Assalamualaikum..
Hye semua..
Hye semua..
Lama tak mencoretkan rasa di hati.. Tak ada apa pun sebenarnya.. Tapi ada yang terpendam mahu diluahkan namun tak terucap, tak tahu bagaimana mahu menyusun bait kata.. Setiap kita ada ujiannya.. Besar mahupun kecik, ianya ujian kehidupan yang perlu kita lalui.. Memberikan kata semangat dan peransang pada yang memerlukan memang mudah namun untuk kita yang melaluinya praktikkan pula kata semangat tadi, bukanlah mudah.. Namun haruslah kita ingat bahawa setiap yang berlaku itu akan ada sinar dan hikmahnya andai kita sabar dan kuat melalui.. Walaupun kadang-kadang rasa tersasar namun selalu sahaja akan ada coretan ataupun perkongsian dari sahabat-sahabat maya yang menarik diri ke jalan dan landasan yang benar..
Tanpa kita sedari, perkongsian kita tak kisahlah kecil ke besara, sengaja atau tak sebenarnya memberi impak pada yang membaca.. Terkesan atau tak, terpulang pada individu yang melihatnya..
Hari ini bangun sedikit awal demi menunaikan tanggungjawab sebagai isteri dan mak.. Anak-anak yang bercuti, lapar sahaja.. Makanya sebelum ke pejabat, Sha masakkan nasi goreng udang.. Kebetulan semalam encik suami ada belikan sambal udang buat Sha tapi bila malam dah keluar makan burger, sambal tu pun disimpan.. Makanya hari ini kita jadikan dia rencah nasi goreng tanpa sayur.. Hehehe.. Mana yang ada jelah kita bubuh.. Tambahkan 2 biji telur, da siap.. Sha bawa sebekas kepejabat.. Tengahari dah ada makanan untuk dimakan.. Tak payah dah bersusah-susah makan 3in1 nestum+oat..
Sebekas nasi goreng udang
Semoga kita terus kuat dengan ujian masing2.. Betul tu Sha kadangkala dari penulisan orang lain juga datangnya sumber kekuatan diri.. ;)
ReplyDeletepuas hati makan nasi goreng udang ni sbb meriah dgn udang hehe.
ReplyDeleteWak pun sarapan nasi goreng pagi ni
ReplyDeleteRegukan dengan ikan sepat masin goreng
sedapnya nasi goreng udangg.... kalau Cuya yg makan ni, mesti gatal2 badan, maklumla alergik. Hehe
ReplyDeleteWaalaikumussalam.
ReplyDeleteBetul Sha. Memang ada yang tak mampu meluah, tak tahu bagaimana hendak menyusun kata.
Harapnya mampu mengadu kepada-Nya.
Itulah antara kebaikan berblog, kita juga dapat sesuatu daripada perkongsian orang lain. Terpulang sama ada kita mahu baca & fikir-fikirkan atau baca begitu saja.
ReplyDeleteIni baru betul-betul nasi goreng udang, pasal udangnya banyak 😀
Ya betul, menasihatkan orang tu senang, nak buat tu tak mudah
ReplyDeleteAt least luahkan sha.. kalau pendam bahaya jugak boleh membawak kpd kemurungan pulak... chill saja k
ReplyDeleteseek strength. the rest will follow
ReplyDeleteNampak sedap la nasi goreng kak sha tu hehe nyums
ReplyDeleteada benda yg kita x dpt nak luahkan, kan.
ReplyDeletetapi, kuatkan hati, sha. tak semua perkara kita wajib luahkan.
ia akan pergi gitu saje, hati terubat sendiri...