Wednesday, March 27, 2013

Aku Bercerita - Ramlee Awang Murshid

Akhirnya dapat juga memilik buku RAM yang terbaru nie... Beli by pos ok.. Tetibe jer raser cam nak beli yang ada tandatangan Encik RAM... hehehe.. teruja betul menanti ketibaan buku ini...

Komen Aku mengenai buku RAM yang terbaru nie : Buku nie memang superb sangat... marvalleous.. Sangat-sangat mencabar minda.. Pening gak memikirkan siapakah 'Aku' dalam citer nie..


Terdapat cerita dalam cerita.. Memang sangat best dapat baca buku En. RAM nie.. X rugi beli sebab x menghampakan.. Penuh dengan suspen, Fakta sejarah, pengajaran dan juga perasaan.. 

Dan yang paling best En.RAM kita dah bagi tahu apakah karya beliau yang seterusnya... di akhir Novel Aku Bercerita ini En.RAM dah bagi hint novel yang camne dia akan buat selepas ini... So kita nantikan sesame..

Siponosis dia seperti dibawah :

SEORANG pengarang novel cuba menulis naskhah terbaharu. Malangnya, gejala writers block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat seseorang menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar. Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya – mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya. Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

RAMLEE AWANG MURSHID ada sebuah rahsia yang lama dipendamkan. Rahsia dirinya sendiri sejak bergelar seorang penulis novel. Lama-kelamaan... andai belenggu misteri yang menggelisahkan ini tidak dirungkaikan segera, maka berakhirlah kariernya...

Tempahan Langsir..

Saya menerima tempahan langsir..
Tapi bukan saya yang jahit.. Suami saya yang jahit..
Berikut merupakan sample rekaan langsir yang boleh ditempah..

Harga adalah mengikut ukuran Sekaki RM12.00.











Kelahiran Kedua

Alhamdulillah...

Pada 03.03.2013 aku selamat melahirkan baby gurl seberat 3.32kg secara normal di Hospital Slim River pada jam 1.06pm (Ahad).. Baby gurl yang diberi nama Nur Imani..

Pengalaman yang sangat mendebarkan.. Kelahiran kedua nie awal dari tarikh jangkaan doktor. Sepatutnya aku bersalin pada 11.03.2013, tapi nampaknya Nur Imani nak tengok dunia awal.. hehehe.. Pengalaman yang paling menarik adalah bila baby keluar jer, tangisan dia sangat kuat berbeza dengan Nur Amani.. hehehe.. nyaring sungguh.. Hubby kata sampai luar boleh dengar suara baby.. hehehe..

Hari Jumaat petang aku sempat balik kg jenguk Ibu dan juga bapak sedara ku yang kena serangan strok di Hospital Manjung. Tapi hati rasa sangat x sedap.. Aku dapat rasakan yang anak ku ini akan keluar dalam waktu yang terdekat.. Jadi lepas ziarah mak mertua ku di Sitiawan, kami gerak balik Slim. Dalam perjalanan tuh aku dah mula rasa sakit tapi masa tuh aku ingat sakit sebab lama sangat duduk dalam kereta dan hentakan.. Sampai jer rumah aku terus masukkan baju kotor dalam mesin basuh dan tido.. Penat kot.. Tapi pukul 3.30mlm aku terjaga sebab sakit perut yg amat sangat.. Sakit nak bersalin.. Tapi aku x kejutkan suamiku.. Aku just kemas2 rumah.. Sempatlah jemur baju yang aku basuh malam tadi dan lipat baju-baju yang berlonggok.. Pukul 4 aku try tido.. Tapi terjaga semula jam 6.30pg. Aku kejut hubby untuk Solat Subuh dan bagi tahu dia aku sakit nak bersalin. Hubby tanya nak pergi Hospital ke?? Aku cakap nanti dululah.. hehehe.. takot..

Sakit perut tuh makin lama makin kerap. Mulanya nak tunggu air ketuban pecah tapi hubby risau takot bila air ketuban pecah aku dah x larat nak jalan. So kul 10 pagi kami keluar pergi Slim shopping dulu pastuh baru gi Hospital.. Hehehe.. Samapi jer, nurse check dah buka 4 ke 5 cm.. so terus masuk labour room..

Sakit yang teramat sangat.. Kali ini pun hubby langsung x sempat nak masuk dan tengok baby keluar.. Xde rezeki.. hehehe... Alhamdulillah baby keluar dengan senang.. Cuma uri jer x kuar sekali.. Dekat setengah jam jugak nak keluarkan uri.. Syukur dengan bantuan nurse otai uri selamat dikeluarkan tanpa masalah.. Aku memang sangat2 berterima kasih dengan Nurse2 yang bertugas pada hari Ahad 03.03.2013 - 04.03.2013 di Hospital Slim River. Layanan mereka sangat baik. Sebab tuh lah camne pun aku nak bersalin di Hospital Slim jugak.. hehehe...

Hari ini hari ke 24 aku berpantang sendiri di rumah. Alhamdulillah walaupun tidak dijaga oleh orang tua, hubby sentiasa di sisi.. Imani pun x banyak masalah.. Walaupun ada kuning tapi tahap kunngnya tidak menaik cuma lambat turun je sampai terpaksa amik darah dan urine.. Tapi baby sehat x banyak ragam. Sesekali jer buat perangai. Syukur sangat baby no 2 nie senang nak jaga, senang nak urus. Badan pun kuat. Sekarang dah 4.1kg.. Ada kawan yang pegang bagi tahu cam pegang baby usia sebulan lebih.. badan nye keras.. hehehe.. Kuat nyusukan..

Third baby nanti camne lak ye.. InsyaAllah kalau ada rezeki, nak tambah baby lagi.. hehehe... pantang pun x abis lagi dah berangan anak no 3.. sabar jellah...

Friday, March 1, 2013

Jutaan dan Ribuan Terima Kasih

assalamualaikum... selamat Tengahari... Salam Sejahtera...

Terima kasih pada yang sudi singgah.. jenguk.. jalan-jalan di blog saya serta klik iklan2 saya... Saya sangat menghargai kunjungan anda semua... (cehh cam ramey jer jenguk blog ko.. <perasan glamer nie...>) hehehe... Maaflah atas kekurang yang terdapat di blog saya.. Saya juga minta maaf sebab xde update story baru serta jarang buka blog... Maaf juga kerana lambat membalas kunjungan rakan2 yang datang bertandang...

Dengan rendah dirinya saya mengucapkan berjuta-juta lemon terima kasih kepada semua yang sudi singgah dan meninggalkan jejak di Blog saya yang x seberapa ini....


Terima kasih daun keladi... Kalau sudi singgahlah lagi... :)

Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com