Showing posts with label kerja. Show all posts
Showing posts with label kerja. Show all posts

Thursday, May 14, 2026

Kursus Pengurusan Emosi dan Stress

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha sertai kursus ini semalam dan hari ini.. Sha ringkaskan isi dia dalam bentuk infografik..


Kursus Pengurusan Emosi dan Stress
Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)                    
 Tarikh: 13 - 14 Mei 2026 (Rabu - Khamis)
 Masa: 9.00 pagi - 4.30 petang
Secara maya: Google Meet

Monday, May 11, 2026

Sesi Dialog Dari Pena Penulis Siri 2 Bersama Nancy Lee Hwei Hsing

Assalamualaikum..
Hye semua..

Apabila mimpi dan realiti mula bercampur, pelbagai persoalan mula timbul..
Melalui koleksi seperti I Don’t Want to Become a Ghost (我不要变鬼), beliau mengangkat kisah perjalanan diri, cabaran hidup serta perubahan yang menyentuh emosi pembaca. 📚 Karya ini membawa pembaca menyusuri pengalaman seorang remaja yang berdepan mimpi berulang penuh misteri, sekali gus mengajak kita memahami makna di sebalik setiap pengalaman hidup. 📚

Ingin mengenali lebih dekat karya dan inspirasi di sebalik penulisan Nancy Lee Hwei Hsing? ✨
Ayuh sertai sesi perkongsian bersama penulis dan hayati sendiri kisah di sebalik penghasilan karya beliau!

Sesi Dialog Dari Pena Penulis Siri 2:
🗓 11 Mei 2026 (Isnin)
⏰ 2.30 petang
📍 Ruang Imersif, Aras 1, Anjung Bestari, PNM
📺 Siaran langsung di YouTube PNM TV Channel

Thursday, April 23, 2026

Jom Baca 10 Minit di Perpustakaan HSR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Akhirnya berjaya jugalah buat program Jom Baca 10 Minit di Perpustakaan tempat kerja Sha ini.. Usaha jugalah cari hadiah comel-comel, biskut sikit dan kopi untuk pengunjung yang datang.. Sha tak letak masa khas sebab hospital kan.. Masing-masing ada kerja hakiki.. Cumanya Sha buka masa dari jam 9 pagi sampai 12 tengahari.. Alhamdulillah, ramai juga staf yang hadir mengikut kesesuaian masa mereka.. Paling tak sangka bila terima kunjungan dari geng pemandu.. Terharu rasanya..

Berbaloilah kena marah.. huhuhu.. Begitulah keadaannya bila jawatan tu kecik dan tak ada kepentingan.. Buat program pun salah, tak buat pun salah juga.. 

Ini antara buku, bisku, kopi dan sedikit cenderahati yang kami sediakan..

Poster yang Sha hasilkan dengan bantuan ChatGPT.. 

Thursday, April 16, 2026

Coretan Memori Kerja | 18 Tahun Perkhidmatan

Assalamualaikum..
Hye semua..

16 April 2026 menandakan genap 18 tahun perjalanan Sha dalam dunia perpustakaan.. Bermula sebagai Pembantu Perpustakaan namun kemudiannya ditukar kepada Pembantu Pustakawan.. Kerjaya ini bukan sekadar rutin kerja tetapi satu amanah yang membentuk disiplin, kesabaran dan kecintaan terhadap ilmu..

Sepanjang tempoh perkhidmatan, Sha telah berkhidmat di dua kementerian iaitu Kementerian Pengajian Tinggi selama 14 tahun dan sekarang di Kementerian Kesihatan Malaysia.. Setiap tempat membawa pengalaman berbeza, namun matlamatnya tetap sama iaitu memastikan akses kepada maklumat terpelihara, tersusun dan memberi manfaat kepada pengguna..

Di sebalik rak buku, sistem rekod dan tugasan harian, tersimpan kenangan tentang pembelajaran berterusan, cabaran yang mendewasakan serta rasa syukur kerana diberi peluang berkhidmat.. Semoga pengalaman ini terus menjadi bekalan untuk melangkah ke fasa seterusnya dengan penuh integriti dan dedikasi.. InsyaAllah..

"It's been 18 years of challenges, triumphs, and learning. Grateful for the journey."

Friday, April 10, 2026

Perhimpunan Bulanan April 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini ada Perhimpunan Bulanan untuk bulan April anjuran 3 jabatan.. Memang meriahlah.. Penuh kerusi.. 

Ada buah tangan juga.. Duit raya dan bahulu.. Terima kasih pada penganjur.. Semoga makin murah rezeki.. Aamiin..

