Saturday, April 30, 2016

Tebus Point WOOP #11

Assalamualaikum
Lama sudah tidak tebus hadiah dengan WOOP.
Kali ini Sha tebus 
 
 Exclusive Stationary Set - 1500 point
Dapat green bag, pensil case, note book + pen dan dua button badge.

http://www.woop.my/?friend=207531
 Nak joint??
Klik WOOP

 
Rewards yang ohsem

 
Rewards baru untuk ditebus..
Produk Quaker Oat

 
Inilah antara Big Mission yang kita kena buat..

Sha Share satu ye..
 
Memula pilih mission..
Tengok dia suh kita buat apa..
Macam yang ini, dia suh copy link dan share dekat Facebook..


 Kita screenshot post yang kita share dekat FB dan upload dekat woop..
Bila dia dah verified dapatlah point..

Projek Seram: Wad oleh Zaifuzaman Ahmad, Hasrudi Jawawi, Julie Jasmin dan Ebriza Aminnudin

Assalamualaikum..
Review Projek Seram - Wad oleh Sha

Prank oleh Zaifuzaman Ahmad
"Kalau kau boleh buat, aku pun boleh! Tunggu masanya aje!"
Pergh!! Karya Encik Zaifuzaman Ahmad x pernah mengecewakan.. Memang x suspek pun mereka bertiga tu siapa.. Seram ok.. Padah bila terlalu mengikut kata hati.. Pengajaran yang patut di jadikan teladan..

Bourre 304 oleh Hasrudi Jawawi
"Hari ini kau rampas hak orang, esok lusa, orang akan rampas hak kau."
Perampas tidak akan pernah berbahagia diatas kesengsaraan dan air mata yang tumpah.. Cerita yang penuh pengajaran.. Lelaki saat sudah punya isteri tetapi masih bermanis mulut dengan perempuan lain memang tidak layak menjadi suami. Kekasih bukanlah jaminan kesetiaan. Pergh!! Bila baca gangguan gangguan yang diterima oleh Izara memang seram.. Boleh bayangkan hospital yang sunyi.. Tambah-tambah bila waktu malam.

Hospital Melorsari oleh Julie Jasmin
"Jururawat mana pula yang suka sangat main tarik-tarik selimut ini?"
Kelebihan yang dimiliki Zawin, membahayakan dirinya. Namun ajaran dan pegangan yang diajar oleh Datuk Zawin berjaya menyelamatkan Zawin. Kerana kelebihan itu juga Zawin bertemu dengan lelaki tanpa hijab yang istimewa iaitu Ikram. Zawin dan Ikram berbanding bahu menumpaskan makhluk yang bernama Doktor Rizki.. Ngeri tu bila bayangkan bagaimana manusia yang diberikan peluang untuk sihat dari penyakit kemudiannya menjadi mangsa nafsu serakah Doktor Rizki dan jururawat yang gila.

Bilik 13 oleh Ebriza Aminnudin
"Hati-hati... Jangan sampai jadi mangsa"
Penuh pengajaran.. Watak nenek yang menanti seolah-olah memberitahu, keseorangan adalah pasti menjadi teman dihujung waktu. Kisah yang sangat berjaya menimbulkan perasaan geram dan marah.. Marah dengan perangai Addin Adilla yang tak faham bahasa dan tidak reti dalam memerhatikan keanehan. Sifat ingin tahu dan degil yang mengundang petaka. Mujurlah ada yang sudi menyokong. Kalau tidak pasti hilang tanpa dikesan.

 Start baca 22.04.2016..
Selesai pada 23.04.2016

Friday, April 29, 2016

Manuscript oleh Saidee Nor Azam

Assalamualaikum..
Sebuah novel yang sangat menggerunkan..
Jalan cerita yang sangat mengujakan..
Setiap pembunuhan kepada watak-watak dilakukan dengan penuh teliti dan terperinci.. Membaca aksi pembunuhan seolah-olah melihat pembunuhan itu berlaku..
Kesian Iman, kerana terlalu jauh dari Allah, hidupnya huru-hara..
Kerana bunga roselle, jiwa dan fikirannya kacau bilau.. Antara realiti dan fantasi tidak terdapat batas yang terang.. Iman seolah-olah hilang dalam nyata namun tidak juga nyata dalam fantasi..
Naskah yang sangat luar biasa dari penulis Saidee Nor Azam..
Kecurangan dalam hubungan suami isteri memang mampu mengundang petaka yang dasyat. Nyawa tidak berdosa menjadi taruhan.. Watak seperti Diana dan Badro memang jahat dan wujud di dunia nyata. Pembalasan yang mereka terima memang setimpal, walaupun hanya dalam sebuah novel..
Semoga terus menghasilkan karya yang hebat ye Encik Saidee Nor Azam.

