Showing posts with label TCA. Show all posts
Showing posts with label TCA. Show all posts

Thursday, July 30, 2026

Temujanji Pertama Implant 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini Sha ada temujanji untuk implan.. Kiranya temujanji terakhir sebelum implant dibuka.. huhuhu.. HB turun betul hari ini.. Minggu lepas 12, hari ini 10.8.. Doktor minta Sha ambil darah untuk buat 'Iron Study'.. Risau doktor bila tahu HB rendah.. Ambil darah hari ini nanti lepas 2 minggu datang balik untuk keputusan darah.. Hari ini juga Sha dapat ubat untuk tambah darah..

Selesai semua ini, Sha dapat 3 tarikh temujanji.. Bulan 8, Bulan 10 dan bulan 12.. Layan..

Buku kecik tu memang Sha pegang.. Buku pink tu yang kena ambil dekat Klinik Desa Sg. Behrang..

Alhamdulillah.. Dapat no paling awal.. Orang pertama yang dipanggil jururawat..

Sekali cucuk ja terus dapat darah.. Terbaik!! Lepas tu kena hantar sample darah dan urine ke makmal..

Ambil darah kali kedua untuk 'Iron Study'.. 

Ketebalan buku perancang Sha.. 

Ubat tambah darah.. Sebiji sehari untuk 30 hari..

Thursday, April 23, 2026

Cerita Semalam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam meriah betul hari Sha.. Pagi lancar ja, cuaca baik.. Lepas ambil darah, baru makan sarapan.. Anak-anak nak cekodok kentang, Sha masak lebih sikit untuk bekal.. Memang tak bawa banyak sebab petang ada jamuan makan.. Jamuan pula sebelah Perpustakaan.. Memang meriahlah dengan orang semalam.. 

Petangnya lepas selesaikan anak-anak, Sha bergegas ke Kampun Gajah ambil encik suami yang terkandas disebabkan bas jabatan rosak.. Basnya dah ditarik ke bengkel, dianya kenalah Sha yang ambil bawa balik.. 1 jam setengah jugalah dari Behrang ke Kampung gajah.. Ngam-ngam sampai pukul 7 petang.. Encik suami lapar, jadinya kami singgah makan dulu baru gerak balik.. Masa singgah Masjid Sungkai, hujan lebat tiba-tiba.. Sampai rumah ngam-ngam jam 10 malam.. Memang terus tidurlah lepas mandi.. Penat Sha..

Semalam ambil darah untuk temujanji minggu hadapan..

Petangnya ada jamuan.. Staf PPK bersara, jadinya dia buat jamuan untuk kawan-kawan di hospital.. Memang meriah.. Ramai rakan sekerja yang datang.. 

Antara menunya yang Sha ambil.. Laksa, kuih muih dan bubur pulut hitam..
Menu yang Sha tak ambil ada mi hoon sup, kek dan popia..

Monday, April 20, 2026

Temujanji SOPD Kedua Tahun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini Sha kena jumpa doktor susulan mammogram hari tu.. Alhamdulillah, doktor maklumkan saiz cysts kali ini lebih kecil dari sebelum ini.. Cumanya banyak pada sebelah kiri dan kanan ada 1 saja.. Kalau ikut penilaian, doktor dah boleh discharge kes Sha tapi disebabkan sejarah kanser (arwah mak meninggal sebab kanser) jadinya kena ada follow up jugalah.. Doktor minta Sha untuk buat ultrasound sahaja tak payah buat mammogram.. 

Jadinya hujung tahun nanti kita ambil tarik ultrasound dekat unit Radiologi.. Tahun depan baru jumpa balik doktor.. Doktor pesan juga sekiranya ada perubahan pada buah dada, sakit atau ketulan, kena terus jumpa doktor..

Selalu jadi pesakit pertama, kali ini tersilap tengok masa.. Jadilah pesakit ke sepuluh.. kikiki..

Thursday, March 5, 2026

Mammogram Kali Kedua

Assalamualaikum..
Hye semua..

7.50 pagi Sha ke klinik SOPD untuk ambil borang mammogram dan filem xray yang sebelum ini.. Temujanji mammogram Sha jam 8.30 pagi.. Sebelum pergi kerja Sha dah buka siap rantai dan gelang.. Senang.. Tapi terlupa pasal pemakaian deodorant.. Patutnya tak boleh pakai.. Sudahnya bersihkan dululah di pejabat sebelum ke tempat x-ray.. 