Perhimpunan Bulanan April
Anjuran: Jabatan Ortopedik, Unit Fisioterapi dan Unit Terapi Cara Kerja
Hari: Jumaat
Tarikh: 10.04.2026
Masa: 8.00 pagi - 10 pagi

Tuesday, March 3, 2026

Kursus Pengurusan & Keselamatan Bahan Perpustakaan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam berjaya sertai satu lagi kursus.. Ini pun kebetulan rakan sekerja dari jabatan lain kongsi.. Kalau tak memang tak tahu pun.. Awal-awal tu pengenalannya lebih kepada umum, maksudnya boleh diguna pakai oleh semua.. Bahagian kedua baru lebih fokus kepada bahan pepustakaan.. Menariklah sebab boleh menyegarkan kembali ingatan tentang maklumat ini..







Assalamualaikum wbt dan Salam Perpaduan 

Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) akan menganjurkan Kursus Pengurusan & Keselamatan Bahan Perpustakaan pada ketetapan yang berikut:

📅 02 Mac 2026 (Isnin)
⏰ 8.30 pagi - 4.30 petang
🖥️ Google Meet
👨‍🏫 Penceramah : En. Tamimi bin Taib
Timb. Pengarah Bahagian Sumber Elektronik
Perpustakaan Negara Malaysia

Friday, February 27, 2026

Perhimpunan Bulanan Februari 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi ini berjaya juga sertai Perhimpunan Bulanan bagi Tahun 2026.. Bulan lepas tak dapat nak sertai sebab bercuti.. Bolehlah masukkan dalam HRMiS.. Sekejap ja majlisnya.. Semua amanat disampaikan dengan ringkas dan padat.. Terbaik.. Mula jam 8.15 pagi dan berakhir jam 9.20 pagi.. 

Elok tengah dengar amanat, Sha dapat panggilan telefon untuk buat Mammogram minggu hadapan.. Berdebar perasaan..

Tanda hadir..

Dapat kurma buat berbuka..

Friday, January 30, 2026

Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kansers Serviks Tahun 2026

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Bidor untuk Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kansers Serviks anjuran LPPKN.. Memang meriahlah.. Gerak dari pejabat jam 8.30 pagi.. Kami sampai dalam jam 9 pagi.. Sampai ja terus daftar.. Masa daftar ini dia bagi goodies bag dan minta ke jawab soal selidik.. Selesai di sini, Sha ke kaunter sebelah untuk pendaftaran saringan HPV DNA pula.. Selesai buat saringan, barulah masuk ke dewan.. Oleh kerana acara belum bermula, kami keluar balik untuk sarapan pagi.. Makanan yang diberi bihun goreng bersama sebiji sambal telur rebus.. Mantap betul bihun dan sambal dia tu.. Selesai sarapan masuk balik dewan untu sesi Taklimat Kanser Serviks: Pengesanan Awal Menyelamatkan nyawa yang disampaikan oleh Dr. Aidasuria.. Kemudian ada Forum Kesihatan Serviks: Jalani Saringan Kansers Serviks, Cepat Tahu Cepat Tindak!..

Acara seterusnya ialah Majlis Perasmian Penutup dan akhir sekali cabutan bertuah.. Hadiah cabutan bertuah dia cantik.. Periuk nasi limited edition.. Bertuah betul mereka yang dapat..

Sambutan Januari Bulan Kesedaran Kanser Serviks Tahun 2026
Tarikh: 29 Januari 2026
Tempat: Dewan Rekreasi Pegawai Kanan, Pasukan Gerakan Am (PGA), Bidor, Perak.

Isi dalam goodies bag tu ada pamplet untuk HPV DNA dan Mamogram.. Atucara majlis, brooch dan mug..

Selain saringan HPV DNA, pihak LPPKN juga ada tawarkan pada Sha untuk buat ujian mamogram.. Tapi Sha tolak sebab Sha memang ada TCA mamogram di Hospital..

Monday, November 17, 2025

Sumbangan Buku Buat Perpustakaan HSR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Walaupun perpustakaan tempat Sha kerja sekarang ini kecil ja tapi masih ada yang sudi memberikan sumbangan buku.. Tak banyak tapi sentiasa ada.. Bertambah lagi koleksi Perpustakaan.. 

Buku ini Sha dapat dari staf farmasi.. Buku baru tau, belum buka lagi balutannya..

Ini pula Sha terima pagi tadi dari ex-staf HSR.. 

Thursday, August 28, 2025

Selamat Tinggal Kertas, Jumpa Lagi Jadi Cebisan!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 19 Ogos 2025 sampailah 27.08.2025, gigih Sha dan rakan sekerja buat kerja mericih buku sumbangan yang lama-lama dari jabatan lain kepada perpustakaan kami.. Kemudian longgokkan dan tunggu Adgenta kutip.. Barulah terasa lapang dan bersih perpustakaan..

