Showing posts with label Perkongsian. Show all posts
Showing posts with label Perkongsian. Show all posts

Wednesday, July 1, 2026

Jejak Bacaan 2026: Januari Hingga Jun

 Assalamualaikum..
Hye semua..

6 bulan pertama ini pembacaan Sha masih okay dengan 65 tajuk.. Paling banyak dah tentulah ebuku sebab mudah nak diakses walau dimana.. Paling meriah dah tentulah Mei dan paling sadis pula bulan Januari.. Genre pula memang pelbagailah..

Tuesday, May 10, 2022

Info | Duta Buku @ Sukarelawan PABKL 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sekiranya berminat dan menepati syarat, anda boleh memohon untuk menjadi Duta Buku..


Hai Keluarga Malaysia!

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2022) datang lagi!

Nak jadi sebahagian daripada Keluarga PABKL 2022?
Anda berminat dengan aktiviti kesukaralewanan?
Cepat DAFTAR sebagai Duta Buku@sukarelawan Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL 2022).

Hanya 40 orang Duta Buku@sukarelawan PABKL 2022  yang menepati kriteria yang ditetapkan berpeluang untuk menjadi Duta Buku.

Klik pautan ini atau imbas kod QR untuk mendaftar.

Cepat. Cepat. Cepat daftar. 
Tarikh tutup permohonan pada 18 Mei 2022.

Friday, May 7, 2021

Pokok Bidara Berbuah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada kongsikan pasal Pokok Bidara ini dalam entry bertajuk Random Photo #7 2021.. Kali ini Sha nak update pokok ini dah mengeluarkan buah.. Akhirnya.. hehehe.. Memang tak sangkalah.. Ingatkan daun semata-mata.. Harapnya buah ini akan membesar cantiklah.. Banyak buahnya.. Bergugus-gugus..

Makin merimbun daunnya..

Besar dan sihat..

Kemain banyak lagi buah dia..

Pertama kali tengok pokok Bidara yang berbuah..

Banyakkan..

Saturday, March 27, 2021

Pokok Keladi Hiasan

Assalamualaikum..
Hye semua..

Masa tengah belek-belek gambar dalam telefon, ternampak gambar pokok-pokok keladi ini.. Lupa nak buat entry, punyalah lama gambar ini tersadai dalam galeri.. hehehe.. Ini antara jenis keladi yang ada di pejabat Sha.. Cantik-cantikkan warnanya.. Ada juga staf minta anak pokok yang diorang pertama kali nampak.. Warna dau yang hijau diselang selikan warna lain memang buat pokok keladi hiasan ini nampak cantik.. Ini anak pokok yang kami pindahkan ke pasu lain..

Daun hijau dengan corak berwarna putih dan urat tengah berwarna pink..

Warna hijau yang bercampur dengan warna pink pada batang dan keliling daun..

Ini warna hijau dengan sedikit warna putih pada uratnya..

Daun hijau dengan warna ungu dibahagian bawah daun..

Warna putih dengan hijau di bahagian keliling daun..

Warna hijau dengan sedikit tompok kecil berwarna pink..

Monday, June 8, 2020

DIY Pengudaraan Bilik Tidur

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sejak duduk rumah bawah (ground floor) ini, sha memang jarang buka tingkap bilik tidur.. Bahaya wei.. Leka je kucing masuk.. Lubang tingkap tu besarkan.. Jadinya selepas sesi pujuk memujuk dengan encik suami, hari Selasa baru ini Sha ajak Encik Suami pergi beli dawai untuk dipasang pada tingkap..

Jaring yang dibeli pada 02/06/2020..

Sebelum dipasang..

Selepas dipasang jaring.. Yeah!! Barulah boleh tingkap dengan selesa.. Encik suami guna cable tight je untuk ikat jaring tu dekat besi.. Tak payah nak beria sangat.. Cuma nak bagi pengudaraan dalam bilik.. Kalau tak tu berkuap..