Jam 8.12 pagi Sha mendaftar di Jabatan X-Ray dan jam 10 pagi baru semuanya selesai.. Kali ini doktor lain yang buat ultrasound.. Comel ja doktornya dan baik.. Banyak pula dia jumpa cyst (kantung air) dekat Sha.. huhuhu.. Kiri kanan ada.. Tapi okay ja tak ada yang serius pun.. Cuma kali ini masa buat mammogram macam sakit sikit.. Sampai sekarang terasa sakitnya bila dipenyek.. kikiki.. Begitulah pengalaman.. Kali pertama sakit tapi tak lah sakit melampau.. Kali kedua sakit.. Sakit sangat.. hahaha.. Jurutekniknya berbezakan.. Begitulah pengalaman..

Sha orang kedua yang akan buat mammogram.. 

Monday, January 26, 2026

Temujanji SOPD Pertama Tahun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha kena jumpa doktor di SOPD.. Sekejap ja jumpanya sebab Sha ambil nombor terlebih dahulu.. Pukul 8.50 pagi baru Sha turun jumpa doktor.. Sampai klinik, Sha terus masuk bilik doktor sebab dia dah panggil nombor Sha.. Doktor buat pemeriksaan dan bagi temujanji untuk buat mammogram.. Mammogram ini boleh buat 2 tahun sekali.. Jadinya tahun lepas tak buat, kenalah buat tahun ini.. Sha tinggalkan nombor telefon dan nanti klinik akan telefon untuk bagi tarikh untuk buat mammogram.. Doktornya sangat baik.. Suka Sha..

Ambil nombor ja dulu sebab Sha nak kena masuk perpustakaan terlebih dahulu..

Temujanji Mata MIL di Teluk Intan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam pagi-pagi lagi Sha ikut encik suami bawa MIL ke Teluk intan untuk rawatan mata.. MIL nak buat laser mata.. Temujanjinya jam 10 pagi tapi kena ada dekat klinik jam 9.30 pagi.. Sampai ja jururawat minta turunkan tandatangan pada borang dan bayar.. Lepas tu jururawat tu bubuh ubat titik dekat mata MIL yang nak di laser.. 3 kali jugalah.. Doktor jumpa dulu untuk periksa mata.. Lepas tu jururawat tu cuci muka MIL.. Sebelum masuk bilik rawatan dia sapu iodin dekat separuh muka bahagian mata yang nak di laser.. Sejam juga dia buat laser tu.. Lepas selesai kena rehat dulu dalam 1 jam jugalah.. Lepas buka penutup mata, doktor periksa dan boleh balik.. Jururawat dia bagi ubat makan dan ubat titik ada dua jenis.. Mata kena pakai kaca mata hitam sepanjang masa.. Hari kedua baru boleh basuh muka.. Mata tak boleh kena habuk, cahaya.. Tak boleh gosok mata.. Lap mata dengan tisu ja.. Tisu pun sekali pakai ja.. Lap dan terus buang..

Kliniknya di Teluk Intan.. Ahad tu untuk dia buat rawatan mata.. Masa kami datang tu dah ada 2 orang 1 dalam bilik rawatan dan satu lagi tengah menunggu giliran.. Masa giliran MIL dalam bilik rawatan, ada lagi yang datang dalam 3 ke 4 orang..

Singgah kedai ECO beli kaca mata hitam yang lebih besar sebab MIL bawa yang jenis klip ja.. Dia tak selesa..

Tuesday, December 23, 2025

Temujanji MOPD Terakhir Tahun 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi bawa encik suami jumpa doktor di klinik MOPD.. Purata gula encik suami naik dari 7.4 kepada 7.7.. Doktor nak tambah dos ubat ja.. Encik suami minta tangguh dulu.. Jadinya 6 bulan lagi baru jumpa doktor balik.. Kolestrol, buah pinggang dan darah tinggi semua okay.. Doktor tanya juga, encik suami ada sakit kepala ke.. Encik suami kata tak ada.. Berat encik suami pun naik.. Memang kena bersenam dan jaga makan..

Pesakit pertama jumpa doktor.. Jumpanya sekejap ja..

