Saturday, December 31, 2022

Random Photo #12 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Entry bergambar terakhir dan entry terakhir bagi tahun 2022.. Hehehe.. Jom layan..

Hadoilah.. Baru je puji mee rebus dia sedap masa awal Oktober hari tu.. Datang balik awal Disember dah tak berapa ngam.. Mungkin tukar tukang masak kot.. sedih..

Cuba jugalah Donut Red Velvet yang viral tu.. Hehehe..

Makan kenduri.. Jumpa tapai yang dibalut dalam daun getah.. Memang ngamlah kan.. Ada laksa dan bubur pulut hitam juga..

Sebelum majlis berlangsung, kita snap satu gambar sebab masa Majlis Sha tak ada.. hehehe.. Hiasan sempena majlis hujung tahun jabatan Sha ini..

Menu kenduri kahwin lagi.. 
Kali ini kita makan mee kari stail penang, ada sambal kerang dan kuih muih..

Sebuah pulau kecil di laut Tanjung Piandang..

Terima hadiah hari lahir sempena jamuan hujung tahun anjuran jabatan..

Kemain suka Amani bila ayah ajak naik motor beli sarapan.. 

Royal Coconut & Royal Beans 
Terjumpa aiskrim ini diberikan pada mereka yang datang makan kenduri.. Sedaplah kunyah dalam keadaan cuaca yang terik.. hehehe.. Sejuk je dia masuk tekak..

Kek kesukaan Shakalau beli Pizza Hut, mesti add on sebab harga dia lebih murah..

Alhamdulillah ada rezeki merasa durian.. Pengasuh anak Sha bagi.. Sebenarnya masa pergi rumah pengasuh dah dijamu setalam durian, bila nak balik dibekalkan lagi 3 biji.. Memang puaslah makan.. Alhamdulillah..

Ada rakan pejabat bagi biskut ini.. Sedap.. Ada coklat cip..

Menu bekal ke pejabat demi mengenyangkan perut dan kemalasan mahu mencari makan di kedai-kedai..

Goodreads | Bacaan Disember 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berakhirlah sudah cabaran membaca untuk bulan Disember dan juga penutup kepada tahun 2022.. Tak banyak namun masih membaca.. Keterujaan membaca muncul semula bila terjumpa aplikasi Cereka yang sangat-sangat berbaloi di langgan.. Hanya RM4.90 sebulan, banyak buku best dan menarik dibaca.. Malah ketika sedang melanggan terdapat 9 buah buku baru yang ditambah dalam rak maya Cereka.. Lagi bersemangatlah Sha untuk membaca.. Aplikasi e-Sentral tetap Sha guna.. 


ebook | Jalan Puaka oleh Rumie, D.Rafael, Azmeer Shah, zaifu zaman ahmad, Muhammad Fatrim

Assalamualaikum..
Hye semua..

Bacaan terakhir untuk tahun 2022.. Penutup yang mengasyikkan.. Buku kedua seram yang ditambah dalam aplikasi Cereka selepas 2 minggu Sha melanggan aplikasi ini.. Kompilasi 5 cerita seram dari 5 penulis..

Jalan Lama - Rumie
Memang gila.. Ingatkan betullah gangguan disebabkan laluan tu memang berpenunggu tapi bila dah nak sampai ke penamat, baru tahu kebenarannya.. Semuanya sebab dendam yang beraja dihati hinggakan mangsa tak bersalah terbunuh.. Pergh!! Kejam gila manusia bila dendam menguasai hati..

Janji - D.Rafael
 Bila melibatkan janji yang tak ditunaikan memang sedih.. Walau siapa pun orang tu, janji harus ditunaikan.. Kalau tak memang dihantui lah jawapnya.. Sebuah cerita yang menarik dan memberikan pengajaran..

Mama - Azmeer Shah
Aduh.. Kesian sungguh dengan nasib Kyra.. Hanya kerana ingin melunaskan keinginan kejam mereka, Kyra menjadi mangsa.. Mengandung tanpa diketahui sebabnya dan dibuang keluarga.. Bila sampai saat anak itu dilahirkan Kyra dibunuh dan lahirlah qarin dari janji Kyra untuk menjaga anak kecil itu.. Anak yang diberi nama Lily tu itu dilindungi sesuatu yang ghaib..

