Saturday, September 29, 2018

Evanesce by Super Junior

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu ini lagu lama sebenarnya.. Tapi muzik video dia Sha suka.. Tambah masa ini ahli SUJU masih ramai lagi.. Sha share sini sebab Sha suka lagu ini.. Kalau korang nak tengok video dia just klik je gambar atau tajuk lagu.. Kalau tengok terjemahan lirik dia macam sedih je kan.. Tapi Sha suka.. Kikiki.. Tak ada kena mengena pun cuma muzik dia boleh connect dengan emosi Sha..

https://www.youtube.com/watch?v=dzhOqwF8qHg
Romanization

[Kyuhyun] chimmuk, deo isang hago sipeun mari eomneunji
hayake ssodajideon useum kkocheun beolsseo sideunji oraengeol eotteokhae

[Kangin] kkochipeun jyeoseo (Donghae : jeomjeom)
[Kangin] heulgi doego (Donghae : No)
[Kangin] bultadeon gyeokjeongeun jaega doego
[Donghae] wae johasseotdeon modeun geon kkok ireoke

Don’t know why (Kyuhyun : Don’t know why) Tell me why (Kyuhyun : Tell me why)
[Ryeowook ] sarangeun kkeuteul hyanghaneunji
sarajil (Leeteuk : sarajil) modeun geon (Leeteuk : modeun geon)
[Ryeowook] wae iri areumdaun geonji
geujeo hannat jjarbeun kkum sarangeun hannat kkuneun kkum

[Donghae] eodum, neoneun wae (neon wae Oh-ah) geomge modeun geol da jiwonae
[Ryeowook] amugeotdo mot boge oh honja nae meotdaero yeongwonhal miraereul kkumkkuge hae

[Heechul] noeureun jyeoseo (Ryeowook : jeomjeom)
[Heechul] geomeojigo (Ryeowook : No)
[Heechul] padoneun eonjengan buseojigo
[Sungmin] wae johasseotdeon modeun geon kkok ireoke

Don’t know why (Kyuhyun : Don’t know why) Tell me why (Kyuhyun : Tell me why)
[Kyuhyun] sarangeun kkeuteul hyanghaneunji
sarajil (Leeteuk : sarajil) modeun geon (Leeteuk : modeun geon)
[Kyuhyun] wae iri areumdaun geonji geujeo hannat jjarbeun kkum
sarangeun hannat kkuneun kkum

[Kyuhyun] i bami kkeutnamyeon dasi taeyangeun tteoolla balgaondaedo (DH : Balgaondedo)
[Ryeowook] jabeul sudo eobseul i sungani beolsseo neomu geuriwo

I don’t know (I don’t know)
Wanna know (Wanna know)
[Heechul] ireoke kkeutnan kkumin geonji
saramdo (saramdo) sarangdo (sarangdo)
[Heechul] naneun wae kkael su eomneun geonji

gyeolgugeun jamsi ppunil geol
sarangeun jamsi ppunin geol
seuchyeogal kkumil ppunin geol
ajigeun kkaegi sirheun geol

[Donghae] hannat jjarbeun kkum hannat kkuneun kkum
[KangIn] hannat jjarbeun kkum hannat kkuneun kkum

https://www.youtube.com/watch?v=dzhOqwF8qHg
English
Silence, is there nothing more to say?
It’s been long since
the white flowers of laughter have withered
The flower petals fell (more and more)
and became dirt (no)
The burning passion became ash
Why does everything good always become like this?
Don’t know why (Don’t know why)
Tell me why (Tell me why)
Why does love end?
Why are things
that will disappear
So beautiful?
It’s just a daydream,
love is like a daydream
Darkness, why are you
erasing everything black?
I can’t see anything,
about the eternal future by myself,
making me dream however I want
The sun has set (more and more)
and grew black (no)
The waves will crash some day
Why does everything good always become like this?
Don’t know why (Don’t know why)
Tell me why (Tell me why)
Why does love end?
Why are things
that will disappear
So beautiful?
It’s just a daydream,
love is like a daydream
Even if the sun will rise again
after the night is over
I already long for this moment
that I can’t hold onto
I don’t know (I don’t know)
Wanna know (Wanna know)
Will this dream end like this?
Why can’t I get both the person and the love?
In the end, it’s all momentary,
love is momentary
It’s just a passing dream,
I don’t want to wake up yet
A short daydream,
a daydream
A short daydream,
a daydream

Friday, September 28, 2018

Korean Drama (September 2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Walaupun masa senggang taklah banyak.. Tambah-tambah sekarang ada extra job.. Tapi cuba-cuba juga untuk menonton drama Korea cumanya tak adalah follow dekat TV.. Tengok online je sebab boleh tengok dengan speed 1.5.. Sekarang ini tengah menonton drama Life On Mars.. Baru episod 5.. Kikiki.. Sha suka drama ini walaupun pelakon dia bukanlah pelakon yang sha minat..

Kat bawah ini Sh kongsikan drama yang tengah ongoing lagi dekat TV Korea.. Kalau online biasanya akan masuk esoknya lepas tayangan di Korea.. Drama-drama ini memang Sha akan tengoklah sebab genres dia kesukaan Sha.. Sha dah kurang tengok drama romantik.. huhuhu..

Selalunya Sha akan tengok dekat DramaCool, KissAsian, Viewasian, Asiancrush atau pun dekat Youtube.. Youtube ini tengok nasiblah.. Ada yang share dengan subtitle ada yang tak de subtitle.. Sha pun cari-cari..Kalau pengguna celcom, kadang dia bagi free langganan Netflix, boleh tengok dekat Netflix juga..

Lovely Horribly (2018) - Yang ini dah nak habis.. Dah episod 28.. Lagi 4 episod je..
Update : Dah habis tengok.. Review di SINI..

The Ghost Detective (2018) - Drama ini dah sampai episod 14.. Penyiasatan dan juga hantu.. Agaknyalah..

The Guest & The Guest #1 - Baru ada episod 1 - 6.. Ramai yang cakap drama ini seram..
Update : Berjaya tonton sampai episod 8.. Memang best..