Ini bilik anak dara.. 

Thursday, February 27, 2020

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s

Assalamualaikum..
Hye semua..

Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s kembali lagi.. Jom calonkan guru yang menjadi inspirasi buat anda semua.. Raikan dan hargai mereka dengan anugerah yang hebat ini.. Baca caranya dibawah.. Calonkan sekarang tanda terima kasih anda kepada guru..


Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s
Mencari Guru Paling Berinspirasi di Malaysia

Anugerah Guru Inspirasi (AGI), sebahagian daripada program #McDSayangCikgu
Carian guru inspirasi di seluruh negara bermula sekarang hingga 30 Mac, 2020

KUALA LUMPUR – 24 FEBRUARI, 2020 – Anugerah Guru Inspirasi (AGI) oleh McDonald’s Malaysia kembali lagi untuk tahun keempat berturut-turut dan membuka pencalonan dari seluruh negara mulai hari ini hingga 30 Mac, 2020. Rakyat Malaysia berpeluang berkongsi kisah-kisah guru yang menjadi inspirasi kepada mereka mahupun anak-anak dalam mencapai kejayaan, memenuhi potensi masing-masing dan meraih kejayaan yang di luar jangkaan.

Menjelang sambutan Hari Guru Kebangsaan pada 16 Mei, 2020, AGI memberi rakyat Malaysia peluang untuk mencalonkan dan menghebahkan kehebatan guru mereka yang penuh berinspirasi kerana, telah melaksanakan tanggungjawab melangkaui bidang tugas mereka di dalam kelas.

Anugerah ini akan diberikan kepada 25 orang guru paling berinspirasi dan setiap penerima anugerah akan meraih hadiah wang tunai bernilai RM5,000, trofi, kain selempang dan sijil penghargaan dalam majlis yang dianjurkan oleh sekolah masing-masing sempena sambutan Hari Guru. Rakyat Malaysia yang mencalonkan guru tersebut juga akan menerima baucar hadiah McDonald’s bernilai RM200.
AGI yang diperkenalkan pada tahun 2017 telah menerima sambutan yang sangat menggalakkan dengan lebih 11,500 pencalonan dan seramai 56 orang guru telah menerima anugerah ini. Anugerah ini merupakan inisiatif McDonald’s di bawah program #McDSayangCikgu demi menghargai dan meraikan warga pendidik yang mencetuskan inspirasi dan gigih berusaha melebihi tugas-tugas hakiki mereka demi mendidik para pelajar. McDonald’s ingin meraikan wira-wira tidak didendang ini yang telah mendidik generasi pelajar secara akademik dan kreatif menerusi sikap penyayang dan keluhuran hati budi mereka.

“Anugerah Guru Inspirasi yang merupakan sebahagian daripada #McDSayangCikgu berkisar tentang usaha menghargai, meraikan, dan mengiktiraf segala usaha para guru kita. McDonald’s yakin bahawa guru memainkan peranan penting yang bukan semata-mata untuk pertumbuhan akademik anak-anak, malah untuk pertumbuhan peribadi mereka juga. Seorang guru yang mempunyai pengaruh positif ke atas pelajarnya berupaya untuk mencetuskan suatu tindak balas rantaian positif yang berlanjutan hingga ke luar kelas. McDonald’s Malaysia komited untuk memastikan bahawa para guru sedar bahawa mereka dihargai dan dapat terus memberikan inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk melakukan sesuatu yang kecil tetapi memberikan makna dan pengertian yang besar,” kata Melati Abdul Hai, Naib Presiden dan Ketua Pegawai Pemasaran McDonald’s Malaysia.

Tambah Melati lagi, “Selain itu, McDonald’s juga menzahirkan penghargaan kami terhadap para guru dengan memberikan hidangan percuma pada Hari Guru, menganjurkan seminar motivasi tahunan untuk melengkapkan mereka dengan kemahiran yang baharu serta mengadakan jamuan Hari Guru di cawangan-cawangan kami. Kami menyeru para pelajar, ibu bapa, keluarga dan warga pendidik untuk meluangkan masa berkongsi kisah guru-guru mereka yang benar-benar berinspirasi.”