Rumah Untuk Disewa - Zaifu Zaman Ahmad
Gangguan demi gangguan membuatkan Adam dan Intan pening menghadapinya.. Sudahlah baru berpindah, tak sangka ada masalah gangguan.. Bukan malam sahaja, siang siang pun mereka diganggu.. Kemuncak kejadian, anak mereka Luqman hilang tanpa dikesan.. Puas mencari, dengan bantuan seorang ustaz akhirnya Luqman dipulangkan semula.. Kerana kejadian tak disangka, Adam buat keputusan untuk mencangkul tanah belakang rumahnya.. Tekaan Adam betul.. Ada rahsia yang disembunyikan tuan tanah dibelakang rumah tersebut..

Sangkar - Muhammad Fatrim
Kisah terakhir ini lebih kepada usaha untuk terus hidup bila diculik dan dijadikan bahan eksperimen.. Uqasha yang tersilap langkah mengikut orang tak dikenali akhirnya ditangkap dan dikurung dalam sangkar.. Sangkar yang menjadi tempat mereka perlu memastikan diri tak terpilih dan hilang tanpa dikesan.. Sebab itu pesanan perlu selalu dititipkan pada anak-anak supaya tidak mengikuti orang yang tak dikenali..

Sha baca dan sekesai pada 31.12.2022..

Published January 1, 2022 by Karya Publika
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

ebook | Wujud oleh Hasrudi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang gilalah buku ini.. 6 sekawan yang pergi bercuti ke Indonesia akhirnya bukan mendapat kenangan tapi gangguan gila yang mengikut mereka hingga ke Malaysia.. Awalnya Sha sangkakan yang salah seorang dari mereka telah mengambil sesuatu namun semakin Sha baca semakin Sha keliru.. Seolah-olah pemandu pelancong mereka pun berniat jahat.. Memang rumit nak meneka siapa yang salah siapa yang betul hinggalah tiba di bahagian epilog.. Barulah Sha faham apa sebenarnya yang berlaku..

Sha baca dan selesai pada 30.12.2022..

Published January 1, 2022 by Karya Publika
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Brother Beca Boys | Mechamato Movie OST - Beca [Official Lyric Video]

Assalamualaikum..
Hye semua..

Yeah!! Akhirnya pihak Monsta keluarkan lagu beca ini.. Tq Monsta.. Terbaik sangat lagu ini cuma masa lagu ini keluar dekat filem Mechamato, lagu ini bersekali dengan adegan kejar mengejar.. Jadi tak fokus sangat kat lagu dia..

Brother Beca Boys | Mechamato Movie OST - Beca [Official Lyric Video]

Brother Beca Boys - Beca

Here we go!
Brother Beca Boys are back!
Are you ready?

Beca ca ca ca
Yo! Adik manis
Mahu pergi mana?

Kasi senyum muka
Jangan jangan gusar

Nyonya nyonya cantik
Naik beca mewah

Usah ragu ragu
Tambang murah murah
Murah murah murah murah

Beca ku beroda tiga
Pusing pusing kota raya
Beca ku cantik menggoda

Menikmati suasana
Woooooooooooooo

Jom bersiar siar
Woooooooooooo
Ronda ronda bandar

Naik beca lawa
Cuci cuci mata 
Ayuh ayuh semua
Kayuh kayuh beca

Mechabot Mechanize!

Jom naik beca
Beca beca beca ca
Beca beca ca
Beca ca ca ca ca
Beca beca beca ca
Beca beca ca beca
Jom naik beca

Beca ku paling lawa di kota raya
Jangan naik beca sana
Beca dia tak lawa
No no no no

Beca ku merelit berbunga bunga
Hias sini hias sana
Macam macam warna kau ada?

Jom naik beca
Beca beca beca ca
Beca beca ca
Beca ca ca ca ca
Beca beca beca ca
Beca beca ca beca
Jom naik beca

If you say so
Beca beca ca
Come on let's go
Beca ca ca ca ca
If you say so
Beca beca ca
Come on let's go
Beca ca ca ca ca

Friday, December 30, 2022

Heaven and Earth Ice Passion Fruit Tea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Kali ini Sha beli teh perisa buah markisa keluaran Heaven & Earth.. Memang sedaplah.. Sha suka betil kalau teh dan buah markisa bergabung.. Tak kiralah jenama apa pun, mesti sedap je kat tekak Sha.. Tambah bila di minum sejuk..