 
Start baca dan selesai pada 26.04.2016
Published March 2016 by Buku Prima

 
Istimewa sebab novel ini hadiah dari Sis Ilya Abdullah
Untuk review novel Qarin..

Guy Next Door oleh Rose Harissa

Assalamualaikum..
Review ringkas dari Sha..
Novel Guy Next Door nie memang chomel, sweet dan ohsem..
Sha suka garapan Rose Harissa..
Kenakalan, kedegilan dan ketidakpedulian Kristal @ Kris pada keadaan sekeliling memang sangat chomel..
Watak Adam yang sangat innocent dan anak mak memang sangat cool..
Bila dua watak yang sangat kontra ini bertemu dalam Guy Next Door, pergh!! Kebaboom you all..
Seriously baca novel Guy Next Door nie berjaya menghasilkan perasaan kelakar, geram, sakit hati dan juga sedih..
Emosi yang seimbang untuk naskah yang sempoi..
Terbaik dan ohsem..
Memang boleh release tension baca novel ini..
Kelainan yang ohsem..
Tahniah buat penulis.. 
Semoga Sis Rose Harissa akan menghasilkan karya yang terbaik dan ohsem..

Published April 2014 by Kaki Novel Enterprise

Thursday, April 28, 2016

Roses oleh Ilya Abdullah

Assalamualaikum..
Lama x baca cerita romantik begini.. 

First cerita pasal Rose Lin dan Dzakry..
Kisah gadis bisu dan pemuda kecewa..
Bagaimana dua hati bertemu dan menjalin kasih..
Walaupun halangan datang mengganggu tapi Dzakry setia menanti pengakuan Rose Lin..
Ohsem dan sweet sangat..
Actually ada dua cerita dalam nie..
Yang sweet dah tentulah Roses.. 

Second cerita pula ialah Da' Boom! 
Cerita cinta remaja antara Kojek dan Tia..
Persahabatan yang terjalin sekian lama, terlerai hanya kerana sifat cemburu kawan-kawan..
Namun kerana kawan-kawan mereka kembali bersatu semula..
Comel cerita ini..

 
Baca dan selesai pada 23.04.2016

Buku ini terbitan Cute Kreatif

Mungkin Saja Oleh Janna Nick

Assalamualaikum..
Jom layan jap lagu nie..
Cam best je dengar Janna Nick nie menyanyi..



LAGU TEMA / OST SUAMI TANPA CINTA
Lagu : Mungkin Saja
Penyanyi : Janna Nick

Berlegar legar bermain di mataku
Berdebar debar degup jangtungku
Makin lama makin ku rasa rindu
Makin lama makin tertarik padamu

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkn saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Sekadar hello bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman aku bagai kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkin saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Satu, dua, tiga kali
Jatuh cinta jatuh hati
Aduhai apa dah jadi
Mungkin tidak mungkin iya
Mungkin juga sama sama
Mungkin masih malu kata cinta

Sekadar hello bisa membuat ku gamam
Dengan senyuman aku bagai kayangan
Bagaimana harus ku luahkan kata
Bagaimana aku sudah jatuh cinta

Mungkin saja dia mencintaku
Dan mungkn saja sekadar temanku
Oh keliru bila dilamun cinta aaa
Aku tak tahu
Ku tak tahu

Susu Kambing Wildan

Assalamualaikum..
Semalam Sha dapat sample Susu Kambing Wildan perisa Coklat dan Asli..
Dah lama sebenarnya nak cuba..
Alhamdulillah, tergerak untuk mencuba Susu Kambing Wildan..
Memang menepati citarasa..