Terius Behind Me (2018) - Yang ini yang paling latest.. Baru main sampai episod 4.. Drama ini jenis yang setengah jam, setengah jam sekali main tu yang dah episod 4..

The Neighbor (2012)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem yang berjaya membuatkan Sha seram sejuk.. Bukan cerita hantu tapi cerita pembunuhan.. Mangsanya budak sekolah.. Terus rasa yang dunia sekarang makin tak selamat dan sangat bahaya.. Yang paling menakutkan bila orang di sekeliling yang tahu atau ada maklumat mengenai kes pembunuhan itu mengambil jalan berdiam diri.. Tak nak langsung membantu pihak polis.. Dengan alasan, nanti tak ada pelanggan nak datang kedai, rumah tak boleh nak dijual.. Memang tak boleh fikir dengan perangai manusia yang macam ini..

Filem ini tahun 2012.. Cerita yang lurus.. Awal-awal dah diberi tahu siapa penjahatnya.. Tak payah nak fikir dan teka bagai.. Cuma pada Sha filem ini lebih kepada perangai dan tindakan yang diambil oleh orang sekeliling penjahat.. Walaupun mereka mengensyaki siapa penjahatnya.. Tapi sikap untuk tidak peduli dan membiarkan itu mengundang bahaya.. Yang cuba mengambil kesempatan pada kesalahan kecil akhirnya dibunuh.. Part paling sedih bila si ibu tak dapat nak jemput anaknya balik sekolah akibat kemalangan dan anak itu diculik serta dibunuh.. Yang ini memang sedih.. Penamat dia memang tak terduga..

Memang cerita ini memberi pengajaran di luar kotak.. Sangat bagus untuk ditonton, pada Sha lah.. Yang paling utama, walau macam mana baik pun jiran kita itu tetap kena pesan dengan anak-anak supaya tidak mudah atau senang-senang mengikut.. Ini yang paling penting..

 
 THE NEIGHBORS | 23 August 2012 | Suspense-Thriller, Apartment |

Thursday, September 27, 2018

Menang Joymix Insourin Dari Blogger Azlinda Alin

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah, rezeki Sha menang Joymix Insourin Dari Blogger Azlinda Alin.. Sis Azlinda tag Sha di Facebook.. Memang rezekilah kan.. Terima kasih Sis Azlinda Alin.. Korang kalau nak tahu, sis Azlinda ini selalu je buat Giveaway macam ini.. Macam-macam produk tau.. Follow je Blog beliau, Facebook beliau.. Ada je Giveaway yang beliau buat..

https://www.facebook.com/azlinda.alin.3 
Sis Azlinda komen dekat entry yang Sha share..

Roadblock Hatiku oleh Floor 88 ft Baby Shima

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lagu Floor 88 ini tak pernah tak catchy dari segi lirik ataupun muzik.. sekali dengar je dah mampu memikat telinga.. Lirik dia pun menarik.. Cuma video klip dia Sha kurang berkenan.. Ada satu bahagian tu.. Yang lain okay.. Konsep dia menarik.. Nak tengok muzik video dia, klik je gambar atau tajuk lagu tu..

https://www.youtube.com/watch?v=9n1iiMlWfrk

Roadblock Hatiku oleh Floor 88 ft Baby Shima
(kau telah roadblock hatiku sayang)
(kau telah roadblock hatiku sayang)
(hey)

cerita ini bermula
ketika aku keluar
berjalan di kota raya
melihat sini sana
dengan e kali lima

hingga ku sedar dompetku di lain celana
nasibku menjadi parah
pabila ada polis di depan mata

hatiku rasa bergetar
bagaikan petir menyambar
saat engkau menghampiri
kaku kaki terkunci
bagai di sumpah jampi

hingga perlahan-lahan ku mendekatinya
dia memandangku
terasa panahan percikan api cinta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku kaya-ya-yak kan saman cinta
ku tak kisah kau nak samanku berjuta

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

kau telah roadblock hatiku sayang
dengan pandangan cinta yang pertama
pabila kau melihatku, jatuh gugur imanku
terdiam ku terpaku

ku kaya-ya-yak kan saman cinta
(yak-yak-yak-yay)
ku tak kisah kau nak samanku berjuta
(yak-yak-yak-yay)

Wednesday, September 26, 2018

Ragaman oleh Faizal Tahir

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha dah lama nampak video lagu ini duk lalu lalang dekat Sha punya timeline youtube.. Tapi tak terfikir nak dengar sampailah semalam rasa macam nak dengar.. Terus jatuh cinta.. Faizal Tahir ini memang Sha minat dari One in a Million lagi.. Semua lagu-lagu dia best dan rentak dia sentiasa fresh.. Ragaman ini pun unik.. Kalau tengok persembahan live dia nyanyi lagu ini pun best.. Boleh klik SINI..
https://www.youtube.com/watch?v=WEk_yHFZuYU

Hari Isnin kau berkata nak makan lasagna
Dah sampai kedai nak tomyam pula
Oh My God
Petang Rabu nak cendol pula
Biar betik
Nasib kau baik mood aku baik
Bulan puasa baru nak pula
Dah minta langsir macam nak raya
Ragamanmu hanya aku yang tahu
Ohh (Oh sayang!)
Hanya kita berdua kekal sampai tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh
Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya
Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)
Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)
Makan malam sudah dihidang
Kau masih melaram
Time tengok bola, kau ajak keluar
Ya Allah...
Masuk kereta, baru gear dua
Kau nak balik
Nasiblah baik muka kau cantik
Bulan puasa baru nak pula
Dah minta langsir macam nak raya
Ragamanmu hanya aku yang tahu
Ohh
Hanya kita berdua kekal sampai tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh
Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya
Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)
Dah berkali-kali kau buat lagi --Tolong!! Tolong!!
(Hanya kita berdua)
Hanya kita berdua kekal bahagia sampai hari tua
Bagai bulan di pagar bintang
Tetapkan bersama ohh ohh ohh
Hanya kita berdua kekal bahagia
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya
Walau gila dibuatnya
Aku sayang padanya
Walau gila dibuatnya......
Aku sayang padanya.......

https://www.youtube.com/watch?v=E_fci6c5AQ4

Wordless Wednesday Special #31



Tuesday, September 25, 2018

Potong Rambut Amani & Imani

Assalamualaikum..
Hye semua..

