roh Manjulika.. Jenuhlah dia nak hadap hantu sebenar yang asyiklah main-mainkan diorang.. Sebenarnya Manjulika tu ada kembar nama Anjulika dan ada adik nama Debendranath.. Kisah diorang ini sebenarnya berpunca dari cemburu akibat perebutan takhta.. Memang bila sampai hujung barulah tahu siapa sebenarnya hantu tu dan kenapa dia berdendam sangat sampai snaggup mempermainkan diorang..

Seram tapi kelakar..

Bhool Bhulaiyaa 3
2024 ‧ Horror/Comedy/Supernatural Horror ‧ 2h 38m
In Kolkata, Rooh Baba enters a spooky estate where he confronts a pair of vindictive ghosts, both asserting to be Manjulika.

Bekam dan Urut Sesi Pertama Tahun 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam seawal 7 pagi Sha dah keluar rumah.. Mula-mula singgah Petronas untuk penuhkan tangki minyak.. Bila pergi bertiga dengan anak-anak, memang Sha pastikan tangki minyak kereta penuh.. Senang.. Kemudian singgah pekan Tanjung Malim beli sarapan.. Lepas tu terus keluar highway.. Senang lalu highway ini, tak ada lampu isyarat dan kereta bergerak lancar.. Sha kongsikan live location untuk encik suami tengok pergerakan kami.. Sampai Saujana Utama lebih kurang 8.45 pagi..

Mak saudara Sha terus urut dan bekam.. Banyak angin masa dia bekam bahu belah kanan Sha dan ada sedikit kolestrol katanya.. Bila darah yang keluar tu berminyak maknanya ada kolestrol.. Kita ini usaha dan ikhtiar.. Selesai urut lebih kurang jam 10 pagi.. Sha terus gerak balik.. Masih lagi menggunakan highway sebab nak singgah RnR Rawang.. Nak beli roti di Harold Bread.. Kemudian Sha masuk Tanjung Malim dan singgah di Behrang 2020 beli makan tengahari dulu sebelum balik ke rumah..

Bila pergi bertiga ini memang Sha tak singgah mana-manalah.. Terus ja ke tujuan utama dan balik.. Tengahari dah selamat sampai di rumah.. Hari ini perjalanan balik ja agak perlahan sebab banyak kereta tapi masih okaylah pada Sha sebab kereta bergerak.. Orang dah mula cuti dan balik ke kampung.. Minggu hadapan kan cuti tahun baru cina..

Dapat buah tangan dari sepupu..

Singgah Harold's Bread beli roti dulu..

Saturday, January 25, 2025

Free Jobbie Peanut Butter

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jibbie Nut Butter ini asyik lalu lalang je dekat wall.. Katanya bayar kos penghantaran je untuk cuba dua jar Jobbie Nut Butter ini.. Bila baca komen, ada yang kata tipu.. Sha pun sajalah cuba, rupanya nak dapat percuma 2 jar itu, kena daftar dulu.. Nanti bila checkout lepas daftar tu baru lah jadi percuma dan kita kena bayar kos penghantaran ja.. Ini untuk mereka yang pertama kali daftar ja..

Creamy Classic - Bila sapu dekat roti dan makan terasa macam ada ketulan ketulan kecil kacang dan gula.. Tapi tak dalah manis mentega kacangnya.. Memang berlemak dan sedap..
Creamy Pure - Rasanya tak manis dan mewah dengan kacang.. Memang ohsem..

Sha nampak iklan ini kat FB, Sha pun sajalah tekan.. Kena daftar dulu dan bila checkout kita bayar RM10.01 sahaja untuk kos penghantaran.. Kalau ikut gambar akan dapat 2 jar..

Jumaat (15.10.2024) tasting jar ini sampai dan ye, 2 jar ye.. Warna hitam tu Creamy Classic dan yang putih tu Creamy Pure..

Friday, January 24, 2025

Thailand | Thicha (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Episod 1 ja dah gila.. Gigih jugalah tengok walaupun rasa macam jantung kau kena kerja keras disebabkan geram.. Hahaha.. 

