Kepada semua kaum hawa yang sudah berkahwin dan bersalin, sudahkah anda membuat check up Pep smear?? Percayalah checkup nie x sakit pun. Kejap jer die amik sample. Buatlah untuk langkah-langkah pencegahan.
Tarikh yang sesuai untuk melakukan pemeriksaan ini adalah pada hari ke 12- 14 selepas period kuar. Maksudnya anda kena kira dari hari pertama period. ok?? Jangan lupa ya buat pemeriksaaan. Semoga kita semua akan sentiasa sihat dan berada dalam rahmat Allah.
Sedikit mengenai Pap Smear
Pap smear juga dikenali sebagai ujian papanicolaou. Ujian ini dilakukan
dengan mengambil sedikit tisu dari pangkal serviks kemudian, tisu
itu dihantar ke makmal untuk mengesan tisu-tisu yang abnormal dan
berpotensi untuk menjadi kanser. Biasanya sel serviks tidak berubah
menjadi sel kanser dalam masa semalaman. Sel yang normal akan
mengalami beberapa perubahan dalam jangka masa tertentu sebelum
menjadi sel kanser. Pap smear boleh mengesan perubahan
pada sel di peringkat awal sebelum ia berubah menjadi sel kanser.
Masa yang diambil bagi sel normal untuk menjadi sel kanser adalah di
antara 2 hingga 10 tahun. Jadi, sekiranya pap smear dilakukan setiap
3 tahun, peluang untuk mengesan sel-sel yang berpotensi menjadi sel
kanser adalah cerah sebelum ia menjadi kanser serviks. Rawatan di
peringkat awal mempunyai peluang yang cerah untuk sembuh. Nak tahu lebih lanjut klik SINI