Calonkan guru kesayangan anda dalam tiga langkah mudah dan jadikan Hari Guru kali ini hari yang lebih bermakna buat mereka:-

Langkah 2 - Tuliskan bagaimana guru anda menjadi inspirasi kepada anda (dalam Bahasa Malaysia, Inggeris atau Mandarin).
Langkah 3 - Tambahkan apa-apa gambar atau video sokongan (pilihan)

Antara kriteria bagi pemilihan pemenang termasuklah usaha mereka meningkatkan pencapaian akademik pelajar, teknik pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, dedikasi yang melebihi tugas-tugas hakiki dan penghasilan impak positif yang berkekalan ke atas pelajar.

Menghulurkan bantuan kepada komuniti merupakan nilai teras McDonald’s Malaysia. Selain meraikan para guru, McDonald’s juga sangat komited dalam usaha penglibatan komuniti dan menyumbang semula kepada masyarakat menerusi beberapa program yang berlangsung sepanjang tahun. Antara beberapa prakarsa yang dilaksanakan di seluruh negara termasuklah lawatan ke rumah orang tua ketika Tahun Baharu Cina, penajaan moreh yang diberikan kepada masjid-masjid setempat pada bulan Ramadan, pelbagai aktiviti keceriaan bagi kanak-kanak kurang bernasib baik pada bulan Oktober dan penawaran peluang kepada para belia untuk menyertai program perantis vokasional McDonald’s. McDonald’s juga menyokong Rumah Ronald McDonald (RRM), yang memberikan tumpuan pada asas-asas pendidikan, kesihatan dan kebajikan yang menyasarkan kanak-kanak dan keluarga yang memerlukan.

Nota:
Mana-mana pelajar, ibu bapa atau warga pendidik boleh mencalonkan guru-guru yang memenuhi kriteria yang digariskan dalam laman sesawang.
Guru-guru yang dicalonkan mestilah seorang warganegara Malaysia dan hendaklah sedang mengajar di mana-mana sekolah kerajaan atau swasta di mana-mana negeri di Malaysia.
Pemenang akan dipilih oleh panel hakim pakar berdasarkan beberapa kriteria termasuk tetapi tidak terhad kepada – usaha meningkatkan prestasi akademik pelajar, penggunaan kaedah pengajaran yang inovatif dan di luar kotak, dedikasi yang melebihi tugas-tugas hakiki dan penghasilan impak positif yang berkekalan ke atas pelajar.

Thursday, November 28, 2019

Cubaan Menanam Jagung

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Ini adalah cubaan kedua encik suami untuk menanam jagung.. Sebelum ini beli benih di nursery tapi tak ada satu pun yang tumbuh.. Sampailah awal bulan hari tu Sha beli benih ini di kedai ECO.. Alhamdulillah, benih yang ditabur di atas tanah dah mula menjadi.. Dah tinggi-tinggi jugalah masa Sha ambil gambar ini.. Tak sabar nak tengok pokok jagung ini membesar dan mengeluarkan hasil.. Hehehe..

Selepas dua minggu disemai, dah nak anak pokoknya..

Sebatas ini ada lebih kurang 3 ke 4 pokok..

Ada lebih kurang 20 pokok jagung yang menjadi..

Terselit satu anak pokok kacang buncis.. Hehehe..

Selain dua pokok ini, Sha ada juga semai pokok sawi kailan.. Ada lah naik anak-anak dia tapi comel-comel lagi.. Kalau menjadi, Sha buat entrynya ye.. Semua benih ini Sha beli di kedai ECO sahaja..

Tuesday, September 3, 2019

Aplikasi | Google Play Books

Assalamualaikum..
Hye semua..