Setelah agak lama tak memotong rambut anak-anak, minggu lepas Sha bawa mereka potong rambut.. Semuanya sebab Amani yang minta.. Lama dah sebenarnya nak potong rambut Amani dan Imani.. Bukan apa, senang nak jaga dan cuci.. Rambut Amani tu tebal.. Kalau berpeluh atau tak kering betul mesti berbau.. Kalau pendek ini cepat sikit keringnya.. Lagipun Amani tak suka rambutnya diikat.. Sha pula rungsing nengokkan rambutnya mengerbang tak berikat.. Bila dah potong pendek ini aman sikit rasanya.. Kikiki.. Yang adik mulanya tak nak potong.. Bila tengok kakak punya rambut cantik, dia pun sebok nak potong.. Layankan jelah..


Monday, September 24, 2018

Bidan Siam oleh Noorfadzillah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom kita membaca.. Bacalah walaupun sehelai muka surat.. cukup 30 hari dah dapat 30 muka surat.. Tak rugi pun membaca.. Boleh tambah kosa kata dan maklumat tambahan.. Melalut pula..
Kali ini Sha baca novel seram keluaran Buku Prima.. Salah satu penerbit yang Sha suka sebab kebanyakkan buku terbitan Buku Prima ini best best belaka.. Tak pernah lagilah menghampakan.. Thriller ke seram ke..

Seawal penceritaan di perkenalkan kepada pembaca mengenai salah silah si bidan dan juga apa yang menjadi pendamping.. Ada part mengenai minyak pengasih dan juga nasi tangas.. Kedua-duanya untuk menundukkan pasangan.. Tak elok okay.. Jadikan pengajaran..

Masuk bab 10, Bidan Uteh muka mencari pewaris yang seterusnya.. Masa nielah macam-macam yang jadi pada anak-anak, menantu dan cucu cicit Bidan Uteh sebab menolak untuk mewarisi pendamping dan ilmu perbidanan yang salah tu.. Dalam masa yang sama ada pula yang membuat onar.. Bidan Uteh seperti dikawal.. Siapa sahaja yang datang kepada Bidan Uteh mati terbunuh.. Tunang cucunya juga diganggu.. Rupanya ada kisah yang berselirat antara mereka.. Satu persatu terlerai.. Yang jahat mendapat balasan..

Sha baca pada 22.09.2018 dan selesai pada 23.09.2018..

Voice 2 (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama Voice ini musim yang kedua.. Musim pertama boleh baca review Sha di SINI.. Kalau musim pertama ada 16 episod dan heronya Jang Hyuk untuk musim kedua hanya ada 12 episod sahaja dan heronya dilakonkan Lee Jin Wook..

Episod 1 je dah buat Sha tak tentu arah.. hahaha.. Bukan episod 1 je malah setiap episod berjaya mengganggu gugat perasaan Sha.. Memang berbeza dengan Voice musim pertama.. Babak ganas dia boleh tahan.. Tapi dalam ganas ganas itu, ada gak mesej yang disampaikan..

Cuma penamat drama ini buat Sha tertanya tanya musim ketiga bila nak keluar.. Adoilah.. Kena tunggu lah tahun depan..

 
 Voice 2
Thriller, Mystery, Detective | 12 Episodes | 11 Aug 2018 - 16 Sep 2018 |

Sunday, September 23, 2018

Wonda Coffee: Italian Latte

Assalamualaikum..
Hye semua..

Coffee baru dari Wonda Coffee.. Kali ini dalam bentuk kotak.. Selalunya dalam tin kan.. Packaging dia menarik.. Terus Sha beli satu.. Harga RM1.80 (ini dekat Petronas).. Sedap.. Rasa dia smooth je.. Tak adalah keras sangat.. Memang best minum sejuk-sejuk.. Kalau ikut tekak Sha memang akan beli lagi.. Tekak korang, Sha tak pasti.. Kikiki..


Antologi Seram & Thriller : Asrama oleh Asraf Shaari, Penatari Hitam , Rosnah Sutaman , M , Cik Sri Pagi , Al-Fakir Iallah , Rohani Din , Amer Nazrul , Rufaifa Abdullah, A.C. Jaffrie, Maira Huda, M. Rizal A. Razak, Pangrimau FA, Maynard James Adam, Affieyza Isahak, Rashid Salim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha baca genre seram balik.. Buku ini nipis je dengan 193 muka surat tapi ada 16 cerpen seram bertemakan Asrama.. Cerpen-cerpen ini dari 16 penulis berbeza.. Sha beli sebagai tanda sokongan kepada penulis bernama Cik Sri Pagi..

Antara tajuknya ialah Rangka, Hani, Penunggu Malam, Hantu Pari-pari, Ngeri, Kacau, Bongkar, Saka Leluhur, Makcik Karipap, Curiga, Malam Walpurgis, Bayangan Khilaf, Gadis Bertudung Putih, Zakuan dan Menyerupaiku..

Bila Sha baca buku ini, memang terasa keseramannya.. Setiap cerpen memberikan aura seram yang tersendiri.. Bukan sahaja aura seram tapi aura thrill juga.. Memang sangat menarik.. Buku yang menghimpunkan 16 cerpen dari 16 penulis ini berjaya Sha baca dalam tempoh 2 hari sahaja.. Lambat sebab buku ini tertinggal di ofis.. Baca diwaktu siang pun seram, bila malam bertambah-tambah keseramannya.. Memang bestlah.. Walaupun tak semua cerpen dalam ini best tapi tidak mencacatkan pembacaan Sha.. Sha masih seronok lagi membaca.. Cuma Sha memang tak berapa suka dengan design kulit buku ini.. Agak kurang menarik mata..