Heaven and Earth Ice Passion Fruit Tea (300ml)
RM2.00

ebook | The Truth Is... oleh Ayumi Syafiqah

Assalamualaikum..
Hye semua..

Haidar tak sangka hidupnya akan kembali berantak apabila mayat dan rangka dijumpai dirumah lamanya.. Memori pahit dan menyakitkan kembali menghantui dirinya namun Haidar perlu berdepan dengan kenyataan kerana masih ada yang tak diketahui umum.. Dalam masa yang sama Elisa tak henti-henti mengejar Haidar demi satu cerita viral.. Tanpa mereka sedari ada pembunuh lain selain bapa Haidar dan pembunuh itu lebih gila..

Sha baca dan selesai pada 29.12.2022..

Published June 1, 2022 by Lawa Lingo Publication
Koleksi peribadi Sha.. Sha beli dari penulis dan baca di aplikasi Google Play Books..

Korea | May I Help You (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini kelakar dan sangat menarik.. Dua manusia yang bertemu dengan permulaan yang tak berapa baik serta mengakibatkan salah faham silih berganti akhirnya menjadi penyokong antara satu sama lain.. Paling kelakar bila hero menyimpan rahsia ayah dan anak tanpa mereka ketahui.. Seronok tengok drama bersiri ini.. Banyak pelajaran yang boleh kita belajar.. 

Paling terkesan pada Sha masa episod 12.. Bila mana seorang ibu yang terdesak mengambil keputusan membunuh anak perempuannya dan kemudian membunuh diri, sedangkan anak perempuan dia begitu ingin meneruskan kehidupan walaupun dalam keadaan susah.. Memang sedihlah.. 

Lepas tu episod 15 & 16 bila ayah heroin mati.. Pergh!! Habis punah ranah semua emosi Sha.. hahaha.. Kematian dan kehilangan bukanlah perkara mudah untuk orang yang ditinggalkan namun lumrah hidup, setiap yang hidup pasti akan mati..

Drama: May I Help You
Also Known As: 100 Won Butler, Il Dang Baek Butler, Ildangbaek Butler, Il Dang Baek Jibsa, One Hundred Won Butler
Director: Shim So Yeon
Screenwriter: Lee Seon Hye
Genres: Mystery, Romance, Drama, Supernatural
Country: South Korea
Episodes: 16
Aired: Oct 19, 2022 - Dec 22, 2022
Aired On: Wednesday, Thursday
Original Network: MBC
Duration: 1 hr. 10 min.
Baek Dong Joo is a former professional ping pong athlete, who has just started to work as a funeral director. On her first day on the job she finds out she has the gift, or curse, to momentarily resurrect and talk to the recently deceased people when she touches them. Those people between life and death have last wishes she has to grant, or her days will be filled with a series of bad luck and accidents. Scared out of her wits by the dead coming back to life, she runs away from her work place from day one, and instead returns to studying for the civil exam she’d failed before. However, since that day, the streak of bad luck and the memory of the first client she abandoned wouldn’t leave her alone. Hence, over a year later, Baek Dong Joo decides to return to work as funeral director, in order to fulfill her duty to and the wishes of the dead people to end her karmic misfortune. She has to grant 21 wishes in total to be freed of this fate.

Kim Tae Hee, also known as Kim Jip Sa to his clients, works as a man for hire. Employed by his uncle Vincent running the newly opened errand service company “A Dime A Job” he can be hired for any odd but legal task for as little as one hundred Won. One day, Kim Tae Hee encounters Baek Dong Joo, when he was hired by her boyfriend to break up with her in his stead. After that, their paths continue to cross, and by the virtue of their jobs their fates get intertwined deeper and deeper in a series of life and death situations, surrounding the wishes of the people who had died, and the painful past it is going to unravel for both of them.

(Source: MyDramaList)

ebook | Misteri Nelayan Terperangkap Alam Duyong: Vol 1 oleh Feredea

Assalamualaikum..
Hye semua..

Lama dah ebook ini ada dalam Goole Play Books Sha.. Percuma je.. Baru tergerak nak baca.. Okaylah untuk permulaan cerita walaupun ada tatabahasa yang berterabur dan ayat sedikit kacau bilau namun penceritaannya menarik..

Kisah Mustafa yang berdarah separuh duyung.. Semasa cuba mendapatkan air mata duyung, Mustafa telah diserang dan dibawa ke alam duyung.. Masa ni lah baru Mustafa tahu hakikat sebenar dirinya.. Dijadikan pahlawan untuk menentang makhluk-makhluk jahat yang membuat kekacauan di alam duyung.. Bersambung...