KHASIAT SUSU KAMBING :
– Bersifat alkali, membantu memberi keselesaan ketika perut kosong
– Membekalkan tenaga sepanjang hari ketika berpuasa, terutama golongan ibu hamil & ibu menyusukan anak
– Membantu menghasilkan susu badan yang berkualiti
– Membantu meningkatkan sistem penghadaman
– Membantu meningkatkan sistem imunisasi badan
– Tidak mengandungi protein kompleks yang menyebabkan alahan
– Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan.

Sha dapat 2 perisa coklat dan 3 perisa asli..
Pembukusan yang chomel..


Khasiat:

1. Untuk Ibu Hamil:
• Memberikan tenaga dan menyegarkan badan
• Sumber kalsium & mineral untuk tubuh dan kandungan
• Mencegah bayi daripada terkena kuning
• Membantu memudahkan proses bersalin
• Membantu membersihkan anggota dalaman & peranakan semasa bersalin

2. Untuk Ibu Menyusu Anak:
• Bagi anak yang masih kecik digalakkan untuk ibu menyusukan sendiri anak-anak dengan susu ibu,susu terbaik di dunia.
• Sekiranya anda mengalami kekurangan susu badan, dengan mengamalkan susu kambing insyaAllah ia dapat membantu memperbanyakkan penghasilan susu badan serta memekatkan susus badan. InsyaAllah anak yang disusui lebih cepat kenyang dan kurang meragam.

3. Untuk Anak berusia 1 tahun dan ke Atas:

• Membantu menguatkan imunisasi badan anak-anak
• Menguatkan tulang dan gigi anak-anak kerana susu kambing mengandungi kalsium yang tinggi
• Membantu pertumbuhan otak & memperkuat daya ingatan
• Membantu sistem pencernaan
• Sesuai bagi anak-anak yang alahan pada susu lembu/soya

4.Untuk Pelajar
• Sebagai sumber tenaga bagi pelajar yang sibuk dengan aktiviti akedemik dan berpesatuan
• Menambah daya tumpuan ketika belajar
• Menguatkan ingatan
• Mencerdaskan otak

5. Untuk Orang Dewasa & Golongan Tua:

• Sebagai sumber tenaga
• Membantu mengurangkan sakit sendi dan lutut
• Menguatkan tulang dan mencegah tulang daripada rapuh
• Mempercepatkan penyembuhan luka dan penyakit
• Membantu mencegah penyakit lupa dan nyanyuk
Produk Muslim Keluaran Malaysia
Sha dah cuba perisa Coklat..
Memang sedap..
Xde bau hamis.. Sedap je masuk tekak..
hehehe..
 
Perisa Asli pun dah rasa juga..
Memang sedap dan tiada bau hamis..
Suka sangat.. 

Maklumat lanjut boleh ke FB Wildan Susu Kambing.

Wednesday, April 27, 2016

FIXI - Pinjam dan Koyak

Assalamualaikum..
Hye semua..

Ini review sha untuk dua novel FIXI ini..
Seriously, kedua-dua novel ini buat otak Sha penat..

Review Sha untuk Koyak oleh Syaihan Syafiq
Novel ini sambungan kepada novel Bisik.
Well.. Novel ini pun masih belum ada kesudahan..
Kena baca sambungannya lagi ye..
Novel yang agak kejam dan sadis..
Tidak sesuai untuk bacaan kanak-kanak..

 
Baca pada 23.04.2016 dan selesai pada 24.04.2016

Review sha untuk Pinjam oleh Anuar Shah
Penat baca citer nie.. Penat gila..
Hurm.. Cerita dari persepsi watak yang bergilir-gilir.. 
Pastu ending cam akan ada sambungan je..
Tu je yang mampu..
 
Baca dan selesai pada 21.04.2016

Wordless Wednesday #47

Assalamualaikum

Tuesday, April 26, 2016

USWAH ISLAMIC CLOTHING

Assalamualaikum..
Sekarang semakin ramai muslimah yang memilih gaya patuh syariah dalam memakai tudung. Tidak ketinggalan ibu-ibu yang sibuk berkerja. Uswah Islamic Clothing menawarkan tudung-tudung patuh syariah yang lebih mudah digayakan dan cantik menawan. Uswah Islamic Clothing, turut menawarkan pelbagai fesyen dari busana hingga ke hijab yang benar-benar mematuhi hukum syarak. Jom kita layari bersama mengenali dengan lebih dekat mengenai Uswah Islamic Clothing sambil menjamu mata dengan tawaran hebat yang ada di Uswah Islamic Clothing.