Secara peribadinya karya penulis bernama Cik Sri Pagi memang best.. Sha mengharapkan cerita ini lebih panjang dan terperinci kerana ceritanya lain dari yang lain.. Semoga beliau akan terus berkarya..

Sha baca pada 20.09.2018 dan tamat pada 21.09.2018..

Saturday, September 22, 2018

Novel | Stigma (Dr. Iman #1) oleh Muharikah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini kita tukar genre buku.. Sesuatu yang lain dari thriller ataupun seram.. Supaya pembaca blog tahu yang Sha juga turut baca genre lain..

Novel ini adik Sha yang punya.. Sha ke rumah dia weekand hari tu.. Bila nampak novel ini terus tertarik nak baca.. Layout dan sinopsis belakang sangat menarik perhatian.. Siap cari maksud Stigma tu tau.. Bila dah mula membaca terus nak habiskan pembacaan.. Tapi sebab dah lewatkan.. Tu yang sambung esoknya... Novel ini memang boleh buat pembaca terus menyelak ke helaian yang seterusnya.. Memang addicted..

Kupasan yang sangat menarik untuk isu Gay, Lesbian dan juga HiV.. Sekurang-kurangnya membantu manusia manusia yang judgemantel ini untuk memahami kenapa mereka-mereka ini jadi begini.. Punca dan usaha mereka terjebak.. Kepayahan untuk mereka berubah.. Sokongan dan dorongan dari orang sekeliling.. Sha sangat-sangat berterima kasih kepada penulis ini kerana menghasilkan buku yang ohsem ini..

"The struggle is real, but you can only change if you begin now."

Sha baca pada 18.09.2018 dan selesai pada 19.09.2018..

 

Stigma: Sifat atau sesuatu yang menjatuhkan maruah, kecelaan, keaiban. (Kamus Dewan, 2007)

Stigmatization adalah sikap merendahkan (mendiskreditkan/ menyebabkan orang hilang kepercayaan) terhadap seseorang atau kelompok yang memiliki atribut (ciri-ciri) tertentu sehingga menimbulkan pandangan buruk masyarakat.

Dalam konteks psikososial, stigma memiliki makna yang menggambarkan ciri negatif yang melekat pada seseorang, biasanya kerana faktor persekitaran atau perbuatan yang pernah dilakukannya sehingga individu tersebut dianggap jijik oleh orang ramai. Contoh: Seorang seorang bekas penyalahguna dadah, pekerja seks, atau ODHA.

Sha pinjam buku adik

Diterbitkan oleh Iman Publications

Friday, September 21, 2018

Kecemasan di Pejabat

Assalamualaikum..
Hye semua..

Minggu lepas (Khamis - 13.09.2018) berlaku litar pintas dan percikan api di aras 1 perpustakaan tempat Sha kerja.. Percikan api tu menyebabkan asap tebal di aras 1.. Mujurlah pelajar yang melihat percikan api itu turun dan memberitahu petugas kaunter.. Disebabkan loceng penggera tidak berbunyi, maka urusan menyuruh pelajar meninggalkan Perpustakaan menjadi kalut.. Ada yang menyangka kami berpura-pura.. Sedangkan waktu ini kami semua dah panik.. Para pelajar boleh berlenggang kangkung seolah-olah tidak ada apa yang terjadi.. Kami pula risau pelajar lemas terhidu asap dan percikan api tu menyebabkan letupan..

Mujur ada seorang staf lelaki datang membantu.. Beliau menyuruh kami untuk mematikan punca utama kuasa elektrik dan menyuruh pengawal keselamatan menelefon bomba.. Bomba datang tak sampai 10 minit selepas panggilan dibuat.. Setelah pemeriksaan dijalankan, Alhamdulillah.. Tindakan pantas mematikan punca kuasa berjaya menyelamatkan Perpustakaan dari terbakar.. Memang kami panik dan fikir nak suruh pelajar keluar je.. Yang pelajar pula anggap apa yang berlaku tu sebagai perkara kecil dan tak endahkan pun arahan kami untuk suruh mereka keluar.. Memang seksa betul nak suruh pelajar keluar.. Mujurlah tiada kecederaan ataupun kejadian pengsan.. Lepas je Bomba sahkan situasi selamat, kami pun masuk balik Perpustakaan.. Sementara tunggu staf selenggara periksa lampu dan wayar elektrik, Pengarah datang untuk tengok kawasan kejadian..

Memang pengalaman sungguh.. Bila panik semua perkara terlupa.. Tapi syukur tidak terjadi kebakaran atau kecederaan..

Master (2016)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Filem Korea ini memaparkan usaha anggota polis dalam menumpaskan kegiatan penipuan sistem pyramid.. Gang Dong-won bawa watak penyiasat bernama Kim Jae-myung dibantu Kim Woo-bin sebagai Park Jang-goon.. 

Separuh pertama filem ini hero kalah.. namun masuk separuh akhir filem baru nampak macam heri berjaya.. Tapi tulah, bukan senang nak tumpaskan penjenayah licik.. Kena betul-betul mempercayai antara satu sama lain baru boleh penjenayah ditumpaskan.. Dalam penipuan ada penipuan.. Bila penjahat sesama penjahat mula berpaling tadah, barulah senang nak ditumpaskan..

 Master
Also Known As: Ma-seu-teo
KMovie | Crime, Action | 21 December 2016 |

 
Pelakon

Thursday, September 20, 2018

Pulangkan Kembar Puaka oleh Kayy Mann, Iz Zunairah & Mus Nasmian

Assalamualaikum..
Hye semua..

Novel ini mencantumkan ketiga-tiga tajuk cerpen didalamnya.. Memang menarik.. Sha beli sebab tertarik dengan tajuknya.. Ini buku seram pertama dari penerbit ini yang Sha beli..