Perkenalan Sha dengan aplikasi ini adalah melalui dua entry Instagram di bawah ini.. Sebelum ini pernah juga buka tapi agak complicated walaupun free.. Kali ini nampak lebih mudah.. Tak susah.. Klik je buku free yang kita nak, lepas tu dah boleh download.. Search je dekat Google Play Store.. Sekarang Sha tengah baca Malang.. Dah bab 5.. Terima kasih Sicashoid my books friends.. 

Buka je Instagram nampak Sicashoid kongsi pasal buku terbaru FIXI dan ada ayat terima kasih sebab bagi baca free.. Uish!! Pelik ini.. Terus Sha pergi IG FIXI..

Jumpa entry ini.. Nampak perkataan Google Play tu, tahu dah mesti ada dekat Aplikasi Play Books.. Buka aplikasi tu dan Sha search FIXI.. Keluarlah senarai buku yang dikehendaki.. hehehe.. Tapi kena cepatlah sebab ada tempoh masa tu.. Sampai 16 September je..

Paparan bila Sha buka aplikasi Play Book


Bila klik buku FIXI tajuk Malang oleh Nabil Latib.. Klik Download Now lepas tu dah boleh baca..

Dah baca jangan lupa bagi bintang dekat aplikasi Google Play Read dan Goodreads.. Support sikit buku ini..

Ini paparan lepas Sha download tiga ebook FIXI tu.. Download teruslah tiga-tiga buku itu.. Bonus wei.. Bukan senang nak dapat baca buku baru cam nie kalau tak beli..

Selain buku FIXI, ada je buku lain yang percuma.. Cuma banyak buku bahasa Inggeris lah.. Beli ebook lagi murahlah dari fizikal.. Kalau budget tak banyak, bolehlah beli ebook.. Tapi buku fizikal juga best..

Saturday, August 24, 2019

Bila 1 Nikmat Ditarik Sementara

Assalamualaikum..
Hye semua..

Related image

Dah seminggu sebenarnya pergelangan tangan kanan Sha sakit.. Tak boleh nak bengkok ke bawah.. Setiap kali bangun tidur mesti jari tangan kebas.. Rasa ngilu je.. Semalam sakit sangat dan pagi tadi sebab dah tak tahan, ke klinik lah kita.. Mujurlah Klinik Kesihatan Tanjung Malim dah beroperasi setiap Sabtu (8.00 pagi - 12.00 tengahari).. Doktor kata kemungkinan saraf Sha tertindan menyebabkan perjalanan darah tak okay.. Tu yang sakit dan ngilu.. Doktor tak bagi bubuh bandage.. Cuma sapu krim panas dan ubat tahan sakit.. Pergerakan pun doktor suruh kurangkan.. Kalau tak okay juga, lepas 5 hari doktor suruh datang balik dan mungki doktor akan buat surat rujukan ke pakar terapi.. Harapnya okaylah.. Tangan kanan kan.. Memang menginsafkan bila nikmat tu ditarik sementara oleh Allah.. 

Image result for ujian sakit dari allah

Thursday, May 9, 2019

Bilik Bacaan Sha

Assalamaualaikum..
Hye semua..

Saja nak kongsi dekat sini.. Sha pun tak sangka akan dapat bilik bacaan ini.. Hikmah bila dapat pindah rumah.. Susun atur dalam ini hasil perbincangan Sha dan encik suami..

Meja dan kerusi tu memang perabot yang diberi untuk kemudahan penghuni kuarters.. Sha beli printer, laptop dan tv.. Rak buku tepi meja tu sha letak buku-buku yang belum dibaca..

Katil tu pun memang dah ada sekali tilam.. Sha cuma bubuh cadar je.. Hehehe..

Rak buku tu Sha beli masa jualan tutup kedai.. Dapatlah RM100 je.. Yang atas sekali tu semua buku keluaran Karangkraf.. Rak ini, rak buku yang Sha letak buku dah habis baca..