Kisahnya Ou Yi dan mak dia diseludup untuk dijadikan pembantu rumah.. Malangnya majikan dia Bussara tu jahat gila.. Episod pertama menyaksikan mak Ou Yi dibunuh dan ou Yi nyaris jadi mangsa rogol.. Lepas tu bermulalah episod ou Yi menjalankan misi dia untuk balas dendam dengan mendekati anak Bussara nama Patchai.. Anak Bussara ini belajar luar negara dan jadi mangsa buli.. Dah kenalah kan.. Bussara buli dan bunuh anak orang, anak dia sendiri jadi mangsa buli.. Gila kan..

Ou Yi tukar nama dia jadi Thicha untuk balas dendam dekat Bussara tapikan usaha dia tu bukannya mudah.. Boleh pula diorang ini saling meracun.. Masalahnya tiba-tiba Thicha disahkan mengandung.. Penghujung episod 5, Patchai mula menyiasat Thicha.. Patutnya Thicha ikut ja cakap mak angkat dia.. Lupakan dendam dan berterus terang dengan Patchai.. 

Drama ini perlahan sikit perjalanan dia dan pengakhiran dia bukanlah bahagia.. Realiti kehidupan, ada bahagia dan juga sedih.. Cerita ini intense, kalau tak mampu baik jangan tengok.. 

Drama: Thicha
Also Known As:
Screenwriter: Jeab Wattana Weerayawattana, Apisara Vongsorn
Director: Koo Ekkasit Trakulkasemsuk
Genres: Thriller, Romance, Drama
Country: Thailand
Episodes: 8
Aired: Nov 25, 2024 - Dec 17, 2024
Aired On: Monday, Tuesday
Original Network: One 31, oneD
Duration: 51 min.
A young girl flees from her homeland to start over with her mother. But when a crime ring ruins her life, she adopts a new identity to take revenge.


Frenché Roast: Latte Kacang Hazel

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal Frenché Roast: Nutty Hazelnut kan.. Kali ini Frenché Roast keluarkan versi 3in1 latte pula.. Sha beli di kedai ECO ja, dapatlah 3 pek buat rasa-rasa.. Bukan nak minum beria pun..

Frenché Roast: Latte Kacang Hazel (3 pek) - RM2.40

Pergh!! Pekat rasa kopi dan kacang hazel tu.. Memang ngam lah minum waktu pagi.. Tak manis tau.. Sedang elok ja rasa dia.. Sesekali tukar citarasa kan..

Thursday, January 23, 2025

Bateriku.com

Assalamualaikum..
Hye semua..

Awalnya encik suami nak suruh adik dia datang tengokkan tapi Sha cakap tak payahlah.. Sha nak telefon bateriku.com ja tanya sebabnya bila bagi tahu keadaan kereta, encik suami cakap masalah bateri.. Jadinya Sha cari nombor di Google dan buat panggilan.. Mereka minta Sha whatsapp dulu untuk memudahkan mereka hantar senarai harga bateri.. Lepas dah maklumkan bateri yang mana kita nak, pekerja bateriku.com minta kongsikan lokasi rumah dan gambar kereta.. Sha maklumkan petang pukul 5 baru Sha kongsi sebab Sha kat pejabat lagi.. Tepat jam 5 Sha pun kongsikan lokasi rumah dan gambar kereta, dalam 15 minit macam tu mereka sampai.. Pekerja tu periksa bateri dan terus tukar.. Tak sampai 30 minit dah selesai.. Pantas gitu.. Mudah kerja berurusan dengan mereka ini..

Tahun 2022 bateri ini.. Masa orang bateriku.com tu test ada 10watt camtu je kuasa dia..

Bateri baru meneruskan khidmat..

Sha pilih bateri ini.. Sha cuma bayar harga bateri sahaja.. Tak ada upah pemasangan ataupun upah dia datang..

Temujanji Pertama Gigi Pediatrik

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam petang Sha bawa Imani untuk temujanji pertama di Klinik Pakar Pergigian Pediatrik.. Temujanji ini untuk memantau perkembangan gigi Imani.. Kali ini kita bawa sekali surat rujukan dari Ortodontik untuk dibuatkan tampalan pada gigi Imani.. Tampalan ini doktor bagi temujanji baru..

Doktor buat ujian sejuk dan renjatan di gigi bahagian depan dia untuk tengok sama ada gigi tu masih hidup atau tak sebab dah ada 2 gigi yang goyang sikit.. Risau disebabkan gigi taring yang melintang tu mungkin mengganggu akar gigi bahagian depan.. Mujurlah okay.. Mujurlah masih ada ransangan..