Pulangkan oleh Kayy Mann
Kisah yang ditampilkan memang berbeza dari yang Sha baca.. Gangguan yang berlaku berpunca dari ketamakan diri dalam mengejar harta sehingga tidak peduli apa yang jadi pada sahabat sendiri.. Perasaan bersalah yang mungkin sudah lama ada mula mengganggu jiwa dan akhirnya membuatkan hidup jadi kusut dan huru hara.. Semuanya kerana MLM..

Kembar oleh Iz Zunairah
Kembar menceritakan hubungan manusia dan buaya.. Menggunakan latar zaman sekarang dan juga latar zaman lampau.. Memang menarik dibaca.. Tak adalah seram, lebih kepada mistiknya hubungan manusia dan buaya.. Serta peringatan buat pembaca memastikan alam sekitar dipelihara kerana ada makhluk lain yang turut menghuni..

Puaka oleh Mus Nasmian
 Puaka memang unik dan menarik.. Ohsem pun iya.. Dalam seram, mistik ada rasa sedih dan keinsafan.. Hubungan kekeluargaan dan saling bertanya khabar.. Pertolongan pada yang memerlukan tanpa memilih-milih.. Bila berilmu jangan menunjuk.. Sangat terkesan dengan cerita ini..Penulis berjaya memberi kepuasan pada Sha walaupun ceritanya pendek..

Sha baca pada 18.09.2018..

Terbitan Buku Puris

Variety Show - The Chul's Tour

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Sha tersuka tanpa sengaja dekat Kim Hee-Chul (Ahli Super Junior).. Sebelum ini memang tak perasan pun malah tak amik tahupun.. Suka-suka gitu je sebab lagu dia best.. Bila rajin tengok klip dekat youtube Sha terjumpa muzik video nyanyian Hee chul yang ohsem bertajuk Spring Days of My Life.. Kemudian bila baca komen-komen dekat bahagian bawah tu barulah tahu, bukan senang rupanya diorang ni jadi artis.. Cemuhan dan kritikan dari peminat pun boleh tahan juga.. Dari video klip lagu ini beralih ke video klip lagu lain, sampailah klip klip pendek mengenai Hee Chul dari rancangan-rancangan yang diacarakannya.. Tu yang Sha terjumpa klip The Chul's Tour ini.. Ini rancangan variety beliau yang terbaru.. Dalam ini Hee Chul nampak montel tapi comel.. Hahaha..

Rancangan ini masih ongoing.. Sha tak adalah tunggu habis baru nak tengok sebab setiap episod tempat yang mereka pergi berlainan.. Episod 1 & 2, mereka ke Jepun.. Untuk episod ini mereka bar dalam proses menyesuaikan diri antara satu sama lain..


The Chul's Tour / Where Are You Going, DdaengChul?

“Where Are You Going, DdaengChul?” (땡철이 어디가) is a new travel variety show starring Super Junior’s Kim Heechul and comedians Kim Young Cheol and Noh Hong Chul. The three “Chul” brothers will be staying at guest houses in Korea and seeing all the local attractions, food, and scenery the destinations have to offer.
 
Kim Heechul said that he isn’t a particular fan of travel. In fact, he shared that even when their group travels, he likes to stay in the hotel and only go out at night. However, he thought the “Chul” brothers idea was fun, especially as he is really fond of the older men. It looks like many viewers will be surprised once the show airs, because despite the fact that Heechul is known as someone loud and crazy, he admitted that he is actually the quietest of the trio.

Wednesday, September 19, 2018

Nescafe Latte: Tropical Paradise

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak minum Nescafe 3in1.. Baru ini dapat Nescafe Latte percuma.. Perisa baru.. Tropical Paradise.. Nescafe dengan gabungan buah oren, mangga dan kelapa.. Wow.. Satu gabungan yang unik.. kikiki.. Sample free kan.. Kenalah rasa.. Kalau suruh beli, memang taklah.. Masa buka tak ada bau buah.. Tapi bila bubuh air panas, semerbak bau mangga dan oren.. Wangi sangat.. Rasa nescafe bersama buah oren dan mangga tak adalah pelik pada lidah sha.. Sedang elok je.. Macam best pun iye.. Kikiki.. Ini untuk lidah Sha tau.. Lidah korang Sha tak tahu..

Ada 5 stick dalam ini.. Calourful betul pakaging dia..

Not For Sale..

Beauty Giveaway By Mrs Pip

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jom joint Beauty Giveaway By Mrs Pip

Tamat pada 06 Oktober 2018

Untuk soalan no 7 tu.. Sha tak ada soalan nak tanya tapi Sha suka bila Mrs Pip share pasal anak-anak Mrs Pip.. Sebab kadang ada perkongsian Mrs Pip tu buat Sha rasa macam "Eh.. baguslah.. boleh buat juga dengan anak dara Sha.." .. Ha.. macam tu..

Hadiah Buku Dari Penulis

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Bertambah koleksi buku Sha.. Sha terima hadiah buku ini dari seorang penulis yang Sha kenal di Facebook.. Beliau merupakan penulis baru.. Sebelum ini beliau ada menulis untuk Antologi Cerpen Kampung Siluman Dot Com: Seriau (Boleh baca reviewnya di SINI).. Penulis yang Sha maksudkan ialah Cik Sri Pagi.. Beliau merupakan seorang yang sangat kuat semangatnya dalam menempuh hidup.. Walau diberi dugaan namun beliau gigih melaluinya.. Buku-buku ini selamat Sha terima pada 18.09.2018..

 
 Inilah hadiah buku yang Sha terima dari penulis tu.. Bertambah koleksi buku Sha.. Nanti Sha buat ulasannya ye.. Ini genre Motivasi..

 
Yang ini pula Sha beli dari penulis sebagai tanda sokongan untuk beliau terus menulis.. Walaupun layout covernya bukan kesukaan Sha tapi Sha tetap beli untuk menyokong usaha beliau menulis..

Tuesday, September 18, 2018

Projek Seram Tren oleh Aziah Zainal, Zyra Safiya & Sufi Abqari

Assalamualaikum..
Hye semua..

