Assalamualaikum..
Hye semua..
Bermula 1 Ogos 2025, Sha akan dapat rakan sekerja baru, sebenarnya tak adalah baru tapi barulah untuk tempat kerja sekarang ini.. Rakan sekerja Sha yang sekarang ini dapat bertukar ke Ipoh.. Tak perlulah beliau berulang dari Gopeng ke Slim River lagi dah lepas ini.. Rakan sekerja Sha ini sempat berkerja dengan Sha hanya untuk tempoh 1 tahun 8 bulan sahaja.. Bermula 1 Ogos 2025, Sha akan berkerja kembali dengan rakan sekerja yang sama-sama lapor diri dengan Sha di PSAS.. Beliau asalnya kena ke Ipoh tapi kemudiannya bertukar tempat dengan rakan sekerja Sha yang lelaki ini.. Setiap yang berlaku tu, ada hikmahnya.. Alhamdulillah..
Sha baru sahaja berkerja di Slim River ini 3 tahun 5 bulan dan sudah bertukar rakan sekerja sebanyak 3 kali.. Mula-mula perempuan, lepas tu lelaki dan yang terbaru ini perempuan.. Tempat kecil tapi rakan sekerjanya bertukar-tukar.. Rasanya ini yang terakhirlah kot.. Mereka yang menjawat jawatan yang sama dengan Sha ini baru saja melalui pertukaran secara besar-besaran dalam negei Perak dan semua yang dah lama di satu-satu tempat telah selamat ditukarkan.. Kalau ada pun yang tercicir mungkin yang dah nak bersara.. Sha terselamat sebab memilih bertukar keluar dari PSAS lebih awal.. Kalau tak Sha pun salah seorangnya..
Sedikit buah tangan dari Sha kepada beliau..
Menu jamuan minum petang.. Secawan nescafe, bihun goreng, rojak buah, sepotong kek dan kuih koci..
Ada 2 keknya.. Satu dari kami dan satu lagi dari beliau sendiri..
HSR tu hospital slim river ke? Selamat bekerja dengan rakan sekerja yang baru.
ReplyDeleteHa ah..
DeleteSelamat menjalankan tugas, rai kan kawan baru dengan gembira ya
ReplyDeletesemoga lebih bersemangat bersama rakan sekerja baru
ReplyDeleteseronok juga dapat tukar-tukar tempat
ReplyDeletecantiknya dua-dua kek tu.
ReplyDeleteAlhamdulillah, semoga serasi dengan rakan setugas baru
ReplyDelete