Bulan 3 nanti datang untuk buat tampalan dan ujian gigi lagi..

Selesai jumpa doktor..

Wednesday, January 22, 2025

Bantuan Awal Persekolahan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) ini Sha pilih terima melalui akaun bank.. Pada yang memilih tunai, minggu terakhir persekolahan dah terima.. Manakala untuk yang terima melalui akaun bank ini lambat sikitlah.. Ramai juga yang pilih bayaran melalui akaun ini, bukan sorang dua.. Jadinya dia masuk berperingkatlah.. Pada Sha, bayaran melalaui akaun bank ini lebih mudah dan menyenangkan banyak pihak.. Tambahan pula duit buku pun dah boleh dibayar secara atas talian, lagilah mudah urusan.. BAP untuk sekolah menengah Sha dah terima semalam dan hari ini untuk anak yang sekolah rendah pula masuk ke akaun bank.. Hujung minggu ini bolehlah beli baju diorang.. Sha beli baju ja sebab kain sekolah masih elok.. Tudung pula Sha tempah, dah buat bulan November tahun lepas.. Tudung ini kalau beli siap, pendek dan tak okay.. Tu yang Sha tempah, siap jahit nama dan lencana sekali.. Tanda nama dan lencana ini memang sentiasa ada lebih, untuk memudahkan urusan.. Buat berdikit-dikit senang, tak adalah kelam kabut..

Duit buku sekolah untuk anak sekolah rendah dah selesai bayar secara atas talian, tinggal nak ambil ja nanti.. Sekolah menengah dan sekolah agama punya buku serta yuran ja belum selesai lagi.. Alat-alat tulis masih ada, cuma nak tambah sikit-sikit ja.. Mana yang elok kita pakai ja dulu.. Panjang lagi perjalanan anak-anak ini.. Tahun ini juga Sha daftarkan Imani kelas tambahan untuk subjek Sains dan Matematik.. Kakak dah mula sejak tahun lepas untuk Matematik, Sains ja baru mula tahun ini.. Kelas tambahan secara atas talian ja.. Senang nak pantau anak-anak ini..


Kuda Merah Bual Hal

Assalamualaikum..
Hye semua..

Punyalah semangat hari ini nak pergi kerja sekali kereta tak boleh hidup.. Ah!! Sudah.. Meragam pula dia pagi-pagi ini.. Encik suami pula dah kerja luar.. Sudahnya kita bawalah kereta MIL, pinjam sementara kuda merah nak baik.. Kalau tak tadi memang nak EL ja.. Nak buat macam mana, kawasan Sha tinggal ini bukan ada kenderaan awam..

Bateri dia kong rasanya sebab keluar bunyi ketak ketak ja bila Sha cuba nak hidupkan.. Nak kena ganti bateri nampak gayanya..

Mujur ada si coklat ini.. kikiki..

Bermotosikal Ke Pejabat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dua hari (Isnin & Selasa) Sha ke pejabat di hantar encik suami.. kikiki.. Anak-anak dah cuti sekolah ini, bolehlah encik suami anta dan ambil Sha bila dia tak ada kerja luar.. Seronok juga bila sesekali tak payah memandu.. kikiki.. Cuma tu lah bila naik motor pagi-pagi ini, kemain sejuk kena angin.. Tambah pukul 7 masih gelap..

Dua pagi encik suami hantar guna motor ini.. 

Petang isnin balik naik si putih ini..

Petang Selasa dengan si hitam ini..

Tuesday, January 21, 2025

Massimo Divino Spicy: Prawn Sambal Roll

Assalamualaikum..
Hye semua..

Roti ini Limited Edition kalau ikut pembungkusan dia.. Macam menarik pula bila Massimo keluarkan roti versi pedas macam ini.. Pembungkusan dia pun cun.. Rasa udang tu pun padu.. Pedas sikitlah tapi masih okay untuk Sha makan..

Massimo Divino Spicy: Prawn Sambal Roll (55g) - RM1.80

Meriah inti sambal udang dia..

Monday, January 20, 2025

Vida Water Berperisa Lemon

Assalamualaikum..
Hye semua..