Projek Seram kali ini datang dengan tema Tren/keretapi.. 2 penulis perempuan dan 1 penulis lelaki.. Seronok membaca naskah-naskah dari koleksi Projek Seram.. Setiap satunya ada aura yang tersendiri.. Menarik dan memikat.. Ini buku ke 20 untuk koleksi Projek Seram ini..

Ghaib oleh Aziah Zainal
"Jangan turun sebelum kau sampai ke destinasi!"
Kes rompakan yang berlaku lama dahulu menjadi penyebab kepada peristiwa peristiwa aneh di stesen itu.. Adakah 3 perompak itu akan selamat setelah menaiki tren yang tak sepatutnya.. Siapakah Syafiq yang bersama mereka? Suara tangisan budak perempuan yang mengganggu dan asap tebal yang datang setiap kali tren sampai.. Memang berjaya buat hati tertanya-tanya.. Hassan yang tiba-tiba hilang dan kemudiannya muncul semula..

Masa Untuk Pulang oleh Zyra Safiya
"Dunia kita tidak sama..."
Apakah hubungan Salma dan Jong Kook? Persoalan ini berjaya buat Sha baca sehingga habis.  Salma di Malaysia dan Jong Kook di Korea, hubungan apakah yang mengikat mereka.. Gangguan yang diterima mereka hampir serupa.. Setiap kali naik tren mereka akan diganggu.. Akhirnya perpishan terjadi dan kerana tren mereka bertemu semuL demi merungkai misteri sebenar..

Epal Merah dan Komuter Hantu oleh Sufi Abqari
"Aku hanya mahu berteman..."
Tajuk je dah menarik perhatian.. Bila yang tak sepatutnya dicari demi melunaskan hajat.. Maka nyawalah jadi galang gantinya.. Suri yang hidupnya dibuli dan dihina akhirnya menyerah pada jejaka jembalang pemilik komuter hantu.. Bermulalah kemunculan epal merah demi meragut nyawa mereka yang menjamahnya..

Sha baca pada 16.09.2018 dan selesai pada 17.09.2018..

Flower Grandpa Investigation Unit (2014)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Mula-mula tu tak minat juga nak tengok drama ini.. Tapi disebabkan ada Heechul, cuba jugalah tengok.. Dengan harapan dapat bergelak ketawa.. Drama ini ada 12 episod je.. setiap episod dalam sejam macam itu.. Pendek je drama ini..

Memang kelakar menyaksikan aksi lelaki muda yang berwajah tua menyelesaikan kea.. hahaha.. Seriouslly kelakar tapi dalam masa yang sama memberi pengajaran.. Bayangkan bila kita terpaksa tua sebelum waktunya.. Tam ke terseksa.. Perasaan dilayan sebagai orang tua sedangkan usia yang muda.. Tidak lagi lincah untuk melakukan aktiviti yang sepatutnya.. Makanan pun kena jaga-jaga.. Memang pengalaman yang sungguh tak terjangka.. Part Heechul yang tak tua pun pelik juga.. Rupanya ada yang tak kena dengan kesihatan beliau.. Berjaya atau tak mereka membongkar kegiatan sindiket Goldfish dalam mencuri jangka hayat manusia sedangkan mereka sendiri bergelut dengan masa.. Kenalah tengok..

Grandpas Over Flowers Investigation Team @ Flower Grandpa Investigative Team|9 May 2014|12 episodes|comedy|

Monday, September 17, 2018

Filem Jepun | Bleach (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Gi lepak rumah adik dekat Rasa.. Pastu tertengok Bleach.. Rumah beliau memang ada Netflix.. Tak adalah best sangat.. Ini review seorang Sha yang tak ikut kartun Bleach.. Sha suka tengok live action..

Bleach ini best sebab ada Ichigo yang dilakonkan oleh Sota Fukushi je.. Aksi tak banyak.. Hollow pun 3 ketul je yang keluar.. Masa mula-mula Ichigo bertukar memang ohsem.. Tapi lepas tu slow giler ceritanya.. Banyak sangat bersembangnya.. Masa lawan Hollow Grand Fisher tu ohsem.. Lepas tu habis.. Sadis je..

Sila jangan kecam ye.. Sha tengok ini bukan sebagai peminat kartun Bleach..



Sup Cendawan

Assalamualaikum..
Hye semua..


Hujung minggu tak ada buat apa pun.. Berkumpul adik beradik je dekat rumah adik di Rasa.. Main masak-masak.. Sha masak sup cendawan sebab adik tersilap beli cendawan.. Adik beli paket yang besar tu yang tukar menu.. Dari sayur campur kepada sup cendawan.. Masakan cara Sha memang mudah..

Sup Cendawan
Bahan-bahannya
Cendawan 1 paket (dicarik carik)
1 batang lobak merah (dipotong memanjang)
Bunga kobis
Putik jagung
Sebiji bawang merah (dihiris)
Sebiji cili hijau (dihiris)
Ayam dipotong kecil
2 kiub ayam (maggi)
Daun bawang & daun sup (dihiris)
Sedikit garam
Sedikit lada sulah


Cara Memasak
Didihkan air terlebih dahulu, kemudian masukkan bawang, cili hijau dan ayam..
Reneh hingga ayam masak kemudian masukkan sayur kobis bunga, lobak merah dan putik jagung..
Last sekali masukkan cendawan, serbuk lada sulah dan kiub ayam.. Kalau nak lagi sedap, boleh masukkan sup bunjut..
Setelah semua masak masukkan hirisan daun sup, daun bawang dan garam..
Yeah!! Dah siap..


Sunday, September 16, 2018

Sindiket oleh Arman Jazee

Assalamualaikum..
Hye semua..

Cuti pun bermula.. Maka jomlah kita membaca.. Buku pertama untuk permulaan cuti tiga hari adalah dari penulis Arman Jazee bertajuk Sindiket..