Saturday, April 6, 2019

Pindah Rumah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Dalam kekalutan dan kesedihan, kami dapat berita gembira untuk pindah rumah awal.. Sha sekarang duduk kuarters di tingkat 2.. Sejak tahun lepas, MIL duduk dengan kami.. Penghujung tahun lepas Sha buat surat mohon pindah duduk di aras bawah sebab penghuni sedia ada akan berkahwin dan pindah ke blok lain.. Setelah lama menunggu, akhirnya rumah itu kosong dan kebenaran pindah barang berjaya kami perolehi pada 03 April 2019.. Sha masuk kerja pada 05 April 2019 dan terima surat untuk pindah masuk.. Petang Jumaat (05.04.2019) Sha minta kebenaran keluar untuk ke TNB dan uruskan pemasangan elektrik.. Tapi tak berjaya sebab technician TNB belum selesai proses penamatan elektrik penghuni sebelum ini secara online.. Kalau tak ada aral, Isnin nanti baru TNB akan buat sambungan elektrik..

Sha dah merancang susun atur bilik dan perabot.. Jumaat tu juga Sha cari almari baju untuk Sha.. Terjumpa sekali dengan almari buku.. Dua perabot ini hanya RM400 siap penghantaran.. Perabot selesai.. Kemudian Sha beli cat untuk rumah sekarang yang penuh dengan hasil seni anak-anak dan rumah baru.. Malamnya kami cari karpet untuk lantai yang rosak dalam bilik utama dan bilik study.. Dapat karpet lebihan dengan harga RM100.. Beli pekakas untuk mengecat dan tombol pintu baru..

Nak pindah rumah pun perlukan duit yang banyak.. huhuhu.. Masa tengok rumah tu pun Sha dah buat perancangan siap-siap..

Ini suasana rumah baru yang belum dikemas dan disusun atur..
Bilik ketiga tu bilik mak mertua Sha..
Bilik kedua untuk anak dara dua orang tu..

Sunday, March 24, 2019

Zine Pilihan Lain Selain Buku

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buat yang baru berjinak-jinak dengan dunia bacaan, anda mungkin boleh bermula dengan Zine.. Ini kerana cerita di dalam Zine tidak mengambil masa yang lama untuk dihabiskan. Tidak bermakna cerita di dalam Zine tidak mempunyai isi.. Cuma penyampaiannya lebih ringkas dan padat.. Zine juga sangat menarik untuk dijadikan koleksi kerana biasanya zine akan dicetak dalam kuantiti yang terhad, bergantung kepada penulis.. Malah layout atau designnya juga lebih cantik dan unik.. Zine juga merangkumi pelbagai bentuk penulisan seperti komik, puisi, prosa, anekdot, artikel dan juga cerpen..

Pembaca boleh dapatkan zine ini terus dengan penulis atau penerbit yang memang fokusnya menerbitkan zine.. Ada penulis terkenal yang menerbitkan zine sendiri seperti Maria Kajiwa, Illya Abdullah, Web Sutera dan ramai lagi.. Penerbit pula anda boleh cuba tengok di Terbitan Langit dan Legasi Oakheart.. Boleh juga beli di Kedai Saharil.. Setiap Zine biasanya dijual dalam harga RM10 hingga RM20 tidak termasuk pos/termasuk pos, bergantung kepada penerbit.. Kalau anda sebagai pembaca berminat untuk menghasilkan zine bolehlah berhubung dengan Tukang Cetak Zine untuk proses cetakan dan design kulit zine anda.. Kuantiti cetakan juga bergantung kepada penulis.. Ada yang buat dengan jumlah yang terhad dan ada juga secara banyak.. Zine juga boleh dicetak sendiri sebab menggunakan stapler sahaja..

#MalaysiaMembaca

Antara yang keluar bila anda search ZINE di Google..