Air kosong yang ditambah lemon.. Okaylah melegakan tekak.. Sesuai untuk mereka yang tak suka air kosong tanpa rasa.. Tak manis langsung.. Memang kosong betul tapi ada rasa lemon.. Minum sejuk-sejuk atau tak sejuk, sama ja rasa dia.. kikiki..

Vida Water Berperisa Lemon (500ml) - RM3.60

India | Bhool Bhulaiyaa 2 (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini bermula dengan perkenalan Reet dan Ruhan.. Tanpa disangka Reet disangka mati akibat kemalangan namun sebenarnya tidak.. Mereka berdua kononnya ingin bersembunyi di istana lama yang mengurung hantu Manjulika tapi tanpa sengaja Ruhan terpaksa berpura-pura mengatakan yang hantu Reet membawa dia ke situ.. Pembohongan demi pembohongan dan dalam masa yang sama kisah Manjulika dan Anjulika terbongkar.. Ruhan tanpa sengaja telah berjaya membongkar misteri di sebalik hantu Manjulika dan apa sebenarnya yang terjadi lama dahulu.. 

Semuanya berpunca daripada sikap cemburu di antara Manjulika kepada Anjulika.. Masa Reet kena rasuk tu, pergh!! Lain macam gaya dia menari.. 

Bhool Bhulaiyaa 2
2022 ‧ Horror/Comedy ‧ 2h 25m
After an accident, Ruhan agrees to accompany Reet back home. However, due to a series of untimely incidents, he gets caught up in her family's skirmish.

Sunday, January 19, 2025

Temujanji Sarapan di Tanjung Malim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi lepas ke pasar pagi dan meninggalkan tugasan ringkas buat Amani, Sha dan encik suami keluar bertemujanji.. kikiki.. Tak ada ke mana pun.. Naik motor ke Tanjung Malim ja.. Makan Mee Kicap Ayah Din.. Lama tak ke sini.. Lepas makan, pusing Behrang cari buah.. Alhamdulillah, rezeki pagi ini dapat jumpa buah mangga dna buah naga.. Memang lama Sha tunggu kemunculan penjual menggunakan hilux ini.. Akhirnya muncul juga.. Buah mangga dia manis.. Kali ini saja beli buah naga.. Sedap manis isi dia.. Begitulah aktiviti pagi ahad..

Air kopi o (RM1.20) dan Lemon panas (RM2.50)..

Mee Kicap (RM9X2) Istimewa hari Sabtu, Ahad dan Isnin sahaja - Sedap dan rasa dia serta kualiti dia sama ja.. Tak berubah dari dulu.. Sup dia pun sedap.. Cili kicap tu pun padu..

Wantan goreng (RM8) - Baru pertama kali cuba.. Menarik dan sedap..

India | Bhool Bhulaiyaa (2007)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem ini Sha tengok dua kali.. kikiki.. Tengok dekat tv dan atas talian.. Seram tapi dalam masa yang sama kelakar.. Kisahnya ada hantu dekat bangunan istana lama yang dikurung.. Kepulangan Siddharth dan isteri dia Avni, telah mencetuskan kembali hantu bernama Manjulika yang berada dalam istana tersebut.. Kedatangan Aditya berjya membantu mereka merungkai misteri disebalik hantu Manjulika yang menyimpan dendam diatas kematian kekasihnya.. 

Walaupun kelakar seram tapi cerita ini ada misteri.. Awalnya kita ingatkan yang dikatakan dirasuk itu betullah tapi rupanya ada hal lain yang tersembunyi.. Menarik.. syoklah layan..

Bhool Bhulaiyaa
2007 ‧ Horror/Comedy ‧ 2h 39m
An NRI and his wife decide to stay in his ancestral home, paying no heed to the warnings about ghosts. Soon, inexplicable occurrences cause him to call a psychiatrist to help solve the mystery.

Saturday, January 18, 2025

US | Kraven the Hunter (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang seronoklah tengok.. Kuasanya bukanlah gempak ke apa tapi bila tengok dia berkasi, memang puas hatilah.. Bahagian masa hero cuba selamatkan adik dia tu paling mendebarkan.. Aksi kejar mengejar antara seorang manusia dan kenderaan.. Babk ini memang paling padulah.. hahaha.. Sha suka ja layan cerita macam ini.. Terus ja, kita tahu dah siapa jahat, siapa yang baik.. Babak lawan dan melindungi.. Tapi tu lah, manusia ini bukan tak ada pilihan.. Kalau dah emmang pilih jahat, kau buatlah apa pun dia tetap akan pilih jahat.. 