Latar belakang USWAH

USWAH adalah sebuah syarikat yang beroperasi di atas talian sejak 2013 dan membawa konsep pakaian patuh syariah. USWAH bercita-cita untuk membawa gaya berpakaian yang mengikut syarak menjadi trend di Malaysia mahu pun dunia. Bermula di laman social Facebook, dengan jumlah pengikut terkini sebanyak 123,000 orang dan Instagram sebanyak 32,000 followers. Uswah menawarkan produk yang berkualiti dengan harga mampu milik kepada semua bakal pembeli.

Produk USWAH

Sehingga ke hari ini, USWAH telah mengeluarkan puluhan Tudung labuh bidang 60, Shawl Instant labuh, Bawal Instant labuh  dan 6 Koleksi Pakaian (tunik labuh). Antara hotselling produk tudung kami adalah:

banner husna.jpg

Husna Instant Shawl Labuh (HOTSELLING! Pinless, Ironless, Hassle-free)

 husna.jpg 
banner.jpg
Haura Bawal Instant Labuh
all3.jpg 

Adena Double Loop

 Warda Double Loop


Untitled-1.jpg

1924023_991475387592534_3266840876921596801_n.jpg 

janna.jpg 


Selain daripada koleksi yang dipaparkan disini, terdapat banyak lagi koleksi-koleksi terkini dari Uswah Islamic Clothing. Boleh lawati ke laman sesawang Uswah Islamic Clothing untuk melihat sendiri pelbagai koleksi Tudung Labuh Bidang 60", Shawl Instant Labuh, Bawal Instant Labuh dan pakaian-pakaian muslimah yang sangat sopan dan trendy.


Facebook: Uswah Islamic Clothing
Instagram: @uswahislamicclothing
Youtube: Uswah Islamic Clothing
Email: network.uswah@gmail.com
Web: www.uswah.com.my
Hotline: +601110742198 / 0108153562


Butik Fizikal: Uswah Islamic Vendor Boutique,
3A-59-01, Jalan Medan Pusat Bandar 8,
Bangi Sentral, Bandar Baru Bangi.
(Landmark: Sebaris Mee Tarik Warisan, Bella Ammara, Sugarscarf)



Peluang Jana Pendapatan dengan Pogram Dropship & Stokis Uswah

KELEBIHAN MENYERTAI KAMI:

- TIDAK PERLU SIMPAN STOK

- TIDAK PERLU MENGELUARKAN MODAL untuk pembelian produk, di samping membeli (untuk kegunaan sendiri) dengan harga jauh lebih rendah.

- Peluang mempromosi pelbagai koleksi HIJAB PATUH SYARIAH.

- TIADA TEMPAHAN MINIMUM.

- TIDAK MENANGGUNG KERUGIAN jika produk tidak laku.

- TIADA KOS TERSEMBUNYI

- KOMISEN 10-20% AUTOMATIK (siap tolak!, tak perlu tunggu hujung bulan baru dapat komisen)


- SISTEM TEMPAHAN AUTOMATIK DI WEB, tidak perlu menunggu kami memberi maklum balas melalui whatsapp atau inbox. Paparan web disediakan KHAS UNTUK - AGEN, harga di tolak secara automatik.

- GROUP COACHING & perkongsian permasalahan serta tips jualan atau pemasaran.

- KAMI JUGA MENYEDIAKAN PELUANG UNTUK RESELLER MENJADI STOKIS DI TEMPAT MASING2.

Sejak dari 2014 sudah ramai yang mendapat manfaat dari program reseller kami, dari ambil sehelai dua hingga ratusan helai! Jika mereka boleh, anda tentu BOLEH!

Sehingga kini, kami telah mempunyai stokis di Brunei, Singapura, Jepun dan seluruh Malaysia.

Kepada yang berminat untuk menjana pendapatan, jangan lepaskan peluang ini. Tambahan pula perniagaan ini adalah menepati ciri-ciri pakaian muslimah penuh syariah dan pasti akan mendapat keberkatanNya , In Shaa Allah. Anda berminat?? Jangan lupa klik http://goo.gl/forms/OOOOR8CakJ untuk maklumat lanjut. 

Restoran M.A.N.I.A - Masakan Tradisional Negeri Sembilan di Slim River

Assalamualaikum..
Jom jalan-jalan cari makan..