Friday, March 15, 2019

Perkongsian oleh Ustaz Ebit Lew

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha terjumpa post ini Facebook dan Sha rasa sangat bagus dikongsikan buat bacaan semua.. Post asal boleh tengok di SINI.. 


Ebit Lew
February 28 at 8:13 PM

Ramai tag saya dengan masalah rumahtangga orang, curang, buat maksiat dan abaikan tanggungjawab serta tak bimbing Islam pada keluarga.

Ini nasihat saya buat semua anak muda di luar sana termasuk saya yang dah menua ini. Belajarlah ilmu rumahtangga. Selalu anak muda yang baik sanggup datang duduk sehari depan saya ingin ilmu rumahtangga. Saya pun sama-sama belajar kerana Allah.

Seorang pemuda yang ingin bernikah tanya saya "ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak habislah serabut..

Betul ke ustaz? Dapat yang baik untunglah..syurgalah. Begitu ke ustaz?

Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita...Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita... Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..

Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..

Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak kerana Allah. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia..mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga. Bimbing isteri solat. Tapi banyak pasangan tak solat. Bagaimana boleh bahagia jika dahi tak sujud pada pemberi bahagia sebenarnya. Bahagia benar bahagia selamanya.

Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik dan bahagia. Itu bermula bila tujuan kahwin Redha Allah. Barulah masa mula kahwin sayang dan sampai syurga sayang makin bertambah setiap hari. Jika tak masa muda,cantik,best,seronok...bila dah tak macam kita nak. Lupakan dan tak dihargai. Seperti haiwan bahkan lebih teruk lagi.

Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kaseh sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betala bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..

Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan..mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.

Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud. Didik solat sungguh-sungguh. Cerita Nabi saw dan sahabat rhum. Cerita iman dan akhirat. Baca Al-Quran sama-sama. Doa sama-sama. Berebut basuh baju, basuh berak anak. Rajin dan rasa ambil berat dan ada sifat mendengar hati rasa pasangan.

Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..

Anak muda tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri tak sempurna tapi inginkan isteri sempurna..Saya pohon ampun dari Alllah..

Doakan bulan Mac ini saya adakan program keluarga sunnah di KL dan Jb. Permintaan tak berhenti kerana ramai sedar bahagia sebenarnya ialah iman dan hargai keluarga. Program sehari untuk suami dan isteri sertta pasangan muda. Juga yang dah lama. Bawa makayah dan Mertua-ebitlew

www.keluargasunnah.com (daftarProgramKeluargasunnah) kl&jb
www.transformjiwa.com (daftarProgramRemajaSemuaNegeri)

Friday, March 8, 2019

Novel Seram Prima Berwajah Baru

Assalamualaikum..
Hye semua..

Saja nak kongsi dengan pembaca.. Kalau memang ada beli atau ikut perkembangan buku-buku bawah Buku Prima mesti perasan.. Kalau tak ikut bolehlah tengok apa yang lain melalui perkongsian Sha ini.. Sha tak pastilah sama ada perubahan kulit buku ini akan dilakukan pada semua penulis atau penulis-penulis tertentu je sebab baru dua buah novel dari penulis yang berbeza dikeluarkan.. Pada sha perubahan ini sangat menarik.. Sebab tak semestinya buku seram tak boleh kelihatan fancy.. Boleh tengok perbezaannya pada gambar yang Sha kongsikan dibawah..

Kalau sebelum ini kulit buku novel Buku prima ini lebih pada warna Hitam dan tidak terlalu fancy.. Menampakkan sisi gelap dan seram yang begitu ketara..

Ini pula adalah kulit buku yang paling terbaru.. Kedua-dua ini novel seram.. Sha beli sebab kulit buku tu sendiri yang begiu menarik perhatian selain penulis dan sinopsis cerita yang memang best.. Kedua-dua penulis ini memang tidak mengecewakan dalam menyampaikan cerita.. Ini pendapat peribadi Sha.. Buku-buku ini masih belum Sha baca.. Nanti kalau dah baca, Sha kongsikan reviewnya ye..