Buku-buku lama yang perlu dilupuskan.. Setimbun.. Bahagian atas tu sahaja..

Hari pertama.. Jenuh mengoyak dan memasukkan ke dalam mesin.. Tak boleh nak buat banyak-banyak terus, kena sikit-sikit, kemudian rehat supaya mesin tu tak panas..

Akhirnya setelah bertungkus lumus.. Berjaya juga membundutkan kertas-kertas tersebut..

Thursday, August 21, 2025

Kursus Setiap Detik Bernilai: Jangan Buang Masa!

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah terlupa pasal kursus ini sebenarnya, mujur masih berjaya sertai.. Terlambat 5 minit dari waktu Kursus bermula.. Seronok kursusnya sebab dia lebih pada perkara yang berkaitan dengan psikologi kita sebagai manusia..

Alhamdulillah.. Berjaya masuk.. 



Ada ujian untuk tahu tahap penetapan diri..

Yeah!! Mantap keputusannya..
Respon terakhir adalah mengenai kesejahteraan hidup kita.. Soalan dia dasyat..

Terakhir, kena bagi penilaian sebelum diberikan sijil..

Kursus: Setiap Detik Bernilai: Jangan Buang Masa!
Penceramah: Puan Lee Kah Nyin
(Pegawai Psikologi/Kaunselor Berdaftar Kementerian Kesihatan Malaysia)
Anjuran: Bahagian Pembangunan Modal Insan (BPMI), Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)
🗓️Tarikh: 21 Ogos 2025 (Khamis)
⏰ Masa: 9.00 pagi hingga 4.30 petang
📍 Melalui Pautan Google Meet

Thursday, August 14, 2025

Salam Merdeka dari Perpustakaan HSR

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pagi tadi selesai pasang bendera dalam Perpustakaan.. Hari Selasa hari tu dah mula pasang sebenarnya tapi tak cukup benderanya.. Bendera sedia ada tu tak menepati piawaian.. Jadinya Sha dan rakan sekerja beli dari Shopee.. Semalam sampai, hari ini kita pasang.. Bagi meriah dan semangat nak sambut Merdeka dan Hari Malaysia..

Asalnya begini sahaja.. Ada yang jenis pegang, berlidi.. Kita cucuk dalam pasulah..

Beli di Shopee dengan harga RM32.48 (percuma kos penghantaran).. Sha berkongsi duit dengan rakan sekerja..

Bubuh dekat kaunter dan belakang kaunter..

Beli yang pelbagai negeri, 1 bendera Malaysia dan 1 bendera negeri Perak..

Bendera Malaysia sahaja, bendera negeri Perak sahaja dan gabungan 14 negeri..

Tuesday, August 12, 2025

Bicara Ilmu Program Semarak Merdeka : Rukun Negara Teras Perpaduan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Topik yang sangat padu.. Topik ini menjadi wadah yang tepat untuk memperkukuh semangat patriotisme kepada peserta.. Penghayatan Rukun Negara bukan sekadar hafalan, tetapi perlu diterjemahkan dalam kehidupan seharian kita demi mencapai keharmonian dan perpaduan negara..

Tajuk: Bicara Ilmu Program Semarak Merdeka : Rukun Negara Teras Perpaduan
Tarikh: 12 Ogos 2025 (Selasa)
Waktu: 10.00 pagi 
Tempat: Auditorium Aras 2, Anjung Bestari PNM.
Panel: YBhg. Dato’ Sri Ayub bin Yaakob, Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF)
Moderator: YBrs. Tuan Sayed Munawar bin Sayed Mohd Mustar
Penganjur: Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Monday, August 4, 2025

Pautan Buku Sha

Assalamualaikum..
Hye semua..

Meh Sha kongsikan dimana selalunya Sha baca ebuku yang Sha kongsikan dalam blog Sha ini.. Sebelum anda ke laman sesawang Elib, anda perlu mendaftar dengan UPustaka terlebih dahulu.. Setelah mendaftar, barulah anda boleh akses laman sesawang Elib menggunakan email dan password yang anda daftarkan di UPustaka tadi.. Untuk membaca pula, anda perlu memuat turun aplikasi eSentral dan kemudian daftar masuk menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di UPustaka tu.. Selain dari Elib ini, ada banyak lagi pangkalan data yang anda boleh akses di UPustaka ini..

Laman sesawang u-Pustaka - https://www.u-library.gov.my/

Semua elib yang ada tulisan Allows Public Access di bahagian atasnya, anda boleh akses dan pinjam.. Cuma untuk National Library of Malaysia tu ja boleh akses tapi tak boleh pinjam..