Restoran M.A.N.I.A
Terletak bersebelahan dengan Pasaraya ECO di Slim River..
Berdekatan dengan Econsave Slim River..

 Restoran yang menyajikan masakan tradisional Negeri Sembilan..
Memang ohsem dan sedap..
Sha dah rasa Masakan Lemak Daging salai..
Memang sedap dan menyelerakan..
Rasa lemak, pedas memang mantap..
Dagingnya pun x liat.. senang dimakan..
 
 
Masak Lemak Daging Salai
Masak Lemak Ikan Sembilang
Ayam Goreng Berempah
Nasi Lemak Kukus Ayam Rendang
Ada Catering juga ye..
Boleh call - 0196600948

Nasi lauk daging salai masak lemak..
Pergh!!! Memang terangkat..
Macam kat Negeri Sembilan..
(Ini tekak Sha rasa ye.. Tekak korang, chek x tau..)

Suasana dalam restoran..
 

 

 

'MySolve' Aplikasi Online Permohonan Cerai di Perak

Assalamualaikum..
Sekadar perkongsian bersama..
Bukan menggalakkan penceraian ye..

Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai 'MySolve'. Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah Negeri, Datuk Dr Mohd Nizar Zakaria, berkata aplikasi itu bukan untuk menggalakkan pasangan suami isteri bercerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/145318 

http://mysolve.perak.my/ 


Pihak Jabatan Kehakiman Syariah Negeri Perak (JKSPk) sedang menguji sistem Mysolve yang dibangunkan bagi kemudahan pelanggan dan orang ramai sehingga 30 Disember 2015  ia bertujuan untuk mendapatkan maklumbalas pengguna dalam tempoh tersebut.
 

Sistem MySolve
Adalah satu sistem yang akan menyelesaikan Kes dalam tempoh 1 (SATU) HARI  yang
merangkumi perkara-perkara berikut:
1.        (Sistem Permohonan Pendaftaran Peceraian atau Cerai dengan  Persetujuan Bersama )
2.        (Sistem Permohonan Pendaftaran Pengesahan Lafaz Cerai )
Sistem ini terbuka kepada orang ramai yang ingin berurusan dengan Mahkamah Syariah bagi kes-kes yang dinyatakan diatas. Pemantauan juga dilakukan oleh pihak pengurusan Jabatan Kehakiman Syariah Perak (JKSPk) dan kakitangan Mahkamah Syariah di setiap daerah pada setiap hari. Sistem ini juga membantu memudahkan pelanggan dan orang awam membuat pendaftaran Permohonan Cerai dan Permohonan Lafaz cerai dan tanpa perlu hadir ke Mahkamah berulangkali.
Ia juga dapat menjimatkan Kos dan Masa untuk berurusan di Mahkamah Syariah. Sistem ini juga membantu mempercepatkan proses permohonan berbanding Procedure biasa yang dilakukan sebelum ini. Pelanggan juga akan mendapatkan maklumbalas dengan cepat bagi setiap permohonan.
Sila gunakan MANUAL PENGGUNA  yang disediakan sebagai panduan. Perkhidmatan secara atas talian (Online) JKSPk ini disediakan dengan kerjasama KPerak Corpration Anak Syarikat Kerajaan Negeri Perak
Syarat-syarat Permohonan Pendaftaran Perceraian.
  1. Pemohon/plaintif mestilah bermastautin di daerah yang berhampiran di Mahkamah Syariah.
  2. Lengkapkan saman/permohonan seksyen 47 (4 salinan) "Muat turun Borang Seksyen 47 " beserta Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Nikah/Sijil Rujuk;
  3. Bagi Kes Pengesahan lafaz cerai pula borang seksyen 57 diperlukan "Muat Turun Borang Seksyen 57 ".
  4. Jika alamat dalam Kad Pengenalan bukan berasal dari daerah berhampiran mahkamah, pengesahan pelu dilakukan mestilah lampirkan bersama pengesahan pemastautin di Mukim Berkenaan, daripada Pegawai Kumpulan Pengurusan Dan Profesional, Penghulu Mukim @ pengesahan bekerja di daerah berkenaan daripada majikan;
  5. Bayaran pendaftaran permohonan sebanyak  RM 50.00
  6. Plaintif dan Defenden MESTILAH sama-sama setuju bercerai cara baik.
  7. Berpakaian Kemas dan Menutup Aurat.;