Membaca Sindiket, hati Sha tersiatdan sakit.. terutama sekali masa bahagian Naim dan Naina yang ditinggalkan mak dan didera ayah.. Kemudian kecelakaan yang dasyat menimpa mereka.. Memang meruntun hati betul.. Penulis berjaya memainkan emosi Sha macam roller coaster.. Kejap sedih.. Kejap geram.. Kejap karang marah.. Masuk bahagian Munira yang kehilangan Zara dan Zeri buat Sha risau.. Risaukan keselamatan anak anak.. Kadang bahaya tu datang tanpa diduga.. Namun semangat dan usaha Munira memang luar biasa.. Penulus berjaya mewujudkan watak heroin yang ohsem.. Dari seorang ibu yang lemah dan menunggu kepada seorang ibu yang sanggup menghadapi apa sahaja demi anak-anaknya..

Organisasi pemerdagangan organ yang menjadikan kanak-kanak sebagai sasaran..

Manusia jahat dan berajakan wang sentiasa ada.. Takdir manusia itu Allah yang tentukan.. Ujian bukanlah penyebab unyuk kita manusia berpaling daripada Allah, sebaliknya mendekatkan kita kepada Allah..

Sha baca pada 14.09.2018 dan selesai pada

Hadiah dari Blogger Shuhaida Kabdy

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah hadiah dari Kak Shu dah selamat sampai Jumaat (14.09.2018) hari tu.. Cantik tudung bawal kiriman kak Shu.. Terima kasih ye kak Shu.. Semoga makin murah rezeki Kak Shu.. Tudung bawal ini kak Shu bagi dekat Sha sebab Sha menang top komentator di Blog Kak Shu, boleh baca di SINI... Jom terjah blog Kak Shu..


Saturday, September 15, 2018

Semanis Tomato oleh Freesia

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama tak membaca di PNM e-Reader.. Bukan tak nak tapi dah tak boleh akses.. Sedih.. Sudahnya terpaksa buat ID baru.. Baru boleh akses semula.. Tapi guna komputer tetap tak boleh akses.. Takpelah.. Yang penting guna telefon boleh..

Buku ini berjaya menarik Sha untuk terus membaca seawal bab lagi.. Watak hero yang ego dan watak heroin yang rendah diri tapi sangat menghargai perkara-perkara atau benda yang orang dah tak hargai.. Penulis berjaya mencipta watak heroin yang unik dalam masa yang sama rendah diri.. Heronya pun pelik juga terlalu setia pada seorang perempuan hinggakan mahu mencari isteri yang berdikari dan tidak melekat sementara tunggu kekasih sedia meneruskan hububgan mereka.. Hati manusia ini berubah-ubah bukan seperti robot yang boleh diprogram.. Kerana buah tomato hubungan mereka mula menampakkan hala tujunya.. Perkahwinan bukanlah boleh dimain main.. Memang menarik..

Sha baca pada 12.09.2018 dan selesai pada 13.09.2018..

(ebook - PNM e-Reader)

Keris Long Leh oleh Syauqie MK

Assalamualaikum..
Hye semua..

Buku ke lima untuk bulan September.. Harapnya momentum membaca akan kekal mendaki gunung ledang.. Hahaha.. Maaflah merapu kejap..

Buku ini tak adalah seram sangat.. Lebih pada aksi yang ohsem.. Watak utama dalam cerita ini seorang penulis novel bernama Amin yang ingin menulis cerita thriller berkaitan keris.. Amin ini berjaya meminjam keris pusaka dari paklong nya.. Namun terkhilaf bila memuat naik gambar keris tu dalam media sosial.. Maka bermulalah gangguan pada Amin dan keluarganya.. Sampai ke Pattani, Amin mencari watis.. Berjaya atau tak Amin merungkai misteri keris dan juga peristiwa peristiwa yang berlaku pada keluarganya? Kenalah baca..

Yang pasti, pergantungan kita haruslah kepada Allah sahaja tidak pada yang lain..

Sha baca dan selesai pada 12.09.2018..
Terbitan Buku Puris

Friday, September 14, 2018

Snickers Crisper

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha beli Snickers ni dekat 7Eleven.. Dia letak dekat kaunter bayar.. RM3.30 seketul ini.. Harga dengan saiz macam mahal.. Sha beli sebab nak cuba.. kikiki.. Sesekali hadiahkan diri sendiri dengan coklat mahalkan..Tapi lepas makan ini, rasa macam tak nak makan lagi.. Tak berapa kenalah dengan Sha.. Manis dia macam lebih sikit dari snickers yang biasa ataupun yang ada oat itu.. Ini ikut skala lidah dan tekak Sha tau.. Lidah dan tekak korang, Sha tak tahulah.. Terasalah bertih beras tu bila kita gigit..

#MyCybersale 2018 di Karangkraf Mall

Assalamualaikum..
Hye semua...

Hahaha.. Kita gelak dulu.. Sebab entry ini entry terbeli buku.. Gagal bertahan.. Asalnya Sha kongsi #MyCybersale ini untuk adik Sha.. Sebab dia tengah nak cukupkan koleksi Projek Seram dia.. Ada lagi 8 buah tajuk yang dia tak ada.. Tapi dia tak jadi beli sebab dah tempah pakej percutian.. Sha pula yang terbeli.. Adoilah.. Bila kemurungan memang tangan ni gatal je nak membeli.. Membeli ini jadi satu terapi melegakan perasaan Sha.. Rasanya minggu ini memang banyak buku Sha beli.. Sabar jelah.. Sampai ikat perutlah..

Harga asal 4 buah buku ini ialah RM121.00 tapi lepas diskaun jadi RM79.91.. Sha dapat extra diskaun RM5 sebab jadi ahli Karangkraf.. Kemudian free postage pula tu.. Berbaloi baloi rasanya..

Sha beli 3 buku seram dan 1 buku thriller.. Bidan Siam (RM28), Dendam Aduka (RM30), Projek Seram Tren (RM23) dan Fana (RM30)..

Sha beli buku ini pada 07.09.2018.. Buku-buku ini sampai pada 12.09.2017..

Siap dapat 2 tiket free ke Legoland lagi.. Tq Karangkraf Mall..