Tunggu untuk ambil ubat pula..

Wednesday, November 26, 2025

Rawatan Susulan Selepas Pembedahan Gigi Taring Imani #2

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini adalah temujanji kedua selepas pembedahan buang gigi taring Imani.. Alhamdulillah, gigi Imani berada dalam keadaan baik.. Doktor periksa dan lakukan ujian sejuk, ketukan dan juga elektrik pada gigi-gigi Imani.. Selain tu, doktor sempat polish sikit gigi Imani bila dia pegang dan ada sedikit tajam.. Kemudian doktor puji gigi Imani bersih.. Sukalah Imani.. kikiki.. Itupun jenuh nak suruh..

Lepas jumpa doktor, minta upah waffle.. huhuhu.. Sabar jelah..

Thursday, November 6, 2025

Temujanji Klinik Pakar Oftamologi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi Sha ke Klinik Pakar Oftamologi (mata) untuk temujanji pertama.. Doktor panggil jam 8.10 pagi.. Masuk ja terus buat ujian mata untuk jauh dan dekat.. Doktor bagi tau lepas ini kalau buat spek mata kena buat yang multifocal sebab dah ada rabun dekat juga.. Lepas tu doktor tu titiskan dua jenis ubat kat mata.. Nak bagi saraf kembang.. Lepas setengah jam doktor panggil masuk dan letaklah muka dekat alat untuk tengok mata tu.. Kemudian doktor sapu ubat nak bagi mata kuning pula.. 

Alhamdulillah.. Doktor kata mata Sha okay cantik.. Tak ada selaput, tak ada pendarahan akibat diabetis.. Cuma nanti bila buat kaca mata doktor minta buat yang multifocal tu.. Jumpa lagi tahun depan..

Awal datang, dapatlah no 1..

Tuesday, August 19, 2025

Ambil Darah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini teman encik suami ambil darah untuk temujanji minggu hadapan.. Harapnya semua baik-baik sahajalah..

Alhamdulillah.. Awal panggilnya.. Tak sampai 5 minit dah selesai, tambah encik suami memang makan ubat cair darah.. Lajulah keluar darahnya..

Lepas ambil darah, bawa encik suami makan dulu.. Lembut betul roti canainya..

Tuesday, July 15, 2025

Temujanji Ambil Darah MOPD

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini teman encik suami ambil darah untuk TCA MOPD beliau minggu depan.. Banyak jugalah tadi MA tu ambil darah dia.. 

Banyak juga darah encik suami yang diambil untuk ujian HbA1C, FBC dan RP/LFT/FBS/FLP (renal function test, liver function test, fasting blood sugar and fasting lipid profile)

Friday, June 20, 2025

Temujanji Ortodontik Terakhir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, Imani dah discharge dari Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan..

Pagi tadi Sha bawa Imani untuk temujanji di Klinik Pakar Ortodontik, Teluk Intan.. Memang lancarlah temujanji hari ini.. Temujanji sepatutnya jam 10 pagi tapi disebabkan sampai awal jam 9 pagi, makanya dapatlah jumpa doktor awal.. Sha bawa sekali surat dari Klinik Gigi Pediatrik, Hospital Slim River untuk doktor maklum mengenai keadaan gigi Imani.. Doktor panggil Sha masuk untuk kes gigi Imani yang sepatutnya ditampal tapi tak ada.. Sha cakaplah dah tampal tapi tampalannya dah terbuka semula.. Bulan 7 nanti ada temujanji sekali lagi.. Lepas tu Doktor bincang pasal gigi taring yang semakin kritikal dan pemasangan pendakap gigi.. 

Doktor terangkan realiti mengenai pemakaian pendakap gigi ini.. Kalau anak memang tak nak pakai dan dipaksa pakai, risiko dia ialah tak akan ada penjagaan yang serius.. Rawatan akan jadi lama dan panjang sebab tetpaksa pakai.. Bila tanya Imani memang dia tak nak pakai dan dia okay ja gigi taring tak ada.. Makan apa semua okay ja.. Oleh kerana Imani memang tak nak pakai pendakap gigi, doktor pun discharge dia dari Klinik Ortodontik..

Doktor bagi surat untuk Klinik Gigi Pediatrik, Hospital Slim River teruskan dengan pembedahan buang gigi.. Lepas ja selesai perjumpaan dengan Klinik Ortodontik, Sha terus balik dan singgah Hospital Slim River untuk serahkan surat.. 