Kalau baca info pasal filem ini patutnya akan ada crossover tapi macam tak jadi.. Kraven ini kira unik dan menariklah juga tapi okaylah habis takat ini.. Kadang banyak sangat extra filem dia jadi tak best pula.. Tapi kalau filem macm ini, okay ja layan..

Kraven the Hunter
2024 ‧ Action/Sci-fi/Superhero/Thriller ‧ 2h 8m
Kraven's complex relationship with his ruthless father starts him down a path of vengeance, motivating him to become not only the greatest hunter in the world, but also one of its most feared.

Friday, January 17, 2025

Kajian Kes dan Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bulan 10 rasanya Imani kena buat Kajian Kes untuk subjek Sejarah.. Pasal Jata Negara.. Sha dan encik suami bantu dia macam mana nak cari maklumat.. Selebihnya Imani buat sendiri menggunakan aplikasi Canva.. Lain macam anak-anak kita belajar sekarang ini.. Guna internet, guna aplikasilah.. Buat kajian kes lah.. Walhal baru sekolah rendah.. 

Semalam balik dia tunjuk hadiah ini.. Katanya kajian kes dia dapat tempat kelima sebab kemas.. Sukalah dia bila dihargai.. 

Hadiahnya dapat bekas pensil dan alat tulis..

Moccona Classic Blends Medium Roast

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pertama kali Sha cuba.. Kopinya agak keras dan sedaplah pada tekak Sha.. Paling best sebab dia larut habis dalam air tanpa serdak.. Puas hatilah bancuh dan minum.. Adalah minuman kopi untuk memulakan hari.. kikiki..

Moccona Classic Blends Medium Roast (50g) - RM12.50

Thursday, January 16, 2025

Malaysia | BoBoiBoy Galaxy Gentar (2024)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah keluar semua episod, barulah syok nak layan.. Halah.. Halah.. Kali ini memang tak boleh blah kelakar perangai Boboiboy.. Hilang stress lah bila tengok..Hahaha.. Kelakar gila.. Boleh pula fusion kali ini lambat dia punya reaksi.. Episod 1 dengan 2, nampak macam BoboiBoy lemahlah bila dah gabung.. Dari Gentar jadi Hampa.. Gopallah ini bagi nama.. Masuk episod 3 baru nampaklah kuasa sebenar Gentar tu.. Memang padu dan mantaplah.. Comel dan kelakarlah kali ini.. Walaupun pendek ja, 4 episod tapi mantap.. Memang antara animasi Malaysia yang padu, menghiburkan dan memberi pengajaran..

EP01 - BoBoiBoy Galaxy Gentar | Berjuang Tanpa Gentar

EP02 - BoBoiBoy Galaxy Gentar | Wira Dalam Bahaya

EP03 - BoBoiBoy Galaxy Gentar | Puncak Gentaran Kuasa

FINALE EP04 - BoBoiBoy Galaxy Gentar | BuBaDiBaKo

Wednesday, January 15, 2025

Mesin Inisiatif Pendapatan Rakyat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hospital tempat Sha kerja ini dah ada Mesin IPR ini.. Awal-awal hari tu makanan dia hanya ada nasi goreng, bihun goreng dengan air mineral ja.. Pagi ini bila Sha pergi jenguk, dah makin banyak pilihan makanan.. Teruja pula kita nengoknya.. kikiki.. Pembayaran pun mudah.. Boleh guna kad, wang tunai dan QR.. Ikutlah mana yang selesa untuk pembeli.. Hari ini makanan yang disajikan berada pada harga serendah RM1 dan semahal RM4.. Kuantiti pun pada Sha sesuai sangat dengan harga.. 

Sha beli Piza keju jaung dengan buah jambu.. Kedua-duanya berharga RM1 setiap satu unit.. Pada Sha okay sangat harganya tu..

Antara makanan yang tinggal walaupun masih awal lagi..

Ada spageti, nasi goreng, bihun goreng, roti bakar, piza, air kotak, air mineral, nasi lemak dan buah jambu..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com