Makluman Tambahan

1. Sekiranya tidak memperolehi maklumbalas selepas 3 hari dari tempoh permohonan dibuat pemohon perlu 
    menghubungi pihak Mahkamah yang dipohon seperti di Nombor telefon yang dinyatakan;

2. Pastikan KEHADIRAN kedua-dua pasangan pada tarikh yang ditetapkan sekiranya gagal pendaftaran akan 
    dilakukan mengikut prosedure biasa;
3. Pendaftaran sistem Mysolve akan terbatal secara "automatik" sekiranya pihak Plaintif dan Defenden GAGAL  
    hadir pada tarikh yang ditetapkan dan perlu membuat permohonan semula.

Monday, April 25, 2016

Masak Lemak Pucuk Ubi Tumbuk

Assalamualaikum..
Hari awal on Sha nak share resepi turun temurun family Sha..
Masakan mendailing..

Masak Lemak Pucuk Ubi Tumbuk..

Bahan-bahannya
Pucuk ubi
Terung rembang
Kedua bahan ini ditumbuk bersama hingga habis..
Kalau nak pakai blender pun boleh tapi recycle je air tu supaya nanti masak lemaknya x cair sangat..

Masukkan dalam periuk dan tambah air..
Rebus sehingga hilang bau daun..
Lebih kurang 10 ke 15 minit.
Tambah santan..

Bawang dan cili padi ini ditumbuk.
Tambahkan selepas santan..

Kacau sehingga mendidih..
Kemudian bolehlah masukkan garam dan gula.. Kacau bagi sekata.. Dah siap..

Dah siap.. X berape cantik sebab x cukup santan..
Lauk nie sedap dimakan bersama sambal tumis ikan bilis or sambal tumis ikan..
Memang ohsem dan mengancam..

Drama Korea | Moorim School (2016)

Assalamualaikum..
Hye guys..
Jom relax dan santai dengan drama Korea..
Moorim School ataupun turut dikenali dengan Moorim School: Saga of the Brave
Ini adalah season 1.. so jangan kuciwa ye kalau ending dia tergantung..

Pelakonnya walaupun xhensem mana, tapi citer dia ok ape..
Not bad.. Cite ala-ala fantasi gitu..
Pelakon dia campur-campur..
Ada dari South-Korea, China, Thailand, United Kingdom, Ghana dan German..
Pergh!! Pelbagai tu..

Menarik juga bila menonton drama ini.. Ada kelainan..
Perpisahan antara dua beradik..
Kuasa yang terpendam..
Pertemuan semula.. Persahabatan yang terjalin..
Hubungan antara ayah dan anak serta kasih sayang yang hilang..
memang menarik dan unik..



Sunday, April 24, 2016

Tarantula oleh Julie Jasmin

Assalamualaikum..
Review novel seram lagi..
Kali ini karya Julie Jasmin menjadi pilihan Sha..
Novel Tarantula..

"Datang tak dijemput, Pergi seperti ribut"

Alahai.. Nak gugur jantung nie bila baca novel Tarantula nie tau.. 
Jenuhlah awak pun nak lari sama dari makhluk ganas tu.. 
Rasa macam dalam buku, x senang duduk dibuatnya.. 
Walaupun tau tu just novel tapi rasa cam dekat dalam novel.. 
Memang mengerikan cara serangan dia.. 
Geram pun ada dengan budak berempat tu.. 
X reti-reti, bila dah ada kejadian pelik lagi dasyat patutnya baliklah.. 
Ini tidak, deme pula gatal Pergi menyiasat.. Hai la darah muda.. 
X mau nak dengar cakap orang tua.. Yang Tok Aki tu pun satu.. 
Dah tau makhluk tu bahaya, bagilah tau orang kampun dan pihak berkuasa.. 
Bolehlah langkah berjaga-jaga diambil.. Ish geram pula kita..

Memang menjadilah novel nie.. Ohsem kot.. 
Cuma rasa cam penat lak baca novel nie.. 
Watak dalam nie macam main kejar-kejar.. 
Kejap kat sini.. Kejap kang kat sini.. Letih membaca nya.. 
Tapi tetap ohsem.. Seriously best.. 