Apa pendapat kawan-kawan.. Yang mana lebih menarik dan memikat mata kalau hendak dibeli.. Adakah layout lama yang lebih gelap dan seram atau layout baru yang lebih fancy dan ceria walaupun buku tu buku seram.. Hehehe.. sila kongsikan pendapat anda di ruangan komen ye..

Sunday, February 24, 2019

YouTube Kids

Assalamualaikum..
hye semua..

Sha baru je muat turun aplikasi Youtube Kids ini di telefon.. Pada Sha aplikasi ini memang bagus.. Walaupun Sha tak bagi anak-anak pegang gadjet 24 jam tapi bila berjalan memang dikecualikan.. Tambah kalau kena jalan jauh.. Memang bagi diorang tengok video dekat youtube.. Guna Youtube Kids ini memang sangat membantu.. Untuk ruangan carian tu kita boleh tutup.. Video yang dipaparkan pun mengikut kesesuaian umur yang kita set upkan masa buat akaun.. Boleh buat lebih dari satu akaun.. 

Amani memang belajar melukis melalui video di youtube.. Imani pula belajar mewarna.. Sekarang Amani minat belajar menulis khat.. Memang carikan video-video khat jelah untuk dia.. Tak adalah belajar je.. Kadang-kadang diorang layan juga animasi.. Macam suami Sha cakaplah.. Kalau guna untuk kebaikan, jadilah baik.. Kalau guna untuk perkara tak elok, jadi tak eloklah.. Yang penting ada had dan pantauan..

Friday, February 1, 2019

Salam Jumaat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Salam Jumaat.. Semoga semuanya sentiasa dalam rahmat Allah..


Sunday, January 27, 2019

Pertandingan Fotografi oleh KLIBF

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom sahut cabaran kongsi gambar #MalaysiaMembaca dari 

Terima kasih atas sokongan yang menggalakkan terhadap perkongsian gambar #MalaysiaMembaca! Oleh yang demikian, anda diundang untuk menyertai PERTANDINGAN FOTOGRAFI dan MENANG sehingga RM5,000! (10 pemenang) Tema: #MalaysiaMembaca

Syarat-syaratnya:-
1) Pertandingan ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira had umur kecuali ahli jawatankuasa PBAKL 2019. Penyertaan adalah PERCUMA.

2) Tempoh masa untuk pertandingan ini bermula 17 Januari 2019 dan tamat pada 17 Februari 2019, jam 12 tengah malam.

3) Gambar anda hendaklah bertemakan #MalaysiaMembaca. Interpretasi anda adalah bebas selagi tidak terkeluar dari tema yang diberikan.

4) Gambar yang diambil haruslah gambar yang terkini, mempunyai mesej, nilai dan menonjolkan tema #MalaysiaMembaca. Gambar hendaklah diambil menggunakan kamera DSLR atau kamera telefon pintar/tablet sahaja.

5) Gambar tersebut hendaklah dalam format JPEG, beresolusi tinggi (300dpi), bersaiz sekurang-kurangnya 3.5MB dan dihantar ke e-mel klibf.bookfair@gmail.com. 1 individu hanya boleh menghantar 1 penyertaan sahaja. Sertakan nama penuh, nombor kad pengenalandan nombor telefon untuk dihubungi.

6) Gambar hendaklah ASLI DAN IDEA SENDIRI. Suntingan atau ubah suai minimum seperti pengubahan brightness, cropping, softeningdan sharpening menggunakan sebarang perisian komputer adalah dibenarkan. Manakala, teknik cantuman gambar (collage technique), super impose, trick photographs, dan gambar dimanipulasikan adalah TIDAK dibenarkan.

7) Setiap penyertaan akan dinilai dan dihakimi oleh Jawatankuasa PBAKL 2019 berasaskan pematuhan syarat pertandingan, memenuhi tema dan mempunyai kreativiti, bukannya pada kemampuan merakam gambar secara profesional. Namun yang demikian, kualiti foto juga akan diambil kira dalam pemilihan pemenang.