Thursday, September 13, 2018

Pembalut Buku Berwarna

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sebelum ini Sha ada share mengenai pembalut buku berwarna di SINI dan SINI.. Selain pembalut buku yang jernih ada juga yang berwarna plastik dia.. Yang Sha jumpa setakat ini warna oren dan hitam.. Sha suka buku-buku Sha nampak lain dan lebih terjamin jangka hayatnya bila dibalut.. Tu yang Sha beli warna Oren dan Hitam ini.. Kalau buku seram, Sha balut pakai plastik warna hitam.. Oren tu pula bergantung.. Kadang saja je..

Sampailah baru ini berlaku satu kejadian yang tidak diingini, bila Sha pos gambar buku yang Sha balut dengan plastik berwarna oren tu, ada orang terus tembak Sha cakap Sha fotostat ke buku tu.. Pergh!! Sakitnya hati.. Tambah komen tu dia bubuh dekat pos yang public.. Kalau dia hantar mesej secara persendirian dekat Sha, mungkin Sha tak sakit hati sangat.. Bila secara terang-terangan macam tu rasa macam nak hempuk je.. Bukan apa, kalaulah penulis novel tu baca, tak ke kecil hati penulis tu.. Walhal buku tu Sha beli tu.. Boleh dia cakap buku fotostat.. Agak-agaklah..

Ini hanya lah luahan hati Sha.. Sha pun tahu Sha ini bukanlah Jurufoto Yang hebat.. Tapi cara dia menegur tu yang Sha tak berkenan.. Ataupun Sha ini yang sensitif sangat sebab emosi tengah turun naik.. Huhuhu..

Korang pernah jumpa ke pembalut berwarna macam yang Sha punya ini? Atau ada warna lain selain yang Sha kongsikan ini? Kalau ada bolehlah maklumkan di ruang komen di bawah..
 
Pembalut buku warna oren, hitam dan jernih..

Illang: The Wolf Brigade (2018)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berdebar-debar betul bila tengok filem ini.. Yellah aksi yang dipaparkan memang menarik.. Terutama sekali watak Im Joong Kyung yang dibawakan oleh pelakon Kang Dong Won.. Memang nampak watak ini struggle dan tak ada perasaan.. Peperangan selalu menjadi langkah mudah dalam membendung pihak lain.. Sampaikan askar yang tak berperasaan cuba diwujudkan.. Sha tengok cerita ini sebab nak tengok aksi Kang Dong Won.. Masa dia selamatkan perempuan dari menara itu memang ohsem.. Suka tengok aksi lawan-lawan dia.. Cerita dia ada kaitan dengan politik dan juga perebutan kuasa.. Manusia dan kuasa berpisah tiada.. kikiki.. Tapi memang menariklah..
 
Illang: The Wolf Brigade  | 25 July 2018 | Sci-Fi, Action |


Wednesday, September 12, 2018

Filem Jepun | Sky High (2003)

Assalamualaikum.. 
Hye semua..

Filem Jepun yang menarik.. Ada dua kisah dalam ini.. Kedua-duanya mengenai roh yang dah meninggalkan jasad diberi 3 pilihan sebelum meneruskan perjalanan.. 3 pilihan itu ialah terus ke syurga dan kemudian dilahirkan semula atau rohnya merayau-rayau di muka bumi dan yang terakhir membunuh manusia yang telah menyebabkan kematian roh itu.. Tengok dan amik teladan yang baik.. Sebab dalam Islam tak ada balas balas dan pilih pilih ini..

Dua kisah yang berbeza punca kematiannya.. Satu tu mati sebab kawan baik dia bunuh sebab nakkan suaminya.. Yang kedua pula dibunuh setelah diperkosa.. Kedua-duanya perempuan..
Sky High (2003) | JMovie | Release Date: Nov 8, 2003 | Duration: 2 hr. 3 min.| Genres: Action, Suspense, Thriller, Horror, Crime, Martial Arts, Supernatural, Manga |

Komik Godaan Syaitan: Serangan Berani Mati karya Pak Cik Bad

Assalamualaikum..
Hye semua..

Jim bersantai sambil baca komik pula.. Bukan selalu, ye tak.. Komik ini antara yang Sha beli dengan nilai RM100.. Boleh baca SINI.. Komik ini boleh beli online dengan Galeri Ilmu ye..

Walaupun hanya 37 muka surat tapi banyak isinya.. Semuanya mengenai godaan syaitan dalam kehidupan manusia.. Hanya dengan iman sahaja senua godaan syaitan itu akan tertepis..

Sha baca dan selesai pada 11.09.2018..

Gambar muka depan ini Sha scan.. Saja test Scanner kat rumah.. kikiki..

Buku ini terbitan Galeri Ilmu

Tuesday, September 11, 2018

Amaniku Semakin Remaja

Assalamualaikum..
Hye semua..


Isnin kan cuti.. Ayah Sha call ajak pergi tengok cucu baru dekat Serendah.. Anak adik Sha.. Sha okay je.. Tapi tak pergi semualah.. Sha sorang je yang pergi.. Sebab MIL ada kan.. Takkan nak tinggalkan dia sorang kat rumah.. Tapi Imani meraung macam kena dera, Sha pun bawalah.. Bila suruh bersiap, terus dia tersenyum.. Sabar jelah tengok drama dia..

Amani pula tak banyak kerenah atau ragam.. Sha minta dia duduk rumah teman opah sementara tunggu ayah dia balik dari kerja.. Sha dah siapkan makan semua kat atas meja, Amani cuma perlu tolak kerusi roda Opah je.. Bagi dia buku cerita untuk dia baca.. Memang seorang Amani dah besar.. Sudah boleh diharap..

Bila tengok Amani sekarang, rasa macam kejap je masa berlalu.. 8 tahun dah umur dia.. Dah boleh diharap walau banyak ulahnya.. Dah boleh tolong tengokkan Opah.. Basuhkan kasut sekolah adik.. Terima kasih Amani..

Amani masa dah ada adik.. Ceria seorang kakak..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com