Pengajaran nya mende yang cantik tu belum tentu elok.. Boleh gitu.. Kikikiki..
Xlah.. Sha memain jer.. Seeloknya kita nie sebagai anak, kenalah dengar cakap orang tua..
Satu lagi sebagai ketua kampung sepatutnya x perlulah nak berahsia sangat..
Tambah-tambah hal yang melibatkan nyawa..
Tanggungjawab memang berat..
 
Start baca pada 15.04.2016

Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit

Assalamualaikum..
hye kengkawan.. jangan lupa esok..
Jom baca bersama untuk 10 minit.
‪#‎25April2016‬

 
sumber di SINI

Nanti Sha sharekan aktiviti apa yang kami buat ye..

Saturday, April 23, 2016

Jasad oleh Eqbal Mohaydeen

Assalamualaikum..
Review yang entah keberapa.. Saya pun xpasti.. 
Bukan malas nak mengira cuma x rajin.. Kikikiki.. Jangan marah ye..

Jasad.. Novel yang membuatkan saya membaca.. Kemudian berhenti.. 
Pastu sambung baca balik.. Lepas tu berhenti lagi... 
Kenapa?? Kenapa jadi begitu??
Kena bacalah ye.. Kikikiki... Lagi sekali, jangan marah saya.. 
Pengalaman itu hanya akan real bila anda membaca sendiri novel Jasad nie.. 
Mungkin akan rasa apa yang saya rasa.. 
Mungkin juga tidak.. Melalut lak saya nie..

Permulaan cerita ini saya baca dengan tekaan beginie.. 
Kalau perasan dan peka, mesti dapat tangkap.. 
Tapi bila semakin banyak helaian yang dibaca semakin kukuh tekaan saya.. 
Namun, endingnya tidaklah seperti yang saya duga.. 
Sungguh saya x sangka endingnya begitu.. 
Berubah dari jangkaan dan tekaan saya..

Dalam banyak2 cerita yang dikongsikan Reykal (suka nama nie) dan Tenku, yang paling menggerunkan Hantu Askar Jepun, Santau dan Puaka memang menyeramkan.. 
Bila membaca cerita dalam cerita memang agak menyeramkan..

Apa yang boleh saya kongsi, Jasad berjaya mengganggu tido saya.. 
Tahniah buat Eqbal Mohaydeen atas cerita yang sangat ohsem..

Start baca 14.04.2016
Walaupun menghadapi gangguan, berjaya gak habiskan pada 15.04.2016

Sample Kleenex Wet Toilet Tissue

Assalamualaikum..
Hye semua..
Yeah!! Suka tau..
Dapat sample free dari Kleenex - Wet Toilet Tissue
Ohsem sangat.. Praktikal bila dapat pek kecik macam nie..
Senang nak dibubuh dalam handbag..
Mudah dibawa kemana sahaja..
 
 Dua sample free..
Spare dalam handbag lah..

 
Clean & Safe
Easy to carry
With Natural ingrediant
Convinient to use
Alcohol free

Friday, April 22, 2016

Vila Amira Syakila oleh Ebriza Aminnudin

Assalamualaikum..
Jom sambung layan novel Seram..
Ohsem dan menggugat jiwa..

"Permainan tidurkah minpi itu? Namun, kenapa is seolah-olah realiti?"

Memang mencabar betul baca VAS nie.. Geram pula dekat si Amira yang suka mengganggu dan si Farra yang degil nie..
Amira tu betol-betol annoying sebab sangat suka mengganggu..
Yang si Farra tu pula jenis x putus asa.. Degil.. Tapi saya suka semangat Farra.. Kasih sayang dan kesetiaan Farra.. Bila Farra tetap juga di Vila tu dan berusaha menghabiskan juga novel dia walaupun terus-terusan diganggu..

Sha x suka apa yang berlaku pada Amira, walaupun sedikit sebanyak puncanya dari Amira.. Apa yang berlaku pada Amira memang x patut.. Sangat-sangat x patut.. Cian Amira dan suaminya.. Bila nafsu dan dendam menguadai diri, yang salah sudah x dipedulikan..

Novel Ebriza Aminnudin nie penuh kasih sayang.. Ending yang sangat meruntun jiwa.. Dan penuh kebahagiaan.. 
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com