8) 10 gambar terbaik akan diumumkan pada 28 Februari 2019 di Facebook, Instagram dan Twitter Rasmi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, dan akan memenangi RM500 secara tunai setiap seorang.(RM500 x 10 pemenang).

9) Dengan menyertai pertandingan ini, peserta dianggap BERSETUJU bahawa gambar adalah milik pihak penganjur serta mematuhi syarat-syarat dan terma pertandingan. Pihak penganjur berhak untuk menukar syarat-syarat dan terma pertandingan tanpa memberi notis kepada peserta.

10) Dengan menyertai pertandingan ini juga, peserta MEMBERI KEBENARAN/KEIZINAN kepada pihak penganjur untuk menggunakan butir-butir peribadi seperti nama dan gambar pemenang (termasuk individu didalam gambar) sebagai bahan untuk tujuan pengiklanan, perdagangan dan/atau publisiti tanpa dikenakan sebarang bayaran.

11) Keputusan pihak jawatankuasa adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan atau pertikaian tidak akan dilayan.

Friday, January 25, 2019

Aplikasi Asmaul Husna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa pasal Aplikasi ini di Blog ABM, boleh tengok entry ABM di SINI.. Tunggu lagi.. Teruslah Sha download bubuh dalam Telefon.. Setakat ini ABM kata untuk android je.. Korang berminat?? Klik SINI..

Apa Yang menarik mengenai aplikasi ini? Aplikasi ini dibina bagi membantu masyarakat lebih mengenali nama-nama Allah. Makanya jomlah muat turun..

Monday, January 21, 2019

My Playlist When Working

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kemain lagi tajuk dalam bahasa inggeris.. Kikiki.. Saja je.. Cuba-cuba.. Sini Sha kongsikan playlist pilihan Sha bila buat kataloging ataupun menaip entry dan blogwalking.. Buat masa ini Sha tertarik dengan lagu-lagu ini.. Memang pelbagai dan tak tersekat untuk satu bahasa sahaja.. Kepelbagaian itu perlu dalam membantu mood Sha untuk proses buku (katalog, balut, semak dan sahkan buku) seta berblog.. Ada antara pilihan lagu Sha ini, Sha tak minat pun penyanyi dia.. Tapi lagu yang dinyanyikan tu menagkap telinga.. Jadinya Sha bubuh je dalam playlist..


Lagu ini muzik dia catchy betul.. Sha tak minat pun ayda jebat ini tapi lagu-lagu dia memang boleh menangkap telinga untuk terus mendengar.. Sentiasa ada kelainan..




Lagu EXO ini mengingatkan Sha satu masa dahulu Sha minat mereka ini.. Hahaha.. Sha suka lagu diorang yang bertajuk Growl dan Wolf.. Diorang ini yang best bila bahagian menari.. Memang ohsemlah pada Sha.. Untuk yang terbaru ini, ketiga-tiga lagu diorang ini menarik untuk di dengar..

Adira - Pujaan Hati
Lirik dan lagu ini ada impak yang kuat.. Walaupun Sha tak tonton sangat drama Pujaan Hati Kanda tapi lagu ini memang best.. Terutama sekali bahagian "Andai perit luka ini, Takkan pernah ku peduli, Biarkan aku teruskan menanti, Kita pastikan bersama, Yakin dengan takdir, Tuhan Kita kan bahagia"..

D&E - Bout You

Biasanya playlist ini akan bertukar ikut mood Sha.. Mood tu memainkan peranan penting.. Kalau sebelum ini mood down, Sha layan lagu-lagu yang kalau dengar memng boleh leleh air mata.. Tapi disebabkan mood Sha dah improve, kita layan lagu rancak sikit.. Nak settlekan kerja tak boleh layan lagu leleh-leleh..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com