Anda boleh memuat turun melalui Google Play.. Logonya berbentuk e tu.. Selain itu anda juga boleh membeli ebuku melalui laman sesawan eSentral.. Akses menggunakan email dan password yang sama anda daftarkan di uPustaka tadi..

Satu lagi aplikasi yang Sha gunakan untuk membaca ialah Oakbee Buffet.. Aplikasi ini anda boleh muat turun melalui Google Play dan kemudian akses menggunakan email dan password yang anda daftarkan di uPustaka.. Melalui uPustaka tu, anda pergi ja ke bahagian eSumber dan klik Pangkalan Data, cari gambar diatas dan ikut ja panduan yang diberikan..

Selamat Tinggal Kaunter Nombor

Assalamualaikum..
Hye semua..

Hampir 2 bulan lebih dah Sha tak bertugas disini memberi nombor kepada pesakit klinik pakar untuk pendaftaran sebelum ke klinik pakar.. Kerja Sha disini berakhir pada 27 May 2025.. Lama jugalah Sha bertugas disini, membantu bahagian pendaftaran dan menjadi kaunter pertanyaan.. Sha bertugas disini bermula 12 September 2023 menggunakan kad nombor berwarna-warni dan kemudiannya beralih kepada mesin ini.. Mesin ini awalnya mengeluarkan dua salinan nombor dan kemudiannya berjaya dinaik taraf supaya mengeluarkan satu nombor sahaja.. Barulah jimat kertas.. Bertahan setahun 8 bulan lah juga bertugas disini.. Membantu barisan hadapan gitu..

Kaunter nombor yang ditinggalkan.. 

Thursday, July 31, 2025

Bertemu dan Berpisah Jua

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bermula 1 Ogos 2025, Sha akan dapat rakan sekerja baru, sebenarnya tak adalah baru tapi barulah untuk tempat kerja sekarang ini.. Rakan sekerja Sha yang sekarang ini dapat bertukar ke Ipoh.. Tak perlulah beliau berulang dari Gopeng ke Slim River lagi dah lepas ini.. Rakan sekerja Sha ini sempat berkerja dengan Sha hanya untuk tempoh 1 tahun 8 bulan sahaja.. Bermula 1 Ogos 2025, Sha akan berkerja kembali dengan rakan sekerja yang sama-sama lapor diri dengan Sha di PSAS.. Beliau asalnya kena ke Ipoh tapi kemudiannya bertukar tempat dengan rakan sekerja Sha yang lelaki ini.. Setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya.. Alhamdulillah..

Sha baru sahaja berkerja di Slim River ini 3 tahun 5 bulan dan sudah bertukar rakan sekerja sebanyak 3 kali.. Mula-mula perempuan, lepas tu lelaki dan yang terbaru ini perempuan.. Tempat kecil tapi rakan sekerjanya bertukar-tukar.. Rasanya ini yang terakhirlah kot.. Mereka yang menjawat jawatan yang sama dengan Sha ini baru saja melalui pertukaran secara besar-besaran dalam negei Perak dan semua yang dah lama di satu-satu tempat telah selamat ditukarkan.. Kalau ada pun yang tercicir mungkin yang dah nak bersara.. Sha terselamat sebab memilih bertukar keluar dari PSAS lebih awal.. Kalau tak Sha pun salah seorangnya..

Sedikit buah tangan dari Sha kepada beliau..

Menu jamuan minum petang.. Secawan nescafe, bihun goreng, rojak buah, sepotong kek dan kuih koci..

Ada 2 keknya.. Satu dari kami dan satu lagi dari beliau sendiri..

Wednesday, July 30, 2025

Jamuan Persaraan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini ada Sha kongsikan Jamuan Perpisahan dan Persaraan kan.. Kali ini tuan badan yang nak bersara pula yang menjamu kami.. Kecil tapak tangan, perut yang kosong kita tadahkan.. kikiki.. Maaflah ya, abaikan ja Sha merepek.. kikiki.. Majlis dimulakan dengan bacaan yassin, kemudian barulah ucapan dari yang bersara dan doa makan.. Meriah majlisnya.. 

Alhamdulillah semoga beliau dikurniakan kesihatan yang baik dan melalui hari bersara dengan gembira.. Aamiin..

Menu yang Sha ambil kuih karipap, keria, kek pisang, jagung, buah epal asam boi dan nasi berlauk.. Nasi berlauk tu Sha ambil masak lemak labu dengan pucuk ubi, timun dengan sambal tempoyak dan ikan masin goreng rangup..

Ada 2 jenis air.. Air sirap limau dan nescafe panas..

Ini pula buah tangan dari yang bersara kepada tetamu..

Suka betul Sha tengok kreativiti pasukan yang sediakan hiasan ini.. Ada saja idea mereka menghias.. Kalau Sha, memang blanklah..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com