Sha baca dan selesai pada 29.12.2022..

Published December 1, 2013 by Feredea Power
Koleksi peribadi Sha.. Sha dapat percuma di aplikasi Google Play Books..

Wall's Blast Choco Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua .

7-Eleven ada aiskrim baru.. Gabungan aiskrim vanila dan keju yang disalut coklat dihiasi ketulan biskut.. Memang letupan rasa yang pelbagai dan sangat menarik.. Paling best tak rasa manis dan tak rasa pelik.. Kesemuanya bergabung dengan sangat menarik pada Sha..

Wall's Blast Choco Cheese
RM3.50

Lapisan coklat dengan biskut..

Aiskrim vanila dengan sos coklat di bahagian atas..

Bahagian bawah ada aiskrim rasa keju dan ketulan coklat..

Thursday, December 29, 2022

Hadiah Hari Jadi

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha memang dah lama mengidam gadjet ini tapi tak tergerak pun nak beli sebab dia agak tak compatible dengan kaedah pembacaan Sha.. Makanya Sha berangan je lah.. Sekali hari Isnin (26.12.2022) Sha ke Subang berjumpa dengan abang ngah Sha dan dia berikan gadjet ini kepada Sha sebagai hadiah hari jadi.. Siap dengan casing dia.. 


Sha nak kena buat akaun Amazon, lepas tu pindahkan ebook yang Sha ada sebelum ini ke dalam gadjet ini.. Nantilah buat pelan-pelan.. 

Wall's Paddle Pop Choc Lava

Assalamualaikum..
Hye semua..

Sha jumpa aiskrim ini masa berjalan ke Kapar, Selangor.. Beli satu dan kongsi makan dengan encik suami.. Sedap tapi agak manis.. Aiskrim coklat dengan susu pekat manis dibahagian tengah..

Wall's Paddle Pop Choc Lava
RM1.50

Aiskrim coklat

Bahagian tengah yang warna putih tu lah susu pekat manis..

Menang Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2022

Assalamualaikum..
Hye semua..

Alhamdulillah.. Semaam dapat makluman Tahniah dari Abe Kie.. Terus Sha ke blog Abe Kie dan yeah!! Sha menang wang tunai.. Alhamdulillah.. Terima kasih Abe Kie untuk pemberian wang tunai ini.. Semoga makin murah dan dilapangkan lagi rezeki Abe Kie.. Aamiin.. Aamiin..

Boleh terjah entry Abe Kie Keputusan Cabaran Pengomen Tegar Blog Abam Kie 2022 untuk tengok nama-nama pemenang yang lain ye..

Makluman tahniah dari Abe Kie..

Alhamdulillah..

Jepun | Touboui F (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Drama ini memaparkan bagaimana seorang doktor yang dituduh membunuh kekasih dia terpaksa melarikan diri dan mencari sendiri kebenaran disebalik kematian kekasihnya.. Best drama ini sebab doktor tu langsung tak tinggalkan pesakit yang ditemui sepanjang pelarian dia walaupun haiwan sebaliknya akan cuba sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit dia..

Paling menyedihkan dalam episod 6 & 7 bila doktor tu berlindung dekat kawasan warga asing.. Masa ini doktor tu dapat tahu tentng sebab sebenar kekasih dia dibunuh.. Masa ni juga hubungan doktor tu dengan abang kekasih dia dapat dibaiki.. Memang tak sangkalah bila semua yang berlaku adalah disebabkan kajian kekasih dia mengenai ubat.. 

Drama mengenai doktor, perubatan dan juga penyiasatan.. Memang best..

Drama: Touboui F
Also Known As: Fugitive Doctor F, Duty And Revenge
Director: Toya Sato, Otani Taro
Screenwriter: Fukuhara Mitsunori
Genres: Adventure, Thriller, Mystery, Medical
Country: Japan
Episodes: 10
Aired: Jan 15, 2022 - Mar 19, 2022
Aired On: Saturday
Original Network: NTV
Duration: 46 min.
Fujiki Keisuke is a neurosurgeon, possessing vast medical knowledge and genius surgical skills. As a doctor, his mindset is that all people should be treated the same, even criminals. One day, Fujiki Keisuke's lover is murdered and he becomes the prime suspect. To find out the truth behind her death, Fujiki Keisuke becomes a fugitive. While on the run, he can't ignore the sick people who need help.