Selesai daftar dan menunggu nama dipanggil untuk jumpa doktor..

Ini gambar x-ray Imani.. Yang dalam bulatan tu gigi taring yang akan dibuang nanti..

Tuesday, June 17, 2025

Temujanji Pertama Implant Tahun 2025

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini baru ada temujanji implant Sha untuk tahun 2025.. Bos bagi kebenaran keluar pejabat, jadinya jomlah jumpa doktor.. Lepas zohor terus Sha gerak pergi klinik.. Jadi yang kedua menanti klinik dibuka.. Tepat jam 2, misi pun mula panggil nama.. Timbang berat, naik balik 2kg.. Cakap dah.. Berat Sha memang dekat area situ ja.. Naik turun tak jauh perginya.. Alhamdulillah masa ambil darah pun mudah, rasa cucukan jarum ja.. Lepas tu sakit sekejap dan okay.. Bengkak atau lebam pun tak ada.. Suka Sha.. Lepas dapat keputusan darah dan urine, masuk bilik doktor pula.. Alhamdulillah bacaan darah dan urine cantik.. Lega.. Lepas tu doktor minta Sha update kes dekat SOPD dan MOPD.. Selesai.. Misi bagi tarikh untuk jumpa doktor balik lagi 6 bulan.. Jomlah balik.. Ada dalam 2 ke 3 kali lagi temujanji dengan doktor sebelum buang implant ini..

Tebal dah buku perancangnya.. Kena ambil dulu buku ini dekat Klinik Desa sebelum ke Klinik Kesihatan..

Update keberadaan Sha dekat encik suami.. Pergi sendirikan, kenalah update.. Masa ini belum pukul 2 tapi dah dalam klinik, tu yang gelap.. Ginilah rupanya bila rabun jauh, nak tengok telefon kena buka kaca mata.. Kalau tak memang sakit kepala dibuatnya..

Wednesday, April 30, 2025

Temujanji Gigi Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Petang tadi Imani ada temujanji gigi.. Patutnya Mac hari tu tapi Sha terlepas pandang.. Jadinya klinik bagi tarikh hari ini.. Oleh kerana Sha kena ke Sekolah Menengah untuk Mesyuarat PIBG, makanya encik suamilah yang bawa Imani.. Hari ini Imani kena tampal gigi.. Masa doktor periksa gigi Imani, doktor minta kami bawa Imani untuk buat XRAY 3D di Teluk Intan.. Doktor tengok gigi taring Imani yang belum keluar lagi tu dah mula nak ganggu akar gigi kacip Imani.. Jadinya nak kena bawa awal sikitlah, nak kena cari masa yang sesuai dan secepat mungkin.. Sha pula risau bila dapat tahu.. Kalau nak tunggu temujanji yang dekat Teluk Intan tu, lambat lagi.. Bulan Jun nanti..

TCA MOPD April 2025

Assalamualaikum .
Hye semua..

Alhamdulillah.. Lega semalam lepas jumpa doktor.. Keputusan darah semua cantik.. Keputusan darah untuk 3 bulan turun dari 7.5 kepada 5.5.. Ujian darah untuk puasa dari pukul 10 malam pun turun dari 6.6 kepada 5.2.. Keputusan urine pun okay, tidak ada kebocoran protein.. Maknanya buah pinggan dalam keadaan baik.. Bacaan kolestrol pun cantik.. Lega rasanya.. Berat pun turun dari 71kg kepada 67kg.. Ini mungkin sebab puasa.. kikiki..

22 April 2025 ambil darah, hari ini 29 April 2025 jumpa doktor..

Tuesday, April 22, 2025

Jom Ambil Darah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Oleh kerana hari ini Sha puasa ganti, Sha ambil darah lambat sikit dalam jam 11.30 pagi macam tu.. Seminggu sebelum jumpa doktor, kenalah ambil darah dulu.. Kali ini doktor suruh ambil banyak juga.. huhuhu.. HbA1c (Hemoglobin Glukosa) ini untuk mengukur tahap gula dalam darah secara purata sepanjang 3 bulan sebelumnya.. Ujian darah standard yang kita kena puasa malamnya dan esok pagi ambil untuk tengok bacaan gula, kolestrol dan juga buah pinggang.. Urine pun kena ambil juga kali ini.. Macam lebih menyeluruh pula pemeriksaan kali ini..