(Source: AsianWiki)
~~ Adapted from a manga series "Touboui F" (逃亡医F) written by Izuki Keigo (伊月慶悟) and illustrated by Satou Makoto (佐藤マコト)~~

Wednesday, December 28, 2022

Pizza Hut: Krispy Wings Tangy Cheese

Assalamualaikum..
Hye semua..

Memang tak sangkalah rasa dia sedap gila.. Bau dia agak kurang menarik pada hidung Sha tapi bila Sha gigit je.. Pergh!! Kombinasi rasa yang sangat padu.. Kalau makan panas-panas mesti lagi best.. Berbaloilah percubaan Sha untuk beli dan rasa.. Sha sebenarnya risau juga dengan rasa dia tapi berbaloilah untuk Sha beli lagi.. Gabungan rasa cheese dan sedikit masam tu sedap..

RM12.90 (4pcs)
Krispy Wings Tangy Cheese

Beli yang 4 ketul

ebook | Amukan Manusia Ciptaan: Projek Athena 3 oleh Syeraho

Assalamualaikum..
Hye semua..

Berat juga buku kali ini.. Sha ambil agak lama juga untuk habiskan.. Mungkin sekarang ini emosi musim hujan membuatkan Sha sedikit tersasara.. 

Permainan emosi Athena mampu membuatkan kita juga tenggelam dalam emosi penyesalan.. Athena meletakkan rasa tanggunjawag dalam melindungi semua orang.. Malah setiap ketidakupayaan dia dalam menyelamatkan manusia membuatkan Athenakekal berasa bersalah.. Athena terllau menyalahkan diri dan membiarkan ketakutan menguasai diri dia.. Namun Natalya yang awalnya tak perasan perubahan Athena akhirnya berjaya membantu Athena untuk bangkit dan yakin dengan diri dia serta tidak menyalahkan diri dia.. Buku ketiga ini memang sarat dengan permainan emosi bukan sahaja Athena tetapi Natalya, Joseph dan juga Zeus..

Jenuh membaca dan berhenti.. Kemudian sambung lagi.. Sha tak nak terlalu larut dengan emosi Athena tapi dalam masa yang sama perasaan Athena tu kita semua rasa cuma kita susah untuk dapat Natalya yang sudi bertanya dan mendengar masalah kita.. 

Sha baca pada 26.12.2022 dan selesai pada 28.12.2022..

Published February 24, 2022 by IMAN Publication
Sha langgan dan baca di aplikasi Cereka..

Jepun | Imawa no Kuni no Alice 2 (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Selepas 2 tahun cerita Imawa no Kuni no Alice (2020) ini keluar, akhirnya sambungan dia muncul juga.. Kali ini lebih ganas dan sangat-sangat tak sesuai ditonton dengan budak kecil.. Babak pembunuhan dia memang real lah lepas tu ada pula satu manusia bogel.. Sabar jelah.. 

Kali ini diorang terpaksa berdepan dengan penembak yang menembak tanpa keputusan bekalan peluru.. Selain itu game kali ini buat mereka berdepan dengan master of the game.. Lama sikitlah untuk satu-satu game tu berlangsung.. Tapi episod 7 paling ohsemlah pada Sha bila diorang berkerjasama untuk menumpaskan penembak yang memburu diorang tu.. Episod ini memang dasyatlah walaupun ada yang hampir mati.. huhuhu..

Drama: Imawa no Kuni no Alice 2
Also Known As: Alice in Borderland 2 , Imawa no Kuni no Arisu 2
Screenwriter & Director: Sato Shinsuke
Screenwriter: Kuramitsu Yasuko
Genres: Action, Thriller, Mystery, Psychological
Country: Japan
Episodes: 8
Aired: Dec 22, 2022
Aired On: Thursday
Original Network: Netflix
Duration: 60 min.
Arisu Ryohei and Usagi Yuzuha have been pursuing the mystery of “borderland”, risking their lives in games in order to survive and return to their world. The two of them encounter friends, foes and the mastermind who controls the game at a location believed to be the key to unravelling the mystery. They have collected the numbered cards each time they won a game. All that remains are the jack, queen and king cards. The games they face this round will be of greater difficulty than the ones that came before.