Patutnya ambil jam 8 pagi.. Mula puasa atau last makan jam 10 malam tapi Sha berpuasa, makanya kenalah ambil jam 11 lebih.. Lewat sikit..

Ini untuk tengok bacaan gula selepas puasa, kolestrol dan buah pinggang.. Sellaunya buat yang ini ja.. 

Ini dia nak tengok purata gula dalam tempoh 3 bulan..

Urine ini untuk tengok fungsi buah pinggang..

Tuesday, February 18, 2025

Echocardiogram

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini encik suami kena buat ujian Echocardiogram, seawal jam 7.40 pagi beliau dah sampai.. Sha temankan sampai jam 8ja, lepas tu nak kena bertugas.. Ujian ini untuk melihat keadaan jantung beliau.. Harap semuanya normal.. 

Temujanji encik suami..

Sha pula kena ambil ubat kencing manis.. Dah terlewat sebenarnya.. huhuhu.. Mujurlah perasan..

Monday, February 17, 2025

Temujanji di KPJ Rawang #1

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hari ini bawa encik suami ke KPJ Rawang untuk rundingan dan makluman keputusan pemakaian alat Holter sebelum ini.. Alhamdulillah, keputusannya okay.. Bacaan cantik cuma perlu pantauan lanjut ja, jadi encik suami akan teruskan TCA di Hospital kerajaan.. Lega bila doktor maklumkan keputusan alat Holter tu cantik.. 

Menanti di panggil doktor..

Saturday, February 8, 2025

Pemulangan Holter Patch

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah 5 hari, hari ini encik suami ke KPJ Rawang untuk pulangkan semula Holter patch.. Minggu depannya baru jumpa doktor untuk review.. Pemakaian alat ini dibuat dengan maksimum sebab simpton encik suami agak jarang berlaku.. Semoga yang baik-baik sahaja keputusannya..

Encik suami pakai yang bentuk macam ini.. Patch, tampal di dada bahagian atas dekat dengan bahu belah kiri.. 

Ini info yang Sha ambil dari IG Institut Jantung Negara..

Tuesday, February 4, 2025

Ujian Holter di KPJ Rawang

Assalamualaikum..
Hye semua..

Susulan temujanji encik suami pada 11 Disember 2024, Sha bawa encik suami ke KPJ Rawang untuk buat ujian Holter.. Rujukan dari Hospital disebabkan bacaan nadi tak berapa cantik.. 

Sha buat panggilan telefon terlebih dahulu ke KPJ Rawang untuk dapatkan butiran awal mengenai tatacara dan bayaran.. Melalui panggilan telefon, Sha berjaya dapatkan maklumat mengenai bayaran konsultan dan bayaran untuk ujian holter.. Sekiranya ada keputusan ujian darah dan bacaan ecg dari Hospital, boleh bawa sekali termasuk ubat-ubatan..

Doktor di KPJ akan buat rundingan terlebih dahulu sebelum pakaikan alat untuk ujian holter.. 

Sampai jam 9.30 pagi.. Giliran ke empat jumpa doktor.. Sampai awal, kenalah tunggu sekejap sebab doktor mulakan rawatan dan rundingan jam 10.30 pagi.. Kira okaylah menunggu sebab dalam hawa dingin dan kerusi selesa.. Bayar mahalkan.. 

Selepas rundingan, doktor minta untuk pergi buat ujian darah, air kencing dan ECG.. Keputusan yang kami bawa dari Hospital dah lama sangat.. Makanya menunggulah kita.. Bawa ja kertas ini ke makmal, sebut nama dan tarikh lahir pesakit.. Pantas.. Mula-mula kena pergi makmal untuk ujian air kencing dan darah.. Lepas tu buat Echo dan pasang alat untuk ujian Holter tu..

Pakai alat tu 5 hari, Sabtu nanti pulangkan balik.. 

Bacaan darah untuk kolestrol cantik, gula ja masih tinggi.. Echo pun okay ja, cun.. Jadinya kenalah tunggu keputusan holter tu lagi dua minggu.. Bayaran untuk semua ini RM2600 lebih.. huhuhu..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com