(Source: Jdramas Wordpress) 
~~ Adapted from the manga series "Imawa no Kuni no Alice" by Haro Aso. ~~

Wordless Wednesday 2022

Tuesday, December 27, 2022

US | Violent Night (2022)

Assalamualaikum..
Hye semua..

Pergh!! Awesome gila filem ini.. Memang terbaiklah.. Ganas ya amat.. Santa Claus macam biasalah keluar hantar hadiah dekat mereka yang bertuah, sampai satu rumah ini.. Elok je Santa Claus makan biskut, minum whiski dan lepak dekat kerusi urut.. Sekali ada perompaklah pula dekat rumah tu.. Tak sempat Santa Claus nak naik serombong, perompak sudah jumpa dia.. Maka berlawanlah mereka dan perlawanan itu tela menyebabkan kereta luncur dan rusa Santa Claus blah dari rumah tu.. Mau tak blah, kena tembak kot.. Awal-awal Santa macam tak berapa semangat dan hampir putus asa.. Yelah, awalnya nak kena lawan dengan lebih kurang 7 perompak je.. Sekai datang askar upahan, memang kawan give up lah.. Sampailah Santa Claus jumpa tukul besar.. Masa ini memang gempaklah tengok Santa berlawan.. Tebusan pun sama naik, tak ada tunggu untuk diselamatkan je.. Barulah power..

Tapi jangan tengok dengan budak-budak ye walaupun cerita pasal Santa, tapi Santa yang ini versi ganas.. Tak sesuai budak-budak tengok.. hehehe..

Violent Night
2022 ‧ Comedy/Action/Crime ‧ 1h 52m
An elite team of mercenaries breaks into a family compound on Christmas Eve, taking everyone hostage inside. However, they aren't prepared for a surprise combatant: Santa Claus is on the grounds, and he's about to show why this Nick is no saint.

Nasi Arab Al-Rawsha, Shah Alam

Assalamualaikum..
Hye semua..

Semalam Sha ke Shah Alam melawat abang ipar baru keluar hospital.. Lepas tu kakak suami belanja makan kat sini.. Okaylah.. Not bad.. Pertama kali makan dekat tempat macam ini.. Sah sebab dah pernah makan memang tak amik hidangan sorang satu.. Tau dah nasi dia banyak.. Jadinya Sha amik 2 pinggan dan makan kongsi berempat.. Kalau amik satu sorang memang banyak berlebihan tak habis..

Al-Rawsha
Bangunan dia nampak old skool..

Pintu masuk..

Lamb Kebab Platter - RM33
Sedap.. Kambing dia lembut.. Roti tu biar lama pun lembut tak keras..

Chicken Madhbi - RM31
Nasi dia lembut dan sedikit basah tak kesat.. Ayam grill dia tu best.. Memang rangup la.. Sha suka gila ayam dia tu.. Ayam tu dia bagi setengah ekor tau..

Chicken Mandy - RM32
Nasi sama je macam kat atas.. Ayam dia yang ini dia lembut.. Senang lah anak-anak nak makan.. Tak payah beria nak potong guna sudu.. Ayam dia bagi setengah ekor..

Arabic Mint Tea - RM16
Teh mint dia ini okay lah.. Sha kalau makan nasi arab memang wajib ada teh ni.. Dia melegakan perut..


Teh kesukaan Sha kalau makan nasi arab..
Daisypath Anniversary tickers

Goodreads

Sha's bookshelf: read

Dia Trouble Maker
Bara
Pelukis Jalanan
Kelibat Setan
Mila’s Big Splash
Dheo's
Misi Budak Tahfiz
Puaka Jambatan
Saat Aku Berpaling
Cikgu Kelas Sebelah
Surihati Encik Pembunuh
Aneh
Kasyaf Ain
Jadikan Aku Yang Terakhir
Cik Isteri Dan Encik Suami
Projek Seram: TOYS
Lamaran Di Taman Nakajima
Pemburu
Misi Hero
Pinjam Sayap


Sha Mohamed's favorite books »

Review & Rating

Sha's bookshelf: read

Disergah Penunggu Pokok Ara
really liked it
Kali ini tok ketua dan Berahim telah terbuka hijabnya.. Memang lagi teruk lah terasa gangguan..
Dijenguk Hantu Penanggal
really liked it
Kelakar lah kali ini.. Hahaha.. Terbaiklah Christopher sebab erjaya elakkan gigitan penanggal tu.. Siap nak ditanduknya.. hahaha..

goodreads.com